Salam.
Rumah dekat mana? Rumah tingkat-tingkat atau teguh satu-satu atas tanah je?
Rumah saya tingkat-tingkat...dan kalau dah bertingkat-tingkat bermakna kena naik lif la kan?
Itu tak jadi masalah...
Pernah terperangkap dalam lif? Itu masalah!!
Sekarang dah macam fobia nak naik lif.
Sebab baru je terperangkap dalam lif...so? Damn lah!
Nasib terperangkap dekat lif rumah sendiri...so perasaan panic tu tak la terasa sangat..and glad that i'm a calm person. Hahaha.
Inisiatif yang saya buat:
1) Senyum je, bebel sorang-sorang.
2) Take a breath, call family.
3) Phone tak ada line, tawakal.
4) Dapat line satu bar pun, bersyukur terus call family.
5) Usaha berjaya, but try to call 999.
6) Line tak ada, hopeless. (Service provider..what happen? Bukan ke emergency line boleh guna walaupun tak ada coverage?)
7) Duduk diam-diam, tunggu rescuer datang...
8) 30 minit dalam lif, panas but thank God ada lampu.
9) Berjaya keluar, tapi management yang sepatutnya uruskan tak boleh diharap.
10) So, my million thanks goes to penduduk di situ je.
p/s : taknak dah pengalaman macam ni.
Sunday, November 20, 2011
Lift oh lift...
Posted by ika alwee at 7:21 PM 2 comments
Friday, November 18, 2011
Bukan saya yang pergi meminang....
Salam.
Sebelum sempat saya memberi tajuk untuk entry kali ini, saya rasa better saya cerita dulu apa yang telah tersimpan dekat neuron otak ni...sebab kalau lambat-lambat takut hilang idea.
So, entry kali ini saya nak cerita pasal kahwin...
Aha...iye, serius pasal kahwin. Tapi bukan perkahwinan...ia cuma kahwin.
Ok, last week saya ada attend satu majlis kahwin ex classmate. But the thing is, saya tak nak bercerita pasal kenduri kahwin orang tapi nak bercerita apa yang telah berlaku selepas itu.
Lepas balik dari kenduri (di Perak), suddenly my makcik started to ask me about the wedding...
Makcik : "Siapa kahwin...?" (hah, in a very nice tone)
Me : "kawan sekolah...."
Makcik : "ooo..sekolah sini lah? sebaya kamu?"
Me : "Aah...sebaya. Die dah keje..kat kl..."
Makcik : "Ooo...kamu tak ada boyfriend ke ika?" (Hambik!! tetiba je..)
Me : "Tak ada....kawan-kawan aje adalah..."
Then bla..bla..bla.yang special tak ada ke?? then bla...bla....bawak la jumpa mak...then bla..bla...
But in the middle of that BOHSAN conversation, my emak interrupted.
My Emak : "haha, mak pun tak tanya pasal ni Mak **** plak tanya-tanya" (lebih kurang mcm ni lah ayatnya).
Yes!! Ada jugak orang back up.
So, the thing is... Saya tak kisah if people nak tanya soalan yang tah hape-hape ni kan...but it kinda annoying. Really! Seriously! Even my family pun tak pernah nak tanya except my adik yang sangat penyibuk la..but it's okay la sebab she is my adik....Saya kongsi rahsia dengan my adik...my adik kandung lah.
Ok, fine she is my makcik. But, saya tak kongsi cerita peribadi dengan my makcik.
Jadi apa yang terbaik saya buat adalah, saya hanya senyum bila ditanya soalan macam itu.
Helllloooo...bukan saya tak mahu kahwin. And helllloo....tak ada boyfriend doesn't mean kita tak akan kahwin. Cuba fikir secara bijak. Kalau percaya pada Tuhan, so automatically pecaya jugalah pada takdir,jodoh, maut dan semua qada' and qadar yang Dia dah tetapkan.
Ok fine, after my future dot dot dot (what we call as bakal) dah habis belajar, I will ask him to pinang me..personally! Ya, saya sendiri minta. Bunyi macam tak malu...tapi kalau dah nak sangat kan....buatlah macam tak sabar-sabar.
Tapi saya tak akan buat tindakan yang sangat desperate macam tu. Kahwin muda atau lambat, it's up to jodoh and usaha seseorang tu.
Ada setengah kata kahwin muda untuk elak maksiat. For me thats nonsense...!!! If you kahwin muda pun banyak maksiat lain boleh terjadi. Alasan macam tu sepatutnya tak boleh guna sebab maksiat tak akan terjadi kalau kita sendiri tidak mendekatinya.
That's why saya suka hubungan yang betul-betul pasti. Bukan menjalinkan hubungan yang tidak ada hala tuju atau membuat hubungan yang hanya sia-sia.
Dan oleh sebab itu, saya tangguhkan title "in a relationship" sehingga benar-benar pasti itu jodoh saya. Saya tak nak benda yang membazirkan, yang meletihkan dan mengecewakan berlaku dalam hidup.
Bila tiba masa, itulah masa itu. Kalau masih ada yang bertanya soalan macam itu, jawapan saya " bukan saya yang pergi meminang orang".
p/s: bila tiba masa itu, itulah masa saya...haha...apekebenda lah! oh, and makcik..sorry sebab bunyi macam marah je dekat makcik, but then i realized makcik yang pelihara I waktu I masuk asrama. Thank you Makcik. Nanti kahwin insyaAllah Makcik ada dekat majlis tu...:-)
Posted by ika alwee at 1:49 PM 2 comments
Saturday, November 12, 2011
Someone like you??
Salam.
I heard that you're settled down
That you found a girl and you're married now
I heard that your dreams came true
Guess she gave you things I didn't give to you....
Ye...tahniah....wow suka.
Berapa lama ye sudah berlalu?
Erm, hampir 2 tahun...
Tiba-tiba you turns up...ajak pergi xxxxx xxxxx.
Tapi saya tak boleh...sebab saya tak keluar dengan lelaki orang apatah lagi mempunyai anak yang sangat comel.
Alasan "lama tak jumpa"...saya rasa amatlah tidak sesuai.
Jemputan "jemputlah datang ke rumah"....lagilah tidak masuk akal.
Cadangan saya, kalau kita terserempak tegur-tegur sajalah...
Harapan saya, "harap-harap tak terserempak..."
Kata orang.."asyik-asyik terserempak je..jodohla tu"....langsung tidak boleh pakai lagi. Janganlah!!!
Bunyi macam annoying...nampak macam overreacting...tapi itulah logik.
Kita teruskan berkawan walaupun hanya dalam laman muka buku....ok.
"Nevermind I'll find someone NOT like you...
I wish nothing but the best for you,too...
PLEASE forget me,I begged, I DON'T remember you said...
Sometimes it lasts in love, but sometimes it hurts instead.."
INDEED,
p/s: p/s;i don't love you..
Posted by ika alwee at 10:45 PM 0 comments
Wednesday, November 9, 2011
Bahasa ape tah...
Salam.
Hafarifi ifinifi hafarifi rafabufu...
Ha.....!! Boleh tolong translate tak ayat dekat atas tu?
Saya tidak berapa mahu faham lah!!!!!!!!!!!!!!
Siapa pernah dengar ayat macam tu atau pernah cakap macam tu?
Saya tak pernah sebab saya rasa pelik lah sesangat....Even saya sendiri tak pasti betul ke apa yang saya nyatakan tu.
"Hari ini hari rabu" <<<< Inilah yang saya cuba sampaikan dari ayat di atas tu.
Kenapa ada banyak F?
Kalau masih ingat lagi, dulu glemer sangat ayat macam tu..berF-F. Saya panggil itu adalah bahasa F.
Pertama sekali saya dengar orang cakap bahasa F ni waktu saya berada di tingkatan 1 kalau tidak silaplah.
Ayat ni kebanyakkannya kaum gegurl je guna.... Sebabnya kaum gegurl suka buat ahli mesyuarat tingkap. Bila kaum gegurl cakap macam ni, tak ada siapalah tahu resipi "ketupat" yang sedang gegurl ni anyam...
Nak-nak pulak bila buat mesyuarat pasal kaum boboi...hahahha.
Dulu waktu sekolah adalah pernah juga nak try cakap macam tu. Tapi dapat markah F....FAILED.
Serius tak reti dan tidak faham. So, kalau jadi mangsa ketupat tu, redha je lah...
Kadang-kadang cuba juga nak faham tapi bila dah kawan-kawan gegurl cakap macam keretapi, ternganga je lah.
Kewujudan bahasa yang tidak diiktiraf kamus dewan ni tidak pasti diterbitkan oleh siapa... Dari mana asal usulnya masih tidak dapat dijejaki pakar sejarahwan.
Tapi, kalau dengar masih rasa kita berada di Malaysia sebab kepekatan accent Melayu tu masih ada. Hik3.
Jadi tak adalah international sangat bila cakap macam tu.........
Pelik daripada biasa.
p/s: bahasa jiwa bangsa... F = bangsa?
Posted by ika alwee at 9:08 PM 0 comments



