BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Tuesday, March 27, 2012

Jejak OU tanpa sesat

Salam

Hola...
Korang tengok tajuk, ada dua kemungkinan dekat situ.
1) aku first time pergi..(shit!!!)
2) aku pergi selalu sesat...(damn!!!)

Salah, jawapannya tiada dalam senarai jawapan.
Aku dulu boleh kata sebulan sekali pergi sana atau pun paling sedih, 5 kali setahun. Hahaha.
Aku sendiri tak ingat la bape kali aku pernah pergi. Tapi aku dulu pergi sebab nak pergi date ngan best friend aku. Kalo aku pergi dengan dia, confirm aku ikut jalan lain sebab akan singgah rumah dia dulu.
Tapi kali ni aku pergi dengan kawan-kawan Putrajaya, so kira macam direct ke sana la. Jalan pun berbeza la, dan alhamdulillah, sekali percubaan je dah sampai.
Yang paling aku bangga sebab member-member aku cakap, "tak sia-sia duk kl...". Hah. Tapi jalan Putrajaya, aku agak blur sikit....boleh macam tu?? Sukati la kan.

Sampai sana macam-maca aktiviti kitorang buat, dan niat utama di One Utama hanya aku nak bawa kawan-kwan aku rasa makanan Korea ni. Apalagi kalau bukan Seoul Garden. Masalahnya, aku tak terpikir plak nak tangkap gambar depan kedai tu. Kalau tak boleh jadi kenangan jalan-jalan cari makan.

So, korang check it out la pictures dekat bawah ni sendiri.

 - memula sampai, kena tgk la directory kan....nak cari kedai...tipu lah kalau pergi tak guna melainkan memang korang terer jalan dekat dalam OU ni...wa salute la..!!!
 - ini Fadil a.k.a Dila dan Aliya...makan ape tuuuu???
 -aku memang tengah enjoy..dari pagi aku tak makan... kawan aku dari semalam tak makan..leh caya ke??
 -nampak macam tak menarik, sebab kitorg tak reti nak cantikkan benda yang akhirnya masuk mulut, dihadam2 ni...
 - aku dengan Bidi sibuk belajar cara pegang chopstik. Obviously, tak reti. So what??
 - ni la ABC rekaan aku dan kawan-kawan....hehhe
 - ni ABC dak Bidi....tak menarik langsung...bwahahaha.
 - rehat jap lepas makan.
 - erm...'kapal' star wars datang mendarat.
 - memang gilos...
 - aktiviti merapatkan silaturrahim....
- aku la yang last tu kan....kan..kan....

Kesimpulan nya, aku tak reti edit gamba bagi menarik, sebab kalo dah menarik wat pe nak menarikkan lagi kan??


p/s : insyaAllah de rezeki, jalan-jalan ikatan ukhwah lagi...

Thursday, March 22, 2012

Menyejukkan diri

Salam

Hola...
Como estas...??
Haha..tu je aku reti setakat ni.

Orang selalu kecoh Malaysia panas. Kalau dah memang terletak dekat garisan khatulistiwa, sedia maklum la negara kita ni memang panas. Tapi nasib baiklah panas nya masih lembab. Kalau dapat panas terik macam negara arab, ko mau?
Aku sebenarnya pun tak boleh panas-panas ni..haha. Nak wat macam ne, takkan nak langgar hukum alam mintak salji turun pulak kan. Nanti, lain plak jadi nya..Haaa....
Sebagai seorang yang telah di ajar ilmu geografi sewaktu di sekolah rendah, saya dengan rendah diri menerima hukum alam ini dengan penuh tabah dan sabar.
Apa salahnya panas...macam tak da tempat nak menyejukkan diri kan.
Kalau nak sejukkan badan, minum air sejuk, kunyah ais, pergi masuk shopping mall, masuk kereta bukak aircond, duduk rumah taruk penghawa dingin...(amboi).. pergi tempat yang sejuk....dan cara aku nak merasa sejuk (walaupun bukan semulajadi), aku pergi i-city snow walk.. Yeahhhhh....

Asalnya nak cerita pergi i-city je..
Jom check this out. Ini antara koleksi menarik aku sewaktu di i-city bersama rakan-rakan seperjuangan.

* Gambar-gambar ni aku pilih berdasarkan mana yang aku rasa sesuai tuk ditayangkan. Selebihnya, anda kena jumpe aku sendiri untuk tatapan peribadi.

 - waktu memula sampai..excited skit...-

 - masuk-masuk dah bergambar...-

- cam real plak...-

 - ni aurora...hahaha..macam kat antartica plak...-

 - ni antara gambar Bidi yang terbaik..haha-

 - dalam rumah aku..-

 - jom main bola...time ni aku cool je, walopun de budak sepak bola hampir nk kena aku...sib baik sejuk dalam tu...-

 - mai masuk igloo...-

 -kami dah ke i-city...anda bagaimana??-

Ni la gambar yang leh ditatap umum... Kalau korang perasan, gambar dak laki tu a.k.a Bidi, tak banyak dalam koleksi aku sebab gambar dia banyak yg kacak menawan. Demi menjaga privasi dia, aku tak leh nak publish banyak-banyak...Hahahhaha....

p/s : nanti pergi lagi..

Friday, March 16, 2012

Jumaat...ape kes?

Salam.

Hola..
Aku tak tahu nape, tapi rasa macam dah addicted ke hape...sebab idea ni mencurah-curah la plak kan.
Actually cerita la kan..idea tu tak da la sebab cerita aku ni bukan bernas sangat.
Aku rasa ini adalah akibat ponteng kerja semalam. Bila aku ponteng, aku banyak masa berfikir. So, itu pasal la timbul macam-macam cerita.
Nak cerita semalam macam x best la plak, sebab satu hari banyak-banyak entry. Tak masyuk langsung.

So, hari ini aku merajinkan diri ke office. Walaupun dalam kedaan berat hati. Aku tak tahu la nape, macam komitmen kali ini tidak se'gah' dulu. Dulu office lama, nak kata excited tak da la pun. Mungkin sebab tugasan akan pending kalau aku men ponteng-ponteng ni. Sekarang ni, office tak sibuk sangat. Lepas tu kerja dia kadang aku rasa macam, ishhh...perlu ke? Perlu ke buat? Ha macam tu la...memang la perlu, aku je ngada-ngada buat stress, sape suruh kan. Padahal kerja aku cukup relax...relax..serius relax..aku tak tipu. Tapi tu la, aku je suke bagi feel x best dekat diri. Salah aku la kan...

Hari ni hari Jumaat. Ape kes? Kes sekarang ni ada pesta belon panas kat Putrajaya ni. Pagi-pagi lagi time on the way pergi office aku nya fokus sudah hilang. Waktu menuju ke office dengan perasaan ragu-ragu (sebab tak percaya aku pergi kerja), pandangan aku dikacau oleh belon-belon panas yang sudah mula bergerak naik.. Aku dengan muka excited terus terkeluar "WOW..awesome". Hahaha.. Bukan jakun okay...tu namanye aku excited sebab benda ni setahun sekali. So, ape kes la kan kalau tak jakun macam tu.
Aku snap pic...tadaaaaa....



- belon sedang bergerak naik atas....yeeehhaaa..-

Hari ni hari Jumaat. Ape kes? Kes nya hari ni bersamaan hari lahir mak aku. Pagi-pagi lagi keluar bilik air aku dah, "What's up mommy...hapi besday.." !! Ha, tak de pasal la aku nak macam tu kan. Aku keluar je bilik air aku nyanyi la...Happy birthday to youuuuu....(nyanyi sampai habis la of course!!)
Dari semalam aku dah stress nak bagi hadiah apa. Sebab nya bajet aku dah lari. Nak wat surprise, aku karang yang ter 'surprise'... Alih-alih duit mak aku jugak aku pow karang beli hadiah dia. So, aku tak de la bagi ape...aku cadang nak bawak pergi i-City la...tak pun pergi tengok pesta belon panas. Hahhaa, ikhlas la tu kan...

Hari ni hari Jumaat. Ape kes? Kes nya sebab esok sabtu, aku kena pergi exercise. Semalam aku cadang nak pergi riadah, hajat aku tak tertunai. Hujan dengan guruh berdentum, kilat sambung menyambung...halilintar...dan bola api (cari pasal la kalau cakap macam tu kan)... Tak da la teruk sangat hujan nya.. Yang benar hanya ada guruh dan kilat je. Selebihnya siaran astro tu memang sedia maklum tak akan dapat la. Aku tukar aktiviti aku dari beriadah kepada amal jariah. Aku dengan senang nya melipat kain baju yang bertimbun. Aku rasa rajin sangat semalam sehingga aku buat kerja rumah dengan penuh dedikasi.

Hari ni hari Jumaat. Ape kes? Kes nya semalam hari Khamis. Hari yang penuh onar berlaku ke atas diri aku. Aku dilanda kemurungan. Tipu!! Aku dengan senang hati tidak hadirkan diri ke tempat kerja. Aku punya sebab. Walaupun sebab ku remeh, namun ia menyentap sanubari aku sehingga aku kena lakukan sesuatu untuk hilangkan kesentapan itu. Aku kalau stress ke, sentap ke...aku main gitar. Tetapi memandangkan dugaan semalam sangat hebat, aku tak main gitar sebab nanti aku akan menghamburkan perkataan yang boleh me'was-was'kan puasa aku. Yela, aku main gitar pun tunggang langgang kan, lagi aku stress kalau aku tak mencapai note yang seharusnya.
Aku kemas rumah...aku vacum, aku mop, aku lap kipas...ape lagi? Aku lap sume perabot siap frame-frame gambar...dan aku kemas bilik aku juga. Tapi sorry, aku tak sentuh bilik abang aku (hanya kipas je aku bersihkan) sebab aku rasa tak da motif untuk aku bersih bilik dia yang confirm tidak ada beza pun 'sebelum' atau 'selepas'. Bukan la aku pentingkan diri, tapi dalam situasi yang boleh memudaratkan muka aku, aku terpaksa berhenti membersih hingga bilik aku je. Hahaha...nanti korang jugak kata muka aku penuh jerawat..ape kes?

Hari ini hari Jumaat. Ape kes? Kes nya aku datang pakai baju lawa. Hahaha, hari jumaat memang aku pakai cantik-cantik sebab hari yang punya rehat yang panjang. Ape kes? Sukati la nak pakai pape pun.

p/s : ape kes merupakan tagline yang popular sejak keluar nya cerita "Laila Isabella"...So, ape kes dengan ape celup???

Thursday, March 15, 2012

Aku sendiri tak paham

Salam.

Hola..Como estas?
Ha...memang tergedik lagi la aku duk cakap spanish je kejenya... Itu je pun aku reti..hahaha.
Agak lama dah kot tak praktikkan bahasa ni..mau lebih 10tahun.

Al-kisah nya hari ni aku masih lagi selesa dengan penggunaan kata ganti nama diri pertama yang lain dari lain dengan post sebelum-sebelum ini..(tarik nafas panjang-panjang bila baca).
Que pasa?? Sebab aku rasa selesa kot macam ni...kalau ada cerita skema, baru la guna ganti nama yang skema.
Paham-paham sendiri la..

Entry untuk kali kedua pada hari yang sama (memandangkan aku banyak masa free), aku nak bebel sikit pasal benda yang kadang kita sendiri tak paham.
Contoh, tajuk entry aku "Aku sendiri tak paham", tapi jalan cerita nya aku terpesong sikit dari tajuk. So, aku sendiri pun tak paham.

Memula nak cerita pasal kata ganti nama diri ni la...
Aku dapat respon dari diri sendiri bahawa entry aku sebelum ni yang ada perkataan 'wa' tu macam agak ganas, tapi cool. Macam ne tu? Aku sendiri tak paham. Tapi apa yang aku paham, bahasa macam tu unik. Sebab ianya unik kerana, jarang-jarang la orang yang baik budi pekerti macam aku untuk guna kan nya. Dalam penulisan tak nampak janggal, tapi for sure kalau percakapan...awkward....!!!!
Selalu ayat macam 'wa-lu' 'bro-beb' 'bai' dan sewaktu dengan nya yang bunyi macam poyo-poyo tu, sebenarnya nampak janggal kalo orang yang tak biasa guna tetibe nak guna. Macam aku la. Hahha. Kadang-kadang bunyi cam nak gado pun ada...bergantung pada intonasi la sayang...
Tapi korang perasaan tak, bahasa gangster (aku rase gangster la bila gune macam tu kan) macam ni, kita je guna. Orang putih (orang barat sanalah!), dorang tak unik macam kita. Even gengster dorang pun tak guna ayat macam tu. Aku bagi contoh.

Orang kita : "Lu cakap bek-bek bai...skali gua hentak lu...*&&^%$%^&!!!"
Orang barat sana : "Hey man, watch yo mouth...or I'll kick yo ass...yo Mo^%$&F*ck#@!%!!!"

OK..contoh ye..contoh ye kawan-kawan. Ha, lebih kurang macam tu la. Perasan tak, dorang masih ada skema lagi kat situ.. Guna I-YOU... Kita kalau dah 'lu-gua' campur lak 'bai', tu memang dah aku rasa ganas la. Nampak tak, nampak? Kepelbagaian slang kita...hehehe. You know what im talking about...slang...slang.. it's all about slang man...

Tapi sebenarnya kalau nak guna slang tu lembut-lembut pun boleh..."Lu ni nape sayang...", "Bro..bro...gua sayang lu bro..." Boleh jugakkan....???
Aku sendiri tak paham.

Perkara kedua aku tak paham hingga wujud entry tak paham ni adalah tentang diri perempuan. Lelaki selalu kata susah nak faham perempuan. Perempuan seperti masalah matematik. Hello...aku yang perempuan ni pun susah nak faham perempuan, even diri aku sendiri...dan aku sendiri tak suka math. Dang.
Aku sendiri tak paham perempuan, maksudnya aku pun tak paham diri aku.
COntoh...aku suka bagi contoh.

Lelaki : U nak makan mane?
Girl  : Mana-mana je..tak kisah.
Lelaki : Jom makan sini....nak?
Girl : Tak nak la..ramai sgt orang...tempat lain la.
Lelaki : Ok..u plan nak makan ape? Kite cari tempat makan yang de feveret u..
Girl : Tak kisah..makan je sume...
Lelaki : Okayyy..Ha, sini..tak ramai orang...macam-macam de ni...nyum2..
Girl : Erm, tak nak la..tak ramai orang tak sedap la tu kot....
Lelaki : Ooookeeaayyy...U terpikir nak MAKAN APE?
Girl : Apa-apa je..tak kisah kan i cakap...
Lelaki : Okaaayyyy...jom pegi makan fast food. McD?
Girl : Tak nak la fast food..gemuk la..i diet kan...
Lelaki : Tadi kata...hurm..^%$&**%%&&*

Ha, contoh....contoh...korang paham sendiri la apa yang laki tu hamburkan.
Aku sendiri tak paham perempuan macam tu... dan yang lagi aku tak paham diri aku pun lebih kurang macam tu.
Laki : Ok..sori la..gurau kasar plak..
Aku : Tak pe..tak kisah pun la..kite alright je..cool..hehe
 Tapi dalam hati aku..huh. Jam tu jugak aku sebarkan dekat kawan aku..."Tah pape la die, nak gurau pun tak reti.. Marah tau".

Ha...memang la tak paham..

Yang ketiga aku tak paham..
Kenapa kalau guna traffic light perjalanan lancar daripada guna police traffic?
Sebab lampu isyarat orang leh men langgar je, kalau de polis agak sopan la sikit... Ye ke??
Aku sendiri tak paham..asalkan dapat jalan sudah..... No offence..


p/s: semua benda yang kita tidak faham mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih memahami... Paham tak?Aku sendiri tak paham..