BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, August 10, 2011

Experimental Puasa

10 Ramadhan...
Wow, dah 10 Ramadhan rupanya...
Alhamdulillah masih berpeluang menempuhi bulan Ramadhan dengan sabar.

Bila puasa ni, tak banyak sangat perkara yang kita biasa buat pada hari-hari biasa dapat dilakukan seperti selalu.
Contoh macam pergi jogging, pergi keluar makan, tengok wayang, berbasikal dan macam-macam lagi.
Jadi, secara tak langsung banyak duduk diam lepas tu berangan dan fikir macam-macam hal. Hehehe.

Sebagai seorang gadis yang normal secara logiknya mesti tak cukup sebulan untuk berpuasa. Jadi bila ada peluang tak puasa tu, saya rasa ada perbezaan ketara.
Ok, bila diberi keizinan untuk tidak berpuasa of course saya tak akan bangun sahur.
So, bila bangun pagi kena la makan kan? Selesai makan pagi, masuk tengah hari dah lapar balik. Pelik kan?

Ok lets make it simple.
Samalah macam keadaan bila bukan di bulan Ramadhan. Pagi kita kena breakfast. Bila masuk waktu lunch kita akan makan, tak banyak sikit pun jadilah. Tipulah kalau yang berdiet tu kata tak lapar bila tengah hari. Nak tahan sampai petang, confirm pukul 4-5 akan makan something.

Berbalik kebulan Ramadhan semula di mana kita wajib berpuasa. Kita akan bangun sahur. Waktu sahur jarang nak makan banyak sebab dalam keadaan yang mamai macam tu tak terfikir pun nak makan sedap-sedap. Paling kurang makan roti cecah air...atau minum je air buat syarat.
Kita akan menahan lapar dan dahaga sampai la tiba masanya untuk berbuka. Secara puratanya kita akan berlapar selama 13 jam. 13 jam!!!!!
Hebat kan?

Kalau tidak berpuasa boleh ke kita menahan lapar selama 13 jam? Tanpa sebab? Ok, makan pagi...tapi boleh tahan lagi 10 jam lepas tu? Saya pasti perut kita mesti akan berbunyi minta diisi.

Jadi saya buat kesimpulan di sini yang Ramadhan itu sangat hebat. Berpuasa itu sangat besar nikmatnya.
Saya tidak berasa lapar walau sedikit pun bila berpuasa. Memang terbayang makanan enak-enak bila berpuasa tapi keinginan tu hilang dalam masa beberapa saat je. Nak kejar ganjaran dan nikmat punya pasal...hehehe.

Sebenarnya berpuasa itu lebih banyak nikmatnya cuma kita saja yang tidak sedar.
Macam mana badan kita boleh tahan dalam jangka waktu yang lama sedangkan kita bersahur pun ala kadar je?

Bila berpuasa banyak dugaannya...letih fizikal dan mental.
Bila berbuka itulah salah satu nikmatnya bila secara tak langsung hilang letih yang ada.
Berpuasa bukanlah mendera tubuh tetapi mengajar diri untuk lebih bersabar dan mensyukuri dengan apa yang telah dilimpahkan selama ini. 11 bulan kita mengerjakan diri dengan macam-macam makanan dan hiburan. Hanya satu bulan sahaja diperlukan untuk memberi ruang rehat kepada tubuh badan kita.

Terima kasih kepada tubuh badan kita kerana mampu menolong kita mengharungi bulan yang bukan sahaja penuh cabaran tetapi sebenarnya lebih kepada nikmat.

p/s : orang memberi kita merasa. Jadi apa balasan yang kita berikan untuk Pencipta yang memberi peluang hidup selama ini? Subhanallah....



0 comments: