BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 10, 2011

Yang Sempurnakanku

Salam 1 Malaysia...
Hello...

Baca tajuk atas, dah macam tajuk lagu je kan?
Saya bukan nak buat entry pasal lagu...
Bukan lagu yang sempurnakanku....
Post kali ini pasal sesuatu yang menyempurnakan saya.
Sesuatu yang sempurnakan hidup saya...

Bukan cinta..no no no...
Lebih daripada itu, adalah keluarga saya.
Keluarga yang menyempurnakan saya.

Ahli keluarga saya cukup 5 orang.. Tidak perlu lebih, kurang janganlah!!
Nampak macam sikit, tapi sikit tu lah rahmat.
5 orang dah cukup nak buat rumah penuh. Macam-macam ragam ada.

Bila waktu siang time kerja, rumah sunyi sikitlah.
Tetapi ada tanda-tanda yang ditinggalkan untuk membuktikan kewujudan mereka. Hahhahaha.
Selain itu, tanda-tanda ni lah yang membuktikan mereka masih menghuni rumah ni. Hahaha...
Apa-apalah....



Kalau ikut gambar dekat atas ni, menandakan bahawa ketua keluarga ada di rumah...
Haha.. Lepas minum, di sinilah kedudukan cawan/gelas... Hehehe...
Tak apa...tak apa....sebab saya suka membasuh.


Ha, kalau ikut gambar yang ini pula, makna nya...big mama dah balik....hehehe.
Tak sempat nak simpan dalam rak, penat sangatlah tu. Hehehe....
Tak apa...tak apa..saya suka menyusun..


Perhati gambar ni elok-elok. Ada yang tak kena dengan susun atur di atas. Macam ada yang tak kena ni..
Songsang semacam....Keh3...
Ni nama nya orang kidal yang basuh pinggan. Tunggang terbalik jadi nya....Hahaha...
Petanda anak sulung berada di rumah... Rajinnya dia basuh pinggan...
Tak  apa...tak apa..saya suka menyusun atur semula...


Kalau macam ni gayanya..tahu sangatlah siapa yang ada.
Dia ni lah peneman malam saya... Kalau nampak benda tak sepatutnya, dia lah yang buat tu.
Main mana dan....je. Sebab nanti nak pakai semula, nanti nak tidur semula juga.
Alasan bukan main ko ek... Ni membuktikan kewujudan anak manja di sisi.
Tak apa....tak apa...saya suka mengemas.


Yang ini lagi hebat. Kalau nampak keadaan pintu macam ni, maknanya saya ada di dalam. Nak cari, kalau tak nampak kelibat tu, dalam bilik lah.
Buat hal sendiri...sayalah tu.
Tak apa..tak apa..saya suka menyendiri. Haha.

Itulah petanda-petanda atau penunjuk yang dapat saya berikan untuk membuktikan kewujudan makhluk-makhluk nyata di rumah ini.
Baik atau buruk, merekalah yang menyempurnakan hidup saya.
Benda mcam nilah sebenarnya yang menjadi ingatan kepada seseorang.
Kalau tak berlaku keadaan macam ni, sangatlah janggal...

p/s: saya sayang semua....shhh.....

Thursday, April 7, 2011

Selera menjadi-jadi

Nasi goreng? Ayam golek? Ikan keli salai? Meggi ayam bersama cili api? Semua tu sedap...
Kalau bagi nasi putih dengan telur mata kerbau pun, tetap gak saya jamah...
Apasal ek?

Hehhe...
Ni nama nya nafsu makan tak ingat dunia...
Sekarang ni, saya belasah je makanan apa yang ada. Asalkan halal dan sedap...
Kalau kawan saya sibuk nak berpuasa sederet seminggu, saya lak sibuk nak memuaskan tekak dengan makanan sedap-sedap.

Saya sendiri pelik, apsal pulak sekarang ni selera menjadi-jadi. Kalau dah makan pagi tu, dalam pukul 10 mesti saya akan lapar balik. Saka ke apa....hahahaha.
Kalau dah makan tengah hari pulak, pukul 3-4 saya tetap rasa nak mengunyah sesuatu. Huhuhu....Parah dah ni. Sampaikan orang disekeliling saya terbeliak biji mata tengok....Makan, makan, makan.... heheheh.

Saya rasa tidak salah kalau kita mahu makan dan menurutkan nafsu makan ni. Asalkan berpada dan janganlah membazir.
Takut juga, kalau tidak kawal perangai macam ni, boleh jadi mudarat saya. Hehehe.
Saya harus fokus. Fokus. Kawal nafsu makan yang membuak-buak ni.....

p/s : orang kata makan selagi mampu....rezeki jangan ditolak..
:-P

Sunday, April 3, 2011

Awak kepada saya, Saya kepada awak.

Perfect!

Perfect explanation...!!
You to me, Me to you...
Ini sesuatu yang sedang saya minati,
Ini sesuatu yang mengkhayalkan saya,
Ini sesuatu yang membuai saya setiap detik.

I am yours, like the sun which sets 
The beautiful memories are all from one place 
Precious memories of the naive days together 
Woo- they remain as a picture which has no regrets 

You are mine and make the lonely times pass 
You are the sunlight which shines on me 
Your small white hand in mine 
Like the sparkle of a jewel it makes the promise of eternity

You are mine, like a sad graduation song
You are still a small part of this hear of mine
Your beauty glitters in your eyes
Like so many stars I hope you will always shine

Ini sesuatu yang sangat klasik,
Ini sesuatu yang sangat bernilai,
Ini seperti lukisan yang indah.


p/s: artistik..

Mood apa yang melanda aku?

Salam...
Satu Malaysia, satu dunia..

Haha, baru lepas baca entry member tentang mood. Awak punya mood laut, tapi saya tak tahu lah tengah mood apa sekarang? Mood saya bercampur baur la, macam air batu campur. Nanti saya pun nak tengok laut juga...Yeah...

Saya sekarang dilanda mood yang sangat baik. Kalau nak minta apa-apa, mintalah sekarang. boleh saya tunaikan...hahaha. Mood bulan April boleh bergurau lebih-lebih ke?

Apa yang saya perhatikan dekat diri saya melalui kanta lekap saya, adalah saya banyak sangat bermain dalam bulan ni. Saya tidak menjadi seorang yang serius, saya tidak menjadi seorang yang berumur matang dan saya terkeluar dari landasan sebagai seorang yang beridea. Tengok saja pada entry ni, semua apa yang saya luahkan hanyalah kata-kata yang banyak merapu dan merepek.

Dilema saya atau saya dilanda dilema?
Apa yang pasti saya tengah mengharungi kehidupan dengan penuh kegembiraan...
Wah...sebenarnya memang indahlah hidup ni. Cuma adakalanya kita sendiri sengaja merumitkannya. Banyakkan relax...santai sudahlah. Tidak perlu memikirkan masalah yang membebankan pemikiran.

Ya, hidup memang sentiasa dilanda masalah. Ada ke orang yang free dari masalah? Tipulah!! Kalau dia kata hidup dia tiada masalah perlu difikirkan, sebenarnya masalah itu adalah dia. Masalah lah kalau tiada masalah. Apa yang membezakan masalah adalah dari segi saiz...besar atau kecil sahaja.

Kenapa orang kadang-kadang ber'mood'? Mood banyak datang dari masalah yang menimpa. Jadi adalah segelintir tu akan berubah angin bila dilanda masalah...mood pun pusing-pusing. Jadi, kenapa dia tetap ber'mood'? Hah...sebab dia tak pandai nak terima masalah tu macam mana. Kurang professional orang macam tu. Jangan campur aduk kan masalah lain dengan keadaan yang tidak sepatutnya. Pemikiran kena pandai untuk mengawal diri dalam menghadapi masalah.

Sangat leceh menghadap orang yang ada mood pusing-pusing ni. Sebabnya kita kena ikut rentak dan gaya orang tersebut... Leceh la... Seperti kita menanggung masalah itu bersama dia. Sharing is caring? Ah... sharing is dying!!

Saya pun ada mood juga. Saya pandai mengawal mood saya. Tahniah buat saya. Awak belajar dari saya ok?
Hahaha..

p/s: mood apa melanda saya? Mood-a mood-i...moodA-moodI.