BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, November 9, 2011

Bahasa ape tah...

Salam.
Hafarifi ifinifi hafarifi rafabufu...
Ha.....!! Boleh tolong translate tak ayat dekat atas tu?
Saya tidak berapa mahu faham lah!!!!!!!!!!!!!!

Siapa pernah dengar ayat macam tu atau pernah cakap macam tu?
Saya tak pernah sebab saya rasa pelik lah sesangat....Even saya sendiri tak pasti betul ke apa yang saya nyatakan tu.
"Hari ini hari rabu" <<<< Inilah yang saya cuba sampaikan dari ayat di atas tu.
Kenapa ada banyak F?

Kalau masih ingat lagi, dulu glemer sangat ayat macam tu..berF-F. Saya panggil itu adalah bahasa F.
Pertama sekali saya dengar orang cakap bahasa F ni waktu saya berada di tingkatan 1 kalau tidak silaplah.
Ayat ni kebanyakkannya kaum gegurl je guna.... Sebabnya kaum gegurl suka buat ahli mesyuarat tingkap. Bila kaum gegurl cakap macam ni, tak ada siapalah tahu resipi "ketupat" yang sedang gegurl ni anyam...
Nak-nak pulak bila buat mesyuarat pasal kaum boboi...hahahha.

Dulu waktu sekolah adalah pernah juga nak try cakap macam tu. Tapi dapat markah F....FAILED.
Serius tak reti dan tidak faham. So, kalau jadi mangsa ketupat tu, redha je lah...
Kadang-kadang cuba juga nak faham tapi bila dah kawan-kawan gegurl cakap macam keretapi, ternganga je lah.

Kewujudan bahasa yang tidak diiktiraf kamus dewan ni tidak pasti diterbitkan oleh siapa... Dari mana asal usulnya masih tidak dapat dijejaki pakar sejarahwan.
Tapi, kalau dengar masih rasa kita berada di Malaysia sebab kepekatan accent Melayu tu masih ada. Hik3.
Jadi tak adalah international sangat bila cakap macam tu.........
Pelik daripada biasa.

p/s: bahasa jiwa bangsa... F = bangsa?

Thursday, October 27, 2011

Sabar......Allah sayangkan kita..

Kadang-kadang kita marah bila kehendak tidak dipenuhi.
Kadang-kadang kita hilang sabar bila sesuatu melewatkan kita.
Kadang-kadang kita kecewa bila kesusahan selalu mendekati kita.
Kadang-kadang kita sedih bila hidup tidak gembira.

Pernah sehingga satu ketika kita rasa hidup tidak pernah adil.
Pernah hingga satu tahap kita rasa hidup itu menyusahkan.
Pernah hingga satu peringkat kita seperti mengugut kebesaran-Nya.

Kita dalam tidak sedar...
Mencabar ditunjuk hikmah atas apa yang berlaku di depan mata,
Menyakinkan diri bahawa keajaiban itu tidak pernah ada,
Memaling muka apatah lagi menjeling seolah ingin Dia faham penderitaan itu.

Nyata kita sebenarnya leka,
Jelas kita sebenarnya lupa,
Bukti kita sebenarnya angkuh.....

Kenapa kita asyik mengeluh, sedih, bersoal jawab dengan hati tentang keadilan dalam kehidupan?
Bagaimana pula kita bila gembira, bahagia, dan kesenangan menyelinap dalam kehidupan?

Mengapa kita diuji?
Sesungguhnya manusia itu tidak akan diuji sekiranya dia tidak mampu untuk menempuhinya.
Dia tidak akan pernah menzalimi hamba-Nya....

Allah Maha Mengetahui.
Hidup kita kerana Dia.
Mati kita juga kerana Dia.

Redhalah dalam kehidupan,
Sabar dan tabah dalam ujian..
Kerana hikmahnya pasti ada.
Kerana juga, Allah sayangkan kita.

p/s: saya bukanlah yang sering menjadi kegemaran, apatah lagi kesalahan sering dituju kepada diri, tapi jika hikmahnya sangat indah, redhalah saya dalam apa yang telah ditetapkan....

Wednesday, October 26, 2011

Wordless Wednesday #2 - Happy Deepavali..!!!

Wednesday, October 19, 2011

Wordless Wednesday #1 - It's raining baby...!!