BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS �

Sunday, February 27, 2011

Khas untuk Aku,Kamu dan Dia...

Salam..
Hello...

Post kali ini, saya tertarik untuk berkongsi warkah yang ingin saya sampaikan kepada mereka yang berjaya dan mereka yang mencuba mencari kunci untuk hati saya. Ia belum sampai ke tahap yang serius cuma adalah sedikit rempah ratus dalam perhubungan baru bermula tu... Mungkin tidak sampai ke tahap bercinta, tapi sekadar hubungan yang rapat dan ada juga yang boleh dikategorikan sebagai hubungan yang tergantung. Entah. Tiada penjelasan yang tepat boleh saya olahkan.

Pengalaman ini hanya sekadar untuk dikongsi bukan minta dikritik mahupun pandangan. Hanya sekadar borak kosong. Seseorang yang cuba hadir dalam hidup kita mungkin sedaya upaya mencuba yang terbaik untuk berjaya dalam matlamat mereka. Saya tidak pernah menolak, tapi kalau itu bukan yang dijanjikan untuk saya apalah yang mampu saya lakukan. Lihat, berpaling dan pergi. Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang cuba memberi perasaan istimewa dalam hidup saya. Apa yang mampu saya katakan, mungkin ada yang terbaik untuk kita semua.


Warkah pertama saya dedikasikan khas buat dia.. Awak yang bernama F.

Awak sangat menepati ciri yang setiap kaum hawa idamkan. Saya menghormati cara awak menerima saya sejak dari zaman kita bergelar pelajar. Saya rasa awak sangat kelakar bila cuba sembunyikan perasaan awak. Sehinggakan saya berlalu pergi awak masih belum sempat meluahkan apa yang terbuku. Saya perlukan keyakinan awak, bukan kenyataan dari mulut orang lain. Takdir Tuhan tiada siapa mampu elakkan. Saya kembali berjumpa awak, walau bukan bertentang mata. Cukup sekadar berkongsi cerita melalui teknologi yang ada. 
Awak cuba semaikan perhubungan yang mesra. Tapi apa salah yang awak lakukan sampai saya rasa keyakinan pada awak semakin pudar. Saya keliru atau awak yang terlalu mengejar angan-angan? 
Tiga bulan awak dan saya tiada khabar. Salam saya yang bersahaja awak sambut dengan mesra. Awak cerita kembali masa depan yang awak sangat idamkan. Saya belum bersedia.
Akhirnya, kita sama-sama berdiam diri sehinggalah saya dapat berita awak menjadi tunangan orang. Saya terima walaupun ada rasa kecewa seolah selama ini saya diberi watak sebagai salah seorang peserta pilihan awak. Haha, bukan saya yang menarik perhatian awak selama ini.
Terima kasih dengan keindahan yang sementara. Awak sangat bahagia dengan status baru bergelar seorang suami. Semoga rumahtangga awak dirahmati. Awak kekal sebagai kawan saya. InsyaAllah

Warkah kedua saya hadiahkan buat insan yang cuba mendekati saya. Awak bernama A.
Tipulah kalau saya katakan saya tidak mengikuti perkembangan awak di laman sosial yang ada. Awak sihat? Terima kasih dengan hadiah dan kata-kata semangat yang awak berikan. Kita sering berselisih pendapat tentang sesuatu perkara. Awak dan saya sangat tidak bersependapat. Sampaikan satu tahap saya rasa sangat meluat dengan awak. Tapi awak sangat menghormati saya sebagai seorang perempuan. Awak tidaklah romantik. Awak sangat jujur dengan diri awak. Awak cuba berubah menjadi seorang yang saya inginkan. 
Saya kagum dengan awak yang sangat bercita-cita tinggi. Saya tiada rezeki untuk ke situ. Saya doakan awak berjaya dalam hidup awak. Saya minta maaf menolak perasaan awak terhadap saya. Saya gembira terima awak sebagai teman. 
Tak kisahlah walaupun awak sekarang semakin sombong dengan saya. Hahaha, awak dah jumpa yang macam saya ke? Kenalkan dengan saya dan kawan-kawan lain ye.
Semoga awak berjaya dengan cita-cita awak. Saya yakin awak mampu menjadi seorang yang sangat dihormati suatu hari nanti.

Warkah ketiga saya layangkan untuk awak yang jauh, bernama K.
Awak  sangat setia menanti. Awak sangat rajin dan berusaha keras. Saya sangat berterima kasih. Awak luahkan segala-galanya walau kita tidak pernah berjumpa. Hanya dengan pendapat orang lain tentang kita sudah cukup untuk membuat kita mengikat hubungan sebagai teman. Awak sangat peramah dan kelakar. Awak hanya seorang yang biasa dimata saya, tapi awak sangat pandai mengambil hati. Awak ni macam superhero lah!!! Hehehe.
Saya cuba merapatkan hubungan yang awak idam-idamkan. Mungkin faktor usia awak yang mendesak awak untuk cepat memikul tanggungjawab yang besar. Saya perlukan masa. Saya terpaksa menolak dengan perlahan. Perlahan-lahan hubungan kita semakin kaku. Awak diam. Saya tiada kata.
Saya terima, awak kini tunangan orang. Dengar cerita awak semakin bahagia. Saya doakan yang terbaik untuk awak.

Warkah keempat saya karangkan untuk scandal-scandal yang ada...hahahha.
Kepada awak semua yang cuba menembusi hati saya, terima kasih kerana sudi melihat saya sebagai orang yang istimewa. 
Ada diantara awak semua yang saya rasa menepati ciri yang saya inginkan sehinggakan saya pernah bergenang memikirkan awak sebenarnya suka pada orang lain. Kenapa memberi harapan kalau masih tercari-cari yang sesuai??? Hati insan yang bergelar hawa bukanlah diciptakan untuk dipertandingkan. Saya sangat kecewa dengan awak. Saya anggap awak kini sebagai kawan yang lebih tua. Harap maklum.
Kepada awak yang cuba mendekati saya pula, saya hanya mampu ucapkan semoga berjaya. Saya dapat tahu, awak dah ada yang punya... Tahniah. Bukan saya jual mahal, tapi saya mungkin mengambil masa. Saya sangat teliti, saya minta maaf. Awak kurang sabar, saya sangat memahami keadaan itu. 
Untuk awak yang tidak pernah hilang perasaan terhadap saya hingga ke saat ini, saya sangat berterima kasih. Mungkin awak bukan yang saya inginkan. Kita sangat berbeza. Saya selesa dengan awak yang tidak jemu mendengar cerita saya. Terima kasih atas pujian yang pernah awak berikan. Saya tidaklah sesempurna itu. Saya doakan awak berjumpa insan yang betul-betul dapat menerima awak seadanya. Awak sangat manislah. Jangan risau. Kirim salam pada mak ye...hehe. Kita kawan ok?



Demikian sahaja coretan hati yang sempat saya karangkan. Terima kasih kepada insan yang bernama lelaki.
Saya kembali menunggu dia yang sebenarnya diciptakan untuk saya. InsyaAllah...




p/s : banyak bermain perasaan ni....haishh...:-P

Thursday, February 24, 2011

Hidup bukanlah suatu bebanan

Salam...
Hello..

Untuk bacaan blog kali ini, saya ingin berkongsi tentang kehidupan.
Selagi kita masih digelar manusia, kita tidak lari dari kehidupan. Banyak benda hidup di dunia ini. Realitinya ada yang kita nampak malah ada juga yang tersembunyi.
Semua yang berlaku di atas dunia ini adalah sesuatu yang telah diatur dan dirancang dengan sempurna. Ada yang kita perlu percaya di atas sana. Dia yang mengizinkan sesuatu itu berlaku. Dia yang aturkan segala pergerakan di dunia. Dia yang menentukan segala yang bakal berlaku. Dia hanya satu. Allahuakbar!!

Jadi, kalau sudah sedia maklum perihal keajaiban alam dan kehidupan makhluk janganlah anggap ia suatu bebanan. Hidup bukanlah suatu bebanan.
Mengapa kerap kali yang hidup itu mengeluh bila keadaan menjadi sukar? Mengapa yang hidup itu sering kali berpaling bila keadaan kembali tenang? Mungkin itulah yang dikatakan lumrah.

Hidup bukanlah suatu bebanan kalau kita cerdik mengambil langkah. Manusia sangat istimewa ciptaannya kerana dikurniakan akal. Berbeza dengan kehidupan yang ada di atas dunia ini. Jangan salahkan sesuatu yang kita tidak nampak jika kita sendiri tidak nampak apa yang nyata. Kenapa perlu letak sesuatu ke bawah jika asalnya dari tempat yang tinggi? Kekalkan keunikan akal.

Apa yang buruk berlaku dalam hidup kita, mungkin ada yang lebih buruk berlaku dalam hidup orang lain. Berapa juta manusia di bumi ini? Semua ada pengalaman yang berbeza.
Hidup bukanlah permainan yang boleh disia-siakan. Hidup adalah perjalanan. Dunia adalah persinggahan. Macam R&R...
Hidup adalah tanggungjawab. Hidup juga amanah. Hidup lebih bersifat sementara.

Jadikan hidup itu menarik kalau mahukan sesuatu yang indah.
Jangan ciptakan alasan untuk mengatakan hidup itu suatu bebanan.
Jangan katakan musibah itu suatu keperitan.
Sebab hidup itu bukanlah suatu bebanan.

Hargai dan sambutlah setiap detik yang ada dengan gembira dan bersyukur kerana dari situ kita dapat berterima kasih kepada Pencipta.



My dear friend,
"Life is not a burden, but a gift".
Lets celebrate!!!!!

Thursday, February 3, 2011

7 tahun berlalu..

Salam.
Agak lama juga blog ini tidak di jengah oleh saya. Bukan tiada masa, cuma tiada bahan atau cerita untuk dikongsi.
Untuk post kali ini, saya tergerak untuk bercerita tentang kenangan. Semua yang sudah berlalu adalah kenangan. Kenangan kali ini amat bermakna. Berkaitan dengan alam persekolahan. Alam persekolahan merupakan alam yang paling seronok untuk dilewati bagi saya.

Masuk tahun 2011 ni, bermakna sudah 7 tahun saya meninggalkan alam persekolahan. Sudah 7 tahun saya tidak menjejakkan kali ke tanah sekolah. Sudah 7 tahun saya tidak bersandar pada dinding sekolah. Sudah 7 tahun saya tidak merasai udara sekolah. 7 tahun, bukan waktu yang singkat, tapi agak lama juga bagi saya.

Tak pernah saya sangka yang saya telah meninggalkan persekolahan selama 7 tahun. Wow!!! Adakah ini tandanya saya telah meningkat dewasa? Sudah layak digelar wanita? Hahahha..kelakar pun ada.
Apa yang membuatkan saya teringat tentang peredaran masa 7 tahun ini adalah kerana untuk kesekian lamanya saya kembali bertemu rakan-rakan sekelas saya. Arrgghh..lama tak jumpa!! Ada yang kali terakhir saya jumpa hanya pada tarikh keputusan SPM keluar. Selepas itu, tak pernah lagi bertentang mata.

Baru-baru ini saya mengambil kesempatan pada cuti hujung minggu untuk bertemu rakan-rakan yang lapang. Semuanya gara-gara salah seorang rakan sekelas kami sudah bersalin. Ya!! Sudah mempunyai anak. Wow... Ini salah satu petanda yang saya memang telah dewasa.... Bila masa saya? Tunggu dan lihat sahaja..hehehe.

Bila dah jumpa rakan sekelas, suasana cukup berbeza berbanding waktu kami di sekolah. Pada pertemuan tu, semua nya kaku...tapi bila ahli bertambah, semua tampak lebih selesa..berborak dan bergurau kasar. Hahahhaa.... Itu cara kami. Sudah biasa..tidak mengapa. Sangat seronok. Waktu itu lebih dimanfaatkan dengan bertanya soalan-soalan orang dewasa...hurm..apa agaknya itu. (Rahsia perempuan..shhhh..)

Pandang muka masing-masing, saya terus terfikir...Wahh...sudah dewasa ye kita. Sudah layak berumah tangga. Sudah layak untuk memikul tanggungjwab yang besar. Bila kita kembali mengenang waktu yang lepas, banyak perkara yang kita tidak terfikir untuk dilakukan ketika itu. Banyak perkara yang terlepas begitu sahaja. Kenapa itu, kenapa ini, kenapa tidak..kenapa harus....bermacam-macamlah persoalan yang menjengah kotak fikiran waktu tu.
Tapi semua sudah lepas, apa yang ada sekarang hanyalah kita kena sentiasa pandang ke depan.

Bila agaknya kami dapat berjumpa lagi? Memang sayang rasanya bila meninggalkan sesuatu yang sangat berharga. Waktu sentiasa berjalan. Tidak pernah berhenti. Kita perlu menghargai apa yang ada sekarang.
Saya terfikir, bagaimana pula rupa kami 30 tahun akan datang. Masih adakah yang kekal bersama? Masih ingatkah mereka? Hurm..semuanya belum tentu terjadi.

Kalaulah saya lebih menghargai setiap waktu yang berdetik.....

Thursday, January 6, 2011

Apa jadi pada azam???

Salam dan selamat sejahtera...
Post kali ni, saya nak ceritakan serba sedikit tentang azam-azam yang telah saya gantungkan.. Ada antaranya tercapai, ada juga yang tidak tercapai...hehe.
Ianya juga serba sedikit dapat menjawab persoalan kenapa saya tiada azam untuk tahun ini...??
Selamat membaca....


TAHUN
1987
AZAM
Untuk tidak dilahirkan sebagai anak sulung.
HASIL
95% berjaya
ULASAN
Pada tahun tersebut, saya telah dibenihkan. Setelah roh ditiup dalam badan saya, terus saya berazam untuk tidak dilahirkan sebagai anak sulung. Bila saya selamat dilahirkan, saya berdebar untuk mengetahui sama ada azam saya tertunai atau tidak. Bila celik je mata, terus nampak ada kepala budak lelaki(melihat bentuk kepala yg besar), mata terkebil-kebil dan senyum menampakkan giginya yang tak berapa nak penuh tu sambil berkata dengan bahasa yang saya rasa macam pelat je, "Yea, pat dik popuan..."  Hurm, saya terus senyum sebab 100% azam saya berjaya.
MENARIK
Pada tahun tersebut juga, peratusan azam saya jatuh kepada 95% apabila saya terdengar percakapan orang sekeliling, " Tahniah Wee, mu dapat dah sepasang.. " Hah, kalau dah sepasang tu maknanya, saya adalah anak kedua, dan juga anak perempuan sulung!!! (Selepas berfikir budak kepala besar tadi rupanya abang saya).

TAHUN
1988
AZAM
Untuk cepat belajar berjalan.
HASIL
60% berjaya
ULASAN
Pada tahun tersebut, saya telah cuba untuk belajar berjalan. Saya berjaya sebanyak 60% sahaja sebab lagi 40% tu, dah masuk tahun 1989. Bermakna azam hanya dikategorikan sebagai "Hampir berjaya".
MENARIK
Pada tahun tersebut, saya menampakkan hasil sebagai antara bayi yang comel dalam kalangan saudara-mara…Haaaahhahaha. Tak percaya sudah!!

TAHUN
1989
AZAM
Untuk menyedekahkan baju bayi kepada waris seterusnya.
HASIL
90% berjaya
ULASAN
Ha…pada tahun ni, saya buat azam macam ni sebab saya dapat tahu yang saya bakal menerima kehadiran pesaing baru. Adik saya berjaya dibenihkan dan dijangkakan hadir di dunia pada tahun berikutnya. Saya terus berazam untuk bagi dia baju-baju waktu saya menjadi kegilaan ramai dulu. Sebab dia tak boleh bazirkan duit mak ayah saya untuk barang-barang baru memandangkan barang lama masih elok. Tak kisah dia lahir sebagai boy atau girl. Huhuhuh...
MENARIK
Hasil azam tidak memberangsangkan. Kenapa? Jom ke tahun 1990… Permulaan era 90-an bermula….

TAHUN
1990
AZAM
Menjadi kakak yang baik
HASIL
98% berjaya
ULASAN
Saya rasa pada tahun ini, adik saya tak berapa nak menyukai saya. Sebab, asal saya datang untuk duduk dekat, terus dia berpaling pastu muka masam. Saya tak berapa nak pasti sebab apa situasi itu berlaku… Memori agak lemah apabila telah di psiko kan oleh adik sendiri.
MENARIK
Saya rasa dia tahu saya nak serahkan baju lama dekat dia… Agaknyalah. Tapi yang menariknya, baju semua tidak berapa nak muat…Hahaa..sebab saiz badannya yang memecah rekod saiz kelahiran yang berjaya mak saya hasilkan. Sasa betul!!!

TAHUN
1991
AZAM
Tiada azam
HASIL
-
ULASAN
Pada tahun tersebut, saya tidak memasang azamlah rasa-rasanya. Saya pun dah lupa ada ke tidak. Kejutan masuk alam kanak-kanak dewasa.
MENARIK
Tahun 1991, saya berumur 4 tahun. Saya berdebar untuk ke tahun berikutnya. Dengar cerita, kalau budak dah masuk 5 tahun boleh dihantar masuk tadika. Wahh..takut nak jumpa orang lain…

TAHUN
1992
AZAM
Belajar bersungguh-sungguh
HASIL
76% berjaya
ULASAN
Saya berjaya menjejakkan kaki ke tadika dengan penuh ketakutan dan penuh dengan keseganan. Baki peratusan, saya menjadi seorang budak tadika yang pendiam.
MENARIK
Saya sangat takut untuk ke tadika pada permulaannya. Semuanya sangat baru…persekitaran yang sangat luar biasa. Sampaikan pada satu hari, waktu tadika bercuti (sebab apa tak ingat) saya seorang sahaja yang pergi kesekolah. Hahaa…Naik bas sorang-sorang memandangkan uncle bas pun tak tahu hari tu cuti. Bila ada makcik salah seorang budak yang naik bas tu bagitau hari tu tadika cuti, barulah saya tahu...buruknya padah bila tak datang ke tadika. Saya tak sihat lah waktu tu!!!

TAHUN
1993
AZAM
Menjadi kanak-kanak cemerlang ditadika
HASIL
99% berjaya
ULASAN
Yea..tahun terakhir ditadika. Saya semakin cemerlang dengan terpilih menyertai macam-macam acara di tadika. Boleh dikategorikan cemerlang… Akhirnya berjaya juga pakai baju convo tadika..pegang scroll…hahaha.
MENARIK
Digosipkan mempunyai hubungan mesra dengan seorang budak lelaki sebaya. Sebabnya, mana ada dia, mestia da saya. Sampai waktu acara nasyid pun berdiri disebelah saya. Hahahahha…Best3…tadika sangat best.

TAHUN
1994
AZAM
Belajar bersungguh-sungguh
HASIL
78% bejaya
ULASAN
Tahun tersebut saya melangkah ke alam budak sekolah. Masuk darjah satu.. Berazam untuk belajar bersungguh-sungguh untuk dapat nombor terbaik dalam kelas. Hasilnya tak berapa nak baik…sebab banyak main….Main cinta. Kejutan budaya bila bertemu banyak budak lelaki hensem!! Chah..!!!
MENARIK
Pada tahun ni lah berlaku perkara yang meninggalkan pengalaman yang sangat kelakar. Pada tahun ini, saya telah dicium oleh seorang budak lelaki. Hahhaa…saya tak minta, tapi dia yang buat… Kecik-kecik dah pandai…!! Akhir tahun, terus tak cemerlang. Jangan tiru macam saya...Uw uw uw uw uw...

TAHUN
1995
AZAM
Belajar secara sederhana
HASIL
100% berjaya
ULASAN
Hahha..memanglah 100% berjaya. Sebab kalau dah nama belajar secara sederhana, maknanya tiada effort la pada tahun itu. Hahaha
MENARIK
Tahun tersebut, tiada apa yang menarik berlaku. Kalau ada pun saya tidak ingat. Sebab ia macam tahun biasa sahaja… Balik sekolah rendah, petang tu pergi sekolah agama. Ulang alik sampailah akhir tahun.

TAHUN
1996
AZAM
Hendak berjaya exam PTS
HASIL
100% tidak berjaya
ULASAN
Baca elok-elok…. 100% TIDAK BERJAYA. Tak sempat siap pun soalan kelayakkan tu…Banyak sangat. Pada tahun tu, otak tak berapa nak cekap.
MENARIK
Tahun tersebut sangat tak best. Sebab dapat cikgu Matematik yang garang tahap singa. First time dapat cikgu yang campak buku bila pelajar buat silap. Tak patut…tak patut….Semua kena, saya tidak berkecuali. Tapi tak kena campak buku, tapi kene piat telinga. Hahahha.

TAHUN
1997
AZAM
Belajar secara seronok
HASIL
95% berjaya
ULASAN
Tahun tersebut, saya berjaya belajar dengan kaedah sendiri. Belajar secara seronok. Maknanya, saya sangat seronok kesekolah.. Sebab apa?? Sila keruangan MENARIK.
MENARIK
Pada tahun tersebut, saya telah menampakkan hasil yang sangat baik. Tahun yang mengembirakan. Pertama, saya telah belajar pakai tudung untuk kesekolah dan keluar rumah. Kedua, saya berjaya menjadi harapan guru untuk subjek Kajian Tempatan dan Bahasa Melayu didalam kelas. Ketiga, saya memenangi tempat kedua(disekolah) dalam pertandingan essay bahasa melayu bertajuk....argghh..lupa lah tajuk apa. Keempat, saya berjaya mendapat boyfriend pemes di sekolah ketika itu..Hehhehehe...

TAHUN
1998
AZAM
Tiada azam
HASIL
-
ULASAN
Tiada azam. Sebab dilambung pujian dari tahun lepas dan dihujani dengan surat-surat cinta monyet. Lupa daratan buat seketika.
MENARIK
Pada tahun tersebut saya telah mengalami dua peristiwa. Peristiwa menarik dan tidak menarik. Peristiwa tidak menarik saya adalah diantara (anggaran 20 pelajar) yang menerima 5 cop jari cikgu Sains di pipi atas sebab tidak menyiapkan latihan pembetulan soalan exam pertengahan tahun. Padan muka!! Hahhaa. Peristiwa menarik, cikgu yang sama(yg lempang saya beberapa bulan sebelum tu) juga mengajar subjek Bahasa Melayu memberi pujian dengan mengatakan karangan Bahasa Melayu saya patut dicontohi pelajar lain di kelas itu..fuh..bangga. hehee. Tahun ini juga, saya banyak bermain cinta monyet dengan orang yang berbeza. Player!!!

TAHUN
1999
AZAM
Berjaya dalam UPSR
HASIL
10% berjaya
ULASAN
Uw..uw…result UPSR begitu mengecewakan emak dan ayah. Sekali gus meranapkan azam saya pada tahun tersebut.
MENARIK
Saya hanya berjaya memperoleh 1A sahaja!! Hampeh. Kesan banyak bermain, kurang tumpuan dan minat belajar. Hanya berjaya cemerlang dalam peperiksaan sekolah agama sahaja. Hurm….

TAHUN
2000
AZAM
Tiada azam
HASIL
-
ULASAN
Permulaan alam remaja. Pada tahun tersebut saya menginjak umur ke-13 tahun. Berada dalam tingkatan satu, pengalaman baru yang diperoleh. Jadi azam pada tahun tersebut tidaklah saya ingat. Saya rasa, tiada azam yang saya pasangkan pada tahun tersebut.
MENARIK
Saya seronok bila melangkah ke sekolah menengah masih lagi berpeluang jumpa kawan-kawan lama waktu di sekolah rendah. Kelas sahaja berbeza. Ikut result waktu UPSR…huh!!!

TAHUN
2001
AZAM
Belajar untuk PMR tahun berikutnya
HASIL
74% berjaya
ULASAN
Pada tahun itu, saya merosot ke kelas bawah. Turun kelas!! Kenalah berusaha untuk mendapat keputusan cemerlang tahun depan. Adalah usaha sikit untuk belajar. Tapi…..
MENARIK
Tapi…pada ketika itu saya telah dikhabarkan oleh ibubapa saya bahawasanya, saya akan diberhentikan sekolah!! Huuhu…sebab mengikut keluarga berpindah ke luar negara. Jadi selamat tinggal kawan-kawa..selamat tingal azam… Saya berjaya menamatkan pengajian tingkatan dua hanya sekerat jalan. Pertengahan tahun saya mula menjadi seorang yang tidak berelar pelajar. Goyang kaki duduk negara orang sambil makan angin.. Memang terbaik!!!

TAHUN
2002
AZAM
Result cemerlang untuk PMR
HASIL
89% berjaya
ULASAN
Saya berjaya melunaskan azam tahun sebelumnya dan tahun 2002 sekaligus!! Akhirnya saya memperoleh keputusan yang menyenangkan ibubapa saya. 4A…bolehla tu…untuk pelajar macam saya yang tak habis pengajian tingkatan 2.
MENARIK
Sangat teruja pada tahun tersebut. Semua nampak blur!! Mata pelajaran math paling tak dapat lupa. First time dengar perkataan "PIE". Ingatkan pie yang makan tu..rupanya "PIE" Simbol yang digunakan ketika mengira keluasan bulatan mahupun ukur lilitan bulatannya..Simbol ini sangat terkenal dan berguna kepada kita semua dalam membuat kiraan membabitkan bulatan didalam subjek Matematik. Fuh..memang bertungkus lumus la belajar. Macam-macam simbol wujud.

TAHUN
2003
AZAM
Berjaya dalam SPM tahun depan
HASIL
32% berjaya
ULASAN
Tahun 2003, saya banyak lalai. Banyak main. Kurang tumpuan dan minat belajar. Tahun yang paling memeranjatkan keputusan akademik saya. Sangat lemah dalam Matematik. Kurang tumpuan dalam kelas. Inilah akibat ingkar dan berdosa dengan Tuannya…hurm…
MENARIK
Saya menjadi orang yang sangat sibuk pada tahun tersebut. Dengan tanggungjwab besar di asrama, dengan harapan yang mengunung..akhirnya saya leka. Terlalu kuat berangan, terlalu yakin dengan diri..akhirnya banyak perkara yang baik saya lepaskan. Lupa hakikat menjadi seorang manusia. Hamba yang sangat hina dan berdosa tika itu...

TAHUN
2004
AZAM
Membuat yang terbaik untuk SPM
HASIL
55% berjaya
ULASAN
Hanya 55 peratus sahaja kejayaan saya untuk buat yang terbaik pada exam SPM. Tidak terlalu bersedia. Sangat rugi dan kecewa.
MENARIK
Saya kurang keyakinan diri. Lemah emosi.

TAHUN
2005
AZAM
Mendapat keputusan yang baik untuk SPM
HASIL
58% berjaya
ULASAN
Seperti saya jangka, result tidak begitu membanggakan. Tapi masih bersyukur…ada subjek yang tidak dijangka untuk memeproleh keputusan yang sangat baik.
MENARIK
Waktu ini tertekan untuk sambung belajar. Berperang emosi dan kehendak ibubapa. Berat hati untuk teruskan pengajian ke tahap yang lebih baik. Akhirnya mengalah..teruskan juga ambil diploma. Untuk pengajian yang tidak disangka-sangka…!! Saya tekad mengambil jurusan yang saya benci, Diploma in Accountancy. Hambik!!!!

TAHUN
2006
AZAM
Belajar dengan tekun
HASIL
77% berjaya
ULASAN
Saya sangat tekun belajar pada tahun tersebut. Keputusan meningkat mengikut sem…ada juga terjatuh sikit. Tapi masih mahu cuba yang terbaik.
MENARIK
Wahhh..pada tahun ersebut saya telah mendapat kereta..walaupun kereta kancil biasa, tapi masih baru dan atas nama saya!!(sebagai pemandu kedua). Heheehe…Tu yang seronok je pergi kelas. Pergi meronggeng pun best jugak…hhahaha

TAHUN
2007
AZAM
Tingkatkan  pointer
HASIL
64% berjaya
ULASAN
Berjaya meningkatkan pointer sedikit demi sedikit.
MENARIK
Berkenalan dengan seseorang yang bernama Azam. Hahhaha..makin kuatlah azam saya untuk meningkat. Hehehhee.. Tapi hanya sekejap je.. Hubungan tak berapa nak menjadi…

TAHUN
2008
AZAM
Tamatkan pengajian dengan cemerlang
HASIL
66% berjaya
ULASAN
Akhirnya pada tahun tersebut saya telah berjaya menamatkan pengajian. Tetapi tidaklah cemerlang…cukup dengan pretasi yang sederhana. Kurang mengulangkaji.. Hah!
MENARIK
Saya naik pentas amik scroll untuk kali pertama. Tapi kali kedua memakai jubah convo. Pengalaman pertama waktu di tadika. Hehehe… Yes!! Berjaya juga tamatkan pengajian. Semput juga…tapi Alhamdulillah, dapat tamatkan pada waktu yang telah ditetapkan…huuurraayyyy!!!

TAHUN
2009
AZAM
Melanjutkan pengajian
HASIL
100% tidak berjaya
ULASAN
Seratus peratus tidak berjaya untuk lanjutkan pengajian. Kecewa juga…waktu minat ada, rezeki dan peluang pula tiada…
MENARIK
Yang menariknya, kekecewaan ditebus dengan ditawarkan pekerjaan sambilan di KLN…lupa seketika niat untuk sambung belajar… Tak sia-sia pergi temuduga emergency!!hehehe

TAHUN
2010
AZAM
Mendapat pekerjaan tetap
HASIL
100% tidak berjaya
ULASAN
Sekali lagi tidak berjaya. Azam saya kini semakin pudar. Saya kurang berusaha. Hanya banyak berserah. Apalah!!!
MENARIK
Menariknya…saya berjaya mendapat tempat untuk ke temu duga yang paling besar. Peluang saya kini hampir terbuka. Kalau ada rezeki, saya bersyukur. Kalau tiada, saya redha… Ada rahmat disebaliknya. Saya kena rajin berusaha.

TAHUN
2011
AZAM
Tiada azam
HASIL
-
ULASAN
Lebih senang mengikut rentak.
MENARIK
Saya ingin rehatkan emosi dari memasang azam untuk tahun ini. Saya hanya ingin tunggu, lihat dan kemudian bertindak. Saya taknak semua nya nanti hanya jadi angan-angan…


Saya sertakan sekali graph yang menunjukkan turun naik kejayaan azam saya..!!!



tahun
peratusan(%)
1987
95
1988
60
1989
90
1990
98
1991
0
1992
76
1993
99
1994
78
1995
100
1996
0
1997
95
1998
0
1999
10
2000
0
2001
74
2002
89
2003
32
2004
55
2005
58
2006
77
2007
64
2008
66
2009
0
2010
0
2011
0


p/s; turun naik yang sangat ketara...seterusnya menjunam sangat teruk!!....