Bahang!!
Panas!!!
Cuaca yang macam ni lah yang saya tidak berapa nak gemar. Bila panas, mula lah berpeluh....bila bahang, mulalah tak senang duduk.
Perasan tak? Sekarang ni rasa macam panas je Malaysia ni. Tempat lain tak tahulah. Kalau tempat bersalji atau negara yang bermusim mungkin tengah menikmati musim sejuk atau musim bunga. Tapi yang menjadi persoalan sekarang, kenapa negara kita amat panas....
Malam-malam pun boleh rasa bahang nya. Buka lah kipas sampai no 5 pon tetap rasa bahangnya. Nak pakai aircond, awak tak mampu...usah lah beria.
Tetapi sebenarnya memang bumi sedang menghadapi saat-saat pemanasan global...Semua tempat memang terasa dengan situasi ini.
Bila kena keadaan macam ni mulalah terfikir....
1) Adakah dunia sudah semakin nipis ozonnya?
2) Adakah tanda-tanda kiamat itu sudah semakin dekat?
3) Adakah bumi sudah semakin tua?
Semua pertanyaan ni memang berkait sebenarnya..
Lapisan ozon semakin nipis..semua sudah sedia maklum....
Tanda-tanda kiamat sudah semakin dekat sudah terbukti bila berlaku banyaknya bencana di bumi dan masyarakat.
Bumi juga sudah semakin tua bila dikira dari zaman wujudnya hidupan di bumi ini.....
Dalam menghadapi cuaca yang tidak menentu ni, banyak-banyak lah beringat. Kalau rasa panas je, banyak-banyak minum air... Jangan banyak buat aktiviti luar bila tengah panas membara...hehee, nanti kene strok haba pulak...
Tenanglah hadapi keadaan macam ni, sebab panasnya dunia hanya sementara.... Ada yang lebih panas dari ini...Erm....
p/s : nak berendam je 24jam....
Sunday, May 8, 2011
Bahang
Posted by ika alwee at 8:45 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment