BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, September 5, 2011

Hargai selagi ada..

Salam...
SELAMAT HARI RAYA....

Raya tahun ni macam biasa...seperti tahun-tahun yang lepas...dah besar ni meriahnya tidaklah sama seperti meriahnya zaman kanak-kanak...
Kalau nak cerita tentang raya, paling best pasal duit rayalah.
Masih juga terima duit raya tapi tidaklah sekaya zaman kanak-kanak...hahaha...
Kalau dulu umur sebelum dewasa (bawah 18tahun) dapat duit raya terus masuk tabung...tapi sekarang dapat duit raya terus masuk purse..hehehe.

Sebenarnya apa yang nak saya luahkan disini bukanlah pasal kegembiraan di hari raya..
Memang seronok menyambut raya....tetapi dalam keseronokan tu, terselit berita yang menyentap kegembiraan raya...
Baru sebentar tadi dapat tahu yang teman seperjuangan telah ditimpa kemalangan. Rupanya kejadian tersebut telah berlaku pada malam hari raya pertama. Biarpun kecewa kerana lambat terima berita yang menyedihan tetapi saya bersyukur sebab tiada apa yang serius terhadap teman tersebut. Kecederaan yang ringan namun cukup serius bila saya tengok gambarnya di FB. Hurm...tak dapat saya nak gambarkan perasaan bila lihat keadaannya.

Mungkin saya tiada masa untuk melawatnya, cuma apa yang mampu saya lakukan adalah memberi kata-kata semangat semoga dia sabar dan tabah serta saya doakan yang terbaik buat dia... Semoga ada hikmah disebalik apa yang berlaku..

Seminggu sebelum raya, dia ada mesej saya bertanyakan kepulangan saya pada hari raya nanti... Namun keadaan tidak menemukan kami pada hari raya. Bila dia ditimpa kecelakaan, saya masih tiada upaya untuk berjumpa dengannya.. Saya masih harapkan agar ada ruang dan masa untuk kami bertemu.

Masing-masing sudah berbeza haluan....jadi peluang untuk bertemu itu terletak pada jadual masing-masing.
Bila dah berlaku macam ni, barulah terfikir berapa lama masa telah menjarakkan kita? Bagaimana usia telah merubah kita? Berapa matangkah kita dalam menghargai seseorang dalam hidup kita?

Perkara sebegini telah mengajar saya untuk lebih menghargai nilai sebuah perhubungan apatah lagi hubungan yang telah lama terjalin. Walaupun tiada masa untuk berkongsi cerita, tetapi perhubungan tidak boleh dilupakan dan perlu 'keep in touch' walau apa pun keadaan kita.

Saya masih sayangkan kawan-kawan saya, dan saya rindukan apa saja perbuatan yang telah kita lakukan bersama kerana itulah yang saya perlukan untuk diceritakan pada generasi saya akan datang.

p/s : aku doakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk ko, Norlia...miss u my fren...get well soon..


0 comments: