Salam.
Lama rasanya tak post entry dekat sini...
Bukan sebab sibuk, cuma tiada cerita untuk dikongsikan...
Hari-hari macam biasa sahaja...
Tiada apa yang menarik untuk dikongsi...
Untuk post kali ini, cuma nak luahkan sedikit kekesalan....
Kesal dengan sikap segelintir orang yang hanya mempercayai sesuatu disebabkan nilainya yang tinggi.
Contoh macam barang.
Situasi memilih barang;
Pembeli A : Amik barang ni la...mahal pon x pe, sebab mahal tu tandanya berkualiti...
Pembeli B : Bendanya sama je, cuma yang ini tidak berjenama terkenal....apa salah amik yang murah...
Perbezaan nya di sini, Pembeli A lebih suka ambil barang yang mahal memandangkan ia lebih berkualiti berdasarkan pada jenama dan nilainya.
Tetapi apa salahnya dengan barang yang murah dan tidak berjenama? Padahal barang tu sama je fungsi dan kegunaannya....
Ini menunjukkan kita lebih percaya pada sesuatu itu dengan lihat pada 'gah' nya nama dan 'wow' nya harga benda tersebut. Bukan bermakna pembeli B kedekut, cuma kalau kena cara penggunaanya, benda murah pun boleh kekal lama...
Benda yang murah, kalau ada nama, berjenama juga....
Semua ini bergantung cara penilaian kita pada barang tersebut...
Tetapi kalau sudah kedekut, yang murah pun boleh dikatakan mahal..tu out of topic lah!!
Jadi situasi ni samalah juga dengan penilaian orang terhadap seseorang.
Apa perbezaan orang yang tinggi ilmunya dengan yang ala kadar sahaja pengetahuan nya?
Bezanya. orang akan lebih mempercayai orang yang mahir itu berbanding orang yg ala kadar je ilmunya....
Tetapi, kadangkala bukan semua yang tinggi pengetahuan nya itu kualitinya 100%...sebab tiada manusia yang sempurna ciptaannya melainkan Muhammad S.A.W....
Jadi bila mereka yang 'ala kadar' pengetahuan nya memberi pendapat, seolah-olah dipandang sinis jika memberi pendapat yang sama taraf orang tinggi pengetahuannya...
Malahan lebih mempercayai orang yang tinggi pengetahuan nya dari yang 'ala kadar' tadi...
Situasi ini menjelaskan bahawa manusia senang dikaburi hanya dengan indahnya luaran seseorang tanpa melihat apa yang tersirat.
Ada juga yang sambil lewa mengendahkan pendapat seseorang kerana lebih mempercayai pendapat orang yang ilmunya hasil dari negara orang?
Hebat sangatkah sampai pendapat tempatan dikuis2 seperti beras jatuh ke tanah?
Mungkin perkara ini boleh saya katakan diskriminasi...
Diskriminasi terhadap orang yang cetek ilmu dengan yang tinggi ilmu.
Apa salahnya dengar dan berilah pendapat. Sekurang-kurangnya mereka dapat berkongsi ilmu dan memperbetulkan apa yang salah pada fikiran mereka. Bukan terus direnyuk pendapat itu dan dibaling merata.
Jangankan nanti pendapat itu juga dikuis2 dari tanah untuk diambil menjadikan nasi....
Sokonglah pendapat manusia!!!
Yeeehhhaaa....
Friday, June 24, 2011
Diskriminasi
Posted by ika alwee at 7:58 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment