BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, September 11, 2011

Lelaki 'gentleman'

Salam...
Apa khabar semua...
Apa khabar lelaki-lelaki sedunia???

Tajuk kali ini khas untuk anda...(kalau anda bacalah...hik3)
Saya ada terbaca tentang satu artikel di majalah mengenai pandangan seorang lelaki tentang lelaki.
Kebiasaanya kita asyik dengar tentang pendapat perempuan tentang lelaki, dan jarang sekali dengar pendapat lelaki tentang lelaki. Nak-nak pulak tentang lelaki 'gentleman'....
GENTLEMAN????


Ada ke lelaki nak kongsi dengan rakan dorang tentang lelaki 'gentleman'? Macam tak 'gentleman' la pulak kalau buka meja pasal kaum sejenis dorang.

Tetapi pendapat ini saya baca dari pendapat seorang terpelajar. Profesor kot....(x pasti la, tapi seorang yang ilmu tinggi).
Katanya lelaki yang 'gentleman' atau dalam bahasa melayunya BUDIMAN, adalah lelaki yang mengaku akan kesalahannya. Maknanya yang mudah mengucap maaf atas kesilapan yang dilakukannya.
YA.............!!! Saya terus setuju tanpa perlu baca sebab yang diberikannya.

Sebagai seorang perempuan saya cukup percaya antara ego lelaki yang sangat tebal adalah untuk mengucap maaf. Mereka susahhhhhhhhhhhh sangat-sangat nak mengaku kesilapan yang mereka lakukan. Kenapalah susahhhhhhhhhhhhhhhhh sangat? Sebab mengaku salah akan mencalarkan maruah dan keegoan dorang yang teguh terbina.

Saya tak kata semua lelaki dekat dunia ni macam tu, tetapi peratusan nya banyak kepada SUSAH....
Mungkin dalam 40-60???

Ye...SUSAH nak MINTA MAAF.
Jarang nak jumpa lelaki yang dengan mudah mengaku kesilapan dorang melainkan dorang hanya ketawa kecil atau senyum kambing bila dah salah. Ha...susah nak cakap MAAF...yang mampu hanya tersengih-sengih je...
Konon comel la? Haahahaha.....(kalau comel x pe....kalau x??????????)
Lelaki comel?? Tak sesuai... Lelaki kacak?? Sesuai....


Kalau ada pun yang mudah meminta maaf hanyalah dengan girlfriend dorang je. Dengan orang selain tu, SUSAH. Susah nak JUMPA.
Apatah lagi dengan orang yang lebih muda dari mereka atau dengan mereka yang tiada kaitan hidup dengan dorang....
Bagi saya sikap macam tu tidak mencerminkan yang lelaki itu BUDIMAN@GENTLEMAN.
Bukan sekadar perbuatan meminta maaf sahaja, banyak lagi perbuatan yang boleh menunjukkan lelaki itu antara golongan yang budiman...

Saya ada kaedah sendiri untuk menentukan lelaki itu budiman atau tidak...hik3...
Maka ini adalah kaedah dari diri saya sendiri...

LELAKI YANG BUDIMAN ADALAH....

1) Lelaki yang mengucap maaf dengan kesal atas kesilapan dia...

2) Lelaki yang senang mengucap terima kasih....

3) Lelaki yang hormat teman kekasihnya...lelaki mahupun perempuan....(ade batasnye jugeeeee.....ehem2)

4) Lelaki yang sentiasa senyum walau dikala sukar....(tak ke kacak macam tu??hik3)

5) Lelaki yang mendahulukan perempuan walau apa jua keadaan...bukan hanya dengan kekasihnya malah kepada yang selayaknya didahulukan....


6) Lelaki yang melindungi mereka yang lemah dan tidak berkemampuan...

7) Lelaki yang ringan tulang..

8) Lelaki yang cukup sabar...(selagi tidak mencabar kesabarannya)

9) Lelaki yang ikhlas memberi tanpa menerima..

10) Lelaki yang mengalirkan air mata hanya pada pencipta-Nya....(manis...sangat.. :-) )


p/s : awak ni gentleman la sebab berani langgar lampu isyarat....:-P

****no offense pada lelaki yang gentleman....cuz you are truly gentleman...****


7 comments:

Nurul Nain said...

oh wow! ak suke post ko hahahhaha :DD

ika alwee said...

i like toooo......hehe

weng wong said...

:)

ika alwee said...

sape weng wong ni aku pun x tau...time kaseh la sudi singgah...agak2 gentlemen x...hik3...

is said...

agak la.

ika alwee said...

baguslah begitu

is said...

harap2 la