Salam...
Satu Malaysia, satu dunia..
Haha, baru lepas baca entry member tentang mood. Awak punya mood laut, tapi saya tak tahu lah tengah mood apa sekarang? Mood saya bercampur baur la, macam air batu campur. Nanti saya pun nak tengok laut juga...Yeah...
Saya sekarang dilanda mood yang sangat baik. Kalau nak minta apa-apa, mintalah sekarang. boleh saya tunaikan...hahaha. Mood bulan April boleh bergurau lebih-lebih ke?
Apa yang saya perhatikan dekat diri saya melalui kanta lekap saya, adalah saya banyak sangat bermain dalam bulan ni. Saya tidak menjadi seorang yang serius, saya tidak menjadi seorang yang berumur matang dan saya terkeluar dari landasan sebagai seorang yang beridea. Tengok saja pada entry ni, semua apa yang saya luahkan hanyalah kata-kata yang banyak merapu dan merepek.
Dilema saya atau saya dilanda dilema?
Apa yang pasti saya tengah mengharungi kehidupan dengan penuh kegembiraan...
Wah...sebenarnya memang indahlah hidup ni. Cuma adakalanya kita sendiri sengaja merumitkannya. Banyakkan relax...santai sudahlah. Tidak perlu memikirkan masalah yang membebankan pemikiran.
Ya, hidup memang sentiasa dilanda masalah. Ada ke orang yang free dari masalah? Tipulah!! Kalau dia kata hidup dia tiada masalah perlu difikirkan, sebenarnya masalah itu adalah dia. Masalah lah kalau tiada masalah. Apa yang membezakan masalah adalah dari segi saiz...besar atau kecil sahaja.
Kenapa orang kadang-kadang ber'mood'? Mood banyak datang dari masalah yang menimpa. Jadi adalah segelintir tu akan berubah angin bila dilanda masalah...mood pun pusing-pusing. Jadi, kenapa dia tetap ber'mood'? Hah...sebab dia tak pandai nak terima masalah tu macam mana. Kurang professional orang macam tu. Jangan campur aduk kan masalah lain dengan keadaan yang tidak sepatutnya. Pemikiran kena pandai untuk mengawal diri dalam menghadapi masalah.
Sangat leceh menghadap orang yang ada mood pusing-pusing ni. Sebabnya kita kena ikut rentak dan gaya orang tersebut... Leceh la... Seperti kita menanggung masalah itu bersama dia. Sharing is caring? Ah... sharing is dying!!
Saya pun ada mood juga. Saya pandai mengawal mood saya. Tahniah buat saya. Awak belajar dari saya ok?
Hahaha..
p/s: mood apa melanda saya? Mood-a mood-i...moodA-moodI.
Sunday, April 3, 2011
Mood apa yang melanda aku?
Posted by ika alwee at 8:35 PM 3 comments
Labels: ika alwee
Thursday, March 17, 2011
Besday buat emak..
Salam 1 Malaysia...
Hehehe... Hari ini hari yang gembira buat emak..sebab hari ini hari lahir emak....
Selamat Hari Lahir Emak....
Syukur alhamdulillah, emak masih diberi kesempatan untuk menyambut ulang tahun kelahirannya yang ke 53. Bila saya lihat angka ini, saya jadi sebak. Begitu banyak angka yang diberi Tuhan kepada emak. Betapa Tuhan itu Maha Menyayangi kami sekeluarga kerana memberi emak kekuatan untuk terus bersama kami walaupun sejak kebelakangan ini emak sering tidak sihat. Semoga Tuhan terus limpahkan kesihatan yang baik untuk emak.
Semakin meningkat umur emak, semakin meningkat jugalah umur kami... Bila agaknya kami dapat betul-betul berjasa buat emak? Apakah agaknya yang dapat mengembirakan emak tatkala dia mengharungi kehidupan sebagai wanita yang semakin berusia? Bagaimana rasanya perasaan emak melihat anak-anaknya yang kadangkala degil untuk mendengar kata? Saya ingin sekali menembusi perasaan seperti itu, ingin sekali merasai pengalaman sebagai seorang yang sangat tinggi kehormatannya.
Tiada apa yang dapat mengembirakan hati emak selain melihat anak-anaknya gembira dan bahagia serta berjaya di dunia dan akhirat. Hati emak sangat lembut. Lemah sekali tubuh ini jika melihat air jernih mengalir dari matanya. Bergetar jiwa tatkala mendengar sendu suaranya tatkala ditimpa sakit. Jarang sekali mendengar dia merintih penat bila menajalankan tanggungjawab sebagai isteri dan ibu dalam rumahtangga.
Saya merupakan anak yang susah untuk memperlihatkan kasih dan sayang saya kepada emak. Tetapi saya yakin, hati emak dapat menilai dan melihatnya. Emak paling dekat dalam hidup kami adik beradik. Kadangkala kami terasa kalau emak membebel bising dan marah-marah, namun itulah sebenarnya yang kami mahukan kerana kalau dia diam, tertanya-tanya juga kami apakah yang menimpanya kali ini?
Kami sayangkan emak. Emaklah nyawa kami dunia dan akhirat. Andai dipilih nyawa atau emak, saya memilih nyawa kerana saya mahu diri saya terus bernyawa untuk bersama emak. Saya mahu diri saya terus bernyawa untuk menemani emak. Saya mahu diri saya terus bernyawa untuk menjaga emak.
Saya sangat sayang emak saya.
Terima kasih emak....Selamat hari lahir emak....
Semoga bahagia di dunia dan akhirat.
p/s: apa saja untuk emak, saya cuba lakukan yang terbaik.
anak-anak emak yang gud2...
besday present untuk emak....hehehe..best le tu.
Buat emak...
Ibu bergenang air mataku
Terbayang wajahmu yang redup sayu
Kudusnya kasih yang engkau hamparkan
Bagaikan laut yang tak bertepian
Biarpun kepahitan telah engkau rasakan
Tak pula kau merasa jemu
Mengasuh dan mendidik kami semua anakmu
Dari kecil hingga dewasa
Hidupmu kau korbankan
Biarpun dirimu yang telah terkorban
Tak dapat kubalasi akan semua ini
Semoga Tuhan memberkati kehidupanmu ibu
Ibu kau ampunilah dosaku
Andainya pernah menghiris hatimu
Restumu yang amatlah aku harapkan
Kerana disitu letak syurgaku
Tabahnya melayani kenakalan anakmu
Mengajarku erti kesabaran
Kau bagai pelita di kala aku kegelapan
Menyuluh jalan kehidupan
Kasihanilah Tuhan ibu yang telah melahirkan diriku
Bagaikan kasih ibu sewaktu kecilku
Moga bahgia ibu di dunia dan di akhirat sana...
Kasih sayangmu sungguh bernilai
Itulah harta yang engkau berikan
Ibu... dengarlah rintih hatiku untukmu ibu.
Posted by ika alwee at 12:13 AM 0 comments
Labels: ika alwee
Sunday, February 27, 2011
Khas untuk Aku,Kamu dan Dia...
Salam..
Hello...
Post kali ini, saya tertarik untuk berkongsi warkah yang ingin saya sampaikan kepada mereka yang berjaya dan mereka yang mencuba mencari kunci untuk hati saya. Ia belum sampai ke tahap yang serius cuma adalah sedikit rempah ratus dalam perhubungan baru bermula tu... Mungkin tidak sampai ke tahap bercinta, tapi sekadar hubungan yang rapat dan ada juga yang boleh dikategorikan sebagai hubungan yang tergantung. Entah. Tiada penjelasan yang tepat boleh saya olahkan.
Pengalaman ini hanya sekadar untuk dikongsi bukan minta dikritik mahupun pandangan. Hanya sekadar borak kosong. Seseorang yang cuba hadir dalam hidup kita mungkin sedaya upaya mencuba yang terbaik untuk berjaya dalam matlamat mereka. Saya tidak pernah menolak, tapi kalau itu bukan yang dijanjikan untuk saya apalah yang mampu saya lakukan. Lihat, berpaling dan pergi. Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang cuba memberi perasaan istimewa dalam hidup saya. Apa yang mampu saya katakan, mungkin ada yang terbaik untuk kita semua.
Demikian sahaja coretan hati yang sempat saya karangkan. Terima kasih kepada insan yang bernama lelaki.
Saya kembali menunggu dia yang sebenarnya diciptakan untuk saya. InsyaAllah...
p/s : banyak bermain perasaan ni....haishh...:-P
Posted by ika alwee at 10:30 PM 4 comments
Labels: awesome specky, ika alwee
Thursday, February 3, 2011
7 tahun berlalu..
Salam.
Agak lama juga blog ini tidak di jengah oleh saya. Bukan tiada masa, cuma tiada bahan atau cerita untuk dikongsi.
Untuk post kali ini, saya tergerak untuk bercerita tentang kenangan. Semua yang sudah berlalu adalah kenangan. Kenangan kali ini amat bermakna. Berkaitan dengan alam persekolahan. Alam persekolahan merupakan alam yang paling seronok untuk dilewati bagi saya.
Masuk tahun 2011 ni, bermakna sudah 7 tahun saya meninggalkan alam persekolahan. Sudah 7 tahun saya tidak menjejakkan kali ke tanah sekolah. Sudah 7 tahun saya tidak bersandar pada dinding sekolah. Sudah 7 tahun saya tidak merasai udara sekolah. 7 tahun, bukan waktu yang singkat, tapi agak lama juga bagi saya.
Tak pernah saya sangka yang saya telah meninggalkan persekolahan selama 7 tahun. Wow!!! Adakah ini tandanya saya telah meningkat dewasa? Sudah layak digelar wanita? Hahahha..kelakar pun ada.
Apa yang membuatkan saya teringat tentang peredaran masa 7 tahun ini adalah kerana untuk kesekian lamanya saya kembali bertemu rakan-rakan sekelas saya. Arrgghh..lama tak jumpa!! Ada yang kali terakhir saya jumpa hanya pada tarikh keputusan SPM keluar. Selepas itu, tak pernah lagi bertentang mata.
Baru-baru ini saya mengambil kesempatan pada cuti hujung minggu untuk bertemu rakan-rakan yang lapang. Semuanya gara-gara salah seorang rakan sekelas kami sudah bersalin. Ya!! Sudah mempunyai anak. Wow... Ini salah satu petanda yang saya memang telah dewasa.... Bila masa saya? Tunggu dan lihat sahaja..hehehe.
Bila dah jumpa rakan sekelas, suasana cukup berbeza berbanding waktu kami di sekolah. Pada pertemuan tu, semua nya kaku...tapi bila ahli bertambah, semua tampak lebih selesa..berborak dan bergurau kasar. Hahahhaa.... Itu cara kami. Sudah biasa..tidak mengapa. Sangat seronok. Waktu itu lebih dimanfaatkan dengan bertanya soalan-soalan orang dewasa...hurm..apa agaknya itu. (Rahsia perempuan..shhhh..)
Pandang muka masing-masing, saya terus terfikir...Wahh...sudah dewasa ye kita. Sudah layak berumah tangga. Sudah layak untuk memikul tanggungjwab yang besar. Bila kita kembali mengenang waktu yang lepas, banyak perkara yang kita tidak terfikir untuk dilakukan ketika itu. Banyak perkara yang terlepas begitu sahaja. Kenapa itu, kenapa ini, kenapa tidak..kenapa harus....bermacam-macamlah persoalan yang menjengah kotak fikiran waktu tu.
Tapi semua sudah lepas, apa yang ada sekarang hanyalah kita kena sentiasa pandang ke depan.
Bila agaknya kami dapat berjumpa lagi? Memang sayang rasanya bila meninggalkan sesuatu yang sangat berharga. Waktu sentiasa berjalan. Tidak pernah berhenti. Kita perlu menghargai apa yang ada sekarang.
Saya terfikir, bagaimana pula rupa kami 30 tahun akan datang. Masih adakah yang kekal bersama? Masih ingatkah mereka? Hurm..semuanya belum tentu terjadi.
Kalaulah saya lebih menghargai setiap waktu yang berdetik.....
Posted by ika alwee at 5:39 PM 7 comments
Labels: ika alwee
Sunday, October 3, 2010
Satu percubaan untuk permulaan..
Ehem3..
Bismillah...permulaan sesuatu kerja.
Mati akal??!! Tak tahu nak bermula macam mana..tapi tetap nak bercerita.
Blog. Sudah lama sebenarnya idea nak wujudkan satu blog untuk diri sendiri. Dulu sering kali post blog di laman sosial (Myspace). Kini, dah jarang. Langsung tak buka (senang cerita).
Mungkin tiada masa atau lebih tepat malas..!!
Tapi sekarang nak bermula semula. Apa yang mempengaruhi saya untuk wujudkan satu blog untuk diri sendiri, saya pun kurang pasti. Tiada jawapan yang tepat.
Yang pasti sejak dua menjak ni, memang ada saja idea timbul..Tak kira lah dekat mana. Waktu cuci bilik air pun boleh timbul idea untuk karangkan satu cerita.
sebelum niat kembali menebal, terfikir juga, apa sebenarnya blog? Ada ke orang nak baca? Ada ke masa untuk bercerita? Bila difikirkan semula, tak perlu semua tu. Kepuasan diri untuk meluahkan apa sahaja lebih bermakna dari fikir benda yang ragu-ragu.
"Monolog hati dan akal"... Kenapa saya pilih ayat ni sebagai tajuk blog saya? Senang. Sebab hati dan akal saya sering bermonolog bila saya bersendirian. Apa yang saya karangkan dekat sini pun, hasil monolog hati ataupun akal saya.
Bagi saya, akal sesuatu yang wajib ada dalam diri bergelar manusia. Di situlah pertimbangan bermula. Hati sebagai pendorong. Kalau di baca kisah permulaan hidup manusia, hati di jadikan dari satu tempat yang suci. Nabi Adam a.s telah dijadikan Allah dengan 12 jenis tanah (dr apa yg saya baca). Hati nya dari tanah syurga Firdaus. Manakala kepala tempat letaknya akal adalah dari tanah Baitul-Muqaddis.
Jadi, bila akal dan hati bersatu sempurna lah diri seorang manusia itu. Selebih nya dikawal oleh akal dan hati tersebut.
Kalau hendak diceritakan tentang kejadian Adam, adalah sangat hebat dan tertarik bila dibaca. Panjang pulak lah permulaan saya nanti..hehe.
Bercerita mengenai blog, saya pernah tanya kepada seorang sahabat.(Wani, hai..sebut nama ko jap!!). saya tanya Wani, "Wani, ko x nk buat blog ke??"
Jawapan dari budak Wani, simple dan sangat perasan.haha. "Kenapa orang asyik suruh saya buat blog? Popular sangat ke saya?" Hahahaha...sangat lah hampeh jawapan macam tu.. Itulah Wani..jawapan tak pernah logik. Tapi saya suka dengar. Kalau nak ikutkan dia, katanya saya lagi kelakar..Lantak pi la Wani..hehe.
Apa-apa pun, saya sudah memiliki satu blog..Anda??
Bagi saya, blog yang saya wujudkan adalah untuk tatapan mata saya kala saya bermonolog. Hasilnya saya unjurkan dari hujung jari sahaja.
Eherm..terima kasih pada yang sudi membaca. Sekadar berkongsi cerita...
Posted by ika alwee at 10:09 PM 2 comments
Labels: ika alwee




