BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, October 29, 2010

Sesekali terkenang, apa salahnya..

Yeehhaa...
Bukan kerana saya gembira yang menyebabkan saya bermula dengan perkataan "YEEHHAA", tetapi itu adalah salah satu sorakan yang lazim disorakkan oleh seorang yang bergelar kanak-kanak. Seringkali bila gembira pasti terselit perkataan "Yeehhaa.." Saya dulu watu kecil pun macam tu juga. Sekarang pun saya rasa, masih macam tu juga. Sekarang dah remaja dan mungkin setengah orang dah anggap sebagai orang dewasa. Tetapi saya lebih suka kalau digelar sebagai remaja. Sebab saya takut nak menghadapi alam dewasa tu. Sudah 6 tahun saya meninggalkan alam persekolahan dan sememangnya layak digelar sebagai orang dewasa. Tapi, secara jujur fikiran saya kadangkala macam kanak-kanak dan kadangkala bertindak sebagai remaja.. Sebab saya belum matang dalam berfikir. Saya sebenarnya takut nak dianggap dewasa. Berat tanggungjawab sebagai seorang yang dewasa.

Hurm, dalam dua bulan lagi akan masuk tahun baru. Dalam dua bulan lagi umur saya meningkat(secara teknikalnya). Sediakah saya menghadapi hari-hari mendatang dan melangkah ke alam dewasa?? TIDAK!! Saya masih perlukan masa untuk bergembira sebagai seorang remaja. Saya tak nak jadi 'orang besar'!!!!

Bila dah dewasa, saya pasti rindu zaman kanak-kanak saya. Zaman kanak-kanak antara zaman yang paling seronok!! Bagi saya, menjadi kanak-kanak adalah hadiah yang cukup sentimental dari Allah. Saya bersyukur sebab saya dapat menempuhi zaman kanak-kanak dengan seronok sekali. Cuma tidak berapa cemerlang je..Hehehe.

Satu hari, dengan tiba-tiba sahaja fikiran saya terbayang waktu saya menghabiskan masa kanak-kanak bersama family. Lebih-lebih lagi dengan adik saya. Satu-satunya 'disaster' yang saya ada. Hahaha. Dialah racun, dialah penawar. Hye Tya!! How u doin'??hehe.
Saya ingat lagi, dulu waktu 'kecik-kecik', kami suka bermain benda yang orang dewasa selalu buat. Apa benda ya?? Kami suka main kerja-kerja. Lebih best kalau disebut dalam bahasa saya "main office-office". Hehehe...Kalau time cuti sekolah memang syiok ah main permainan ni...Cara-cara bermain;
1) Memula cari port dalam rumah sebagai office kitorg
2) Dah ada port, get ready cari equipment untuk office masing-masing. Cth: telefon,meja dan beg bimbit.
3) Bila dah cukup ready, lantik salah sorang untuk jadi Boss. (kami suka main watak pekerja biasa manakala Boss adalah "Boss ghaib"-pura2 ada).
4) Permainan dah boleh dimulakan bila semua dah ready.

Hahha..macam tu lah kiranya cara bermain. Tapi, normally kami main dalam jangka waktu yang agak singkat. 15-30 minit. Paling singkat 5 minit, sebab secara logiknya permainan ini agak bosan. Antara penyebab kebosanan, adalah kerana kekurangan pekerja. Ang ngadap aku, aku ngadap ang. Bosan.

Selain dari main "office-office", kami selalu juga main sekolah-sekolah. Haha..macam-macam. Main sekolah-sekolah paling best kot... Sebab permainannya mudah. Macam kita pergi sekolah. Cuma kami suka pakai pakaian berlainan jantina. Dah puas pergi sekolah pakai baju kurung. Apa lagi, time main-mainlah dapat merasa pakaian sekolah lelaki. Salah satu cara untuk dapat pakaian lelaki, dengan merembat baju-baju teruna di rumah kami iaitu baju abang kami lah!!! Semua pakaian dia, kami rembat. Baju melayu, kemeja...singlet..seluar..semualah.Hahahahaha...
Kadang-kadang bila agak bosan, ada lagi permainan yang kami sempat ciptakan. Main "jual-jual". Yang ni lagilah kelakar. Cara bermain memerlukan kami untuk berada di dapur. Sebabnya barang-brang jualan adalah berasaskan barang-barang dapur seperti kuali, periuk, pinggan plastik, penimbang, beras dan yang seangkatan dengannya. Sebelum bermula kena juga ada persediaan. Cari port, buka kedai. Ha, paling best permainan ni memerlukan anda bermain dengan duit dan kalkulator. Duitnya tak perlu besar. Buat duit sendiri sudah. Nak lagi real, ambil duit "Jutaria". (Dulu Monopoly mahal nak beli). Apa lagi...mainlah.. Salah sorang jadi penjual atau pembeli. Tapi kami tetap mahu jadi penjual dan pembelinya, macam biasa "Pembeli Ghaib"..hahaha. Budak-budak kalau cakap sorang-sorang tak pelik pun...hehehe.

Selain dari adik saya, ada juga pengalaman saya bermain dengan abang saya yang seorang ni...Kami 3 beradik kalau berkumpul time cuti sekolah (sebab abang dulu duduk asrama), pasti akan bermain....PERANG-PERANG!!!!!! Permainan selamat..sebab hanya dalam rumah sahaja.

Dulu hidup tidak berapa mewah(sekarang pun bersederhana juga), ada kerusi kayu. Kerusi yang guna kusyen tu...kami tak ada sofa. Dengan kusyen yang ada tu lah kami buat kubu. Kira tempat perlindunganlah. Permainan ni tak ada geng. Nasiblah berjuang sorang-sorang. Tapi kadang-kadang kesian, saya dan adik akan jadi geng. Sebab saya sangat lemah, dan abang beri peluang untuk saya ada geng dan berbalas serangan dengan dia yang konon terer untuk mempertahankan diri sorang-sorang. Berlagak tuuuhhh.... Tapi saya dah lupa kami serang pakai apa..hahaha. Tak berapa nak ingat dah..Nanti saya kena tanya diaorang semula.Hehe.
Permainan ni sebenarnya memerlukan kerajinan. Kerajinan untuk letak semula kusyen ke tempat asal sebelum 'Mam Besar' balik dari office...Kalau tidak..sediakan telinga anda dengan peluru yang memedihkan. Hehehe.
Biasalah..ibu mana yang tidak pernah berleter...Biarkan sahaja..suatu masa nanti dah tak ada pasti anda akan rindu. :-( ...

Kalau petang-petang pula, kami kadang-kadang suka main bola sepak. Dekat saje...depan rumah. Betul-betul depan rumah, masih dalam rumah..iaitu ditempat letak kereta. Itu pun nasib kalau ayah pergi kerja dengan kereta. Kalau tidak, main luar rumah dengan basikal pula. Macam-macam..sebab dulu tidak berapa bahaya kalau budak-budak main luar rumah tanpa orang dewasa. Kes dulu tak banyak...Sekarang?? Kanak-kanak harus lebih berwaspada. Sebab itu dulu seronok jadi kanak-kanak...

Sekarang semua sudah berubah. Masing-masing sudah dewasa. Mungkin tiada hati lagi nak bermain macam dulu...Duduk pun dah jauh-jauh..Masing-masing mengejar impian dan cita-cita...Macam mana agaknya bila semua dah berkahwin??Jarang sekali bersua muka..Mungkin hanya pada hari-hari penting sahaja. Selebihnya banyak dihabiskan dengan berbual di telefon atau hanya melihat perkembangan melalui 'muka buku (Facebook)' masing-masing. Tapi kami masih adik-beradik. Tetap berkongsi pinggan, cawan..dan duit. Hehe. Saya dah menjana pendapatan sendiri...Hulur-hulur sikit..Banyak kadang-kadang..

Bila terkenang zaman kanak-kanak atau alam budak-budak, membuatkan saya menjadi rindu untuk kembali ke zaman macam tu. Sesekali saya juga terasa sangat bersyukur sebab berpeluang melalui zaman tu. Walaupun ketika tu, hidup kami sekeluarga tidak lah sesenang sekarang, tapi masih cukup untuk membuat perkara-perkara yang mengembirakan. Masih berpeluang pergi berjalan-jalan...dan paling best dapat merasa kereta sendiri. Kereta kancil adalah kereta pertama yang parents saya beli. Waktu mula-mula kereta tu keluar..dah beli..Fuyyyo...bangga walaupun kereta kancil..ehehhe. Sekarang kancil tu dah tak ada..dah dijual waktu kami semua berpindah ke luar negara. Rezeki mak saya membuatkan kami sekarang hidup dalam keadaan yang serba kemampuan. Alhamdulillah. Boleh la kalau nak melaram sikit-sikit. Tapi kene tetap berjimat cermat. Masa akan datang tak siapa tahu kan?

Hidup perlu diteruskan. Tidak selamanya kita mahu jadi 'budak-budak'. Perlu melangkah lebih panjang, perlu berjalan lebih jauh, perlu melihat lebih ke depan, dan perlu berfikir lebih matang. Hidup sebenarnya indah, tidak kiralah di zaman apa pun. Sebab kita sebenarnya yang mengindahkan hidup itu sendiri. Jika kita mahukan pengakhiran yang indah, bermulalah dengan indah. Setiap saat buatkan sesuatu itu menjadi indah. Kadang juga, perjalanan tak semestinya lurus. Kadang-kala kita juga akan terpesong dari landasan asal namun bukan alasan untuk terus di situ. Berdiri semula dan cari kembali jalan yang seharusnya lurus itu. Pengakhiran belum nampak jika belum tiba masanya. Wallahualam...

*Bawah ni, sedikit tatapan untuk mereka yang aku sayang.."Air dicincang tak akan putus". I love both of you..











p/s: Hati mesti mau muda walau wajah sudah tua...

0 comments: