BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 7, 2011

Dolu kala

Salam.

Sekarang kita dah menjejaki bulan Disember, dan secara tak langsung akan menghampiri Januari 2012. Ha??
2012....
Tak yah nak terkejut sangatlah....
Bila dah mula dekat 2012 ni, ramailah yang dah berkira-kira duk ingat balik cerita 2012. Semua tu sudah ditetapkan. So tak perlulah nak buat apa-apa tafsiran.

Entry kali ini lebih berminat nak cerita apa yang telah kita tinggalkan selama kita hidup.
Sekarang saya berumur 24tahun. So, next year 25tahun. Wow... Tapi masih nak dengan gelaran BELIA.
YEah..

Waktu sedang chit-chat dengan member thru YM, tetiba terbuka topik pasal permainan dulu-dulu. Ala, waktu kita kecik-kecik dulu...
Sekarang ni dah menempuh arus kemodenan, dengan macam-macam teknologi yang ada secara tidak sengaja permainan dulu-dulu dah dilupakan.

Dulu kalau waktu kanak-kanak, popular sangat permainan bermusim. Permainan bermusim ni, ia wujud bila musim tu ramai orang main.

BADMINTON
Main badminton dulu waktu dekat kawasan perumahan saya, ada musimnya. Bila dua tiga empat orang dah start main, yang lain-lain pun mulalah sibuk tunjuk raket..buat geng main dekat jalan tar depan rumah tu.
Tamat musim badminton, masuk pulak musim roller blade.

ROLLER BLADE
Main roller blade bila kawan-kawan ajak. Tengok ramai orang main, join sekali. Ada yang pakai roller blade 4 roda. Kalau siapa yang main roller blade yang banyak roda tu, kira macam terer la.. Memang semua pandang. Hahha, lepas tu roller blade jenis macam tu mahal. Kalau dapat beli, memang banggalah!! lagi bangga kalau dapat main sambil turun bukit...hahah, memang dah macam professional lah.

BALING SELIPAR
Musim baling selipar sangat popular dikalangan budak-budak lelaki. Tapi budak perempuan pun join sekali gak. Nak main game ni kena cari ramai orang baru seronok sebabnya dapat kumpul banyak selipar. Lepas time nak serang orang yang jatuhkan selipar-selipar tu memang EPIC lah. Kecoh la kawasan tu kalau bab main baling selipar ni.

So, saya rasa itulah permainan alam realiti yang meninggalkan kesan.
Permainan alam maya dulu-dulu pun best jugak.
Paling ingat...


DIGIMON
Game ni boleh didapatkan dengan harga yang agak mahal juga la time tu. Siapa ada, semua nak tengok. Game ni seronok kalau kawna pun ada sebab boleh cantumkan lepas tu buat battle. Game ni macam kita membela. Membela? Kita membela haiwan...huyyyooo..secara 2D. (yeke?)... Kena bagi makan...pastu bagi vitamin la...bagai-bagai la...haha..Kalau mati tak apa, boleh reset balik. Hahaha. Game yang paling addicted sampai malam-malam bangun tengok, kot-kot lapar.


GAME MARIO
Uncle mario ni memang popular, sampaikan ada wujud ceritanya di tv. Seorang pendek, seorang lagi panjang, tinggi. HEhehe, game ni wujud dalam bentuk tape yg empat segi tu. Kalau nak glamer, pakai game boy. Lagu game yang glamer time tu lagu game mario la. Tenet teng teng tedeng teng. Macam tu lah lebih kurang. Pastu mulalah main kutip cendawan la, siling emas la...elak kura-kura....masuk cerobong asap....

GAME STREET FIGHTER
Game ni popular di kalangan budak lelaki. Saya pun tak faham lah apa yang best game ni, dan tak reti nak explain permainannya macam mane. Yang tahu, tendang, tumbuk bagi fire dekat musuh. Dah...

GAME TEMBAK BURUNG
Game ni kena main pakai pistol dan memerlukan tv. Letak tape empat segi tu lepas tu tembak la burung-burung gagak yang ada tu...kumpul la mata...simple je game ni.

Sebenarnya banyak lagi permainan dulu-dulu yang kita pernah main, dan sekarang jarang dimainkan.







Sekarang ni, dah macam-macam permainan yang wujud.
Orang sekarang main guna PSP atau pun nak popular lagi guna iPAD...Handphone pun boleh....




Lepas tu, banyak juga benda yang kita dah tinggalkan bila dunia semakin maju.
Permainan-permainan yang dulu dah kurang orang main.
Sedar tak sedar banyak juga benda-benda yang dulu hanya tinggal cerita je...

p/s: ANGRY BIRD game paling menarik perhatian...

0 comments: