Entry 32 : Oct 20, 2008
mane nak dapat nihh??
Current mood:blank
hurm...dah merata cari..tapi x jumpa2 jugak.nak tggu kat M'sia,hurm lambat le gayanye..
kat mane lagi ye? ingatkan g Oman leh le kot jumpa..tapi x de jugak.hurm..kena tggu kuar kat Malaysia jugak la nampaknya.
hahaha?pe yg aku cari??well..i'm looking for Jonas Brothers, the latest album. i still can't find it. I've been searching like a hell...
habis sume music store aku cari.tapi x de jugak.so,what to do? Tggu je la beli kat M'sia nnt..
Entry 33 : Nov 18, 2008
Kembali ke Tanah Air..
Current mood:adventurous
Assalamualaikum..dan hye..
Lama x post blog...ni ada sedikit cerita nak update.
Hampir sebulan lebih aku menghabiskan masa di Oman. Kebanyakkan masa banyak diluangkan dengan menonton television. Boring jugak. Kadang2 x banyak cerita yg menarik nak ditonton walaupun mempunyai banyak siaran.
Selain tu banyak masa dihabiskan dengan melayari Internet. Aku tengok2 laman web IPTA kot2 ada permohonan terbuka tuk masuk mana2 Universiti.. Lepas convo niat nak sambung belajar, tapi tengokla mana tau ada rezeki ada la peluang tu. InsyaAllah..
Sepanjang berada kat sini, aku ada jugak pergi ke tempat2 menarik di sini. Masa memula sampai ari tu, selang 4 hari aku dah start g jejalan. Bestnya. Tempat yg aku pergi tu adalah Al-Jabar Al-Akhdar ataupun Pergunungan Al-Akhdar. Aku ngan family aku pergi bersama2 ngan 2 family lain. So termasuk kami 3 families la keseluruhannya.
Ok..gunung ni terletak di Nizwa. So kitorang kenala ke Nizwa dulu. Perjalanan ke Nizwa mengambil masa 2 jam. Termasuk sesat so 2 jam lebih la perjalanannya. Sampai sana kitorang terus sewa kereta pacuan 4 roda ataupun senang sebut 4 wheel drive(4wd). Kenapa nak kena sewa 4wd???
Ha....sebab gunung ni tinggi. Safe journey to Al-Akhdar, use 4wd vehicles only. Kalau x naik 4wd tak boleh la naik gunung ni. Sebelum naik gunung, ada pemeriksaan polis. Jadi, maknanya pergunungan ni terkawal dan keselamatan pengunjung jugak di ambil berat. Gunung Al-Akhdar ni setinggi 10 ribu kaki. Wow!!! Tinggi betul. Lebih tinggi dari Genting dan Cameron Highlands. Sebab tu kita kena menaiki 4wd. Kalau naik kereta biasa...alamatnya duk kat kaki bukit je la sampai bila2.
Ini kali pertama aku naik 4wd..Agak takjub jgak..hahahha. Yelah,x pernah naik. Gear pon ada dua. Satu gear biasa satu lagi gear tuk naik turun bukit. Gear khas. Keadaan dalam pon agak lain. Sampai je kat puncak gunung tu..fuhh!!! Sejuk betul. Tempat tinggi memang la sejuk. Ditambah pulak dengan angin yg bertiup kencang..lagi sejuk.. Pemandangan cantik dari atas..nampak kawasan hijau..selalu nampak pasir ngan batu2 je. Ni nampak la de pokok2 yg kehijauan..nyaman. Tengok bawah lama2 seram jugak. Tinggi sangat. Tapi nasib baikla aku x de phobia kat tempat2 tinggi.
Kami ambil peluang berkelah kat situ. Makan2 sambil menikmati udara nyaman..sejuk.. Jadi selesa la nak rehatkan2 minda. Lepas makan kami singgah ke perkampungan orang2 kat situ. Mereka bawak kami ke ladang delima. Dapat jugak merasa delima free..seronok nya. Lepas tu apalagi..semua tong2 duit tuk beli satu bakul besar. Nak bawak balik umah..kalau nak beli kat pasar/supermarket, agak mahal jugak la. Sama jugak di Malaysia. Lepas dah penat, pusing2..kami pon balikla..Penat betul. Tapi satu pengalaman yg menyeronokkan.
Selain pergi naik gunung, aku berpeluang sambut Hari Kemerdekaan Malaysia di sini. Walaupun sambutan agak lambat dilangsungkan, tapi x pe. Asalkan disambut... Makanan Malaysia diperkenalkan di sini. Macam2 ada..nasi lemak, rendang, satay, laksa Sarawak..dan kuih muih Malaysia jugak. Selain tu tetamu dipersembahkan dengan tarian masyarakat2 di Malaysia. Ramai jugak undangan yg datang. Kebanyakkan VVIP dari lain2 negara...aku pon dapat peluang berkenalan dengan ramai orang. Orang Malaysia dan jugak orang luar. Seronok dapat berborak2..makan2..bergembira!!!
Selain dari pengalaman2 tu, aku pergi shopping2.. Adala sikit beli hadiah tuk member2 kat KL tu.. Dah nak pulang ke Malaysia barula musim sejuk nak tiba. Leceh betul. Dapat rasa kejap je. Tapi x sabar nak pulang ke Malaysia tuk sambut Convocation Day aku.. Yehaaapiyayayayayooo..
Okla, tu jela cerita yg nak dikongsi. Nak update blog yg lama menyepi tanpa sebarang cerita. Menaip sesuatu yg menyeronokkan.
Jumpa lagi dengan cerita terbaru dari aku.. Gud bye!!!
Entry 34 : Dec 4, 2008
Convocation Day
Current mood:blissful
Assalamualaikum..
Firstly, Alhamdulillah..I've made it. Aku dah berjaya tamatkan Diploma in Accountancy...dan hari convocation berlangsung dgn penuh meriah..
Sepanjang hari tu, aku rasa seronok dan berdebar jugak. Yerla takut gak nak naik atas stage tu..nak amik scroll..hehehe.Tapi akhirnye..lepas jugak.Fuhh..perasaan die,x tau nak cakap. Hanya org yg pernah merasainye saje dapat faham. Ape pon it was wonderful..
Aku dapat bunga ngan graduation bear dari my best fren family...
Lepas ni aku harap aku dapat peluang tuk sambung belajar mane2 tempat. Dan aku jugak harap aku dapat peluang pekerjaan yg elok dan bagus.
Gud luck to myself!!!
Entry 35 : 27hb Dis 2008
Selamat Tinggal 2008
Current mood:creative
2009 semakin hampir. Ramai yg menantikan detik tu. Aku x terkecuali. Malam tahun baru..hurm..mcm2 agenda. Aku? Mcm biasa, x sambut. Duduk rumah saje. Tgk tv..dengar kemeriahan sambutan dari menara condong ke rumah. Tengok bunga api ikut tingkap. Tunggu mesej dari kawan2..ucapan Selamat Tahun Baru 2009.
Dalam pada itu, sebelum menghampiri tahun 2009 banyak kenangan 2008 yg akan ditinggalkan singgah kembali di benak fikiran.Semua tu tetap diingati. Macam2 berlaku sepanjang kehidupan aku di tahun 2008. Kegembiraan, kesedihan, kebahagiaan dan macam2 lagi yg dilalui. Rasa nya semua org begitu.
2008- aku berjaya tamatkan pengajian tahap diploma. Perasaan bangga dan seronok sebab dapat bawa keluarga ke majlis konvokesyen. Terasa nak sambung belajar. Selain tu, banyak habiskan masa bersama kawan2. Pergi macam2 tempat. Perasaan yg gembira.
2008- aku terpaksa berpisah ngan ramai kawan2. sebab masing-masing dah habis belajar. Kini hidup dengan haluan sendiri. Terpaksa pulang ke Perak. Bosan. X ramai member. Sms,phone call,myspace dan friendster penghubung jarak kami. Hubungan dan keakraban tak boleh hilang macam tu sahaja.
2008- sempat singgah ke arah kebahagiaan. CRUSH!! ok sahaja memula.permulaan yg menarik, rindu, sayang, cinta?blm lagi. Masih terlalu awal. Sering minta petunjuk adakah dia yg bakal menghuni hati yg lama kosong? Ohh..tidak. Kalau itu bukan yg terbaik untuk kita, Allah pasti tunjukkan nya. Berlaku perselisihan faham. Fine! Masing2 berhenti,senyap..x perlu keruhkan keadaan. Putus. Tapi terima kasih, aku rasa dihargai. Tetap berkawan. Friends 4 ever.
2008- bosan duduk rumah. sunyi..x de teman nak borak2. Habiskan masa melayari internet. Tak ape. Makin mahir tentang teknologi. Sibukkan diri dengan membaca buku. Menarik, tambah ilmu pengetahuan. Mempelajari sesuatu yg baru amat menyeronokkan. X cari kerja? memilih..boleh jadi alasan. tak ada yg sesuai. Memilih perlu jika inginkan yg terbaik. Tetapi terlampau..hurm,bahaya.
2008- semakin meminati music. macam mana boleh berlaku? Sebab bosan, beli gitar. belajar sendiri. Boleh la skit2. Lama x main, mudah lupa. Kena banyak berlatih jika nak maju. Usaha tangga kejayaan.
Itulah..serba sedikit catatan hidup pada tahun 2008. Akan tinggal dibelakang, menjadi ingatan sepanjang kehidupan. Cara terbaik untuk tidak mengulangi kesilapan. Malah perlu tingkatkan lagi usaha untuk maju dan tingkatkan kualiti hidup.
31 Disember 2008. Kamus 2008, akan tutup,ikat dan simpan kemas2. Tidak perlu dibuang, memadai dijaga dan sekali sekala buka, buat reference andai tersesat, terjatuh atau berliku sepanjang 2009 nanti.
2008..semakin di penghujung. Sedih? Mungkin juga. Gembira? Tidak sehebat mana. Perasaan..bercampur baur. Itulah nikmat nya hidup. Macam2 boleh dirasai. Andai masih bernyawa, usia makin meningkat. Hargai setiap peluang yg ada. Setiap nafas, ingati-Nya di mana jua.
Bangkit! Teruskan hidup, nantikan 2009 dengan kegembiraan. Tinggalkan 2008 dengan semangat yg baru.
Selamat tinggal 2008..
Entry 36 : Jan 5, 2009
Permulaan 2009
Current mood:pensive
00.00a.m..teriakan 'Happy New Year' bergema di seluruh pelusuk dunia. Macam-macam ragam dapat dilihat..semua seronok. Tapi x tahu la seronok ape..sama ada dgn kedatangan 2009 ataupun keseronokan tanpa makna. Hanya suka2 dan ikut suka sbb org lain pun suka ataupun sbb tgk bunga api, atau kemeriahan party hingga ke pagi. Pelbagai tafsiran boleh dibuat. Terpulang, hak masing2.Aha, 2009 menjelma. Seperti biasa, semua akan bertanya. "Ape azam tahun baru?" "so, wats yo new year resolutions fren?".."weh, ape azam baru tahun ni?" "so,amacam?tahun ni azam ape?azam tahun lepas tertunai ke blom?"..dan macam2 lagi..that kind of things..soalan yg popular bile tahun baru. Azam, azam, azam dan azam..
Fikir sejenak. Perlukah azam bile tiba nya tahun baru? Apa erti nya azam setiap kali tahun baru?
Pemikir pertama:"Hurm, azam perlu kot...tuk berjaya atau tuk merealisasikan impian''.
Pemikir kedua:"Azam?kena la ada sbb benda tu la bagi kita semangat nak capai apa2.." Apa kata pemikir ketiga?
Pemikir ketiga:"Azam kena la ada sbb bila berazam kita mesti mencapai nya. Tak gune la kalo azam je lebih..tapi habuk pon tarak.
Tapi ape kata anda? Siapa nak habuk? Tak bleh pakai pon.. Apa erti nya azam or resolution?
Azam: cita-cita,tekad,tujuan.
Resolution: aim,intention
Ya, semua orang perlu ada azam. Azam perlu untuk kita jadikan tujuan atau boleh dikatakan 'destinasi' untuk kita mencapai sesuatu. Azam sering diperkatakan dengan benda2 yg baik, yg positif dan lebih ke arah pembaikan atau usaha untuk maju ke hadapan dari sebelumnya. Tapi, benarkah azam itu akan terlaksana andai kita berazam? Sedikit bersimpang siur tapi satu pertanyaan yg masuk akal.
Azam perlu ditunaikan jika kita benar2 berazam. Kalau x terlaksana, x perlulah berazam lagi. Cukup dulu kita tunaikan azam yg terdahulu. Kalau terus buat azam baru, bertimbun2 pula azam. Makin susah nak dilaksanakan. Berazam juga perlulah pada perkara yg kita boleh laksanakan dan capai. Andai di luar keupayaan kita, janganlah. Kelak, akan merugikan diri dan tertekan. Boleh dituduh penipu pada diri sendiri. Tetapi kalau teringin juga, usahalah. Rezeki, kita x tahu. Andai mampu, just do it.
Berazam ibarat kita berjanji pada diri sendiri. Tunailah andai kita berkemampuan. Cari peluang yg terbaik untuk diri kita. Semua orang ingin perubahan dalam hidup. Yang buruk kearah yg lebih baik. Yg baik kearah yg lebih cemerlang. Yg cemerlang pula, tetapkan kecemerlangan.
Bagi aku, azam adalah proses perubahan dalam hidup. Ingin mendapat kehidupan yg berkualiti dan sempurna. Sentiasa berfikiran terbuka, semangat dalam mengharungi kehidupan yg makin mencabar, matang dlm berkomunikasi, dan pandai menggunakan peluang yg ada. Umur semakin meningkat, jadi buang la sikap kebudak-budakkan tu..
Apa-apa pun, biarlah berterusan azam tu.Harapnya tertunai sebelum akhirnya 2009.Good luck!
p/s: isi masa lapang, saje nak ingat2 kan diri yg mudah lupa.
Current mood:blah
Peluang..Opportunity..
Sama je maksudnya. Benda ni selalu akan muncul dalam hidup. Pasti! Sama ada kita menyedari nya atau pun tidak. Persoalannya..perlukah kita ambil semua peluang tu dan gunakan ia? Take it or leave it?
Hurm..
Kalau ambil: Bagus, anda menghargai sesuatu peluang tu..Bukan selalu peluang itu datang...
Kalau biarkan: Ha? tak rugi ke nnt? mana tau bagus....nyesal kang padan muka.
Antara ambil dan tidak: Ala, banyak lagi peluang yg ada..bukan sekali. Mana tau de yg lebih bagus. Tapi kalau ambil, bagus gak. Mane tau,rezeki. Suka hati la...
So, macam mana?
Time ni la kene guna akal yg telah di anugerahkan oleh Tuhan..
First: Kaji dulu adakah peluang seperti itu selalu dapat?
Second: Peluang ni sesuatu yg baik atau tidak? Langgar undang2 tak?
Third: i)Langgar..Patut tinggalkan. Tak rugi. ii)Tidak langgar..Cubalah. Berminat atau tidak?
Fourth: Gunakan peluang yg ada kalau itu memang yg terbaik dlm hidup. Tapi, kalau yakin ada yg lebih baik, ambil la risiko.
So,macam mana? Kalau betul2 menghargai peluang tu, x salah kalau nak mencuba. Kalau rasa de yg lebih baik..ambil la risiko. Tak ada ape yg rugi. Peluang ada di mana2. Asalkan kene rajin la berusaha...mencari...dan teruskan mencari. Kena bijak. Kalau ambil pon, tapi x digunakan secara bijak, x betul jugak. Semua tu terletak di tangan kita. Jangan pulak nanti terkena bahana "PADAN MUKA".
Hurm..wat ever..Itu pendapat sahaja. Terpulang pada hak individu macam mana nak menanganinya..
Bijak, rasional, matang..keep in your mind.
Rupa paras/Wang & Cinta
Current mood:apathetic
Terbaca satu artikel tentang perkara ni. Jadi cuba nak interpretasi dengan lebih mendalam..Hurm...Rupa paras? Wang? atau Cinta? Mana satu yang perlu di ambil kira?Soalan mcm ni dah biasa sangat diajukan kepada sesiapa sahaja. Tidak kurang juga dengan menanyakan pada diri sendiri. Kita lihat dulu pertanyaan yang lebih kurang mcm soalan ulangan...
Penyoal Pertama: Wang dan cinta merupakan 2 benda yang penting dalam hidup, tapi mane satu yang dipilih dulu?
Penyoal Kedua: Rupa paras,wang atau cinta? Mane satu penting eh?
Penyoal Ketiga: Nak pilih wang ke...cinta..atau rupa paras? Kalau boleh semua lah! Tapi...mane dulu nak ni????
Kalau diperhatikan..semua soalan2 tu sama je..cara ianya diajukan je yang berlainan. Tetapi maksudnya serupa je..Semuanya berkaitan wang,rupa paras dan cinta. Rata2 memang nak semua ni ada...tapi ade ke pakej lengkap mcm tu skang ni?
Kalau pilih cinta..baguslah. Berjiwa setia betul la ni. Tapi cuba fikir. Kalau cinta je, tapi wang x ade..boleh ke setia macam tu?Kekal ke? Setengah orang kata, cinta tu tinggi nilainya. Tapi berapa? Tak boleh dikira dengan wang..betul ke? Yang pasti cinta tu buta...
Kalau pilih wang..Wow,mata duitan betul. Tapi cuba fikir. Tanpa wang, macam mane nak menangi cinta. Ini bukan zaman 50-an atau 70-an..dengan kerja sebagai penarik beca pun boleh menawan hati si Azizah. Tahun 2000,tahun alaf baru. Kalau boleh semua nak baru. Percintaan pun menggunakan konsep yang baru. Cinta boleh dibeli dengan wang. Kalau hidup di kota metropolitan, pendapat ini 100% diakui.
Rupa paras...mesti dikata sungguh memilih. Tapi cuba fikir jugak. Siapa yang tak mahu sesuatu yang indah,cantik dan sedap mata memandang. Kalau kata, "saya x memilih paras rupa..asalkan sedap mata memandang." Hurm,boleh percaya ke? Perkataan sedap mata memandang tu pun dah boleh ditakrifkan sebagai sesuatu yang indah. Jadi,semua orang suka yang indah dan cantik. Tetapi ia sungguh subjektif. Pendapat orang x serupa. Walaupun bagi seseorang tu hidung x mancung pun dikatakan menarik, tetapi bagi yang high-taste mesti la tolak ketepi. Jadi kategori rupa paras ni, x boleh dibincangkan. Sebab masing2 punya pendapat tersendiri. Bagi dia, cantik..bagi jenis yang lain,x cantik...So,ikut mata la. Rupa paras, elak dibincangkan.
Sekarang tinggal wang dan cinta.
Wang- Sesuatu yang amat diperlukan dalam kehidupan. Masuk tandas pun perlukan wang.Kalau guna tandas kat rumah pun,kena ada wang. kalau x de wang macam mane nak bayar bil air dan elektrik. Tak ada air,macam mane nak guna tandas.Kalau mati pun,nak ada wang jugak. Nak bayar segala keperluan tuk kematian.(takut la,x mau cakap). Cuma bila dah masuk alam baqa' je,wang x diperlukan. Cinta memerlukan wang. Wang boleh mengungkapkan kata-kata cinta. Wang boleh mencipta kebahagiaan. Dunia sekarang wang menjadi pertaruhan antara hidup dan mati. Hidup menjadi bahagia dan sempurna bila segala impian dipenuhi. Nak memenuhi impian tu, memerlukan wang. Nak kerja, pun kena ada wang. Yela,nak cetak resume..nak g naik kenderaan awam cari kerja.nak isi minyak kenderaan..mcm2 lagi. Nak cari teman hidup pun perlukan wang. Nak menarik hati seseorang kena la bawak g tempat dia suka,beli hadiah...nak ungkap kata2 cinta..semua tu perlukan wang. senang cerita semua wang lah!!!!!!!!!
Cinta- sesuatu yang universal. Cinta sesama manusia, haiwan, alam mahupun kepada Pencipta dan rasul2 Nya. Cinta kepada Tuhan, wang bukan persoalan. Juga kepada rasul2 Nya. Jangan dipertikaikan. Kurang ilmu, elakkan dari berbicara. Cukup sekadar memahami sendiri dan berbincang dengan individu yang arif tentangnya. Kerana cinta kepadaNya hakiki dan abadi. Cinta kepadaNya indah mengatasi segala-galanya. Teramat indah..Subhanallah... Tetapi cinta sesama manusia, perlu difikirkan secara beramai-ramai. Hidupkah cinta tanpa wang? Kalau yakin dan setia kepada cinta, wang bukan persoalan. Cinta x boleh dibeli. Kalau dibeli pun,tiada tandingan harganya. Ada yang boleh hidup dengan cinta tanpa wang. Sanggup bersusah demi cinta. Cinta x boleh dijual beli. Tetapi cinta itu boleh membeli wang. Kalau terlalu menyintai seseorang sanggup buat apa sahaja. Kerja siang malam,nak beri kebahagiaan. Cinta mendorong seseorang menjadi lebih bersemangat dan penuh cita-cita. Apa sahaja demi cinta, katakan sahaja.
Tetapi jangan biarkan cinta dan wang mengadai maruah. Biarlah memiliki cinta dengan maruah dan memiliki wang dengan cara bermaruah. Sebab wang dan cinta dua2 mempunyai kelemahan yang sama..iaitu, lemah dengan maruah.Taksub sehingga hilang maruah.
Maruah itu ibu kepada cinta dan wang. Pendorong dan penyokong cinta juga wang. Wang dan cinta memerlukan maruah. Biarlah hidup berharta dengan maruah..Biarlah hidup bercinta penuh maruah.
Antara wang dan cinta, diri sendiri yang menilainya. Pilihla mana yang difikirkan terbaik untuk diri sendiri. Ditimbang sama rata dan adil. Biarkan cinta dan wang hidup secara beriringan, rapat dan melangkah dengan serentak. Jangan biar salah satu tertinggal dibelakang. Timang sama rata tapa memilih.
Pendapat sendiri: Aku? Wang dulu la...hahahahaha. Entah. Sekarang ni bukan je perempuan yang cari lelaki berharta, tapi lelaki pun dah cari perempuan yang berharta. Majoritinya, lelaki sekarang mengejar perempuan yang berduit. Apa yang aku lihatla...jangan judge pendapat aku.Tu pendapat aku.
Artikel tentang cinta dan wang leh baca kat majalah EH! keluaran Feb 2009. Pendapat aku berdasarkan apa yang aku baca dan rumusan aku sendiri.
BOSAN
Current mood:bored
Bosan..
Kenapa kau datang lagi
Dikala aku tak tahu nak buat apa
Kenapa kau datang lagi
Dikala aku tak tahu nak buat apa
Bosan..Kenapa kau datang lagi
Dikala aku telah menghabiskan waktu bersama dia
Bosan...Kenapa kau datang lagi
Dikala aku hilang idea untuk bersama dia
Bosan..Kenapa kau datang lagi
Dikala aku terdiam mengadap dia
Bosan..Kenapa kau datang lagi
Dikala aku bosan melihat dia
Bosan...Kenapa kau tetap datang lagi
Dikala dia sering menghapuskan waktu bosanku
Bosan...Kau tetap ada
Sebab aku dah bosan dengan dia
Bosan..
Kau tahu kenapa?
Sebab aku dah tak tahu apa lagi yang aku nak tahu
Tentang dia
Bosan..
Baguslah kau datang
Sebab nanti aku asyik buang masa dengan dia
Walaupun dia unlimited penggunaannya
Bosan...Baguslah kau datang
Sebab dia mungkin akan merosakkan penglihatanku
Andai aku tatap lama-lama
Bosan...Kau memang membosankan
Fikir tentang kau pun aku dah bosan
Bosan...Kenapalah nama kau pelik bila tengok lama-lama
Walaupun nama international kau 'BORING'
Tapi kau tetap sama
Membosankan!
Entry 40 (WOW) : Mac 28, 2009
Akhirnya...
Current mood:grateful
Akhirnya...setelah mencari, memilih, melihat, mencari, melihat, memilih, mencari, memilih, melihat dan terus memilih..memilih dan DAPAT.Tak sia2 amik risiko tolak banyak tawaran. Bagusla. Akhirnya dapat gak keje yang x bape minat. Padan muka ko. Wahaha. X pe la. Asalkan aku ade income sendiri.
Walaupun x berapa minat sangat si akaun ni, tapi nak tak nak kene la berkenalan gak. Tak pe..tegur2 la dulu. Memula kekok, lelama ramah la nanti. Slow2..asalkan duit masyuk...
Yehhaaa...
0 comments:
Post a Comment