BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Tuesday, August 16, 2011

10 sebab saya masih SINGLE

Hahha...
Single? Of course...

Ada yang bertanya kenapa saya masih single...dan tidak kurang juga yang tanya bila nak menamatkan zaman bujang...???
Jawapan paling cliche saya pernah bagi, "jodoh di tangan Tuhan".....
Betul la kan? Tapi sebenarnya jawapan tu ada dalam diri sendiri.
Jadi saya pun terfikir kenapa saya masih single?
Ada yang cuba mendekati tapi saya tolak dan anggap sebagai kawan dan lebih senang bila berkawan.
Saya bahagia dengan hidup macam ni...yeah....
Kenapa Atikah Alwee masih single?

10 jawapan terbaik saya boleh senaraikan.

1. ramai yang mendekati saya tidak pernah kenal siapa saya sebenarnya.
2. lelaki yang cuba mendekati saya bukan dari ciri-ciri yang saya impikan.
3. saya tidak rasa apa-apa bila ada yang meluahkan perasaan.
4. hati saya keras macam batu.
5. saya susah nak jatuh cinta.
6. tidak ada apa yang boleh buat saya berdebar bila katakan tentang CINTA.
7. pernah kecewa dengan lelaki.
8. citarasa saya sangat tinggi.
9. bercouple sangat meremehkan dan otak saya tidak ready untuk itu.
10. saya belum bersedia nak bina impian dengan mana-mana lelaki.

Itulah jawapan saya. Kalau dipertikaikan saya ada jawapan untuk itu.

1. kebanyakkan yang kenal saya sangat terburu-buru untuk membina hubungan hanya dengan perkenalan singkat.


2. ciri-ciri yang saya mahukan adalah, lelaki yang pembersih, lawak, penyabar, tinggi dari saya bila saya pakai heels, bertoleransi, manly, pandai main alat muzik, tidak cerewet dan pandai susun atur. haha..ada?


3. saya tidak pernah rasa berdebar pun bila ada yang cuba luahkan perasaan sebab saya rasa saya tidak suka lelaki tu kot...so tak de la rasa apa-apa...atau dia bukan diciptakan untuk saya..:-)


4. hati saya keras walaupun berbentuk daging merah. mungkin matlamat saya tinggi.


5. Cinta macam sesuatu yang rumit. Cinta macam soalan sains. Kena buat experiment baru leh buat hipotesis.


6. Perkataan 'Saya cintakan Awak'...tak rasa berdebar pun kalau dengar. Entah. Mungkin bukan dari yang sepatutnya...:-)


7. No komen..dah kahwin beranak satu pun dia...:-(


8. Citarasa sangat tinggi bila ditanya tentang lelaki idaman. Jawapan ada di no.2


9. Ya!! Bila ada couple ni susah nak fikirkan pasal diri sendiri. Sebab nak kena jaga perasaan pihak lain lebih dari diri kita. Benda ni buat saya lalai. Sebab itu saya kata saya tidak ready. Dari segi mental dan kewangan.


10. Impian saya tinggi. Impian saya kukuh. Saya belum bersedia untuk kongsi dengan mana-mana lelaki.



Itulah dia.
Saya percaya pada jodoh...
Jodoh saya ada dimana-mana...
Saya tidak menolak jika jodoh saya bukan dari apa yang saya senaraikan. sebab semua itu adalah alasan saya  dan impian saya.
Saya terima seadanya jika dia sedia terima saya seadanya.
Saya percaya pada janji Tuhan.

p/s: awak tengah buat apa ye???

Alhamdulillah...

Salam...
Alhamdulillah...16 Ogos 2011 umur saya mencapai 24tahun..
Alhamdulillah saya diberi lagi kesempatan untuk bernafas dengan tenang walaupun macam-macam dugaan melanda dalam hidup kebelakangan ini.
Apa lagi yang mampu saya minta kerana kesempatan untuk hidup selama ini hadiah yang cukup besar dari Tuhan untuk saya.

Kadang-kadang hidup sering ada pasang surutnya seperti air laut, namun ia bukanlah kayu pengukur untuk saya menjadi seorang yang mudah berputus asa.
Rezeki saya tidaklah sama seperti orang lain yang lebih bertuah, yang ada kesempurnaan dalam hidup.
Alhamdulillah, walaupun saya masih belum dapat mencapai apa yang sepatutnya saya ada pada usia sebegini, namun saya tetap bersyukur sebab saya mampu berdiri dan berfikir dengan dengan matang.

Alhamdulillah rezeki saya dilimpahkan dari sudut yang berbeza.
Apa yang perlu saya rungutkan?
Tuhan memberi saya kesenangan yang berbeza.
Saya masih senang walaupun otak saya kadang-kadang berserabut.
Saya masih mampu berhibur walaupun diri saya tidak tenang.
Saya masih mampu menyuap makanan ke mulut walaupun saya tidak semewah orang lain.

Saya percaya, Tuhan memberi perjalanan hidup setiap orang berbeza-beza.
Ada yang senang dalam laluan yang lurus, ada yang goyah dalam laluan yang berliku...
Setiap yang ditentukan ada sebabnya.

Saya pernah pertikaikan kenapa orang mudah dilimpahkan rezeki sedangkan saya lebih baik dari dia?
Akhirnya ia buat saya terfikir, senangkah hidup orang itu seperti senangnya saya sekarang?
Tenangkah hidup orang itu seperti tenangnya saya?
Kita tak dapat nak lihat hidup orang dengan mudah tanpa tahu apa sebenarnya yang terselindung.
Ia buat saya lebih bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang.

Hidup tak perlu merungut.
Lalui seperti biasa kerana ia persinggahan yang sementara.
Kita tidak tahu bila kita akan tamatkan persinggahan ini.
Dugaan yang menimpa menjadikan seseorang itu lebih bersabar dan menghargai hidup dengan bermakna.

Alhamdulillah...

p/s: berapa kali dalam sehari kita mengucap syukur kepada Allah?

Wednesday, August 10, 2011

Experimental Puasa

10 Ramadhan...
Wow, dah 10 Ramadhan rupanya...
Alhamdulillah masih berpeluang menempuhi bulan Ramadhan dengan sabar.

Bila puasa ni, tak banyak sangat perkara yang kita biasa buat pada hari-hari biasa dapat dilakukan seperti selalu.
Contoh macam pergi jogging, pergi keluar makan, tengok wayang, berbasikal dan macam-macam lagi.
Jadi, secara tak langsung banyak duduk diam lepas tu berangan dan fikir macam-macam hal. Hehehe.

Sebagai seorang gadis yang normal secara logiknya mesti tak cukup sebulan untuk berpuasa. Jadi bila ada peluang tak puasa tu, saya rasa ada perbezaan ketara.
Ok, bila diberi keizinan untuk tidak berpuasa of course saya tak akan bangun sahur.
So, bila bangun pagi kena la makan kan? Selesai makan pagi, masuk tengah hari dah lapar balik. Pelik kan?

Ok lets make it simple.
Samalah macam keadaan bila bukan di bulan Ramadhan. Pagi kita kena breakfast. Bila masuk waktu lunch kita akan makan, tak banyak sikit pun jadilah. Tipulah kalau yang berdiet tu kata tak lapar bila tengah hari. Nak tahan sampai petang, confirm pukul 4-5 akan makan something.

Berbalik kebulan Ramadhan semula di mana kita wajib berpuasa. Kita akan bangun sahur. Waktu sahur jarang nak makan banyak sebab dalam keadaan yang mamai macam tu tak terfikir pun nak makan sedap-sedap. Paling kurang makan roti cecah air...atau minum je air buat syarat.
Kita akan menahan lapar dan dahaga sampai la tiba masanya untuk berbuka. Secara puratanya kita akan berlapar selama 13 jam. 13 jam!!!!!
Hebat kan?

Kalau tidak berpuasa boleh ke kita menahan lapar selama 13 jam? Tanpa sebab? Ok, makan pagi...tapi boleh tahan lagi 10 jam lepas tu? Saya pasti perut kita mesti akan berbunyi minta diisi.

Jadi saya buat kesimpulan di sini yang Ramadhan itu sangat hebat. Berpuasa itu sangat besar nikmatnya.
Saya tidak berasa lapar walau sedikit pun bila berpuasa. Memang terbayang makanan enak-enak bila berpuasa tapi keinginan tu hilang dalam masa beberapa saat je. Nak kejar ganjaran dan nikmat punya pasal...hehehe.

Sebenarnya berpuasa itu lebih banyak nikmatnya cuma kita saja yang tidak sedar.
Macam mana badan kita boleh tahan dalam jangka waktu yang lama sedangkan kita bersahur pun ala kadar je?

Bila berpuasa banyak dugaannya...letih fizikal dan mental.
Bila berbuka itulah salah satu nikmatnya bila secara tak langsung hilang letih yang ada.
Berpuasa bukanlah mendera tubuh tetapi mengajar diri untuk lebih bersabar dan mensyukuri dengan apa yang telah dilimpahkan selama ini. 11 bulan kita mengerjakan diri dengan macam-macam makanan dan hiburan. Hanya satu bulan sahaja diperlukan untuk memberi ruang rehat kepada tubuh badan kita.

Terima kasih kepada tubuh badan kita kerana mampu menolong kita mengharungi bulan yang bukan sahaja penuh cabaran tetapi sebenarnya lebih kepada nikmat.

p/s : orang memberi kita merasa. Jadi apa balasan yang kita berikan untuk Pencipta yang memberi peluang hidup selama ini? Subhanallah....



Monday, August 1, 2011

P.U.A.S.A

Salam...
Macam mana puasa?
Macam biasalah....macam tak pernah berpuasa...macam tak biasa...hehehe..

1 Ramadhan baru lepas...lambat nya nak tunggu 1 Syawal.
Dulu kalau time kanak-kanak seronok je berpuasa. Lepas tu nak tunggu raya lagi la seronok.
Sekarang dah besar ni dapat rasa juga perbezaan nya. Seronoknya tak sama seperti seronoknya zaman kanak-kanak dulu.

Bila dah besar ni, time ni jugalah timbul angan-angan untuk jadi kanak-kanak... Confirm tak dapat. At least dapat angan-angan memiliki perasaan seperti kanak-kanak pun okay juga. Hehehe.

Tengok berita tadi macam seronok je budak-budak sekolah rendah ni berpuasa. Siap tahu lagi waktu berbuka pukul berapa. Kadang-kadang mereka ni seronok berpuasa sebab fikirkan ganjaran yang akan dapat pada 1 Syawal nanti...hehehe. Ala, saya dulu pun pernah juga jadi kanak-kanak. Tahu dah tactic puasa ni... Tapi dah besar ni, ganjaran kemudian hari yang lebih diutamakan. InsyaAllah....

Berpuasa bukan setakat menahan lapar dan dahaga. Puasa besar maknanya dan besar juga nikmat dan ganjarannya bila betul-betul memahami ertinya. Puasa bukan hanya pada rasa tetapi seluruh anggota juga sama-sama memikul tanggungjawab ini.
Sebulan bukanlah waktu yang lama. Sebulan ini jugalah kesempatan yang diberi untuk kita mengenali diri dan menginsafi diri yang selama ini pernah lalai atau leka.
Kesempatan yang singkat ini belum tentu dapat dilalui lagi jika kita gagal memahaminya.

Semoga kita semua berjaya menyelesaikan misi selama sebulan ini dengan sempurna...

P - Puasa satu ibadah
U- Usah membuang masa dengan perkara yang tidak berfaedah
A- Ambil kesempatan ini dengan sebaiknya
S- Selagi terdaya tunaikanlah kewajipan yang ada
A- Andai terlewat, sukar untuk berpatah semula.