BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 11, 2011

Lelaki 'gentleman'

Salam...
Apa khabar semua...
Apa khabar lelaki-lelaki sedunia???

Tajuk kali ini khas untuk anda...(kalau anda bacalah...hik3)
Saya ada terbaca tentang satu artikel di majalah mengenai pandangan seorang lelaki tentang lelaki.
Kebiasaanya kita asyik dengar tentang pendapat perempuan tentang lelaki, dan jarang sekali dengar pendapat lelaki tentang lelaki. Nak-nak pulak tentang lelaki 'gentleman'....
GENTLEMAN????


Ada ke lelaki nak kongsi dengan rakan dorang tentang lelaki 'gentleman'? Macam tak 'gentleman' la pulak kalau buka meja pasal kaum sejenis dorang.

Tetapi pendapat ini saya baca dari pendapat seorang terpelajar. Profesor kot....(x pasti la, tapi seorang yang ilmu tinggi).
Katanya lelaki yang 'gentleman' atau dalam bahasa melayunya BUDIMAN, adalah lelaki yang mengaku akan kesalahannya. Maknanya yang mudah mengucap maaf atas kesilapan yang dilakukannya.
YA.............!!! Saya terus setuju tanpa perlu baca sebab yang diberikannya.

Sebagai seorang perempuan saya cukup percaya antara ego lelaki yang sangat tebal adalah untuk mengucap maaf. Mereka susahhhhhhhhhhhh sangat-sangat nak mengaku kesilapan yang mereka lakukan. Kenapalah susahhhhhhhhhhhhhhhhh sangat? Sebab mengaku salah akan mencalarkan maruah dan keegoan dorang yang teguh terbina.

Saya tak kata semua lelaki dekat dunia ni macam tu, tetapi peratusan nya banyak kepada SUSAH....
Mungkin dalam 40-60???

Ye...SUSAH nak MINTA MAAF.
Jarang nak jumpa lelaki yang dengan mudah mengaku kesilapan dorang melainkan dorang hanya ketawa kecil atau senyum kambing bila dah salah. Ha...susah nak cakap MAAF...yang mampu hanya tersengih-sengih je...
Konon comel la? Haahahaha.....(kalau comel x pe....kalau x??????????)
Lelaki comel?? Tak sesuai... Lelaki kacak?? Sesuai....


Kalau ada pun yang mudah meminta maaf hanyalah dengan girlfriend dorang je. Dengan orang selain tu, SUSAH. Susah nak JUMPA.
Apatah lagi dengan orang yang lebih muda dari mereka atau dengan mereka yang tiada kaitan hidup dengan dorang....
Bagi saya sikap macam tu tidak mencerminkan yang lelaki itu BUDIMAN@GENTLEMAN.
Bukan sekadar perbuatan meminta maaf sahaja, banyak lagi perbuatan yang boleh menunjukkan lelaki itu antara golongan yang budiman...

Saya ada kaedah sendiri untuk menentukan lelaki itu budiman atau tidak...hik3...
Maka ini adalah kaedah dari diri saya sendiri...

LELAKI YANG BUDIMAN ADALAH....

1) Lelaki yang mengucap maaf dengan kesal atas kesilapan dia...

2) Lelaki yang senang mengucap terima kasih....

3) Lelaki yang hormat teman kekasihnya...lelaki mahupun perempuan....(ade batasnye jugeeeee.....ehem2)

4) Lelaki yang sentiasa senyum walau dikala sukar....(tak ke kacak macam tu??hik3)

5) Lelaki yang mendahulukan perempuan walau apa jua keadaan...bukan hanya dengan kekasihnya malah kepada yang selayaknya didahulukan....


6) Lelaki yang melindungi mereka yang lemah dan tidak berkemampuan...

7) Lelaki yang ringan tulang..

8) Lelaki yang cukup sabar...(selagi tidak mencabar kesabarannya)

9) Lelaki yang ikhlas memberi tanpa menerima..

10) Lelaki yang mengalirkan air mata hanya pada pencipta-Nya....(manis...sangat.. :-) )


p/s : awak ni gentleman la sebab berani langgar lampu isyarat....:-P

****no offense pada lelaki yang gentleman....cuz you are truly gentleman...****


Friday, September 9, 2011

i-Pad vs Xperia Arc

Salam...

Tajuk kali ni bukan pasal pembandingan produk tapi lebih kepada mana yang patut saya miliki...??
Hahahha...berangan!! Berangan....mana nak cekau duit dalam keadaan yang tidak berduit?
Hehhe...adalah caranya...
Yang pasti saya akan memiliki salah satu produk di atas dalam masa.....erm,
-sehari? BULLSHIT!!!
-seminggu? KEEP DREAMING!!!!
-sebulan? NO WAY!!!
Nampaknya lebih dari sebulan....arrrgghhh......

Sebelum tu, kena buat pilihan yang tepat dulu.
Pilihan saya berdasarkan yang mana patut saya miliki.



                                               vs 




Ok, first tengok dulu pada mana yang menjadi keperluan.
Actually...hahahaa tak da perlu sangat pun. Tetapi saya tak mampu nak mengelak keinginan yang sangat tamak ni... Dunia teknologi sekarang sangat memikat hati dan perasaan... Sampai terbawa-bawa ke dalam mimpi..alahai....


i-PAD

Kenapa saya perlu i-Pad?
- sebab ianya sangatttttttttlah menarik.
- memiliki i-Pad membuat saya menjadi manusia yang mengikuti perkembangan teknologi.
- i-Pad merialisasikan impian saya untuk mendalamai muzik...yup, wake up guys...i-Pad leh masuk software music kotttt..............
- i-Pad erm..erm...tiada apa yang mampu menggambarkan kehenseman i-Pad....
- sebab...sebab.....i-Pad adalah i-Pad...................nothing better than i-Pad...oh...oh...


Xperia Arc

Kenapa saya perlu Xperia Arc?
- sebab dah lama menjadi idaman kalbu.
- dah lama perhatikan si Xperia Arc ni...kenapalah kacak sangat....??? Alahai....
- kecanggihannya memikat sanubari...
- teknologi yang ada tiada bandingan....
- tak payah nak sibuk-sibuk pikul Nikon DSLR (Xperia ada 3D....Xperia ada HD....uuuuuu...ko ada?)
- saya melangkah ke alam kemewahan kalau mampu memiliki si kacak ni...

Kalau tengok sebab-sebab yang saya nyatakan, nampak sangat tak ada reason menarik dan bernas untuk saya memiliki kedua-dua teknologi di atas. Ini lebih kepada nafsu membeli...Alah membeli benar memakai..hahaha..
Jadi mana satu saya patut miliki?
Sebab saya memerlukan i-Pad sangat sedikit berbanding sebab saya memerlukan Xperia Arc...
Akan tetapi...!!! Sebab saya perlu memilki i-Pad sangat berasas berbanding sebab saya memerlukan Xperia Arc.
Jadi, dengan itu..keputusan yang akan dibuat adalah.....berdasarkan kutipan mimpi yang saya alami...
Kenalah tunggu mimpi tu berlaku sehingga saya mampu kumpul wang sejumlah RM2+++.. Yup, at least saya perlu ada 2K untuk memiliki barang tersebut.
Alahai...

p/s : sebabkan terlalu memuja produk lain, akhirnya NOKIA saya telah koma. Sakit cemburu lah tu...

Thursday, September 8, 2011

Addicted Laaaaa.......

Salam...
Hai..dah pukul 2 pagi...still tak tido lagi.
Kalau tidur lambat, confirm bangun lambat. Tapi cuba bangun awal sebab nak rasa macam mana jadi orang terkenal yang tidur lambat tapi bangun awal...hahahha... Ada macam 'celebrity' tak?
Sebenarnya, waktu-waktu macam ni la idea nak bercerita mencurah-curah. Sebab dalam keadaan yang sunyi dan senyap memang senang nak terlintas apa-apa difikiran.

Jadi, pagi buta macam ni, saya terlintas nak kongsi tentang ketagihan saya. Hahaha...addicted to music.
Lately ni, suka sangat dengar muzik. Tak kisah la lagu apa pun...muzik macam mana pun semua saya layan.
Bila dah dengar muzik, confirm jugak lah nak menari. Saya bukanlah berdarah seni, tetapi minat dekat muzik ni muncul lama dah...
Sikit-sikit saya dekatkan diri dengan muzik...
First beli gitar,then beli pulak keyboard. Semua haram kejadah tak main pun...hahahahah.
Sampaikan dekat handphone saya ada drums software, guitar strumming dan keyboard notes. Music application pun ada...

Bila addicted ni terbawa-bawa, saya timbul keinginan untuk beli ipad atau galaxy tab. Sebabnya lagi banyak music application yang saya boleh masukkan. Wah...bilanya entah....
Amat mudah untuk kita ketagih pada sesuatu bila ada minat.

Bila dengar muzik, saya dapat rasa satu perasaan yang luar biasa. Mungkin lebih hebat daripada cinta. Lebih kurang sama macam jatuh cinta pun boleh dikirakan juga.
Ha, lepas tu kalau dah layan muzik confirm badan pun ikut jugak rentak. So kiranya badan saya mengikut arahan otak dengan cepat la. Mungkin lepas tu timbul pula keinginan nak beli disco ball, gantung dalam bilik then menari macam kat club. Hahahhaha....


Sebenarnya muzik ni boleh beri kesan positif untuk minda. Secara tak langsung otak kita akan mula mengadaptasi sel-sel kreatif. Bila dah ada sel-sel kreatif ni, kita boleh jadi terbaik sebab kita menggunakan kedua belah otak secara adil. Faham tak? Aku pun tak tau apa benda yang aku merapu pepagi buta ni. Senang cerita, muzik ni dalam kategori kreatif la... Orang-orang kreatif je tahu menghayati muzik.


Ikut kajian yang saya lakukan saya dilahirkan dalam bulan 8...berbintangkan Leo...so ada nilai-nilai kreatif dalam diri. Mungkin ni la kot kreatif nya cuma tidak diaplikasi dengan betul je...

Satu hari nanti, saya berharap agar saya dapat mengapplikasi sifat kreatif yang ada...hahahha.

p/s : susah betul nak maintain kan minat.

Monday, September 5, 2011

Hargai selagi ada..

Salam...
SELAMAT HARI RAYA....

Raya tahun ni macam biasa...seperti tahun-tahun yang lepas...dah besar ni meriahnya tidaklah sama seperti meriahnya zaman kanak-kanak...
Kalau nak cerita tentang raya, paling best pasal duit rayalah.
Masih juga terima duit raya tapi tidaklah sekaya zaman kanak-kanak...hahaha...
Kalau dulu umur sebelum dewasa (bawah 18tahun) dapat duit raya terus masuk tabung...tapi sekarang dapat duit raya terus masuk purse..hehehe.

Sebenarnya apa yang nak saya luahkan disini bukanlah pasal kegembiraan di hari raya..
Memang seronok menyambut raya....tetapi dalam keseronokan tu, terselit berita yang menyentap kegembiraan raya...
Baru sebentar tadi dapat tahu yang teman seperjuangan telah ditimpa kemalangan. Rupanya kejadian tersebut telah berlaku pada malam hari raya pertama. Biarpun kecewa kerana lambat terima berita yang menyedihan tetapi saya bersyukur sebab tiada apa yang serius terhadap teman tersebut. Kecederaan yang ringan namun cukup serius bila saya tengok gambarnya di FB. Hurm...tak dapat saya nak gambarkan perasaan bila lihat keadaannya.

Mungkin saya tiada masa untuk melawatnya, cuma apa yang mampu saya lakukan adalah memberi kata-kata semangat semoga dia sabar dan tabah serta saya doakan yang terbaik buat dia... Semoga ada hikmah disebalik apa yang berlaku..

Seminggu sebelum raya, dia ada mesej saya bertanyakan kepulangan saya pada hari raya nanti... Namun keadaan tidak menemukan kami pada hari raya. Bila dia ditimpa kecelakaan, saya masih tiada upaya untuk berjumpa dengannya.. Saya masih harapkan agar ada ruang dan masa untuk kami bertemu.

Masing-masing sudah berbeza haluan....jadi peluang untuk bertemu itu terletak pada jadual masing-masing.
Bila dah berlaku macam ni, barulah terfikir berapa lama masa telah menjarakkan kita? Bagaimana usia telah merubah kita? Berapa matangkah kita dalam menghargai seseorang dalam hidup kita?

Perkara sebegini telah mengajar saya untuk lebih menghargai nilai sebuah perhubungan apatah lagi hubungan yang telah lama terjalin. Walaupun tiada masa untuk berkongsi cerita, tetapi perhubungan tidak boleh dilupakan dan perlu 'keep in touch' walau apa pun keadaan kita.

Saya masih sayangkan kawan-kawan saya, dan saya rindukan apa saja perbuatan yang telah kita lakukan bersama kerana itulah yang saya perlukan untuk diceritakan pada generasi saya akan datang.

p/s : aku doakan kesejahteraan dan kesihatan yang baik untuk ko, Norlia...miss u my fren...get well soon..