Wednesday, January 11, 2012
Sunday, January 1, 2012
Ok..welcome 2012
Salam.
Selamat tahun baru 2012...
Entry pertama untuk tahun 2012...
Selamat melangkah ke tahun 2012.
Saya seperti orang-orang lain, mengharapkan tahun 2012 memberi rezeki yang barakah pada diri saya.
Tiada azam untuk tahun 2012. Ikut rentak hidup je.
Sebelum meninggalkan tahun 2011 yang penuh dengan suka duka, saya sempat mengabdikan sedikit kenangan dan sentuhan terakhir dari kamera handphone...hahaha.
Kenangan la SANGAT....!!!
9.00 p.m - menjamah kfc untuk tahun terakhir 2011.
10.00 p.m - layan fesbuk untuk tahun terakhir 2011
11.45 p.m - melangkah masuk ke toilet sebelum 2012 menjelma. Kalau tak keluar sebelum 11.59p.m , jawab nya keluar tahun depan laaaa.....hehehe.
11.50 p.m - jumpe arnab yang sombong, wish "jumpa tahun depan yeee..."
00.00 a.m - bulan untuk tahun 2011 dah jadi bulan tahun 2012.
00.04 a.m - secara rasminya saya masuk tidur pada tahun 2012....
p/s: 2012...2012....apa nak rancang ye...
Posted by ika alwee at 9:26 PM 3 comments
Saturday, December 31, 2011
Selamat sudah 2011
Salam.
Lagi beberapa jam lagi, berakhir lah tahun 2011 secara rasminya.
Sekaligus kita juga dalam beberapa jam akan melangkah ke tahun 2012.
Bagi diri saya, tahun 2011 saya berjaya lalui dengan penuh suka duka.
Tahun ni memang banyak kot STRESS...hahaha.
Tapi bila dah nak akhir tahun, ada la juga suka-suka nya.
Pada tahun 2011 , tak banyak kejayaan atau impian yang dapat saya capai.
Tak ada apa-apa yang terbaik berlaku dalam hidup.
Cuma saya masih bersyukur sebab masih dilimpah rezeki dan tidak pernah kurang.
Alhamdulillah, semuanya masih lagi dalam keadaan sempurna.
Selamat tinggal 2011..
Tahun yang sangat biasa dan tiada apa yang gempak sangat pun...
Hehehe...
Terima kasih 2011 kerana memberi peluang untuk bergembira dan bersedih.
2011 sangat adil..
p/s: 2011 permulaan untuk mencapai cita-cita...2012 persediaan menghadapi cita-cita, insyaAllah...
Posted by ika alwee at 9:11 PM 0 comments
Friday, December 23, 2011
Real atau latihan?
Salam.
Jam 10.30 pagi tadi ada dengar bunyi siren.
Kalau kerja dekat Putrajaya ni, bunyi siren dah dianggap biasa sebab Putrajaya adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan.
So, kire nya kalau polis ke, bomba, ambulans ke..semua tu dah biasa.
Sebab Presint 2 ni dah kira macam laluan 'sedia maklum' mana-mana kenderaan.
Tapi apa yang saya nak bagi tahu dekat sini...
Salah satu bangunan kerajaan di sini ada asap kepul-kepul keluar ikut tingkap.
Maknanya bunyi siren tadi adalah siren bomba yang datang untuk memadamkan kebakaran.
So, kitorg dekat office ni pun terus la meluru ke tingkap tengok apa yang berlaku.
MOF terbakar? Bukan satu bangunan, hanya ada satu aras sahaja yang terbakar tu. Punca kebakaran tak tahu. Tak nampak pun api, yang ada asap tebal je.
Lepas tu nampak la staff-staff situ keluar dari bangunan...Jalan pun dah tutup...
Mungkin la ada kebakaran dari andaian saya ni.
hahahaha....siap tutup jalan lagi...
Posted by ika alwee at 11:12 AM 0 comments







