BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS
Showing posts with label awesome specky. Show all posts
Showing posts with label awesome specky. Show all posts

Sunday, April 3, 2011

Awak kepada saya, Saya kepada awak.

Perfect!

Perfect explanation...!!
You to me, Me to you...
Ini sesuatu yang sedang saya minati,
Ini sesuatu yang mengkhayalkan saya,
Ini sesuatu yang membuai saya setiap detik.

I am yours, like the sun which sets 
The beautiful memories are all from one place 
Precious memories of the naive days together 
Woo- they remain as a picture which has no regrets 

You are mine and make the lonely times pass 
You are the sunlight which shines on me 
Your small white hand in mine 
Like the sparkle of a jewel it makes the promise of eternity

You are mine, like a sad graduation song
You are still a small part of this hear of mine
Your beauty glitters in your eyes
Like so many stars I hope you will always shine

Ini sesuatu yang sangat klasik,
Ini sesuatu yang sangat bernilai,
Ini seperti lukisan yang indah.


p/s: artistik..

Saturday, March 19, 2011

Player atau Kasanova?

Dang!!!

Player atau Kasanova?
Sama ke gelaran Player dengan Kasanova tu? Saya sedang google ni, dan.........erm, tidak sama. Ada pendapat yang menyatakan gelaran untuk kedua-duanya adalah tidak serupa dan berbeza.

First of all, hye.. Salam 1 Malaysia.
Entry kali ini saya berminat nak cerita tentang seseorang yang suka bermain dengan cinta. Bermain dengan cinta ni, saya rasa lain maknanya dengan bermain cinta. Bermain cinta sama kot dengan bermain perasaan. Tetapi kalau bermain dengan cinta ni, lebih kepada memainkan perasaan. Darn!! Ada yang pernah terkena atau adakah anda terlibat dalam permainan ini? Saya macam hampir terkenalah!! Damn this guy. Bajet hensem siap boleh test market ah tu... Jahat, budak jahat...
Kenapa saya kata hampir? Sebab saya tidak pernah lagi pergi keluar berdua dengan dia. Nasiblah baik. Entah agaknya saya yang nombor berapa saya pun tak tahu. Apa yang saya dengar, ramai jugak yang pernah dijadikan bahan test market dia. Mungkin dia tak berniat kot nak mainkan perasaan perempuan lain, tapi kalau dah siap keluar pergi sana sini berdua (kira macam datelah tu kan?) tak ke nanti perempuan tu rasa macam hubungan nak menjadi? Saya rasa, lelaki ni kena pergi terapi mematangkan akal la. Dia sendiri macam keliru nak jadikan seseorang itu lifetime partner atau tidak. Kalau tidak pasti, jangan memberi harapan. Dowh...!!
Saya memberi pendapat bukan kerana emosi tetapi benda macma ni tak pernah lari untuk berlaku dalam hidup sesiapa sahaja. Benda ni terlalu umum dan sudah terbiasa dilihat.

Sebabkan itu juga saya tergerak nak buat kajian sedikit tentang lelaki macam ni. Adakan dia Player atau Kasanova? Adakah dia lebih tepat digelar dengan gelaran melayu klasik "Buaya Darat"? Lebih mahal lagi, "buaya tembaga"...ahha...

Erm, lepas saya google saya terjumpa pendapat ini.
Pendapat 1 : A player is a person that cheats on girls, and that leads girls on, because he doesn't have the balls to tell a girl straight up that he doesn't want to be with her. Or a person that tries to lead a girl on making her think it's going to be a LTR (long-term relationship)so he can just f*** her. Usually, girls end up hating the player after she sees his darker side, and then she'll spread the word to all her other friends, making all her other friends get disgusted of him.
A Casanova(atau apa sahaja yang anda nak gelarkan) doesn't lie and lead women into something they know that isn't going to happen.

Pendapat 2 A player offers the woman nothing, they're just objects to him, nothing more.
Casanova grasped and was captured by the essence of a woman, and gave them the experience of what a man and woman can have at their best, there was definitely something in it for her.

So...pendapat anda yang membaca?
Bagi saya sama je lah. Player ke, kasanova ke...anda sama. You're nothing. Pandai bermain kata, bermulut manis...dan sangat berhati-hati dalam memuji seseorang.
Sebab apa-apa pun, anda tiada perasaan yang tetap dekat seseorang tu. Cuma gelaran kasanova tu lebih mahal kot. Kasanova lebih menghormati wanita dengan memberi apa yang wanita itu inginkan. Tetapi player atau womaniser lebih mementingkan kepuasan sendiri.

Apa sebenarnya orang macam ini inginkan? Sebenarnya orang macam ini, seorang yang sangat ragu-ragu dan takut dengan kesunyian. Dia ragu-ragu dengan perasaan dia dan sangat ragu-ragu dengan matlamat hidup dia. Sebenarnya orang macam ini ada kekurangan dalam hati dia. Kurang kasih sayang. Dia tak perlukan semua itu sebab apa yang dia inginkan hanya kepuasan sepanjang hayat. 
Dia sangat takut dengan kesunyian. Sebab bila dia sunyi, dia hanya di temani bayang-bayang dia. Orang macam ni sangat memerlukan teman, tapi bukan kearah kebaikan tetapi lebih kearah kemudaratan. Sering bertukar pasangan seolah tidak pasti dengan apa yang sebenar dia inginkan.

Lebih baik elakkan diri dari orang-orang yang macam tu. Lebih berhati-hati dalam melangkah mencari partner. Don't ever think it twice, but think it wise. 

p/s: i'll never hate you, but i will vanish you. Boy, you are such a womaniser...


Tuesday, March 1, 2011

Kenapa merumitkan keadaan?

Salam..
Hello...

Post kali ini, related dengan post dari blog kawan yang sangat saya hormati. Saya baru sahaja membaca post terbaru dari blog dia. My dear friend, why'd you have to make things so complicated?? Can't you just ignore what have they said? Kenapa perlu menjawab soalan yang anda sendiri tidak pasti jawapannya?

Hah!! Semakin dewasa semakin banyak soalan yang menyemakkan. Bukan mereka yang aturkan hidup anda. Hakikat kejadian manusia dan segala yang pasti berlaku bukanlah datang dari kuasa dan kudrat kita. Secara lazimnya, DIA yang menentukan semua tu.

Manusia diciptakan dengan banyak persamaan. Sekali lagi, akal yang mengukuhkan kenyataan bahawa manusia itu sama sahaja. Apa yang membezakannya hanyalah dari segi cara ia diguna pakai. Perlukah disalahkan sesuatu bangsa atau kaum itu dengan apa yang berlaku? Apakah disebabkan bangsa itu yang sentiasa berfikiran begitu menyebabkan keturunan dan generasi yang diwarisi terikut-ikut budaya yang sedemikian rupa? Perihal masuk campur hal orang lain memang tidak dapat dielakkan. Salahkah budaya atau kita yang terlampau taksub hingga menjadi ikutan?

Saya tidak mampu untuk memberi penjelasan sebab mungkin boleh berlaku pada saya juga. Pertanyaan-pertanyaan yang mungkin sensitif bagi sesetengah individu semakin berleluasa!!! Hahhaha, macam isu masalah sosial. Perlu ke ditanya soalan itu berulang kali? Perlu ke diberi jawapan yang tegas dan nokhtah!!?? Perlu ke jadi macam siaran tv berbayar yang berulang kali mengulang tayang cerita? Alahai........

Cukuplah kalau kita mengambil tahu hal yang memberi faedah. Tidak salah kalau hendak tahu serba sedikit hal yang sulit, tapi berpadalah dengan keadaan. Janganlah merumitkan keadaan dengan pertanyaan yang sama. Kadang-kadang senyuman sudah tidak mampu untuk menjadi jawapan kepada setiap pertanyaan. Mungkin selepas ini perlu dipekakkan telinga.

Manusia berbeza dari hati dan perasaannya. Ada yang boleh terima dengan terbuka dan ada juga yang tidak mampu menanggung dengan mudah. Sibukkan diri dengan hal sendiri sebelum kita cukup bersedia untuk sibukkan diri dengan hal orang lain.
Apa yang terbaik untuk mereka, biarlah mereka yang tentukan. Sokonglah apa yang terbaik mereka mampu lakukan. Jangan hanya memberi kritikan yang berpanjangan tanpa dilihat kebaikan yang ada. Bukan terjahan soalan yang diperlukan, cukuplah dengan pandangan dan nasihat. Tidak salah juga mengambil berat, namun janganlah sampai memberi kesan yang nyilu.


p/s: kawan, ape ek ayat sesuai tuk orang macam tu? Sibukkan dodol orang lain, dodol sendiri dah hangit? Macam tu???...but, really ayat "bile nk mampos" sangat tak boleh bla. Keep in your mind, bile masa tiba boleh tak hamburkan sahaja? Orang kata lebih elok luahkan dari terus disimpan...hahhaha.

Sunday, February 27, 2011

Khas untuk Aku,Kamu dan Dia...

Salam..
Hello...

Post kali ini, saya tertarik untuk berkongsi warkah yang ingin saya sampaikan kepada mereka yang berjaya dan mereka yang mencuba mencari kunci untuk hati saya. Ia belum sampai ke tahap yang serius cuma adalah sedikit rempah ratus dalam perhubungan baru bermula tu... Mungkin tidak sampai ke tahap bercinta, tapi sekadar hubungan yang rapat dan ada juga yang boleh dikategorikan sebagai hubungan yang tergantung. Entah. Tiada penjelasan yang tepat boleh saya olahkan.

Pengalaman ini hanya sekadar untuk dikongsi bukan minta dikritik mahupun pandangan. Hanya sekadar borak kosong. Seseorang yang cuba hadir dalam hidup kita mungkin sedaya upaya mencuba yang terbaik untuk berjaya dalam matlamat mereka. Saya tidak pernah menolak, tapi kalau itu bukan yang dijanjikan untuk saya apalah yang mampu saya lakukan. Lihat, berpaling dan pergi. Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang cuba memberi perasaan istimewa dalam hidup saya. Apa yang mampu saya katakan, mungkin ada yang terbaik untuk kita semua.


Warkah pertama saya dedikasikan khas buat dia.. Awak yang bernama F.

Awak sangat menepati ciri yang setiap kaum hawa idamkan. Saya menghormati cara awak menerima saya sejak dari zaman kita bergelar pelajar. Saya rasa awak sangat kelakar bila cuba sembunyikan perasaan awak. Sehinggakan saya berlalu pergi awak masih belum sempat meluahkan apa yang terbuku. Saya perlukan keyakinan awak, bukan kenyataan dari mulut orang lain. Takdir Tuhan tiada siapa mampu elakkan. Saya kembali berjumpa awak, walau bukan bertentang mata. Cukup sekadar berkongsi cerita melalui teknologi yang ada. 
Awak cuba semaikan perhubungan yang mesra. Tapi apa salah yang awak lakukan sampai saya rasa keyakinan pada awak semakin pudar. Saya keliru atau awak yang terlalu mengejar angan-angan? 
Tiga bulan awak dan saya tiada khabar. Salam saya yang bersahaja awak sambut dengan mesra. Awak cerita kembali masa depan yang awak sangat idamkan. Saya belum bersedia.
Akhirnya, kita sama-sama berdiam diri sehinggalah saya dapat berita awak menjadi tunangan orang. Saya terima walaupun ada rasa kecewa seolah selama ini saya diberi watak sebagai salah seorang peserta pilihan awak. Haha, bukan saya yang menarik perhatian awak selama ini.
Terima kasih dengan keindahan yang sementara. Awak sangat bahagia dengan status baru bergelar seorang suami. Semoga rumahtangga awak dirahmati. Awak kekal sebagai kawan saya. InsyaAllah

Warkah kedua saya hadiahkan buat insan yang cuba mendekati saya. Awak bernama A.
Tipulah kalau saya katakan saya tidak mengikuti perkembangan awak di laman sosial yang ada. Awak sihat? Terima kasih dengan hadiah dan kata-kata semangat yang awak berikan. Kita sering berselisih pendapat tentang sesuatu perkara. Awak dan saya sangat tidak bersependapat. Sampaikan satu tahap saya rasa sangat meluat dengan awak. Tapi awak sangat menghormati saya sebagai seorang perempuan. Awak tidaklah romantik. Awak sangat jujur dengan diri awak. Awak cuba berubah menjadi seorang yang saya inginkan. 
Saya kagum dengan awak yang sangat bercita-cita tinggi. Saya tiada rezeki untuk ke situ. Saya doakan awak berjaya dalam hidup awak. Saya minta maaf menolak perasaan awak terhadap saya. Saya gembira terima awak sebagai teman. 
Tak kisahlah walaupun awak sekarang semakin sombong dengan saya. Hahaha, awak dah jumpa yang macam saya ke? Kenalkan dengan saya dan kawan-kawan lain ye.
Semoga awak berjaya dengan cita-cita awak. Saya yakin awak mampu menjadi seorang yang sangat dihormati suatu hari nanti.

Warkah ketiga saya layangkan untuk awak yang jauh, bernama K.
Awak  sangat setia menanti. Awak sangat rajin dan berusaha keras. Saya sangat berterima kasih. Awak luahkan segala-galanya walau kita tidak pernah berjumpa. Hanya dengan pendapat orang lain tentang kita sudah cukup untuk membuat kita mengikat hubungan sebagai teman. Awak sangat peramah dan kelakar. Awak hanya seorang yang biasa dimata saya, tapi awak sangat pandai mengambil hati. Awak ni macam superhero lah!!! Hehehe.
Saya cuba merapatkan hubungan yang awak idam-idamkan. Mungkin faktor usia awak yang mendesak awak untuk cepat memikul tanggungjawab yang besar. Saya perlukan masa. Saya terpaksa menolak dengan perlahan. Perlahan-lahan hubungan kita semakin kaku. Awak diam. Saya tiada kata.
Saya terima, awak kini tunangan orang. Dengar cerita awak semakin bahagia. Saya doakan yang terbaik untuk awak.

Warkah keempat saya karangkan untuk scandal-scandal yang ada...hahahha.
Kepada awak semua yang cuba menembusi hati saya, terima kasih kerana sudi melihat saya sebagai orang yang istimewa. 
Ada diantara awak semua yang saya rasa menepati ciri yang saya inginkan sehinggakan saya pernah bergenang memikirkan awak sebenarnya suka pada orang lain. Kenapa memberi harapan kalau masih tercari-cari yang sesuai??? Hati insan yang bergelar hawa bukanlah diciptakan untuk dipertandingkan. Saya sangat kecewa dengan awak. Saya anggap awak kini sebagai kawan yang lebih tua. Harap maklum.
Kepada awak yang cuba mendekati saya pula, saya hanya mampu ucapkan semoga berjaya. Saya dapat tahu, awak dah ada yang punya... Tahniah. Bukan saya jual mahal, tapi saya mungkin mengambil masa. Saya sangat teliti, saya minta maaf. Awak kurang sabar, saya sangat memahami keadaan itu. 
Untuk awak yang tidak pernah hilang perasaan terhadap saya hingga ke saat ini, saya sangat berterima kasih. Mungkin awak bukan yang saya inginkan. Kita sangat berbeza. Saya selesa dengan awak yang tidak jemu mendengar cerita saya. Terima kasih atas pujian yang pernah awak berikan. Saya tidaklah sesempurna itu. Saya doakan awak berjumpa insan yang betul-betul dapat menerima awak seadanya. Awak sangat manislah. Jangan risau. Kirim salam pada mak ye...hehe. Kita kawan ok?



Demikian sahaja coretan hati yang sempat saya karangkan. Terima kasih kepada insan yang bernama lelaki.
Saya kembali menunggu dia yang sebenarnya diciptakan untuk saya. InsyaAllah...




p/s : banyak bermain perasaan ni....haishh...:-P

Thursday, February 24, 2011

Hidup bukanlah suatu bebanan

Salam...
Hello..

Untuk bacaan blog kali ini, saya ingin berkongsi tentang kehidupan.
Selagi kita masih digelar manusia, kita tidak lari dari kehidupan. Banyak benda hidup di dunia ini. Realitinya ada yang kita nampak malah ada juga yang tersembunyi.
Semua yang berlaku di atas dunia ini adalah sesuatu yang telah diatur dan dirancang dengan sempurna. Ada yang kita perlu percaya di atas sana. Dia yang mengizinkan sesuatu itu berlaku. Dia yang aturkan segala pergerakan di dunia. Dia yang menentukan segala yang bakal berlaku. Dia hanya satu. Allahuakbar!!

Jadi, kalau sudah sedia maklum perihal keajaiban alam dan kehidupan makhluk janganlah anggap ia suatu bebanan. Hidup bukanlah suatu bebanan.
Mengapa kerap kali yang hidup itu mengeluh bila keadaan menjadi sukar? Mengapa yang hidup itu sering kali berpaling bila keadaan kembali tenang? Mungkin itulah yang dikatakan lumrah.

Hidup bukanlah suatu bebanan kalau kita cerdik mengambil langkah. Manusia sangat istimewa ciptaannya kerana dikurniakan akal. Berbeza dengan kehidupan yang ada di atas dunia ini. Jangan salahkan sesuatu yang kita tidak nampak jika kita sendiri tidak nampak apa yang nyata. Kenapa perlu letak sesuatu ke bawah jika asalnya dari tempat yang tinggi? Kekalkan keunikan akal.

Apa yang buruk berlaku dalam hidup kita, mungkin ada yang lebih buruk berlaku dalam hidup orang lain. Berapa juta manusia di bumi ini? Semua ada pengalaman yang berbeza.
Hidup bukanlah permainan yang boleh disia-siakan. Hidup adalah perjalanan. Dunia adalah persinggahan. Macam R&R...
Hidup adalah tanggungjawab. Hidup juga amanah. Hidup lebih bersifat sementara.

Jadikan hidup itu menarik kalau mahukan sesuatu yang indah.
Jangan ciptakan alasan untuk mengatakan hidup itu suatu bebanan.
Jangan katakan musibah itu suatu keperitan.
Sebab hidup itu bukanlah suatu bebanan.

Hargai dan sambutlah setiap detik yang ada dengan gembira dan bersyukur kerana dari situ kita dapat berterima kasih kepada Pencipta.



My dear friend,
"Life is not a burden, but a gift".
Lets celebrate!!!!!

Sunday, January 2, 2011

Muka surat baru...

Salam 2011...!!
Selamat datang ke tahun 2011...
Masih bernafas dan masih cergas bergerak..Alhamdulillah..

Permulaan tahun baru ni, belum ada apa yang best untuk diceritakan. Baru nak mula melangkah. Sambutan tahun baru pun, tiada apa yang dilakukan. Macam biasa. Cuma tukar kalendar 2010 ke keledar baru 2011...

Saya selalu tertanya.. Kenapa masuk sahaja tahun baru, ramai orang nak buat azam? Asal tahun baru je, orang akan tanya apa azam tahun baru ni? Perlu ke setiap tahun ada azam? Azam atau resolution...sama saja. Sebutan je lain.
Bagi sesetengah orang, azam mesti ada tiap kali masuk tahun baru. Sebabnya, azam itu akan menjadikan seorang manusia lebih bersemangat dan ada hala tujuan untuk terus melangkah. Tak kisah la apa azam tu...
Tapi bagi saya, tahun 2011 ni...erm, tak ada azam untuk dibuat. Tahun ni, ikut rentak saja. Just go with the flow..
Sebabnya, azam yang saya buat macam akan dilupakan bila masuk pertengahan tahun...
Akhirnya, saya terus lupa apa azam sebenar saya untuk tahun tersebut. Chah!!! Saya adalah saya. Bila saya berazam, saya akan jadi orang lain. Saya tidak mahu memasang azam..ibarat memasang angan-angan. Kadang tu, azam yang dibuat seperti sukar utuk dicapai. Saya bukan orang yang rajin untuk berusaha. Saya buat sesuatu hanya dengan minat. Hanya bila keinginan itu terbit. Hanya bila niat di hati datang dengan rela.
Chah!!! Bukan bermakna saya tiada cita-cita. Saya masih perlukan azam, cuma bukan untuk tahun ini. Tahun 2011, tahun saya berusaha untuk capai apa saya nak tanpa perlu berazam awal-awal. Bila hendak, saya buat. Bila tak perlu, saya lupakan. Jadi tahun ini saya bebas!!! Bebas dari terikat dengan azam.... Yeah..!!!

Mungkin tahun berikutnya saya akan memasang azam baru. Mana tahu? Bila semuanya sudah stabil, hidup saya juga teratur..bolehlah saya memasang azam.

Cuma bagi tahun 2011 ni, harapan dan doa saya agar diberi kesihatan yang baik, sentiasa dimurahkan rezeki dan hidup keluarga yang aman bahagia.
Semoga 2011 menjanjikan perjalanan yang indah-indah sahaja...hehehe.

  

Wednesday, December 29, 2010

Penutup 2010

Salam...dan selamat sejahtera.
Post untuk kali ini sangat istimewa kerana ia penutup segala post bagi tahun 2010...
Wah..semakin menghampiri 2011...Excited? Adalah sedikit...dan mungkin rasa takut juga..
Semakin menghampiri 2011 bermakna saya juga semakin menginjak umur ke 24 tahun (secara teknikalnya).
Selamat tinggal 23 tahun....

Kalau orang lain sibuk bercerita pasal azam untuk tahun baru yang semakin menghampiri, saya ingin bersifat terbuka untuk bercerita apa yang telah saya lalui pada tahun 2010 ini. Saya juga nak mengimbas kembali apa yang telah saya hadapi, apa yang telah saya lakukan dan apa yang telah saya capai sepanjang tahun 2010.

Hahhaa!!! Sebenarnya tak ada apa yang hebat sangat berlaku pada diri saya sepanjang tahun 2010. Semua nya dengan kehidupan yang normal. Tiada apa yang istimewa... Jadi mungkin cerita saya agak membosankan. Tapi saya sangat hargai apa yang telah saya lalui..tidak kisah sedih atau gembira. Sebab saya berjaya menjaga diri saya dengan baik sehingga ke saat ini dan bersyukur kerana diberi peluang bernafas hinga ke saat ini.

Saya akan ceritakan satu persatu apa yang telah saya capai dan apa yang saya lalui sepanjang 2010. Tanpa susunan yang tepat (sebab dah lupa sekitar bulan berapa semua peristiwa ini berlaku). Mana yang saya ingat saya aturkanlah di bawah ini.... Mengikut kategori yang saya rasa sesuai untuk diletakkan...
Pertama sekali saya ceritakan moment yang gembira, kemudian moment yang tidak disangka, dan akhir sekali moment yang menyentuh perasaan...

SAAT YANG MENGEMBIRAKAN:
1) Saya rasa yang paling mengembirakan saya sepanjang tahun 2010 ini, adalah saat saya kembali menghirup udara luar dari Malaysia. Saya rasa pengalaman saya ke luar negara adalah perkara yang mengembirakan. Saya dapat lagi jejak kaki ke luar negara, iaitu ke Cairo.....Yeaaa.....terima kasih kepada abang saya yang berjaya menamatkan pengajiannya, dan secara tidak langsung saya juga dapat bercuti-cuti riang ria memegang batu piramid..!!!!!

2) Saya berjaya memiliki apa yang saya inginkan. Yes!! Saya berjaya untuk membeli keyboard... hehehe. Satu lagi instrument di rumah bertambah, instead of guitar. Saya sangat happy sebab saya dapat memiliki dengan duit titik peluh saya sendiri. Sangat best rupanya bila dapat beli barang yang kita inginkan dengan hasil kita sendiri. Puas tidak terkata....

3) Abang saya berjaya menamatkan pengajian nya(berkurun tunggu).... Saya sangat happy sebab abang saya berjaya menjadi seorang graduan. Hehehhe... Nanti dia akan habiskan masa dia di Malaysia pula... Senang family saya nak berkumpul...Boleh hang out together, makan-makan...jalan-jalan paling syok. Cukup ahli.

4) Adik saya dapat membuat latihan praktikalnya di Kuala Lumpur. Memang cukuplah!! Cukup semua ahli nanti...Tak adalah saya sunyi berada dirumah. Nak pula bab tidur malam. Takdalah sorang-sorang lagi. Cukup bulan, ada duit, pergi tengok movie..pastuh makan-makan, habiskan duit dekat dia sorang... Saya sendiri tak pasti, gembira ke atau saat yang membosankan. Hahaha...

5) Tahun ni, dapat sambut raya dengan semua family saya. Abang saya dapat beraya dengan kami secara tidak sengaja. Kenapa? Nanti..ceritanya di saat yang menyedihkan. Kira dua dalam satu punya moment...haha.

6) Saya sangat gembira kerana saya masih berkawan baik dengan sahabat saya... Kami masih berhubung, keluar bersama...dan berkongsi cerita. Saya senang bersama kawan baik saya ni... Saya menjadi diri saya yang sebenarnya bila bersama dia. Dia sangat memahami saya... Terima kasih Wanik(bukan nama sebenar). Hahha... Dia kata saya giler.... Saya tak kisah sebab dia sudi kawan dengan saya..

SAAT YANG TIDAK DIJANGKAKAN:
1) Tempat pertama saya letakkan untuk 'saat yang tidak dijangkakan' adalah saat saya pergi membeli binatang/haiwan untuk dijadikan haiwan peliharaan. Saya telah membeli arnab!! Bukan satu, tapi dua terus......  Macam manalah.... Cemerlang betul. Arnab. Sangat tidak disangkakan. Semua nya telah lama saya fikirkan. Tapi saya fikirkan seekor kucing. Yang berlaku adalah, arnab..!! Nama arnab-arnab saya adalah ARNAB dan RABBIT. Tetapi mak saya suka panggil Abu sebab badan seekor arnab tu warna kelabu. Kenapa nama Arnab dan Rabbit? Sebab ia dari golongan mamalia yang berspesis arnab atau dalam bahasa inggeris, rabbit. Senang.

2) Saya sangat tidak menjangkakan yang saya akan belajar untuk bermain keyboard!! Macam manalah...gitar pun tak pass lagi...berangan nak main keyboard. Hahaha. Tapi saya sangat sukakan alat muzik. Saya masih dalam proses belajar. Saya yakin saya boleh. Saya kena usaha untuk menjadikan ia bukanlah perkara yang sia-sia.... Walaupun sangat susah, tapi kalau saya rajin belajar..boleh je..... Fighting!!

3) Ha!! Ini sangat menarik. Sepanjang tahun 2010 ni, perkara yang saya rasa sangat tidak dijangkakan adalah  apabila ada orang meluahkan perasaan dia dekat saya... Hahaa...sangat kelakar dan sangat pelik. Apa yang kelakar? Kelakar sebab saya rasa itu tidak dijangkakan. Sangat pelik sebab saya rasa ia tidak dijangkakan. Semuanya berakhir dengan ikatan kawan...dan terus berkawan...dan ada yang tidak berhubung dah... Apa yang tidak saya jangkakan, adalah...salah seorang dari mereka-mereka telah selamat mendirikan masjid...Tahniah...Nyata awak bukanlah untuk saya.... Kepada yang lain-lain....hurm,hahhaha... Saya rasa 2010, bukan waktu yang sesuai untuk saya membuka ruang pada sesiapa walaupun saya pernah buka untuk seseorang. Tapi orang tu tak faham atau buat-buat tak faham. Nah, sekarang waktu nak bermain tarik tali, saya terus tak nak tarik dah. Nanti-nantilah.....

SAAT YANG MENYEDIHKAN;
1) Apa yang telah buat saya sedih sepanjang 2010 ini? Saya rasa apabila ada berlaku pergolakan perasaan dalam kehidupan keluarga saya. Saya tak mahu nyatakan, tapi ia sangat menyedihkan. Malah meninggalkan kesan sampai bila-bila. Saya tidak pernah terfikir benda macam ini akan berlaku. Tapi saya yakin, ada hikmah disebalik apa yang berlaku itu. Perkara ini buat saya sedar betapa penting menjaga ikatan kekeluargaan. Saya tahu apa gunanya ada adik beradik...dan sangat menghargai peluang bila dapat berkongsi masalah dengan mereka. Kami mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat keluarga kami. Allah yang menentukan, kami berdoa kearah kebaikan. Sedangkan lidah lagi tergigit.

2) Ha!! Saya tak tahu nak kata ia perasaan sedih atau marah. Saya rasa lebih kepada marah kemudian baru sedih. Kereta saya tanpa disangka, telah dicacatkan oleh orang tidak bertanggungjawab. Semuanya berlaku tanpa sedar. Jahat!!!!!!!!!!! Habis kemik tepi kereta saya. Sudahlah langgar, lepas tu tak tinggal nota minta maaf. Ada ke patut...!! Sampai sekarang tak ketuk-ketuk lagi. Tunggu cukup bajet, cat yang baru...Yeepeee..

3) Saya sangat gembira bila kami semua dapat merayakan Aidilfitri dengan semua ahli keluarga. Tetapi saya sangat sedih kerana terpaksa merayakan hari gembira itu di hospital. Adooooii... Abang saya kena tahan wad sebab demam kuning. Tak dapat kami sekeluarga pulang beraya dikampung. Menjadi warga KL yang menyambut raya di Putrajaya. Walaupun bunyi macam tak best, tapi sama juga meriah suasananya dengan di kampung. Pagi-pagi lagi siap pergi hantar rendang kat hospital. Hahahha...Lepas tu terus bergerak raya ke rumah sanak saudara yang ada di KL... Boleh lah happy sikit..berjalan juga.... Sila jaga kesihatan, nak-nak pula kalau dekat-dekat Hari Raya....hehehe.

Hurm..jadi, begitulah antara moment indah dan tidak best yang berlaku kepada saya sepanjang tahun 2010. Semua yang saya ceritakan adalah saat yang saya ingat dan yang boleh saya kategorikan sebagai yang terbaik dan terburuk pernah berlaku. Semuanya pada 2010. Takkan itu je? Mungkin ada perkara lain, tapi saya rasa itu yang meninggalkan kesan. Sebab yang lain, macam tak ada feel sangat lah...hehehhe. Kalau ada pun, saya simpan sendirilah.

Saya akan meningalkan tahun 2010 ini dengan senyuman manis dan pahit.. BITTERSWEET!! Heheh. Semoga ia tetap dikenang. Tahun 2010, sangat unik nombornya seunik pengalaman yang saya lalui. Macam biasa, saya akan kemas dan ikat...letak ditempat yang selayaknya..dan kekal sebagai kenangan sepanjang hidup saya. Tanpa perlu membelek semula...tetapi harus dinilai....dititik beratkan mana yang kurang...kembali melangkah...pandang kehadapan...sesekali tidak salah kalau ingin menoleh kebelakang andai ia mampu menjadi petunjuk.. Semoga tidak berlaku perkara yang sama... Semoga saya kekal menjadi yang seadanya...
Selamat tinggal 2010....!!! Sama rindu seperti tahun yang sebelumnya....

                           SEKITAR 2010

a) Cuba berjinak-jinak dengan sukan tennis....hehehe


b) Menjinakkan diri dengan alat muzik pulak....


c) Semakin berani mencuba....


d) Yes!! Dapat juga....akhirnya..!!


e) Apa ini??!!! Huh....


f) Nah!!! Raya dekat hospital..ehehhe...best je...


g) Bersama Wanik(bukan nama sebenar)...Hahaa..bukan muka sebenar jugak... Jom makan besar!!


h) Arnab dan Rabbit yang sangat agresif...Terlebih vitamin ke...???

Thursday, November 11, 2010

We All Satu Malaysia lah!!

Satu..Malaysia..!!
Satu..Malaysia..!!
Satu..Malaysia..!!

Biasakan dengar laungan macam ni...?? Hehe..dekat Malaysia je boleh dengar laungan macam ni...Sebab kitakan Malaysian...
Ya looo...Malaysian looo...

Apa yang saya nak kongsi dekat sini adalah pasal rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Paling menarik sekali, bila Malaysia mempunyai rakyat yang boleh bercakap dalam pelbagai bahasa. Uniknya Malaysia sebab ada banyak budaya, pelbagai bangsa dan bermacam bahasa.
Bahagian yang paling unik, ada macam-macam loghat!! Macam-macam ada....hehhehe.

Saya tertarik nak bercerita pasal loghat yang ada kat Malaysia ni selepas tengok berita malam tadi. Sekarang ni, kita sibuk dengan masalah yang banjir yang telah melanda Utara dan Pantai timur tanah air kita. Banjir semakin reda, dan diharap tiada la gelombang kedua pula.

Malam tadi, sedang saya sibuk melayari internet...telinga sempat terdengar mangsa-mangsa banjir memberi aduan atau komen mereka dekat wartawan yang meninjau mangsa-mangsa di penempatan mangsa banjir.
Saya tertarik dengar komen seorang rakyat cina yang bercakap dalam bahasa melayu ditambah dengan loghat utaranya!!
Fuyyyoo...tersenyum pastu terus tergelak saya. Bukan sebab kelakar tapi macam...ntah. Tak tahu nak cakap.
Gilalah!! Cina cakap melayu siap ada loghat lagi..hehehe. Dekat Kuala Lumpur? Jangan nak berharap sangat lah...Tidak ramai yang reti berbahasa melayu... Sorry to say...but it's true.

Gaya orang cina tu cakap lebih kurang macam ni lah:
"Sekarang banjir dah elok sikit la...Depa ada bagi bantuan..legalah... Boleh la kalau nak pi mana-mana.. Harap air tak naik(gaya orang utara cakap) lagi la..."
Hehe..lebih kurang sikit macam tu lah...Itu loghat utara.
Beberapa hari lepas, saya ada dengar rakyat berbangsa cina juga cakap dalam loghat pantai timur. Lagi best...
"Hok tu sayo tok sir kome lah...Kito kalu bleh, mau yang terbaik aaaa...."

Tengok lah. Di Malaysia ni, memang banyak benda kalau nak buat kita terperanjat. Dengan loghat berlainan bangsa pun, dah boleh lihat betapa menariknya Malaysia tu...
Kalau bangsa lain boleh cakap bahasa melayu siap dengan loghat lagi, kenapa orang melayu sendiri tidak boleh belajar bahasa lain?? Bukan tidak boleh, malu sebenarnya. Malu mencuba..malu ditertawakan jika salah. Macam mana mahu belajar kalau tidak pernah salah...?? Haiyyaa...

Kalau ada orang melayu yang cuba cakap bahasa orang barat, ada yang mencebik...ada yang kata macam-macam. "Macam tak pernah makan belacan..."
Kenapa nak pandang bangsa sendiri sebegitu?
Kadang-kadang kita sendiri yang menyalahgunakan bahasa itu sendiri. Belajar bahasa lain, lepas tu siap kutuk-kutuk orang, konon orang tak faham la apa yang dicakapkan tu??? Apalah..ini orang pun ada ka??
Bila itu melayu mahu berubah??

Jangan suruh orang berubah, tetapi ajaklah diri sendiri berubah dahulu.
Jangan malu mencuba, sebab We All kan Satu Malaysia.....

Sunday, November 7, 2010

Kenapa begitu?

Salam.

1, 2, 3, terkira-kira untuk letak tajuk yang sesuai buat cerita saya kali ni.
4, 5, 6, masih lagi terfikir-fikir apakah tajuk yang sangat sesuai untuk cerita kali ini.
7, 8, 9, 10...akhirnya, saya putuskan setelah tamat sahaja cerita saya nanti, barulah muncul TAJUK yang menjadi tajuk cerita saya kali ini. What ever.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah perkara yang sering saya fikirkan akhir-akhir ini.
Saya pun pelik, kenapalah baru sekarang saya terfikir. Tapi baguslah, sebelum terlambat.
Apa yang sering terfikir?
Saya terfikir, kenapa seseorang tu boleh buat kesilapan atau kesalahan ataupun dosa walaupun dia cukup dengan amalan sebagai seorang muslim? Solat, puasa, zakat dan sebagainya. Cukup kata, lengkaplah sebagai seorang muslim yang mengamalkan 5 Rukun Islam dan mempercayai 6 Rukun Iman.

Sebenarnya, jawapan kepada persoalan saya ini telah lama terjawab. Saya menemui jawapannya lebih kurang  2-3 bulan lepas. Pada bulan Ramadhan, di mana telah ada ceramah sempena bulan Ramadhan di tempat saya bekerja. Waktu tu selepas bacaan Yasin. Penerangan jawapan kepada soalan ini telah disampaikan oleh seorang penceramah yang dijemput dari salah satu kementerian. Malangnya saya tidak ingat nama penceramah ini dan dari mana. Apalah leka sangat...addooiii...

Jawapan dari hamba Allah ini mudah dan sangat boleh diterima pakai oleh otak saya. Ringkas, mudah, dan bijaksana. Iaitu...SOLAT. Soalan kepada jawapan, jawapan kepada soalan. Hubung kait yang sangat jelas. 
Walaupun kusyuk bersolat, tapi penyebabnya tetap solat juga.

Solat itu tiang agama. Seperti tiang kepada setiap rumah. Hendak membina rumah, perlukan banyak tiang. Selebihnya pula memerlukan bahan-bahan asas yang lain. Banyak jenis solat yang boleh dilakukan, bukan hanya bergantung pada yang fardhu sahaja. Bahan asas yang lain, menyeliputi fardhu kifayah. Amalan seharian, bersedekah, mengaji, belajar agama, berjihad  dan macam-macam boleh dibentuk untuk mencipta bahan asas itu.

Kenapa rumah sudah siap, tetapi tetap ada kerosakan nya? Masih ada cacat celanya? Boleh dijadikan penyebab adalah pada bahan-bahan yang digunakan. Mungkin tiada kualiti, mungkin tidak teliti, atau sebenarnya tiada perancangan yang teratur? Hendak salahkan siapa? Bahan-bahan, arkiteknya, atau pada pembina yang membinanya?
Tepuk dada, tanya selera.

Sebagai seorang muslim, ramai yang mengaku mereka bersolat. Ramai yang berlumba-lumba buat amal jariah.
Tapi, sebenarnya semakin mereka asyik membina pahala, semakin banyak dosa yang mengejar. Kenapa begitu? Pendapat saya, ianya kerana niat. Niat seseorang itu, tak siapa pun yang tahu melainkan Allah s.w.t. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat itu. Seikhlas mana seseorang itu membuat amal, hanya Dia yang tetap Maha Mengetahui.
Tidak layak untuk saya mempersoalkan niat seseorang hamba itu. 

Manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Ramai yang sering berkata begitu. Adakah itu penjelasan atau hanya alasan dalam kepura-puraan untuk menyorok dari kenyataan? Memang benar, tetapi kenapa harus jadikan itu jawapan. Kenapa kita tidak melihat apa sebenarnya yang telah kita lakukan, dan tidakkah kita seharusnya berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara? Lupa dan alpa. Itulah hakikat sebenarnya diri manusia itu. Kita lupa untuk berfikir dan kita juga alpa dengan nikmat.
Kenapa kita masih dicurahkan rezeki yang berlimpah ruah, dan nikmat yang tidak ada hentinya sedangkan kita hanya senyum gembira tatkala senang, tunduk ke bumi bila rebah dan mendongak sombong bila berjaya? Kenapa kita hanya duduk,tunduk dan menangis sambil menadah tangan tatkala ditimpa musibah? Tidakkah kita sebenarnya boleh senyum gembira, tunduk takut dan mendongak sambil menadah tangan memanjat kesyukuran? Kenapa perlu tunggu saat-saat yang hiba? Adakah kita hanya ingat pada-Nya tatkala susah dan lupa pada-Nya tatkala senang? Adilkah begitu? 

Sebenarnya perkara sebegini bukan sahaja berlaku kepada mereka yang alpa tetapi tetap juga berlaku kepada setiap hamba Allah yang masih bernafas di dunia pinjaman-Nya ini.
Sekali lagi ditegaskan, solat juga penyebabnya. Tetap juga solat. Solat dan solat. Andai manusia itu tidak bersolat, padanlah dia ditimpa kesusahan. Tetapi bagi yang bersolat, kenapa masih ditimpa bebanan juga? Juga, kenapa yang tidak bersolat tetap diberikan nikmat? Allah Maha Mengetahui. Tiada Dia jadikan sesuatu itu tanpa sesuatu disebaliknya. Dan tidaklah Dia jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Manusia sering diuji. Bila saatnya, Dia juga yang Maha Mengetahui.

Jangan salah tafsirkan apa yang cuba saya jelaskan. Bagi saya, orang yang cukup amalan nya sebenarnya ada kurangnya. Saya sendiri tertanya, kenapa saya bersolat tapi saya tetap melakukan kesilapan? Adakah sebab saya tahu, kalau kita bersolat kita boleh minta ampun. Hah!! Semudah itu. Itu kata-kata dari hati yang jahil. Adakah sebab saya yakin Allah Maha Pengampun? Hahhh!!! Semudah kata-kata. Itu pendapat yang sombong. Kenapa perlu saya mengharapkan pengampunan tanpa sebarang balasan yang perlu diterima. Takut!! Begitulah manusia, takut menerima balasan tetap berani dan tidak tahu malu pula meminta-minta.

Saya kembali berfikir kepada jawapan dari penceramah itu. "Mereka yang bersolat namun melakukan kesalahan, apakah puncanya?". Jawapannya "....there's something wrong with their solat..."
Ya, ada sesuatu yang tidak kena dengan solatnya. Maka ada sesuatu yang tidak kena dengan solat saya.
Apa yang tidak kena? Saya boleh katakan, mungkin kerana kita bersolat kerana perintah agama, kita bersolat kerana ibu bapa, kita bersolat kerana diri kita, kita bersolat kerana kita perlu bersolat atau kita bersolat kerana "i'm muslim"!! Jadi wajib untuk saya bersolat. Begitu??? Itu bukan jawapan, itu alasan.

Kenapa kita tidak kata ianya kerana Allah? Lupakah kita pada-Nya?? Apakah kerana Dia tidak menjelma di depan mata kita maka kita lupa pada-Nya??
Saya bersolat kerana Allah. Ya, itu jawapan yang akan saya berikan andai hati saya masih lagi bertanya. Kerana saya ingin berterima kasih kepada-Nya, kerana saya ingin berjumpa dengan-Nya, kerana saya ingin bercakap dengan-Nya dan kerana saya ingin mengadu kepada-Nya.

Bila kita bersedia untuk menjadi hamba-Nya yang taat, bukanlah masa yang tentukan. Masa itu tetap berjalan. Tidak akan berhenti. Kita sebenarnya yang akan tentukan. Bukan masa. Kita juga sebenarnya yang tentukan masa itu. Kenapa perlu beri jawapan yang cliche sedangkan jawapan yang tepat datang dari akal dan hati kita? Tepuk dada, tanyalah iman sekarang.

Jangan biarkan kita dihimpit dengan perkataan "ada yang tidak kena dengan solat anda" dalam diri kita.
Biarkan rumah yang kita bina itu, lengkap dan sentiasa teguh walau ditimpa badai. 
Pastikan bahan-bahan asas kita cukup dan berkualiti untuk rumah yang kita binakan itu.
Jangan jadikan alasan sebagai jawapan sebaliknya carilah penjelasan bagi persoalan yang datang.



Perlukah saya selitkan ini? Sedikit kekeliruan yang perlukan kepastian....
Saya sering tertanya, "betulkah wujud 'Karma' dalam hidup setiap manusia?" "bolehkah perkataan 'What goes around comes around' diterima pakai?" dan "benarkah kata orang 'buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat'...?"
Ketiga-tiga terma tu saya pernah lihat ianya terjadi. Tapi kebanyakkan hanya dalam televisyen, atau melalui pembacaan dan juga dari penceritaan orang disekeliling saya. Mungkin saya boleh mengaku juga, ianya ada juga terjadi dalam kehidupan saya. No comment. Haha.
Semua ini perjalanan kehidupan... :-)

Saturday, October 30, 2010

Membela haiwan

Meow3...bunyi kucing.
Kokokokokkkk...bunyi ayam.
Erm...bunyi kura-kura tak tahu pulak macam mana.
Hahaha.

Becerita mengenai haiwan ni, memang terasa sebenarnya nak membela semula. Antara haiwan yang pernah saya bela adalah ikan(kategori haiwanla kan), ayam dan kura-kura. Itu sahaja. Sikit sangat.
Tapi kalau tanya orang, mesti ramai yang pernah membela kucing. Bestnya bela kucing. Saya tak boleh bela kucing sebab dulu saya tak berminat nak bela kucing. Macam susah je. Sekarang bila dah suka kucing (akibat kucing-kucing comel dirumah Wani) tetap tak boleh bela juga. Sebabnya kawasan kejiranan saya tidak diizinkan untuk membela binatang seperti itu. Tapi ada je yang bela. Boleh pulak? Sorok-sorok la tuuu...huhuh.

Waktu kecik-kecik dulu, saya bela ikan. Ikan puyu, ikan laga..pastu ikan kecik-kecik tu(ape tah namanye). Sekarang dah tak ada semua ikan dulu..Kebanyakkan nya mati. Tangan saya bukan tangan untuk membela haiwan seperti itu kot. Hahaha. Dulu jenuh jugak la kalau nak tukar air ikan tu. Malas je kadang-kadang. Lecehla... Tapi kalau tak tukar, busuklah jawabnya akuarium kecil tu... Pastu tiap masa kene tengok keadaan ikan tu pulak.. Kene selalu alert untuk bagi ikan tu makan. Kalau tak, dah kurus kering ikan tu. Hehe.
Kadang-kadang terlebih bagi makanan dan akhirnya membuatkan air ikan tu jadi kotor. Kene la tukar..nanti busuk.
Kadang-kadang saya suka laga-lagakan ikan tu. Caranya dekatkan balang ikan tu. Ikan laga la paling best kalau nak lagakan...Sebab tu ikan laga tak boleh letak dalam satu tempat yang sama. Mati kang salah sekor. Tak pasal-pasal.

Ha, saya pernah bela ayam. Ayam katik. Kecil sahaja. Dalam dua ekor. Datang dari kampung. Ayam ni takut nak pegang. Nanti dia kejar, main patuk-patuk. Ayam ni comel sebab kecil. Tak macam ayam bandar lain. Ayam ni pernah bertelur..Ayam ni selalu sangat pergi terbang ke rumah jiran. Mentang-mentang dah boleh terbang. Pagar belakang rumah pun boleh lepas. Hahaha. Waktu ayam ni bertelur tak sempat nak tengok telur-telurnya menetas. Sebab kami sekeluarga berpindah dan serahkan hak penjagaan ayam kepada jiran. Dengar cerita membiak banyak ayam-ayam katik ni.hehhehe.

Lepas dah puas bela ikan dan ayam, saya tak bela apa-apa dah. Hampir 4-5 tahun jugak la. Bila dah start belajar semula, saya sepakat dengan kawan-kawan untuk membela seekor kura-kura. Hampeh, ni semua gara-gara housemate saya yang gila membeli kura-kura. Dah jadi macam musim kura-kura. Demam kura-kura pun boleh.Hehe.

So, apalagi. Kitorg pun pegi la beli kura-kura.. Memula seekor. Lepas tu tengok sunyi je kura-kura sekor ni, belilah lagi satu. Yang kecil sedikit. Tapi tak ingat la apa nama kura-kura tu. Ingat yang seekor je. Lulu namanya. Sebab namanya sama macam nama samaran kawan saya (dak Wani tuh la sapa lagi).
Lama juga lah membela kura-kura ni. Kalau musim cuti sem, kami bawa pulang kura-kura ni. Kalau tinggal kan tak ada siapa nak jaga, bagi makan...kesian. Bawak balik rumah, kene la juga selalu bersihkan tempat tinggal nya tu. Kura-kura kene selalu cuci, sebab kalau tidak badannya akan jadi berlumut..
Mula-mula tu geli jugak nak pegang. Sebab kakinya tu. Asyik gerak-gerak.Heheh. Tapi bila dah lama-lama, sudah biasa...Akuariumnya, kitorg hias cantik-cantik. Siap ada jambatan lagi.Hehee.

Saya dan kawan baik saya (Wani Lulu), bela kura-kura tu sampai kura-kura dua ekor tu besar. Besar mana tah, tapi memang besar la pada pandangan mata kitorg.
Sampailah satu hari tu, kesian tengok binatang ni tak bebas. Sebab dah besar, tak ada ruang untuk kura-kura ni bermain atau meneroka..Jadi kami ambil keputusan untuk melepaskan dua ekor kura-kura ni ke tempat yang sepatutnya.

Mula-mula sedih, sebab walaupun binatang ni macam tak sesuai di buat manja-manja, tapi kalau dah bela lama memang sedih la nak lepaskan. Berat juga nak buat keputusan. At last, kami bebaskan juga. Kami ambil keputusan lepaskan kura-kura ni ke FRIM. Dekat situ ada kolam kura-kura. Boleh la kura-kura ni jumpa kawan-kawan depa kat situ..eheheh.

Nak bawa masuk ke FRIM sorok-sorok, sebab lepaskan binatang tanpa izin.Shhh...
Kami bawa guna kain. Lepas tu dah sampai, kami bagi la ucapan terakhir buat kura-kura ni.Hehee. Dan kami pun campak la dalam air (nak lepaskan slow-slow takut lari tah kemana). Lepas tu tengok la kura-kura tu berenang ke sana ke mari..Bebas..Kolam besar. Jumpa kawan-kawan baru..Best je.

Tapi betul lah kata sesetengah orang. Haiwan yang dibela(tidak kisahla haiwan apa), mereka kenal tuan mereka. Kami pergi ke sebelah sana, kura-kura tu datang jengah kepalanya ke luar air. Best je, kura-kura ni kenal tuan nya. Setiap petang kami datang melawat. Lama-lama dah tak datang sebab sibuk belajar. Tak apalah, pandai-pandailah haiwan ni berdikari. Jumpa kawan-kawannya. Bebas.

Sekarang ni, saya suka tengok kucing belaan Wani Lulu ni. Comel sangat. Sebab masih kecil. Dah besar mesti tak comel dah. Hahaaha.
Main-main dengan kucing. Best je lepak rumah kawan berbanding rumah sendiri. Rumah sendiri bosan sebab tak ada apa yang boleh dibuat untuk hiburkan hati. Kawan pun tak ada. Kawan jauh-jauh. Saya sanggup bawa kereta jauh-jauh untuk pergi rumah kawan saya untuk gembirakan hati. Hati rasa bebas bila tak ingat apa-apa masalah.

Haiwan juga perlukan kebebasan seperti mana manusia.
Bebas bermain, bebas meneroka....

p/s : abg saya pernah bela kura-kura. Katanya sampai kura-kura tu besar..besar sangat dan akhirnya lepaskan juga di FRIM. Dia pernah buat racing dengan kura-kuranya. Ada ke patut..ish3...Baik buat racing antara arnab dan kura-kura. Heheh.

Friday, October 29, 2010

Sesekali terkenang, apa salahnya..

Yeehhaa...
Bukan kerana saya gembira yang menyebabkan saya bermula dengan perkataan "YEEHHAA", tetapi itu adalah salah satu sorakan yang lazim disorakkan oleh seorang yang bergelar kanak-kanak. Seringkali bila gembira pasti terselit perkataan "Yeehhaa.." Saya dulu watu kecil pun macam tu juga. Sekarang pun saya rasa, masih macam tu juga. Sekarang dah remaja dan mungkin setengah orang dah anggap sebagai orang dewasa. Tetapi saya lebih suka kalau digelar sebagai remaja. Sebab saya takut nak menghadapi alam dewasa tu. Sudah 6 tahun saya meninggalkan alam persekolahan dan sememangnya layak digelar sebagai orang dewasa. Tapi, secara jujur fikiran saya kadangkala macam kanak-kanak dan kadangkala bertindak sebagai remaja.. Sebab saya belum matang dalam berfikir. Saya sebenarnya takut nak dianggap dewasa. Berat tanggungjawab sebagai seorang yang dewasa.

Hurm, dalam dua bulan lagi akan masuk tahun baru. Dalam dua bulan lagi umur saya meningkat(secara teknikalnya). Sediakah saya menghadapi hari-hari mendatang dan melangkah ke alam dewasa?? TIDAK!! Saya masih perlukan masa untuk bergembira sebagai seorang remaja. Saya tak nak jadi 'orang besar'!!!!

Bila dah dewasa, saya pasti rindu zaman kanak-kanak saya. Zaman kanak-kanak antara zaman yang paling seronok!! Bagi saya, menjadi kanak-kanak adalah hadiah yang cukup sentimental dari Allah. Saya bersyukur sebab saya dapat menempuhi zaman kanak-kanak dengan seronok sekali. Cuma tidak berapa cemerlang je..Hehehe.

Satu hari, dengan tiba-tiba sahaja fikiran saya terbayang waktu saya menghabiskan masa kanak-kanak bersama family. Lebih-lebih lagi dengan adik saya. Satu-satunya 'disaster' yang saya ada. Hahaha. Dialah racun, dialah penawar. Hye Tya!! How u doin'??hehe.
Saya ingat lagi, dulu waktu 'kecik-kecik', kami suka bermain benda yang orang dewasa selalu buat. Apa benda ya?? Kami suka main kerja-kerja. Lebih best kalau disebut dalam bahasa saya "main office-office". Hehehe...Kalau time cuti sekolah memang syiok ah main permainan ni...Cara-cara bermain;
1) Memula cari port dalam rumah sebagai office kitorg
2) Dah ada port, get ready cari equipment untuk office masing-masing. Cth: telefon,meja dan beg bimbit.
3) Bila dah cukup ready, lantik salah sorang untuk jadi Boss. (kami suka main watak pekerja biasa manakala Boss adalah "Boss ghaib"-pura2 ada).
4) Permainan dah boleh dimulakan bila semua dah ready.

Hahha..macam tu lah kiranya cara bermain. Tapi, normally kami main dalam jangka waktu yang agak singkat. 15-30 minit. Paling singkat 5 minit, sebab secara logiknya permainan ini agak bosan. Antara penyebab kebosanan, adalah kerana kekurangan pekerja. Ang ngadap aku, aku ngadap ang. Bosan.

Selain dari main "office-office", kami selalu juga main sekolah-sekolah. Haha..macam-macam. Main sekolah-sekolah paling best kot... Sebab permainannya mudah. Macam kita pergi sekolah. Cuma kami suka pakai pakaian berlainan jantina. Dah puas pergi sekolah pakai baju kurung. Apa lagi, time main-mainlah dapat merasa pakaian sekolah lelaki. Salah satu cara untuk dapat pakaian lelaki, dengan merembat baju-baju teruna di rumah kami iaitu baju abang kami lah!!! Semua pakaian dia, kami rembat. Baju melayu, kemeja...singlet..seluar..semualah.Hahahahaha...
Kadang-kadang bila agak bosan, ada lagi permainan yang kami sempat ciptakan. Main "jual-jual". Yang ni lagilah kelakar. Cara bermain memerlukan kami untuk berada di dapur. Sebabnya barang-brang jualan adalah berasaskan barang-barang dapur seperti kuali, periuk, pinggan plastik, penimbang, beras dan yang seangkatan dengannya. Sebelum bermula kena juga ada persediaan. Cari port, buka kedai. Ha, paling best permainan ni memerlukan anda bermain dengan duit dan kalkulator. Duitnya tak perlu besar. Buat duit sendiri sudah. Nak lagi real, ambil duit "Jutaria". (Dulu Monopoly mahal nak beli). Apa lagi...mainlah.. Salah sorang jadi penjual atau pembeli. Tapi kami tetap mahu jadi penjual dan pembelinya, macam biasa "Pembeli Ghaib"..hahaha. Budak-budak kalau cakap sorang-sorang tak pelik pun...hehehe.

Selain dari adik saya, ada juga pengalaman saya bermain dengan abang saya yang seorang ni...Kami 3 beradik kalau berkumpul time cuti sekolah (sebab abang dulu duduk asrama), pasti akan bermain....PERANG-PERANG!!!!!! Permainan selamat..sebab hanya dalam rumah sahaja.

Dulu hidup tidak berapa mewah(sekarang pun bersederhana juga), ada kerusi kayu. Kerusi yang guna kusyen tu...kami tak ada sofa. Dengan kusyen yang ada tu lah kami buat kubu. Kira tempat perlindunganlah. Permainan ni tak ada geng. Nasiblah berjuang sorang-sorang. Tapi kadang-kadang kesian, saya dan adik akan jadi geng. Sebab saya sangat lemah, dan abang beri peluang untuk saya ada geng dan berbalas serangan dengan dia yang konon terer untuk mempertahankan diri sorang-sorang. Berlagak tuuuhhh.... Tapi saya dah lupa kami serang pakai apa..hahaha. Tak berapa nak ingat dah..Nanti saya kena tanya diaorang semula.Hehe.
Permainan ni sebenarnya memerlukan kerajinan. Kerajinan untuk letak semula kusyen ke tempat asal sebelum 'Mam Besar' balik dari office...Kalau tidak..sediakan telinga anda dengan peluru yang memedihkan. Hehehe.
Biasalah..ibu mana yang tidak pernah berleter...Biarkan sahaja..suatu masa nanti dah tak ada pasti anda akan rindu. :-( ...

Kalau petang-petang pula, kami kadang-kadang suka main bola sepak. Dekat saje...depan rumah. Betul-betul depan rumah, masih dalam rumah..iaitu ditempat letak kereta. Itu pun nasib kalau ayah pergi kerja dengan kereta. Kalau tidak, main luar rumah dengan basikal pula. Macam-macam..sebab dulu tidak berapa bahaya kalau budak-budak main luar rumah tanpa orang dewasa. Kes dulu tak banyak...Sekarang?? Kanak-kanak harus lebih berwaspada. Sebab itu dulu seronok jadi kanak-kanak...

Sekarang semua sudah berubah. Masing-masing sudah dewasa. Mungkin tiada hati lagi nak bermain macam dulu...Duduk pun dah jauh-jauh..Masing-masing mengejar impian dan cita-cita...Macam mana agaknya bila semua dah berkahwin??Jarang sekali bersua muka..Mungkin hanya pada hari-hari penting sahaja. Selebihnya banyak dihabiskan dengan berbual di telefon atau hanya melihat perkembangan melalui 'muka buku (Facebook)' masing-masing. Tapi kami masih adik-beradik. Tetap berkongsi pinggan, cawan..dan duit. Hehe. Saya dah menjana pendapatan sendiri...Hulur-hulur sikit..Banyak kadang-kadang..

Bila terkenang zaman kanak-kanak atau alam budak-budak, membuatkan saya menjadi rindu untuk kembali ke zaman macam tu. Sesekali saya juga terasa sangat bersyukur sebab berpeluang melalui zaman tu. Walaupun ketika tu, hidup kami sekeluarga tidak lah sesenang sekarang, tapi masih cukup untuk membuat perkara-perkara yang mengembirakan. Masih berpeluang pergi berjalan-jalan...dan paling best dapat merasa kereta sendiri. Kereta kancil adalah kereta pertama yang parents saya beli. Waktu mula-mula kereta tu keluar..dah beli..Fuyyyo...bangga walaupun kereta kancil..ehehhe. Sekarang kancil tu dah tak ada..dah dijual waktu kami semua berpindah ke luar negara. Rezeki mak saya membuatkan kami sekarang hidup dalam keadaan yang serba kemampuan. Alhamdulillah. Boleh la kalau nak melaram sikit-sikit. Tapi kene tetap berjimat cermat. Masa akan datang tak siapa tahu kan?

Hidup perlu diteruskan. Tidak selamanya kita mahu jadi 'budak-budak'. Perlu melangkah lebih panjang, perlu berjalan lebih jauh, perlu melihat lebih ke depan, dan perlu berfikir lebih matang. Hidup sebenarnya indah, tidak kiralah di zaman apa pun. Sebab kita sebenarnya yang mengindahkan hidup itu sendiri. Jika kita mahukan pengakhiran yang indah, bermulalah dengan indah. Setiap saat buatkan sesuatu itu menjadi indah. Kadang juga, perjalanan tak semestinya lurus. Kadang-kala kita juga akan terpesong dari landasan asal namun bukan alasan untuk terus di situ. Berdiri semula dan cari kembali jalan yang seharusnya lurus itu. Pengakhiran belum nampak jika belum tiba masanya. Wallahualam...

*Bawah ni, sedikit tatapan untuk mereka yang aku sayang.."Air dicincang tak akan putus". I love both of you..











p/s: Hati mesti mau muda walau wajah sudah tua...

Wednesday, October 20, 2010

Rumah Manis Rumah

Salam..

Rumah manis rumah atau lebih berbahasa "Home Sweet Home"...
Isnin bersamaan 18-10-2010, saya telah selamat menjejak kaki ke bumi Malaysia semula.. Selama 10 hari di perantauan, memang tak sabar sebenarnya nak balik rumah semula. Bukan tidak seronok, tapi hujan batu tu lagi best rasanya..hehehe.
Banyak pengalaman di sana bercampur kenangan. Banyak hari dihabiskan dengan berjalan-jalan serta membuat lawatan sambil belajar. Belajar memahami budaya kehidupan orang di sana.
Cairo, bukanlah bandar yang menarik kalau nak ber-'shopping' buat girls especially... Sebab Cairo  penuh dengan sejarah. Paling popular kisah kehidupan Firaun dan juga kisah nabi-nabi Allah. Cairo sebuah tempat yang penuh dengan penceritaan sejarah kehidupan manusia dahulu kala dan paling tepat sesuai untuk mereka yang meminati sejarah!! Peminat-peminat kipas mati (die-hard fans) sejarah silalah jejakkan kaki anda di sana... :-)
Pembangunan di Cairo tidak sehebat Malaysia yang tersusun dan terancang. Kehidupan sana boleh digambarkan sebagai negara yang baru lepas perang!! Geeezz...dengan bangunan yang macam tak siap, kesesakan jalan raya yang macam sardin dan suasana seperti lepas dilanda ribut taufan. Bayangkan dengan jumlah penduduk menghampiri 2 juta dalam satu bandar sahaja. Fuhh...macam manalah dorang tadbir negara tu kan. Kalau dilihat dengan cara pemanduan orang di sana, kalah la mat-mat rempit dekat sini. Sana lagi hebatlah... Siap boleh buat racing lagi!! Tak hairanlah kalau nampak kereta-kereta mewah dekat sana yang kemik dan calar balar.. Orang dekat Malaysia ni, pakai kereta import dah berlagak. Apa la sangat. Nak dibandingkan dengan negara luar tu, dorang lagi stylo!! Kereta berhabuk, tuan ber-kot. Fulamak... Paling respect perempuan sanalah. Memang salute lah dorang berani bawa kereta dengan cara pemanduan yang sangat tidak berhemah(bak kata orang kita). Kalau saya, memang tak beranilah. Nak pula waktu nak mencelah tu...haiyakkk...!!!

Ha, lagi menarik adalah cerita tentang flight saya dari Kuwait ke Cairo. Pesawat telah menghadapi masalah. Dalam pada kelajuan untuk mececah udara, tetiba je terus slow dan akhirnya berhenti di tengah landasan. Sebab yang diberitahu oleh pilot tersebut adalah "Refuel".. WTH.. bukan ke sepatutnya isi minyak sebelum nak berlepas.. Memang ada yang tak kenalah dengan alasan macam tu. Ramai juga yang mengamuk dalam flight tu sebab tak boleh terima alasan macam tu. Paling kecoh ada seorang perempuan Arab ni. Haha...memang curi perhatian betul la cara dengan mengamuk dan lawan cakap dengan steward dalam flight tu. Hehehe... Apa-apa pun selamat juga mendarat di Cairo... Mungkin pilot tu tak nak bagi tahu perkara sebenar. Takut ada yang lagi cuak nanti. Mereka lagi pakar dan lebih tahu.

Sebelum pulang ada juga beli sedikit buah tangan untuk kawan-kawan di Malaysia. Kepada yang tidak dapat, maaflah. Mungkin ada sebab saya tak dapat bagi. Ada rezeki adalah... :-)

Yea...selamat juga tiba di Malaysia, dan akhir kata..."Rumah Manis Rumah"!!!!

 "Suasana dekat al-Khalily..pasar sinilah banyak barang untuk cenderamata.."

 "Makam Luqman al-Hakim dalam Masjid Daniel"

"Salah satu piramid yang dapat saya masuk..panas dalam ni..

   " salah satu piramid yang masih kukuh"

  " Tiga piramid yang masih kukuh"

" Dekat dengan Sphinx"

 " tugu pejuang Anuar Saddat"

"sebelum masuk ke muzium yang mengandungi macam-macam barang purba dari zaman Firaun..termasuk keranda dan mumia sekali!!!"

 "belakang saya adalah Sungai Nil !!"

  ''Dalam sebuah perpustakaan tertua di Benua Afrika"

p/s : itu sahaja gambar yang boleh saya upload..nak lebih, jumpa secara private. hehehe.... dan kalau ingin tahu lebih lanjut tentang apa yang ada di Cairo, silalah rajin-rajin search internet...Membacakan budaya yang baik....huhuhuh...malas nak cerita lebih..letih la... :-)