Permulaan blog untuk kali ini, aku bahasakan diriku sebagai 'AKU'. Kalau anda/korang perasan, dalam post-post aku sebelum ni, aku bahasakan diri aku 'SAYA'.. Kali ni, aku jadi diriku sebenar... Sebab post kali ni, aku rasa selesa untuk gunakan perkataan 'AKU'. Merujuk kepada siapa aku..
Sekarang adalah waktu yang bosan dalam hidup aku. Dikebosanan ini, aku mengambil kesempatan untuk senaraikan sedikit tentang diri aku yang orang tidak pernah tahu, atau tahu tetapi kurang fahami...Ada juga yang tidak mahu tahu, pastu buat-buat tak tahu. Aku tak suka orang yang buat-buat tak tahu ni.. Apa yang dia tahu, aku pun tak tahu...Hohoho.
Oklah, bawah ni aku senaraikan serba sedikit tentang aku. Selebihnya adalah rahsia.. Sebab hidup jadi tak best tanpa rahsia. Rahsia diri kita, kita dan Tuhan sahaja yang tahu. Yang rahsia tu, biarlah rahsia. Demi maruah aku sebagai manusia di muka bumi ni....
Anda terima atau tidak, terpulanglah. This is me...The true colour of me...Persepsi anda, hak anda.
Apa yang 30 perkara yang korang tak tahu;
1) Orang selalu ingat nama aku Shafiqah bila aku kenalkan diri sebagai Ika. Nama Ika tu, sesuai untuk orang yang mempunyai nama Syafiqah ke? Sebab tu, aku sekarang lebih gemar perkenalkan diri aku sebagai Atiqah.
2) Nama aku orang selalu salah eja. ATIKAH < bukan ejaan sebenar. ATIQAH > ejaan dalam surat beranak. Bila dah bosan sangat, aku iyakan saja... Last-last dekat fesbuk aku pun, aku gelarkan diri aku dengan ejaan ATIKA. Identiti aku lebih terjaga kot kalau macam ni...hhehehe.
3) Aku tak sombonglah! Ramai yang tak kenal aku, anggap aku sombong. Sebab dorang kata muka aku, ala-ala muka orang sombong. Aku tak reti le nak buat muka tak sombong. Sebab nanti muka aku jadi tak tulen. Hahaha.
4) Kebanyakkan yang kenal aku, akan kata aku lemah lembut. Cheh!! Aku kasar jugak la.. Garang tau tak. Napelah dorang tak nampak sisi garang aku... Sebab tu aku jadi idaman orang-orang tua kot...huhuuuhu.
5) Orang yang mengenali aku dengan rapat akan kata aku gila, otak senget, merepek lebih, kelakar tak hingat, dan loyar buruk. Paling best, buat aksi spontan secara tiba-tiba. Aksi spontan? Aku suka tiru gaya patung dekat shopping complex. Tanpa paksaan.
6) Orang-orang tua lihat aku sebagai seorang yang sopan, kawan-kawan layan aku sebagai seorang yang gila, orang sekeliling aku nampak aku sebagai seorang yang pendiam dan kawan baik aku terima aku seadanya.... Aku penyeri tahu tak??
7) Aku dikategorikan sebagai orang yang tak banyak cakap. Tapi kalau sekali aku dah syok cakap, aku akan merapu.Aku sukalah bercakap. Tapi ceritalah topik best sikit...
8) Aku sensitif sebenarnya. Aku ada baca banyak artikel dan kaji selidik bahawasanya, orang yang lahir bulan Ogos berbintang Leo macam aku, lebih bersifat sensitif. Aku sensitif, cuma orang tak perasan je. Aku boleh jadi riang tahap maksima dan tetiba boleh down tanpa disangka-sangka. Macam penyakit bipolar pulak..hahaha. Perasaan aku tak berapa nak stabil...
9) Aku tersentuh tengok orang-orang tua yang melarat dan orang kurang bernasib baik. Boleh sebak, pastu menangis. Sebab tu aku tak suka tengok cerita Bersamamu dekat tv3 tu... Aku memang sensitif!! Eh, air mata aku mahal tau. Dalam purata 1000 manusia, 1 je yang betul-betul boleh nampak aku menangis. Beruntunglah. Ego aku tinggi...walaupun aku perempuan, airmata bukan lah jualan.
10) Aku boleh lah dianggap romantik..Hehehe. Serius. Tak percaya sudah. Aku romantik. Aku tahulah...
11) Aku sebenarnya penyayang.. Aku sayang orang yang rapat dengan aku. Orang yang mempunyai hubungan rasmi dengan aku. Tak kiralah kawan, family (of course) atau pun kenalan tepi jalan. Tapi sifat penyayang aku kurang menonjol... Sebab aku malu nak tunjuk. Aku pemalu...Pulak...
12) Aku mempunyai tingkah laku yang sukar dijangka. Kadang-kadang aku suka orang tu, nanti tetiba aku leh meluat pulak tengok dia. Sebab tu, kene jaga tingkah laku kalau korang berdepan dengan aku. Sebab aku suka buat tafsiran aku sendiri..
13) Aku selalu fikir benda-benda buruk akan menimpa aku. Contoh, aku akan mati waktu tidur... Aku dibenci ahli keluarga...Aku dipinggir rakan-rakan... Apa-apa ntah. Aku pun tak tahu kenapa aku suka fikir benda-benda negatif macam tu... Tak baik untuk otak.
14) Aku pernah bercinta ok!! Aku tahu, ada yang fikir aku tak pernah couple. Aku ada keinginan dekat lelaki..OK!!
15) Aku masih single (waktu benda ni ditaip). Aku lebih selesa untuk menjadi single sehingga lah pada waktu yang sesuai untuk aku bercouple semula. Aku pernah menjalinkan hubungan jarak jauh dengan seorang mamat. Ex-schoolmate aku. Sampailah satu hari tu, aku tahu keadaan sebenar... Dia tidak layak untuk perempuan melayu seperti aku... Dan dia sudah bertunang selepas tiga hari putus hubungan dengan aku. (kes kejap baik, gaduh, baik, gaduh). Sekarang, dia dah jadi laki orang!! Bagus...Tak menyempat. Hahaha. Kebanyakkan yang cuba dekati aku, dan beralih arah (sebab aku tak layan, aku mahal wooo..) akhirnya jumpa pasangan masing-masing. Ada yang nak bertunang dah, ada yang sedang mengenali seseorang. Jodoh kan ditangan Tuhan..bawak bersabar.
16) Aku kuat memendam. Aku diam je kalau orang pergunakan kelebihan yang aku ada. Aku redha je bila orang ambil kesempatan atas kebaikan aku. Sebab aku letakkan satu pemikiran untuk golongan seperti itu. Mereka tak manfaatkan otak!! Kebanyakkannya orang-orang disekeliling aku la yang buat macam ni... Dalam hal keluarga, aku memendam sebab aku rasa aku lemah. Aku lemah bila mereka-mereka yang aku sayangi bermasam muka dengan aku, kalau aku tak menurut perintah. Patik sedia menjunjung perintah!!
17) Aku rasa aku ada raut wajah yang bijak pandai dan aura tersendiri. Aura yang baik ok...Korang rasa?? Hurm...
18) Aku suka buat hal sendiri kalau aku malayan perasaan. Sebab tu aku kurang dapat perhatian dalam keluarga. Aku tersentap. Adeeehhh...
19) Aku kelam kabut. Anda sendiri nampak...
20) Aku sebenarnya panas baran.. Tapi sekarang aku banyak belajar bersabar.. Sebab aku tak nak kena serangan sakit jantung atau darah tinggi.. Aku nak mati tanpa sakit. Mati dalam tidur ke? Tengok, aku fikir lagi!! Uw uw uw uw....
21) Aku suka barang yang ada jenama. Nak kata aku berlagak? Cap Ayam pun jenama ape...Tapi aku tak pernah show off pun... Selagi aku berkemampuan, aku manfaatlah. Sekurang-kurang nya aku tak bergaya dengan duit pinjam dari orang...Hoohohoh... Aku jugak terima dan pakai je benda-benda yang murah..Sebab aku bukanlah memilih sangat. Aku anggap semua benda ada nilai tersendiri. Cuma aku lebih suka benda yang ada kualiti. Sebab aku teliti. Teliti itu adalah kualiti. Quality is better than quantity. Biar tak banyak tapi berkualiti.
25) Aku paling tak suka orang yang cakap macam dia tu hebat sangat. Macamlah terror sangat.. Terbang tengok...boleh ke??
26) Aku suka tengok orang makan. Sebab tu kot aku suka belanja orang makan...hehehe. Tapi agak-agaklah kalau nak suruh belanja tu.. Jangan ikut sedap perut korang je... Bukan muka aku dekat duit tu...
27) Aku cerewet dalam sesetangah perkara. Sebab tu aku memilih dalam banyak soal. Semua aspek lah aku memilih. Sebab aku lebih utamakan keselesaan dan kesenangan aku. Aku nak yang terbaik. Aku bukan jenis yang main rembat.. Korang faham kan apa aku maksudkan... Aku percaya pada Tuhan. Kenapa aku tak dapat apa yang aku inginkan dan kenapa aku single sekarang.. Sebab aku akan menjadi seorang yang lalai kalau aku fokuskan pada satu-satu perkara. Aku diberi masa untuk memperbaiki diri dan belajar untuk lebih menghargai perasaan orang dari memenuhi keperluan orang itu sendiri.
28) Aku suka membeli buku. Berlambak buku aku beli, belum semua aku habis baca. Aku tak tahulah ini tabiat atau buang tebiat. Perkara pertama yang buat aku tertarik untuk beli sesebuah buku tu, adalah sebab tajuk dan sinopsis belakang buku tu. Kadang-kadang sebab covernya menarik pun aku boleh tertarik nak beli. Pokailah aku kalau hari-hari pergi MPH.
29) Aku kuat berangan. Sebelum tidur pun aku akan berangan. Sebab bila berangan, aku rasa masalah aku hilang. Aku dalam dunia aku sendiri....yeahhhhh...
30) Ini yang wajib korang tahu. Aku suka memasak. Ikut mood jugak..hahah. Sekarang aku dah pandai masak. Serius aku pandai. Aku masak pada orang yang tak cerewet je. Yang suka komen pasal makanan, korang masak lah sendiri. Takda masa aku nak jaga perut korang.
Tadaaa...banyak dan panjang huraiannya.
Kalau ikutkan fakta, banyak lagi yang aku nak beritahu. Tapi cukuplah setakat ni, sebab aku pun tak habis explore diri aku sebenarnya macam mana. 23 tahun, belum cukup untuk aku kenali diri sebenar aku...
Tuesday, November 23, 2010
Akulah tu...
Posted by ika alwee at 10:55 PM 6 comments
Thursday, November 11, 2010
We All Satu Malaysia lah!!
Satu..Malaysia..!!
Satu..Malaysia..!!
Satu..Malaysia..!!
Biasakan dengar laungan macam ni...?? Hehe..dekat Malaysia je boleh dengar laungan macam ni...Sebab kitakan Malaysian...
Ya looo...Malaysian looo...
Apa yang saya nak kongsi dekat sini adalah pasal rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Paling menarik sekali, bila Malaysia mempunyai rakyat yang boleh bercakap dalam pelbagai bahasa. Uniknya Malaysia sebab ada banyak budaya, pelbagai bangsa dan bermacam bahasa.
Bahagian yang paling unik, ada macam-macam loghat!! Macam-macam ada....hehhehe.
Saya tertarik nak bercerita pasal loghat yang ada kat Malaysia ni selepas tengok berita malam tadi. Sekarang ni, kita sibuk dengan masalah yang banjir yang telah melanda Utara dan Pantai timur tanah air kita. Banjir semakin reda, dan diharap tiada la gelombang kedua pula.
Malam tadi, sedang saya sibuk melayari internet...telinga sempat terdengar mangsa-mangsa banjir memberi aduan atau komen mereka dekat wartawan yang meninjau mangsa-mangsa di penempatan mangsa banjir.
Saya tertarik dengar komen seorang rakyat cina yang bercakap dalam bahasa melayu ditambah dengan loghat utaranya!!
Fuyyyoo...tersenyum pastu terus tergelak saya. Bukan sebab kelakar tapi macam...ntah. Tak tahu nak cakap.
Gilalah!! Cina cakap melayu siap ada loghat lagi..hehehe. Dekat Kuala Lumpur? Jangan nak berharap sangat lah...Tidak ramai yang reti berbahasa melayu... Sorry to say...but it's true.
Gaya orang cina tu cakap lebih kurang macam ni lah:
"Sekarang banjir dah elok sikit la...Depa ada bagi bantuan..legalah... Boleh la kalau nak pi mana-mana.. Harap air tak naik(gaya orang utara cakap) lagi la..."
Hehe..lebih kurang sikit macam tu lah...Itu loghat utara.
Beberapa hari lepas, saya ada dengar rakyat berbangsa cina juga cakap dalam loghat pantai timur. Lagi best...
"Hok tu sayo tok sir kome lah...Kito kalu bleh, mau yang terbaik aaaa...."
Tengok lah. Di Malaysia ni, memang banyak benda kalau nak buat kita terperanjat. Dengan loghat berlainan bangsa pun, dah boleh lihat betapa menariknya Malaysia tu...
Kalau bangsa lain boleh cakap bahasa melayu siap dengan loghat lagi, kenapa orang melayu sendiri tidak boleh belajar bahasa lain?? Bukan tidak boleh, malu sebenarnya. Malu mencuba..malu ditertawakan jika salah. Macam mana mahu belajar kalau tidak pernah salah...?? Haiyyaa...
Kalau ada orang melayu yang cuba cakap bahasa orang barat, ada yang mencebik...ada yang kata macam-macam. "Macam tak pernah makan belacan..."
Kenapa nak pandang bangsa sendiri sebegitu?
Kadang-kadang kita sendiri yang menyalahgunakan bahasa itu sendiri. Belajar bahasa lain, lepas tu siap kutuk-kutuk orang, konon orang tak faham la apa yang dicakapkan tu??? Apalah..ini orang pun ada ka??
Bila itu melayu mahu berubah??
Jangan suruh orang berubah, tetapi ajaklah diri sendiri berubah dahulu.
Jangan malu mencuba, sebab We All kan Satu Malaysia.....
Posted by ika alwee at 10:33 PM 2 comments
Labels: awesome specky
Tuesday, November 9, 2010
Tension gila-gila..Gila-gila tension
Argghhh...
Haha..inilah salah satu cara orang buat kalau seseorang tu tension. Mesti ada perkataan "argghhhh.." di sebut mahupun ditaip(selalu status dekat YM la)...
Apa sebenarnya tension tu? Selalu tension dikaitkan dengan emosilah.
Tertekan...tegang...pressure...
Tapi selalu popular orang akan sebut TENSION..TENSION..TENSION.
Bagi saya, keadaan tension wujud di mana-mana sahaja. Banyak penyebab yang boleh buat seseorang itu menjadi tension. Saya selalu dengar orang tension di pejabat. Haha...nak-nak pula,ada kawan saya ni suka sangat tension. Saya pun tak tahu kenapa?? Apa yang tension sangat pun saya tak fahamlah. Saya pun kadang-kadang ada juga tension. Tapi saya masih ditahap yang boleh dikawal. Kadang-kadang saya diam, atau paling best saya tidur. Memang itulah cara yang terbaik bagi saya kot.
Bawah ni, saya cuba bagi sedikit cara-cara yang boleh dipraktikkan untuk hilangkan tension. Cara-cara ni lebih sesuai untuk hilangkan tension di pejabat, memandangkan kebanyakkan manusia selalu mengadu tension di pejabat.
Ada 10 cara(asyik-asyik 10)...Nak lebih, fikirlah sendiri. Mana boleh senang-senang bagi petua turun temurun macam tu saja.Haha.
LANGKAH-LANGKAH MENGHILANGKAN TENSION DI PEJABAT.
1) Setiap kali anda nak mula rasa tension, cepat-cepat tampar pipi kiri dan kanan anda sekuat hati. Cara ini akan menghilangkan rasa tension kerana ia akan mewujudkan rasa sakit. (At least, rasa tension tu hilanglah. Anda kena cari petua hilangkan rasa sakit pula lepas tu...).
2) Bila anda dah mula rasa tension dengan kerja-kerja kat office tu, anda campak semua barang-barang atas meja anda. Kalau tak ada barang, sepak kerusi atau meja anda. Kalau tak ada, sepak kerusi member anda. Kalau x de member, sepak kerusi yang berdekatan dengan ada. (Cara ini dapat memindahkan tension anda kepada orang disekeliling).
3) Kalau langkah kedua dianggap melampau, anda cari ruang yang terbuka dan luas. Anda depakan tangan dan tarik nafas..kemudian boom..Tidurlah, apa lagi. Minta jasa baik rakan anda untuk gerakkan anda apabila tamat waktu bekerja.
4) Anda juga boleh keluar dari ruang pejabat anda, dan terus melangkah ke toilet. Berboraklah dengan diri anda di depan cermin dalam toilet itu tanpa segan dan silu. Buat apa nak malu, anda bukan cakap sorang-sorang. Anda berbual dan meluahkan rasa dengan orang di dalam cermin tu juga. Berduakan lebih baik.
5) Kalau anda dah puas meluahkan perasaan pada orang dalam cermin itu, anda boleh teruskan meluahkan perasan tension itu dengan 'flush' kesemua mangkuk tandas yang ada dalam toilet.(Anggaplah tension anda berada dalam mangkuk tandas tu). Pastikan semua anda berjaya 'flush'. Kalau masih tidak hilang tension, pergi ke semua toilet yang ada dalam bangunan pejabat anda. Kemudian 'flush' la semua tandas sampai hilang tension dan balik semula bekerja dengan senyuman riang. Anda berjaya melaksanakan tugas sebagai orang yang mementingkan kebersihan.
6) Anda masih tension? Cari tingkap dalam pejabat anda, dan buka luas-luas kemudian teruslah menjerit meminta tolong. Ulang perbuatan ini sehingga orang disekeliling anda percaya yang anda benar-benar dalam kesusahan. Pastikan boss anda memberi anda cuti rehat seminggu di tempat peranginan yang anda inginkan.
7) Kalau anda penat dengan cara itu, anda boleh serlahkan tension anda dengan duduk di tangga pejabat sambil menyanyi lagu kegemaran anda juga sambil mengamit memori anda bersama yang tersayang.
8) Kalau anda tension dengan bebanan kerja atau kerana orang disekeliling tempat kerja anda, anda buanglah kerja itu dalam tong sampah. Buat apa simpan benda yang boleh buat kita tension?? Tension je kan... Anda juga boleh pergi dekat orang yang buat anda tension tu sambil meniru perbuatan dia. Jika dia menulis, anda menulis la juga. Kalau dia merenung anda, anda renunglah dia semula. Kalau dia kata anda ada masalah mental, anda teruslah berlalu sambil berkata "Terima kasih kerana menyedarkan saya".
9) Anda tension namun semua cara tidak berkesan. Anda teruslah berjumpa ketua majikan anda, dan luahkan kepada nya kenapa anda tension. Beritahulah dia bahawa hidup ini singkat. Tension boleh memendekkan umur anda. Anda minta supaya dibenarkan untuk tidak membuat kerja(makan gaji buta). Kalau majikan anda tidak setuju, anda katalah padanya "Sebenarnya, semua pekerja disini tidak menyukai Tuan/Puan. Eloklah Tuan/Puan insaf dari memendekkan umur orang". Kemudian keluarlah dari bilik majikan anda sambil ketawa sekuat hati.(bagi psycho skit...)
10) Langkah terakhir adalah langkah terbaik yang boleh anda lakukan. Berhenti sahaja kerja. (Lagi-lagi kalau ada praktikkan langkah ke-9). Bila dah berhenti kerja, hilanglah tension di pejabat. Anda boleh hadapi tension di luar pejabat pula.
Demikianlah antara langkah-langkah yang boleh dipraktikkan sekiranya anda menghadapi bebanan tugas di pejabat sehingga anda menjadi TENSION.
Langkah yang terbaik adalah "Pergi ambil wudhuk, sembahyang ke..baca Quran ke...kan ke lebih afdhal..." Dari buat perkara yang tercabut otak macam tu...
Selamat Mencuba!!
Posted by ika alwee at 11:19 PM 4 comments
Sunday, November 7, 2010
Kenapa begitu?
Salam.
Posted by ika alwee at 4:50 PM 0 comments
Labels: awesome specky