Salam semua rakyat Malaysia.
Hello international...le..
First and foremost..
"I am alive.. "<<< ini blog aku yang cakap..
Aku rasa ni entry yang paling latest. haha..macam dah berabad.
Lama tak hapdate ha..apekehei nye yong.. Ate nak kata bz sgt..idak la teman nampak.
Kenapa lama sangat lahhh tak hapdate nye pun??
1) Serius aku bz..buat-buat bz
2)Tak serius aku tak de idea
3)Sumpah aku malas
4)Silangkan jari telunjuk dan jari tengah, laptop aku rosak
5)Ikrar 5 jari tangan kanan tak buat dah "pengabaian" pada penulisan hebat ni. Hahaha.
Ok, mood dengar lagu Taylor Swift. I luv Taylor..Tay and the lor..Hayun kepala kiri kanan layan lagu..lalalala.
Dah dapat peluang grab keyboard pc dekat home sweet home ni, ape lagi update perkembangan semasa. Tapi fikir-fikir balik banyak cerita i nak kongsi dengan u all..
(Kalau de yang baca lah.. Kalau x de, hakak redha..!!!)
Kita cerita pasal Ramadhan la. Pembukaan entry 2014.
Cerita pertama.
Alhamdulillah, dapat menikmati ibadah puasa untuk tahun 2014. Tahun ni cuba perbaiki lagi mana yang kurang.. Ragam berpuasa? Puasa macam biasa.. Macam la baru nak belajar puasa kannn... Ya Ampun..
Ramadhan pertama kali ni di 'rezekikan' untuk bersahur dan berbuka puasa dengan lengkap ahli keluarga.
Bapak, omak, abang, hakak hipar, adik dan hanak buah semua de. Sorg je tak join sahur.. Hanak abg aku sedap tidur.
Cerita kedua.
Alhamdulillah, kali ni berpuasa pada tahun aku telah bergelar kakitangan bergaji tetap. Rezeki Allah beri pada saat-saat aku dilanda ketidak seimbangan hidup.
Cerita ketiga.
Ape lagi..tradisi Ramadhan.. Ke BAZAR kah kiterrr..?? Ahaa.. yang ni paling havoc. Hancus tahun ni kebazaran aku sbb tapak bazar sudah tidak strategik. Menguji kesabaran betul. Dengan limpahan manusia pelbagai ragam..aku yg berkecamuk emosi. Dugaan lah.. Memang berliku nak dapat pahala SABAR ni.
Cerita keempat.
Ini bukan tradisi aku sebab aku tak setia dengan terawih. Ikut je nak pergi ke tidak. Ya ya ya.. bila lah hatiku ni nak lembut. InsyaAllah aku cuba pergi dalam Ramadhan ini. >harap harap dapat jadi tradisi Ramadhan<
Buat masa ni, ini sahaja hapdate yg hakak boleh cerita., sebab hakak guna tab bukan pc dah. Waktu korang pergi minum air kat dapur tadi..secara tidak sengaja dan tanpa korang dan korang u all semua sedari..pc hakak buat hal. Ape ke jadah semua barang nak rosak ni... buat hal betulla..
Memang aku belajar bersabar betul di bulan mulia ni.
Semoga kita mendapat keberkatan di bulan penuh barakah ini dan bersama-sama berjuang mengejar dan melimpat gandakan amalan. Next entry kitew citew agi yew. Hover. Vat eva.
Pesanan saya: Janganlah berpuasa kerana terpaksa.. Jalankan apa yang diperintahkan sebagai tanggungjawab bukan paksaan.
(Ye..nasihat sesama kita la ni..)
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak..
*this entry might look dull sebab takde keupayaan nak upload pic using tab. Tak syiok..bh.
Friday, July 4, 2014
Recharge.. Entry untuk 2014
Posted by ika alwee at 11:06 PM 2 comments
Saturday, October 26, 2013
Bersawang serabut habuk terbang melayang
Tulisan dan taip-an ringkas.
Ikrar pada tahun yang lepas tidak menjadi.
Hahaha...akhirnya, saya telah memungkiri janji pada diri dan blog. Oh blog ku.
Takde cerita best atau pun malas.. dua sebab yang boleh diterima pakai.
Akibat nya....takda hasil.
Sekadar jalan-jalan singgah menyinggah je..
Kenangan tulisan lama mengamit kaca mata.
Sekian.
p/s: yes..saya jadi pemalas.
Posted by ika alwee at 8:51 PM 4 comments
Wednesday, July 4, 2012
Apa yeee makna nya?
Susulan dari itu, ingin kira nya saya bercerita. Perihal mengenai sesuatu yang berlaku ke atas saya atau mungkin anda, anda dan anda yeee..anda di sana sehingga perihal itu kita sendiri tidak pasti akan kejadian nya... Apa yeee maknanya?
1) Saya, aku, kiter, I pernah masuk bilik air buka pili a.k.a paip lepas tu terus keluar (selepas selesai tangungjawab di toilet). Namun saya, aku, kiter , I tidak tutup pili a.k.a paip tersebut. Sehingga air melimpah-limpah keluar dari baldi....
-Jadi...apa yeee maknanya?
2) I kan...pernah nak bawak kete, lepas tu kan u all noe la kan lepas start enjin kete, I tunggu enjin panas sambil berangan-angan..and then kan...u all tau..ish3..tangan I automatik pegang kunci kete. Sejurus itu terdengar bunyi "eeekkkkk" ha...u all tau rupanya I nak start lagi enjin kete yang memang dah sedia start tu...Ha! betullll..iye... Terjadi dekat I tu..
-Jadi...apa yeee maknanya?
3) Aku kan pernah la..melakukan perkara ni. Sedang bawak kete auto..berhenti jap...pastu nak jalan balik boleh pulak kaki kiri ni tekan brek kuat2 konon nak masuk gear sebab aku fikirkan aku bawak kereta manual...
-Jadi...apa yeee maknanya?
4) Wa seorang yang skema...nerd. Wa pakai spec mata dalam rumah. Luar rumah wa pakai contact lens. Kadang-kadang bila balik ke rumah selepas berjam-jam di luar rumah, wa tak terus bukak contact lens... Ada satu masa wa raba-raba muka wa cari mana spec mata wa.... Rupanya wa pakai contact lens la..patut jelas semacam je pemandangan wa ni...
-Jadi....apa yeee maknanya?
5) Kite kan..kite kan...pernah tau nak minum air dekat dapur...Sampai je dekat dapur kita terus ambil cekelat...Bila dah masuk bilik baru ingat kite sebenarnya nak minum air...eiii...kite ni kan...!!!
-Jadi...apa yeee maknanya?
Ha...tu je lah antara perkara yang jarang-jarang sebenarnya berlaku. Tapi bila berlaku terus mengingat kan kita bahawa di dunia ni ada penyakit Alzheimer yang orang selalu kaitkan dengan orang-orang tua. Padahal penyakit ini bukanlah menyerang pada orang-orang yang berusia sahaja. Penyakit ini dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat. Ha..paham-paham sendiri la korang. Namun punca sebenar penyakit ini tidaklah diketahui...
Yang pasti....ya...yang pasti, aku bukan dalam kategori penyakit tu...Pasti..tak percaya sudah.
Dan yang pasti apa yang berlaku pada aku bukanlah penyakit lupa diri.. Jadi....apa yeee....
Pelupa..biasa la tu...lupa kejap je..
p/s: penyakit lupa diri dikategorikan sebagai penyakit yang sangat kronik di mana penawar hanya ubat di tangan melalui nama saintifik "islapyoubaruyoutahulangittutinggiataurendah". erm, memang panjang nama nya mengikut kata Professor Apatahnamanya.
Posted by ika alwee at 10:05 AM 5 comments
Friday, May 25, 2012
Pride
Hello, hola, hallo, hoy, hei, bonjour, ciao, ola, halla...and wat ever.
Haha...Okay, Hello.
Many ways to greet people!!
My pleasure.
Direct to the topic.
Not much to say.
Just understand that everyone has their own pride.
We can't just simply say anything we want without even cares one's feeling.
p/s : nahhh...if u want people to respect you, why don't u move your ass and respect others??
Posted by ika alwee at 10:19 PM 6 comments
Wednesday, April 25, 2012
Meng'extreme'kan diri....ade bran??
Salam.
Hola...
First sekali nak buat terperanjat. Weh, apsal ni? Apsal lain...apsal...ape kes...apedehal weh....
Alahai...blogspot. Sejak bila la wat pembedahan plastik ni, sampai bertukar sangat wajahnya ni ha....
Dah tak reti aku nak guna ni ha.. Tetapi untuk tidak menunjukkan kebatakan aku kepada benda lama tapi baru ni, aku gagahkan la guna sebab aku nak cite la pasal keberanian aku di hari Sabtu lepas....
Apa terjadi pada aku dan rakan-rakan pada Sabtu lepas memang sangat hebat.
Kami telah mencabar diri untuk ke Taman Pertanian Bukit Cahaya di Shah Alam. Di situ ada sky-trek adventure...wallllaaahhhhhhhhh....... Marilah mencabar diri kalau anda memang berani.
Sky-trek ni ada peringkatnya tapi memandangkan cabaran Little Adventure dan Big Thrill telah habis di booking orang, maka dengan itu terpaksa la kami melanggar hukum fizik (apedehal kene mengena) dan mencuba Extreme punya.....Gilerrrr punyeee....
Aku malas nak cite lah. Korang tengok je la gambar kat bawah ni. Nak gambar lebih lagi, jumpa aku.
Segala persoalan korang diam je la. Nak tanya boleh tapi aku tak pasti boleh jawab dengan jujur ke tak.
- ni salah satu gambar yang ada....xtreme tak? xtreme tak? extreeeeemmmmeeeeee tak?? -
Jadi, kesimpulan nya, kalau anda memang sukakan cabaran cubalah datang ke sini dan tengok tahap keberanian serta kekuatan mental fizikal anda. Anda pasti sukakan nya.
p/s : balik je, memang sakit satu badan.
Posted by ika alwee at 12:05 AM 6 comments
Tuesday, March 27, 2012
Jejak OU tanpa sesat
Salam
Salah, jawapannya tiada dalam senarai jawapan.
Aku dulu boleh kata sebulan sekali pergi sana atau pun paling sedih, 5 kali setahun. Hahaha.
Aku sendiri tak ingat la bape kali aku pernah pergi. Tapi aku dulu pergi sebab nak pergi date ngan best friend aku. Kalo aku pergi dengan dia, confirm aku ikut jalan lain sebab akan singgah rumah dia dulu.
Tapi kali ni aku pergi dengan kawan-kawan Putrajaya, so kira macam direct ke sana la. Jalan pun berbeza la, dan alhamdulillah, sekali percubaan je dah sampai.
Yang paling aku bangga sebab member-member aku cakap, "tak sia-sia duk kl...". Hah. Tapi jalan Putrajaya, aku agak blur sikit....boleh macam tu?? Sukati la kan.
Sampai sana macam-maca aktiviti kitorang buat, dan niat utama di One Utama hanya aku nak bawa kawan-kwan aku rasa makanan Korea ni. Apalagi kalau bukan Seoul Garden. Masalahnya, aku tak terpikir plak nak tangkap gambar depan kedai tu. Kalau tak boleh jadi kenangan jalan-jalan cari makan.
So, korang check it out la pictures dekat bawah ni sendiri.
- memula sampai, kena tgk la directory kan....nak cari kedai...tipu lah kalau pergi tak guna melainkan memang korang terer jalan dekat dalam OU ni...wa salute la..!!!
- ini Fadil a.k.a Dila dan Aliya...makan ape tuuuu???
-aku memang tengah enjoy..dari pagi aku tak makan... kawan aku dari semalam tak makan..leh caya ke??
-nampak macam tak menarik, sebab kitorg tak reti nak cantikkan benda yang akhirnya masuk mulut, dihadam2 ni...
- aku dengan Bidi sibuk belajar cara pegang chopstik. Obviously, tak reti. So what??
Kesimpulan nya, aku tak reti edit gamba bagi menarik, sebab kalo dah menarik wat pe nak menarikkan lagi kan??
p/s : insyaAllah de rezeki, jalan-jalan ikatan ukhwah lagi...
Posted by ika alwee at 12:14 PM 9 comments
Thursday, March 22, 2012
Menyejukkan diri
Salam
Hola...
Como estas...??
Haha..tu je aku reti setakat ni.
Sebagai seorang yang telah di ajar ilmu geografi sewaktu di sekolah rendah, saya dengan rendah diri menerima hukum alam ini dengan penuh tabah dan sabar.
Asalnya nak cerita pergi i-city je..
Jom check this out. Ini antara koleksi menarik aku sewaktu di i-city bersama rakan-rakan seperjuangan.
* Gambar-gambar ni aku pilih berdasarkan mana yang aku rasa sesuai tuk ditayangkan. Selebihnya, anda kena jumpe aku sendiri untuk tatapan peribadi.
Ni la gambar yang leh ditatap umum... Kalau korang perasan, gambar dak laki tu a.k.a Bidi, tak banyak dalam koleksi aku sebab gambar dia banyak yg kacak menawan. Demi menjaga privasi dia, aku tak leh nak publish banyak-banyak...Hahahhaha....
p/s : nanti pergi lagi..
Posted by ika alwee at 11:52 AM 9 comments
Friday, March 16, 2012
Jumaat...ape kes?
Salam.
So, hari ini aku merajinkan diri ke office. Walaupun dalam kedaan berat hati. Aku tak tahu la nape, macam komitmen kali ini tidak se'gah' dulu. Dulu office lama, nak kata excited tak da la pun. Mungkin sebab tugasan akan pending kalau aku men ponteng-ponteng ni. Sekarang ni, office tak sibuk sangat. Lepas tu kerja dia kadang aku rasa macam, ishhh...perlu ke? Perlu ke buat? Ha macam tu la...memang la perlu, aku je ngada-ngada buat stress, sape suruh kan. Padahal kerja aku cukup relax...relax..serius relax..aku tak tipu. Tapi tu la, aku je suke bagi feel x best dekat diri. Salah aku la kan...
Hari ni hari Jumaat. Ape kes? Kes nya hari ni bersamaan hari lahir mak aku. Pagi-pagi lagi keluar bilik air aku dah, "What's up mommy...hapi besday.." !! Ha, tak de pasal la aku nak macam tu kan. Aku keluar je bilik air aku nyanyi la...Happy birthday to youuuuu....(nyanyi sampai habis la of course!!)
Dari semalam aku dah stress nak bagi hadiah apa. Sebab nya bajet aku dah lari. Nak wat surprise, aku karang yang ter 'surprise'... Alih-alih duit mak aku jugak aku pow karang beli hadiah dia. So, aku tak de la bagi ape...aku cadang nak bawak pergi i-City la...tak pun pergi tengok pesta belon panas. Hahhaa, ikhlas la tu kan...
Aku kemas rumah...aku vacum, aku mop, aku lap kipas...ape lagi? Aku lap sume perabot siap frame-frame gambar...dan aku kemas bilik aku juga. Tapi sorry, aku tak sentuh bilik abang aku (hanya kipas je aku bersihkan) sebab aku rasa tak da motif untuk aku bersih bilik dia yang confirm tidak ada beza pun 'sebelum' atau 'selepas'. Bukan la aku pentingkan diri, tapi dalam situasi yang boleh memudaratkan muka aku, aku terpaksa berhenti membersih hingga bilik aku je. Hahaha...nanti korang jugak kata muka aku penuh jerawat..ape kes?
Hari ini hari Jumaat. Ape kes? Kes nya aku datang pakai baju lawa. Hahaha, hari jumaat memang aku pakai cantik-cantik sebab hari yang punya rehat yang panjang. Ape kes? Sukati la nak pakai pape pun.
p/s : ape kes merupakan tagline yang popular sejak keluar nya cerita "Laila Isabella"...So, ape kes dengan ape celup???
Posted by ika alwee at 11:49 AM 4 comments
Thursday, March 15, 2012
Aku sendiri tak paham
Salam.
Al-kisah nya hari ni aku masih lagi selesa dengan penggunaan kata ganti nama diri pertama yang lain dari lain dengan post sebelum-sebelum ini..(tarik nafas panjang-panjang bila baca).
Que pasa?? Sebab aku rasa selesa kot macam ni...kalau ada cerita skema, baru la guna ganti nama yang skema.
Paham-paham sendiri la..
Entry untuk kali kedua pada hari yang sama (memandangkan aku banyak masa free), aku nak bebel sikit pasal benda yang kadang kita sendiri tak paham.
Contoh, tajuk entry aku "Aku sendiri tak paham", tapi jalan cerita nya aku terpesong sikit dari tajuk. So, aku sendiri pun tak paham.
Memula nak cerita pasal kata ganti nama diri ni la...
Aku dapat respon dari diri sendiri bahawa entry aku sebelum ni yang ada perkataan 'wa' tu macam agak ganas, tapi cool. Macam ne tu? Aku sendiri tak paham. Tapi apa yang aku paham, bahasa macam tu unik. Sebab ianya unik kerana, jarang-jarang la orang yang baik budi pekerti macam aku untuk guna kan nya. Dalam penulisan tak nampak janggal, tapi for sure kalau percakapan...awkward....!!!!
Selalu ayat macam 'wa-lu' 'bro-beb' 'bai' dan sewaktu dengan nya yang bunyi macam poyo-poyo tu, sebenarnya nampak janggal kalo orang yang tak biasa guna tetibe nak guna. Macam aku la. Hahha. Kadang-kadang bunyi cam nak gado pun ada...bergantung pada intonasi la sayang...
Tapi korang perasaan tak, bahasa gangster (aku rase gangster la bila gune macam tu kan) macam ni, kita je guna. Orang putih (orang barat sanalah!), dorang tak unik macam kita. Even gengster dorang pun tak guna ayat macam tu. Aku bagi contoh.
Orang kita : "Lu cakap bek-bek bai...skali gua hentak lu...*&&^%$%^&!!!"
Orang barat sana : "Hey man, watch yo mouth...or I'll kick yo ass...yo Mo^%$&F*ck#@!%!!!"
OK..contoh ye..contoh ye kawan-kawan. Ha, lebih kurang macam tu la. Perasan tak, dorang masih ada skema lagi kat situ.. Guna I-YOU... Kita kalau dah 'lu-gua' campur lak 'bai', tu memang dah aku rasa ganas la. Nampak tak, nampak? Kepelbagaian slang kita...hehehe. You know what im talking about...slang...slang.. it's all about slang man...
Tapi sebenarnya kalau nak guna slang tu lembut-lembut pun boleh..."Lu ni nape sayang...", "Bro..bro...gua sayang lu bro..." Boleh jugakkan....???
Aku sendiri tak paham.
Perkara kedua aku tak paham hingga wujud entry tak paham ni adalah tentang diri perempuan. Lelaki selalu kata susah nak faham perempuan. Perempuan seperti masalah matematik. Hello...aku yang perempuan ni pun susah nak faham perempuan, even diri aku sendiri...dan aku sendiri tak suka math. Dang.
Aku sendiri tak paham perempuan, maksudnya aku pun tak paham diri aku.
COntoh...aku suka bagi contoh.
Lelaki : U nak makan mane?
Girl : Mana-mana je..tak kisah.
Lelaki : Jom makan sini....nak?
Girl : Tak nak la..ramai sgt orang...tempat lain la.
Lelaki : Ok..u plan nak makan ape? Kite cari tempat makan yang de feveret u..
Girl : Tak kisah..makan je sume...
Lelaki : Okayyy..Ha, sini..tak ramai orang...macam-macam de ni...nyum2..
Girl : Erm, tak nak la..tak ramai orang tak sedap la tu kot....
Lelaki : Ooookeeaayyy...U terpikir nak MAKAN APE?
Girl : Apa-apa je..tak kisah kan i cakap...
Lelaki : Okaaayyyy...jom pegi makan fast food. McD?
Girl : Tak nak la fast food..gemuk la..i diet kan...
Lelaki : Tadi kata...hurm..^%$&**%%&&*
Ha, contoh....contoh...korang paham sendiri la apa yang laki tu hamburkan.
Aku sendiri tak paham perempuan macam tu... dan yang lagi aku tak paham diri aku pun lebih kurang macam tu.
Laki : Ok..sori la..gurau kasar plak..
Aku : Tak pe..tak kisah pun la..kite alright je..cool..hehe
Tapi dalam hati aku..huh. Jam tu jugak aku sebarkan dekat kawan aku..."Tah pape la die, nak gurau pun tak reti.. Marah tau".
Ha...memang la tak paham..
Yang ketiga aku tak paham..
Kenapa kalau guna traffic light perjalanan lancar daripada guna police traffic?
Sebab lampu isyarat orang leh men langgar je, kalau de polis agak sopan la sikit... Ye ke??
Aku sendiri tak paham..asalkan dapat jalan sudah..... No offence..
p/s: semua benda yang kita tidak faham mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih memahami... Paham tak?Aku sendiri tak paham..
Posted by ika alwee at 7:53 PM 3 comments
Aku boleh survive...!!!
Salam.
Hola..como estas?? Bien..muy bien.
Haha, ape ke jadah post kali ni nak main cakap spanish je. Asyik english je kan. Nak try jugak kepoyoan berbahasa spanish.
Ce, korang baca tajuk atas tu. Dengan sukanya ingin aku translate kan ke english "I Can Survive". Lantak korang la nak nyanyi ke apa, tapi ni bukan tajuk lagu aku nak cite. Ni pasal aku nye awesomeness Thursday.
Secara rasminya, aku ponteng kerja hari ni. Yeah, memang tu yang aku hajatkan dan sekali Tuhan makbulkan. Cadangnya semalam lagi dah idea ponteng kerja ni, hari ni termakbul.
Meh sini teman nak cerita...
Tetiba lepas je bagi salam wa dah rasa macam malas nak pergi kerja...sebab wa dah menguap 3 kali. 3 kali tu menandakan bahawa wa memang perlukan tidur yang nyenyak. Tapi demi sesuap nasi wa gagahkan diri bersiap jugak la untuk ke tempat kerja. Dah siap-siap dalam kemalasan, wa pun turun la pergi dekat kereta. Nak pergi kerja... Huh...pertama sekali wa nampak, kereta wa yang bersemangat waja tu dah kotor macam budak pergi main lumpur. Tak pe, nanti weekend kita pergi mandi manda ye...pakai sabun.
Wa apa lagi, dengan tenang wa call la bapak wa yang kerja dekat-dekat situ je. Duduk Putrajaya memang senang, kerja dekat-dekat je. Nak balik rumah pergi buang air pun senang...macam wa selalu buat. Hahaha. Bapak wa cakap, okay dia akan datang dengan segera... Dalam menunggu sesuatu yang pasti tu, tetibe rakan opis lama wa ketuk tingkap. Wa pun terkejut, seraya berkata "eh2...Is..." Wa pun dua kali pikir nak keluar ke tidak...akhirnya wa keluar la pergi jumpa mak dia, salam la kan. Macam tu la contoh menantu pilihan...(walaupun). Hahaha. Wa memang baik dengan orang-orang tua. Ehem. Wa chit chat kejap, pastu dia pun bla la, nak masuk opis kan..lagipun wa dah bagitau bapak wa akan datang bila-bila masa je. Tak perlu risau.
Cerita tayar wa kempis dan bocor, pecah macam-macam versi la akhirnya tersebar kat opis. Sebabnya wa yang sebarkan...sebab wa nak bagitau yang wa tak masuk kerja hari ni. Mak wa pun mula tak izin wa ponteng, siap offer diri tuk datang ambil dan hantar. Maklum la...duduk Putrajaya, opis dekat-dekat je. Wa kata dekat mak wa..."Tak pe mak, wa rasa nak ponteng hari ni". Tipulah wa cakap macam tu...Nama wa pun tak ada bunyi wa.. Bukan wahida, Wawa, Wani....so wadafak la wa kena cakap macam tu kan. (Oooppss, wa puasa la..puasa). Mak wa sekali lagi offer diri untuk teman wa pergi tukar tayar kat bengkel, wa cakap "Don't worry mama, i can survive". Memang tak ada la kan...wa cuma cakap wa nak duit je. ahaha. Mak wa yang dari dulu memang garang dan angin dengan wa, dengan bermurah hatinya suruh ambil sikit duit dia yang ada dia sorok..(tmpt rahsia). Tapi tong-tong la kan...tak pe wa tak kisah. Tengok!! Mak wa yang wa kadang-kadang anti tu jugak yang baik dengan wa. (wa anti bila dia lebih-lebihkan adik beradik wa yang lain je...hahaha.). Mak mana tak sayangkan anak kan...Mak wa sendiri panggil wa comel. Wa je yang sensitif lebih-lebih... Tapi wa tau syurga bawah tapak kaki ibu.. Wa tak lupa tu. (emosi la plak...).
Tepat 12.30tgh hari, kereta wa settle... Sudah sempurna...wa pun happy walaupun duit wa terbang ratus-ratus. Tak pe la, wa ikhlas dengan dugaan macam ni. Orang kata belajar dari pengalaman kan...so wa tengah belajar la ni. Berkat ajaran guy-guy friend wa, ada la wa tau sikit-sikit pasal kereta ni.
Alhamdulillah...wa dah settle urusan kereta wa, rumah wa pun dah kemas...cuma kain je wa tak lipat sebab wa tak sabar nak cerita dekat blog. Hari ni cuaca agak baik, wa ingat nak ambil kesempatan ni untuk beriadah di luar...hehehe.
* ni sedikit bukti yang menyebabkan wa ponteng. Wa dapat sikit je sebab wa segan lak nak snap-snap pic..hehe
-Ini bukti wa sedang kemas rumah...wa tak tipu kan...-
p/s : wa kalau stress wa suka kuar perkataan bukan-bukan...macam f*ck...damn...sh*t...(ah sudah...wa lupa wa puasa hari ni...)
Posted by ika alwee at 4:09 PM 11 comments
Tuesday, March 6, 2012
Paling kurang
Salam
6 Mac 2012..
Saya telah membuat 'surprise' untuk kawan saya Chanie (bukan nama sebenar).
Ok..letak pic so biar picture bawah ni je terang segala-galanya.
Yeah, Chanie (bkn nama sebenar) telah mendapat surprise yang saya aturkan. Actually try jugak la nak cari rose kuning...friendship kan..tapi x de plak...
6 Mac 2012 bukan ada apa-apa yang istimewa pun pada tarikh tu. Not her birthday, not even her engagement day...or friendship day...atau apa-apa je lah. Serius tak ada makna pun pada tarikh tu. So, i think i don't have any specific reason why i did this to you lah!!! Tapi kena ada sebab jugaklah.
Reason why I did this event...
1) You're such a lovely person and indeed a good friend to be loved.
2) Because you're such an understanding person
3) Erm...you did a lot...a lot...seriously a lot my dear friend!!
4) Because I'm such a sweet person. Hahaha
Okay, sebenarnya sebab saya banyak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang kawan baik..erm, sahabat could be?? Yup, sahabat.
Posted by ika alwee at 8:15 PM 4 comments
Wednesday, February 29, 2012
Saturday, February 18, 2012
Ikrar
SALAM
Satu bulan, satu entry.
Nak buat kempen ni pada diri sendiri.
Sebabnya dah agak lama tak update blog.
Untuk tidak mensia-siakan blog yang ada, dengan ini..saya membuat lafaz ikrar.
"Saya Atika (bukan nama sebenar) berikrar, akan post satu entry untuk satu bulan secara minimumnya tidak kira apa tajuk, masuk akal ataupun tidak, fakta ataupun auta, benar ataupun palsu, dikala rajin ataupun malas. Untuk tidak mensia-siakan blog yang ada, saya berikrar bahawasanya blog Monolog Akal dan Hati akan diupdate setiap bulan."
p/s : idea selalu datang bila berada dalam tandas...
Posted by ika alwee at 6:05 PM 3 comments

















