BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 14, 2011

Diam kalau tidak sedap..

Salam

Anda sudah makan?
Suka masak sendiri ke suka tapau?
Saya tak kisah...makan je selagi tidak memudaratkan...



Mesti ada di antara kita yang agak cerewet pasal makanan kan?
Saya pun kadang-kadang cerewet jugak, tapi lebihnya kepada "TIDAK KISAH SANGAT"...
Kadang-kadang pernah juga terpacul keluar perkataan tidak sedap bila rasa makanan tu tidak kena dengan selera.

Sebenarnya, kalau ikutkan tidak berapa nak elok sangatlah kalau suka sangat 'mengomen' pasal makanan yang tidak sedap. Sebabnya, makanan itu rezeki dari Allah. Jadi seeloknya kita perlulah bersyukur kerana diberi nikmat makanan dan juga deria rasa yang masih elok.

Ada sesetengah orang suka sangat mencela makanan bila tidak kena dengan selera.
Memang kita tak boleh nak elak bila dapat makanan yang tidak kena pada selera kita. Lumrah la tu...
Seeloknya, jika makanan itu tidak sedap atau tidak kena dengan selera...diam sahajalah. Lebih baik lagi kalau tidak makan.


"Apabila sesuatu makanan yang dihidangkan itu tidak disukai, tidak sedap atau tidak menyelerakan, maka janganlah makanan itu dicela, cukuplah sekadar diam ataupun tidak memakannya"

-Imam al-Ghazali (dlm kitab Ihya’ Ulumiddin)


Elakkan diri dari memberi komen kepada makanan yang dimakan kerana kita tidak tahu perasaan siapa yang akan terguris bila kita komen pada makanan tu..
Mungkin satu hari nanti, boleh terkena pada batang hidung kita pula???


p/s: siapa sebenarnya yang kita salahkan kalau makanan itu tidak sedap?? Tepuk dada, tanya selera.

0 comments: