BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 4, 2014

Recharge.. Entry untuk 2014

Salam semua rakyat Malaysia.
Hello international...le..

First and foremost..
"I am alive.. "<<< ini blog aku yang cakap..
Aku rasa ni entry yang paling latest. haha..macam dah berabad.
Lama tak hapdate ha..apekehei nye yong.. Ate nak kata bz sgt..idak la teman nampak.

Kenapa lama sangat lahhh tak hapdate nye pun??
1) Serius aku bz..buat-buat bz
2)Tak serius aku tak de idea
3)Sumpah aku malas
4)Silangkan jari telunjuk dan jari tengah, laptop aku rosak
5)Ikrar 5 jari tangan kanan tak buat dah "pengabaian" pada penulisan hebat ni. Hahaha.

Ok, mood dengar lagu Taylor Swift. I luv Taylor..Tay and the lor..Hayun kepala kiri kanan layan lagu..lalalala.

Dah dapat peluang grab keyboard pc dekat home sweet home ni, ape lagi update perkembangan semasa. Tapi fikir-fikir balik banyak cerita i nak kongsi dengan u all..
(Kalau de yang baca lah.. Kalau x de, hakak redha..!!!)

Kita cerita pasal Ramadhan la. Pembukaan entry 2014.

Cerita pertama.
Alhamdulillah, dapat menikmati ibadah puasa untuk tahun 2014. Tahun ni cuba perbaiki lagi mana yang kurang.. Ragam berpuasa? Puasa macam biasa.. Macam la baru nak belajar puasa kannn... Ya Ampun..
Ramadhan pertama kali ni di 'rezekikan' untuk bersahur dan berbuka puasa dengan lengkap ahli keluarga.
Bapak, omak, abang, hakak hipar, adik dan hanak buah semua de. Sorg je tak join sahur.. Hanak abg aku sedap tidur.

Cerita kedua.
Alhamdulillah, kali ni berpuasa pada tahun aku telah bergelar kakitangan bergaji tetap. Rezeki Allah beri pada saat-saat aku dilanda ketidak seimbangan hidup.

Cerita ketiga.
Ape lagi..tradisi Ramadhan.. Ke BAZAR kah kiterrr..?? Ahaa.. yang ni paling havoc. Hancus tahun ni kebazaran aku sbb tapak bazar sudah tidak strategik. Menguji kesabaran betul. Dengan limpahan manusia pelbagai ragam..aku yg berkecamuk emosi. Dugaan lah.. Memang berliku nak dapat pahala SABAR ni.

Cerita keempat.
Ini bukan tradisi aku sebab aku tak setia dengan terawih. Ikut je nak pergi ke tidak. Ya ya ya.. bila lah hatiku ni nak lembut. InsyaAllah aku cuba pergi dalam Ramadhan ini. >harap harap dapat jadi tradisi Ramadhan<

Buat masa ni, ini sahaja hapdate yg hakak boleh cerita., sebab hakak guna tab bukan pc dah. Waktu korang pergi minum air kat dapur tadi..secara tidak sengaja dan tanpa korang dan korang u all semua sedari..pc hakak buat hal. Ape ke jadah semua barang nak rosak ni... buat hal betulla..
Memang aku belajar bersabar betul di bulan mulia ni.

Semoga kita mendapat keberkatan di bulan penuh barakah ini dan bersama-sama berjuang mengejar dan melimpat gandakan amalan. Next entry kitew citew agi yew. Hover. Vat eva.

Pesanan saya: Janganlah berpuasa kerana terpaksa.. Jalankan apa yang diperintahkan sebagai tanggungjawab bukan paksaan.
(Ye..nasihat sesama kita la ni..)

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak..
*this entry might look dull sebab takde keupayaan nak upload pic using tab. Tak syiok..bh.

Saturday, October 26, 2013

Bersawang serabut habuk terbang melayang

Tulisan dan taip-an ringkas.

Ikrar pada tahun yang lepas tidak menjadi.
Hahaha...akhirnya, saya telah memungkiri janji pada diri dan blog. Oh blog ku.

Takde cerita best atau pun malas.. dua sebab yang boleh diterima pakai.
Akibat nya....takda hasil.

Sekadar jalan-jalan singgah menyinggah je..
Kenangan tulisan lama mengamit kaca mata.
Sekian.

p/s: yes..saya jadi pemalas.


Wednesday, July 4, 2012

Apa yeee makna nya?

Salam

Heee...Hola.

Yes, entry untuk bulan Julai. Bulan Jun punya tak da sebab lupa ada bulan Jun. Acam ne tu? Apa yeee makna nya?

Susulan dari itu, ingin kira nya saya bercerita. Perihal mengenai sesuatu yang berlaku ke atas saya atau mungkin anda, anda dan anda yeee..anda di sana sehingga perihal itu kita sendiri tidak pasti akan kejadian nya... Apa yeee maknanya?

1) Saya, aku, kiter, I pernah masuk bilik air buka pili a.k.a paip lepas tu terus keluar (selepas selesai tangungjawab di toilet). Namun saya, aku, kiter , I tidak tutup pili a.k.a paip tersebut. Sehingga air melimpah-limpah keluar dari baldi....
-Jadi...apa yeee maknanya?

2) I kan...pernah nak bawak kete, lepas tu kan u all noe la kan lepas start enjin kete, I tunggu enjin panas sambil berangan-angan..and then kan...u all tau..ish3..tangan I automatik pegang kunci kete. Sejurus itu terdengar bunyi "eeekkkkk" ha...u all tau rupanya I nak start lagi enjin kete yang memang dah sedia start tu...Ha! betullll..iye... Terjadi dekat I tu..
-Jadi...apa yeee maknanya?

3) Aku kan pernah la..melakukan perkara ni. Sedang bawak kete auto..berhenti jap...pastu nak jalan balik boleh pulak kaki kiri ni tekan brek kuat2 konon nak masuk gear sebab aku fikirkan aku bawak kereta manual...
-Jadi...apa yeee maknanya?

4) Wa seorang yang skema...nerd. Wa pakai spec mata dalam rumah. Luar rumah wa pakai contact lens. Kadang-kadang bila balik ke rumah selepas berjam-jam di luar rumah, wa tak terus bukak contact lens... Ada satu masa wa raba-raba muka wa cari mana spec mata wa.... Rupanya wa pakai contact lens la..patut jelas semacam je pemandangan wa ni...
-Jadi....apa yeee maknanya?

5) Kite kan..kite kan...pernah tau nak minum air dekat dapur...Sampai je dekat dapur kita terus ambil cekelat...Bila dah masuk bilik baru ingat kite sebenarnya nak minum air...eiii...kite ni kan...!!!
-Jadi...apa yeee maknanya?

Ha...tu je lah antara perkara yang jarang-jarang sebenarnya berlaku. Tapi bila berlaku terus mengingat kan kita bahawa di dunia ni ada penyakit Alzheimer yang orang selalu kaitkan dengan orang-orang tua. Padahal penyakit ini bukanlah menyerang pada orang-orang yang berusia sahaja. Penyakit ini dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat. Ha..paham-paham sendiri la korang. Namun punca sebenar penyakit ini tidaklah diketahui...

Yang pasti....ya...yang pasti, aku bukan dalam kategori penyakit tu...Pasti..tak percaya sudah.
Dan yang pasti apa yang berlaku pada aku bukanlah penyakit lupa diri.. Jadi....apa yeee....
Pelupa..biasa la tu...lupa kejap je..

p/s: penyakit lupa diri dikategorikan sebagai penyakit yang sangat kronik di mana penawar hanya ubat di tangan melalui nama saintifik "islapyoubaruyoutahulangittutinggiataurendah". erm, memang panjang nama nya mengikut kata Professor Apatahnamanya.

Friday, May 25, 2012

Pride

Salam.

Hello, hola, hallo, hoy, hei, bonjour, ciao, ola, halla...and wat ever.
Haha...Okay, Hello.
Many ways to greet people!!
My pleasure.

Direct to the topic.
Not much to say.
Just understand that everyone has their own pride.
We can't just simply say anything we want without even cares one's feeling.

When it comes to women, we should know that their heart is kinda like a glass.
FRAGILE.
There's one quote which i can relate to women's pride.
"Pride and dignity would belong to women if only men would leave them alone."


p/s : nahhh...if u want people to respect you, why don't u move your ass and respect others??