BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 29, 2011

Ramadhan 1432AH.

Salam Ramadhan al-Mubarak buat semua umat islam diseluruh dunia.
Kedatangan ramdhan kali ini sangat dinanti-nantikan.
Rasa-rasanya baru sahaja menyambut syawal dan tanpa sedar kita sudah kembali semula memulakan persiapan menyambut tibanya ramadhan.

Ramadhan bulan yang penuh rahmat. Ramadhan bulan yang sangat dinantikan pada mereka yang mengejar ganjaran. Ramadhan bulan yang penuh nikmat.
Semoga kedatangan ramadhan kali ini memberi keberkatan dalam kehidupan kita.

Kalau bercerita pasal ramadhan, banyak perkara yang terlintas.
Saya kategorikan ikut peringkat usia.

Kanak-kanak = Bulan puasa, apa persiapan mereka? Hahha..tak lain tak bukan mercun dah siap dekat tangan. Tiap malam, orang tengah tarawikh depa duk sibuk berlawan bunyi mercun. Kadang-kadang geram melihatnya tapi sebenarnya susah nak nafikan yang ia sedikit sebanyak memberi kemeriahan pada bulan ramadhan. Terbit rasa gembira walaupun sakit telinga dok dengar dum dam dum dam. Ala, macam tak biasa...macam tak pernah buat...jeles la tu sebab dah tua...hehehe.


Remaja = Bulan puasa, apa persiapan mereka? Bagi yang lelaki, sahur paling payah kot...tapi tiap-tiap malam cukup la buat tarawikh lapan rakaat je...lepas tu tunggu moreh...hehehe. Kadang tak buat, lepak la dengan kawan-kawan...cerita apa, saya tak tahu sebab saya bukan lelaki.
Kalau remaja perempuan, persiapan bulan ramadhan macam biasa awal-awal lagi dah sibuk cari kain nak buat baju raya. Puasa belum mula lagi ni...yela, lambat-lambat takda orang nak ambil tempahan. Hehehe...


Orang dewasa = Bulan puasa, apa persiapan mereke? Bagi kaum adam yang bujang, petang duk sibuk fikir nak buka puasa apa. Paling senang, balik kerja singgah je bazar ramdhan. Macam-macam ada....beli je apa yang terliur...lebih buat sahur. Jimat dan tak membazir katanya....
Bagi kaum hawa yang anak dara pula, pagi lagi dah sibuk fikir nak masak apa buka nanti. Paling senang juga, singgah je bazar ramadhan...beli apa yang nampak sedap...Menu buka puasa lain, sahur esoknya pula lain. Jemu katanya kalau benda yang sama....hehehe. Kuih raya paling kurang 6 jenis pun dah siap tempah untuk orang dikampung...katanya juga....hehehe.


Kaum ibu/bapa = Bulan puasa, apa persiapan mereka? Bagi kaum bapa, petang singgah bazar ramadhan beli sedikit pemanis mulut untuk berbuka nanti.  Belilah sikit-sikit untuk anak-anak yang letih berpuasa...ayam golek, ayam percik...ada dalam menu tiap kali order.
Bagi kaum ibu, bulan puasa belum mula lagi dah sibuk tempah baju dan langsir baru...untuk anak-anak dan tetamu datang nanti katanya...hehehe. Ha, kuih raya...fikir 8 kali nak buat atau tempah je....Time sahur pula dah sibuk jenguk freezer tengok apa yang dimasak untuk berbuka nanti...:-)


Warga emas/orang yang lanjut usia = Bulan puasa, apa persiapan mereka? Terkenang anak-anak yang jauh diperantauan. Balik atau tidak menyambut ramadhan bersama.... Ruang solat penuh dengan kehadiran mereka...Mencari keberkatan dalam bulan penuh mulia ini.

Hurm...sebenarnya Ramadhan tetap memberi nikmat walau dengan cara apa pun kita menyambutnya.. Kemeriahannya tetap terasa walaupun berbeza cara.
Semoga kedatangan ramadhan memberi seribu keinsafan dan kesedaran pada kita yang telah lalai selama ini.
Semoga kita sama-sama memperoleh keberkatan dan sama-sama merasai nikmatnya Ramadhan.
Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak dan selamat berpuasa......
Jangan ponteng ye.....

p/s: awal ramadhan dah start dengar lagu raya..tak sabar katanya...hehee.

Jangan begitu....

Salam...
Tepat 9.30 malam...
Baru dapat fikir tajuk sesuai untuk post kali ni.
Sambil menggulung-gulung meggi dengan garpu ni, cari juga ilham macam mana nak mula cerita kali ni.


Hurm, sebenarnya untuk kesekian kalinya saya nak balas entry dari blog kawan saya yang sering meluahkan rasa hatinya pada saya.
Aduan kali ini adalah lelaki.
Tetapi bukan lelaki yang menjadi persoalan tetapi tindakkan lelaki itu yang menjadi pertanyaan.


Dipendekkan cerita, dia telah dikenalkan oleh seorang teman dengan seorang lelaki yang tidak dikenali. Bermula proses suai kenal dan akhirnya sampai ke satu pertanyaan yang membuatkan lelaki tersebut berhenti dari meneruskan perbualan. Sebab kawan saya ni kelentong pasal pekerjaan dia sekarang.


Jadi, bila dah terjadi macam tu kita sendiri tahu lah sebab apa. Maknanya dia tidak berkenan dengan pekerjaan yang kawan saya nyatakan tu. Salah ke dengan pekerjaan macam tu? Baru kelentong sikit dah cuak. Nampak sangat lelaki sekarang pandang pada harta benda. Erm, boleh upgrade sikit kot...harta dan paras rupa. Dulu perempuan je, sekarang lelaki pun macam tu.... Wow, kiranya dah sama-sama bersainglah ye. Tidak ada salahnya kalau nak cipta rules macam tu, tetapi janganlah ketara sangat. Bila ada manusia yang macam tu, sedikit sebanyak merosakkan tanggapan seseorang terhadapnya.


So, what's a problem with that?
Hello.....tak ada masalah apa-apa pun...cuma kenapa mentality orang macam tu? Kenapa rendah sangat?
Ok, fine! Bukannya kenal terus nak ada relationship kan? Kawan tak boleh? Kenapa, golongan macam tu tidak boleh berkawan dengan orang yang rendah taraf sikit? Kenapa? Takut dipandang rendah orang, atau takut dengan bayang-bayang sendiri? Takut diejek rakan atau takut diketawakan bayang-bayang sendiri? Sebab tidak boleh nak tampung perbelanjaan kot-kot nanti jadi g/f??
Hah...nampak sangat orang macam tu jenis terburu-buru atau lebih tepat saya nak gelarkan desesperado!!


Bukankah perkenalan itu permulaan sebuah perhubungan?
Perhubungan. Ok, full stop.  Perhubungan tu pun luas maksudnya. Hentak kepala tanya minda.
Jangan cetekkan pemikiran. Cuba think out of box. Luasnya otak tu boleh saya andaikan seperti luasnya dunia.
Tidak semestinya setiap perkenalan tu akan berakhir dengan relationship bf/gf.... Macam-macam pengiktirafan boleh diberi pada perhubungan yang terjalin. Kadang-kadang manusia cepat sangat membuat keputusan tanpa berfikir dengan lebih jauh. Kalau lebih bersabarkan lebih baik.


Janganlah juga memandang seseorang dari luaran sahaja. Lebih baik kenal apa yang tersirat. Sebab apa yang tersembunyi itu sebenarnya dapat memberi kepuasan. Bukankah manusia dicipta dengan penuh perasaan ingin tahu? Kadang-kadang perasaan ingin tahu itu juga memudaratkan manusia. "Curiosity killed the cat". Jadi gunakanlah perasaan ingin tahu dengan penuh bijaksana. Itu gunanya akal.


Saya tidak meletakkan masalah macam ini pada lelaki seratus peratus. Mungkin ada juga golongan wanita yang macam itu. Sebenarnya bukan gender yang menjadi pencetus tanggapan macam tu cuma sikap pada seseorang itu. Kalau sikap kita yang suka membuat kesimpulan dari mata kasar tanpa sedikit eksperimen dijalankan, tidak beradablah kehidupan manusia nanti.
Janganlah begitu...
Setiap manusia memang tidak ada yang sempurna. Persamaan manusia pada akalnya. Sama je akal setiap manusia. Akal itu yang akan menyempurnakan manusia. Akal itu juga digunakan untuk sempurnakan hidup orang lain.



Tepuk dada tanya selera.
Buka mata langkah kehadapan.
Tenangkan jiwa lapangkan hati
Hentak sikit kepala tu, tanya minda.
Keputusan ditangan anda. Hidup anda, anda tentukan. Hak ditangan anda. Waspada, dihadapan ada papan tanda....."What's goes around comes around..."


p/s: setiap perkara yang kawan luahkan bukanlah masalah, cuma ia satu pengaduan atau rasa hati untuk dikongsi bersama...chill friend..