Salam..
Hello...
Post kali ini, saya tertarik untuk berkongsi warkah yang ingin saya sampaikan kepada mereka yang berjaya dan mereka yang mencuba mencari kunci untuk hati saya. Ia belum sampai ke tahap yang serius cuma adalah sedikit rempah ratus dalam perhubungan baru bermula tu... Mungkin tidak sampai ke tahap bercinta, tapi sekadar hubungan yang rapat dan ada juga yang boleh dikategorikan sebagai hubungan yang tergantung. Entah. Tiada penjelasan yang tepat boleh saya olahkan.
Pengalaman ini hanya sekadar untuk dikongsi bukan minta dikritik mahupun pandangan. Hanya sekadar borak kosong. Seseorang yang cuba hadir dalam hidup kita mungkin sedaya upaya mencuba yang terbaik untuk berjaya dalam matlamat mereka. Saya tidak pernah menolak, tapi kalau itu bukan yang dijanjikan untuk saya apalah yang mampu saya lakukan. Lihat, berpaling dan pergi. Saya sangat berterima kasih kepada mereka yang cuba memberi perasaan istimewa dalam hidup saya. Apa yang mampu saya katakan, mungkin ada yang terbaik untuk kita semua.
Warkah pertama saya dedikasikan khas buat dia.. Awak yang bernama F.
Awak sangat menepati ciri yang setiap kaum hawa idamkan. Saya menghormati cara awak menerima saya sejak dari zaman kita bergelar pelajar. Saya rasa awak sangat kelakar bila cuba sembunyikan perasaan awak. Sehinggakan saya berlalu pergi awak masih belum sempat meluahkan apa yang terbuku. Saya perlukan keyakinan awak, bukan kenyataan dari mulut orang lain. Takdir Tuhan tiada siapa mampu elakkan. Saya kembali berjumpa awak, walau bukan bertentang mata. Cukup sekadar berkongsi cerita melalui teknologi yang ada.
Awak cuba semaikan perhubungan yang mesra. Tapi apa salah yang awak lakukan sampai saya rasa keyakinan pada awak semakin pudar. Saya keliru atau awak yang terlalu mengejar angan-angan?
Tiga bulan awak dan saya tiada khabar. Salam saya yang bersahaja awak sambut dengan mesra. Awak cerita kembali masa depan yang awak sangat idamkan. Saya belum bersedia.
Akhirnya, kita sama-sama berdiam diri sehinggalah saya dapat berita awak menjadi tunangan orang. Saya terima walaupun ada rasa kecewa seolah selama ini saya diberi watak sebagai salah seorang peserta pilihan awak. Haha, bukan saya yang menarik perhatian awak selama ini.
Terima kasih dengan keindahan yang sementara. Awak sangat bahagia dengan status baru bergelar seorang suami. Semoga rumahtangga awak dirahmati. Awak kekal sebagai kawan saya. InsyaAllah
Warkah kedua saya hadiahkan buat insan yang cuba mendekati saya. Awak bernama A.
Tipulah kalau saya katakan saya tidak mengikuti perkembangan awak di laman sosial yang ada. Awak sihat? Terima kasih dengan hadiah dan kata-kata semangat yang awak berikan. Kita sering berselisih pendapat tentang sesuatu perkara. Awak dan saya sangat tidak bersependapat. Sampaikan satu tahap saya rasa sangat meluat dengan awak. Tapi awak sangat menghormati saya sebagai seorang perempuan. Awak tidaklah romantik. Awak sangat jujur dengan diri awak. Awak cuba berubah menjadi seorang yang saya inginkan.
Saya kagum dengan awak yang sangat bercita-cita tinggi. Saya tiada rezeki untuk ke situ. Saya doakan awak berjaya dalam hidup awak. Saya minta maaf menolak perasaan awak terhadap saya. Saya gembira terima awak sebagai teman.
Tak kisahlah walaupun awak sekarang semakin sombong dengan saya. Hahaha, awak dah jumpa yang macam saya ke? Kenalkan dengan saya dan kawan-kawan lain ye.
Semoga awak berjaya dengan cita-cita awak. Saya yakin awak mampu menjadi seorang yang sangat dihormati suatu hari nanti.
Warkah ketiga saya layangkan untuk awak yang jauh, bernama K.
Awak sangat setia menanti. Awak sangat rajin dan berusaha keras. Saya sangat berterima kasih. Awak luahkan segala-galanya walau kita tidak pernah berjumpa. Hanya dengan pendapat orang lain tentang kita sudah cukup untuk membuat kita mengikat hubungan sebagai teman. Awak sangat peramah dan kelakar. Awak hanya seorang yang biasa dimata saya, tapi awak sangat pandai mengambil hati. Awak ni macam superhero lah!!! Hehehe.
Saya cuba merapatkan hubungan yang awak idam-idamkan. Mungkin faktor usia awak yang mendesak awak untuk cepat memikul tanggungjawab yang besar. Saya perlukan masa. Saya terpaksa menolak dengan perlahan. Perlahan-lahan hubungan kita semakin kaku. Awak diam. Saya tiada kata.
Saya terima, awak kini tunangan orang. Dengar cerita awak semakin bahagia. Saya doakan yang terbaik untuk awak.
Warkah keempat saya karangkan untuk scandal-scandal yang ada...hahahha.
Kepada awak semua yang cuba menembusi hati saya, terima kasih kerana sudi melihat saya sebagai orang yang istimewa.
Ada diantara awak semua yang saya rasa menepati ciri yang saya inginkan sehinggakan saya pernah bergenang memikirkan awak sebenarnya suka pada orang lain. Kenapa memberi harapan kalau masih tercari-cari yang sesuai??? Hati insan yang bergelar hawa bukanlah diciptakan untuk dipertandingkan. Saya sangat kecewa dengan awak. Saya anggap awak kini sebagai kawan yang lebih tua. Harap maklum.
Kepada awak yang cuba mendekati saya pula, saya hanya mampu ucapkan semoga berjaya. Saya dapat tahu, awak dah ada yang punya... Tahniah. Bukan saya jual mahal, tapi saya mungkin mengambil masa. Saya sangat teliti, saya minta maaf. Awak kurang sabar, saya sangat memahami keadaan itu.
Untuk awak yang tidak pernah hilang perasaan terhadap saya hingga ke saat ini, saya sangat berterima kasih. Mungkin awak bukan yang saya inginkan. Kita sangat berbeza. Saya selesa dengan awak yang tidak jemu mendengar cerita saya. Terima kasih atas pujian yang pernah awak berikan. Saya tidaklah sesempurna itu. Saya doakan awak berjumpa insan yang betul-betul dapat menerima awak seadanya. Awak sangat manislah. Jangan risau. Kirim salam pada mak ye...hehe. Kita kawan ok?
Demikian sahaja coretan hati yang sempat saya karangkan. Terima kasih kepada insan yang bernama lelaki.
Saya kembali menunggu dia yang sebenarnya diciptakan untuk saya. InsyaAllah...
p/s : banyak bermain perasaan ni....haishh...:-P
4 comments:
wah wah wah...sume huruf sy taw..hehehe..nnti sy print warkah awk ni, then sy bg kt diowg..ngeh ngeh
aargghhh...diam la ko.
ko psti ke ko tau sume...
hehhehehe..diam2 tau. fa lagi terer, die buat warkah untuk future husband agik...
ciss...patot la aku tersedak...ko sebot2 nama aku ekk kaka...
pape pon....trskn usaha...insyaAllah jodoh terbaik menanti ko kaka...
bahasa tulisan yg indah...
dulu bm dpt A1 ke???haha
perghhh...maap la kalo anda terasa.. hahahaha...
aah, bm A1..hahahahahahhaha. math je 7D....
hulbesch Giultert!!!
Post a Comment