BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, March 13, 2011

Kuasa Alam

Salam. 
Post pada memalam buta ni berkaitan dengan isu alam semulajadi. Saya pernah dengar orang berkata bahawa kita jangan bermain dengan alam kerana kuasa alam itu lagi hebat. Saya yakin untuk mengiyakan pernyataan itu. Walaubagaimanapun, apa-apa yang terjadi adalah kerana kehendak Allah. Semua urusan di dunia mahupun di alam akhirat adalah aturan dari-Nya. Bukanlah daya manusia untuk menidakkannya.
Alam semulajadi sangat rapat dengan manusia. Adanya alam, adanya manusia. Saling berkait rapat antara satu sama lain. Manusia perlukan alam untuk didiami dan alam perlukan manusia untuk diuruskan.


Baru-baru ini, dunia dikejutkan dengan bencana yang amat dasyat. Bencana Tsunami!! Tsunami telah menghentam kawasan pantai negara matahari terbit, Jepun. Gempa bumi pada kadar 8.9 magnitud telah melanda Jepun sekaligus mengakibatkan tsunami menghentam beberapa bandar kawasan pantai negara tersebut.  
Sehingga kini, dari apa yang saya baca, bencana tersebut telah mengakibatkan hampir seribu orang kehilangan nyawa. Ada yang masih hilang dan Jepun terus dilanda dengan gempa susulan sejurus gempa pertama berlaku. Lebih kurang 50 gempa susulan dikatakan berlaku selepas bencana melanda. Jepun merupakan negara yang terletak di Lingkaran Api Pasifik dan turut memiliki titik gunung berapi di mana Tokyo terletak diantara kawasan yang paling bahaya.

Hebatnya kuasa alam ini bukan sahaja berlaku di Jepun, namun terus menginjak ke Hawaii. Langkah berjaga-jaga juga telah diambil oleh beberapa kawasan yang mungkin berpotensi untuk terkena tempias kuasa alam ini. 
Rasanya baru sahaja gempa bumi melanda Christchurch di New Zealand. Selang beberapa hari, terus pula melanda Jepun. Kejadian seperti ini bukanlah untuk kita sekadar memberi perhatian atau bantuan tetapi lebih dari itu kita seharusnya ambil iktibar dari sesuatu yang berlaku. Tidaklah berlaku sesuatu itu tanpa hikmah disebaliknya, jua tanpa sebab keatasnya. Bersyukurlah Malaysia sangat strategik tempatnya. Masih dilindungi dari bencana alam yang hebat. Namun tempiasnya tetap ada. 


Walaupun Jepun merupakan negara berteknologi tinggi, tapi untuk mengelak dari bencana yang hebat apalah daya mereka. Sebagai manusia haruslah kita berfikir dengan mengambil iktibar dari apa yang berlaku. Adakah ia balasan atau petunjuk? 
Sebenarnya apa yang berlaku itu telah pun diberitahu dan manusia seharusnya tahu. Cuma kadang sebagai manusia, lupa itu tidak pernah jauh dari diri. Manusia lupa, manusia alpa, maka binasalah manusia.

Kuasa alam bukanlah terhad pada bencana semulajadi. Kuasa alam mampu untuk berlaku dengan kelalaian  kita sendiri. Jika manusia itu sendiri taksub dengan kesenangan dan mementingkan kehidupan sendiri, maka alam juga mampu untuk berbuat demikian. Alam dan manusia saling berkait rapat. 


Waspada dengan apa yang kita lakukan, beringatlah sentiasa dengan apa yang ingin kita lakukan. Jadikan pengalaman itu satu pengajaran. Jadikan pengajaran itu satu pembelajaran. Hormat bukan sesama yang dilihat sahaja, hormat juga pada yang nyata dan bernyawa.
p/s ; simpati buat rakyat Jepun. 

3 comments:

NurfAA said...

pd mulenye terdetik yg biarlah jepun tu bkn nye negara Islam pon..tp tetibe terfikir Rasulullah akan bermusuh ngan sesiapa yg bermusuh ngan non muslim...betapa jahilnye aku...
sokong pe ko katakan...mgkin petunjuk tuk kite sume ni...
yg mana kuasa Allah tak sape ley lawan mcm ne canggihnye teknologi tu..

Nur Shahida Mahayuddin said...

kuasa Allah.. dengan sekelip mata saja ia boleh terjadi

ika alwee said...

kawan aku duk sibuk lak cite pasal 2012...adeh...tgk x movie tu? cam takot lak....tp aku masih berpegang kepada rukun iman...:-)