BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, July 4, 2014

Recharge.. Entry untuk 2014

Salam semua rakyat Malaysia.
Hello international...le..

First and foremost..
"I am alive.. "<<< ini blog aku yang cakap..
Aku rasa ni entry yang paling latest. haha..macam dah berabad.
Lama tak hapdate ha..apekehei nye yong.. Ate nak kata bz sgt..idak la teman nampak.

Kenapa lama sangat lahhh tak hapdate nye pun??
1) Serius aku bz..buat-buat bz
2)Tak serius aku tak de idea
3)Sumpah aku malas
4)Silangkan jari telunjuk dan jari tengah, laptop aku rosak
5)Ikrar 5 jari tangan kanan tak buat dah "pengabaian" pada penulisan hebat ni. Hahaha.

Ok, mood dengar lagu Taylor Swift. I luv Taylor..Tay and the lor..Hayun kepala kiri kanan layan lagu..lalalala.

Dah dapat peluang grab keyboard pc dekat home sweet home ni, ape lagi update perkembangan semasa. Tapi fikir-fikir balik banyak cerita i nak kongsi dengan u all..
(Kalau de yang baca lah.. Kalau x de, hakak redha..!!!)

Kita cerita pasal Ramadhan la. Pembukaan entry 2014.

Cerita pertama.
Alhamdulillah, dapat menikmati ibadah puasa untuk tahun 2014. Tahun ni cuba perbaiki lagi mana yang kurang.. Ragam berpuasa? Puasa macam biasa.. Macam la baru nak belajar puasa kannn... Ya Ampun..
Ramadhan pertama kali ni di 'rezekikan' untuk bersahur dan berbuka puasa dengan lengkap ahli keluarga.
Bapak, omak, abang, hakak hipar, adik dan hanak buah semua de. Sorg je tak join sahur.. Hanak abg aku sedap tidur.

Cerita kedua.
Alhamdulillah, kali ni berpuasa pada tahun aku telah bergelar kakitangan bergaji tetap. Rezeki Allah beri pada saat-saat aku dilanda ketidak seimbangan hidup.

Cerita ketiga.
Ape lagi..tradisi Ramadhan.. Ke BAZAR kah kiterrr..?? Ahaa.. yang ni paling havoc. Hancus tahun ni kebazaran aku sbb tapak bazar sudah tidak strategik. Menguji kesabaran betul. Dengan limpahan manusia pelbagai ragam..aku yg berkecamuk emosi. Dugaan lah.. Memang berliku nak dapat pahala SABAR ni.

Cerita keempat.
Ini bukan tradisi aku sebab aku tak setia dengan terawih. Ikut je nak pergi ke tidak. Ya ya ya.. bila lah hatiku ni nak lembut. InsyaAllah aku cuba pergi dalam Ramadhan ini. >harap harap dapat jadi tradisi Ramadhan<

Buat masa ni, ini sahaja hapdate yg hakak boleh cerita., sebab hakak guna tab bukan pc dah. Waktu korang pergi minum air kat dapur tadi..secara tidak sengaja dan tanpa korang dan korang u all semua sedari..pc hakak buat hal. Ape ke jadah semua barang nak rosak ni... buat hal betulla..
Memang aku belajar bersabar betul di bulan mulia ni.

Semoga kita mendapat keberkatan di bulan penuh barakah ini dan bersama-sama berjuang mengejar dan melimpat gandakan amalan. Next entry kitew citew agi yew. Hover. Vat eva.

Pesanan saya: Janganlah berpuasa kerana terpaksa.. Jalankan apa yang diperintahkan sebagai tanggungjawab bukan paksaan.
(Ye..nasihat sesama kita la ni..)

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak..
*this entry might look dull sebab takde keupayaan nak upload pic using tab. Tak syiok..bh.

2 comments:

Mrs mAmikO AbUrakOji said...

lame beno nunggu post die..akhirnye..hehe..selamat berpuasa ka..

Norlia Mohd Yusoff said...

same goes to me..hahahhaa..alhamdulillah di kurniakan rezeki lebih..akhirnya aku dh dpt pengganti baru...weeeee...