BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, December 31, 2011

Selamat sudah 2011

Salam.

Lagi beberapa jam lagi, berakhir lah tahun 2011 secara rasminya.
Sekaligus kita juga dalam beberapa jam akan melangkah ke tahun 2012.


Bagi diri saya, tahun 2011 saya berjaya lalui dengan penuh suka duka.
Tahun ni memang banyak kot STRESS...hahaha.
Tapi bila dah nak akhir tahun, ada la juga suka-suka nya.

Pada tahun 2011 , tak banyak kejayaan atau impian yang dapat saya capai.
Tak ada apa-apa yang terbaik berlaku dalam hidup.
Cuma saya masih bersyukur sebab masih dilimpah rezeki dan tidak pernah kurang.
Alhamdulillah, semuanya masih lagi dalam keadaan sempurna.

Selamat tinggal 2011..

Tahun yang sangat biasa dan tiada apa yang gempak sangat pun...
Hehehe...
Terima kasih 2011 kerana memberi peluang untuk bergembira dan bersedih.
2011 sangat adil..

p/s: 2011 permulaan untuk mencapai cita-cita...2012 persediaan menghadapi cita-cita, insyaAllah...

Friday, December 23, 2011

Real atau latihan?

Salam.

Jam 10.30 pagi tadi ada dengar bunyi siren.
Kalau kerja dekat Putrajaya ni, bunyi siren dah dianggap biasa sebab Putrajaya adalah Pusat Pentadbiran Kerajaan.
So, kire nya kalau polis ke, bomba, ambulans ke..semua tu dah biasa.
Sebab Presint 2 ni dah kira macam laluan 'sedia maklum' mana-mana kenderaan.

Tapi apa yang saya nak bagi tahu dekat sini...
Salah satu bangunan kerajaan di sini ada asap kepul-kepul keluar ikut tingkap.
Maknanya bunyi siren tadi adalah siren bomba yang datang untuk memadamkan kebakaran.

So, kitorg dekat office ni pun terus la meluru ke tingkap tengok apa yang berlaku.
MOF terbakar? Bukan satu bangunan, hanya ada satu aras sahaja yang terbakar tu. Punca kebakaran tak tahu. Tak nampak pun api, yang ada asap tebal je.
Lepas tu nampak la staff-staff situ keluar dari bangunan...Jalan pun dah tutup...

Mungkin la ada kebakaran dari andaian saya ni.

inilah gambar yang sempat rakan saya tangkap. Tak berapa nak jelas..jauh. Tapi nampak la asap nye tuuu....

Bila dah tersebar cerita ni, rupa-rupanya dorg kata itu adalah latihan kebakaran je..
hahahaha....siap tutup jalan lagi...

p/s: tengok berita kot ada keluar...hehe.

Sunday, December 18, 2011

Serius ke FAKTA? #1

Salam.

Dulu selalu post pasal fakta-fakta yang tidak pernah tahu di FB.
Sekarang dah jarang buat macam tu sebab malas.
So, kali ni nak post pulak dekat blog memandangkan jarang ada cerita menarik nak kongsi di blog.

Fakta-fakta yang tiba-tiba rasa nak tahu :

1) Butang baju kemeja lelaki dijahit di sebelah kanan, manakala butang baju perempuan dijahit sebelah kiri.


2)Jika semua salur darah dalam tubuh manusia dicantumkan ia boleh meliputi jalan raya sepanjang 96,000 km

3)Nama semua benua bermula dan berakhir dengan abjad yang sama 
  iaitu huruf A.

4)Ketika bersin, semua organ dalam badan tidak berfungsi termasuk 
  jantung.

5) Kerosakan otak akan berlaku jika suhu badan meningkat melebihi 41 darjah Celcius.

6)Badak air mampu berlari lebih pantas daripada manusia.

7) Jika ikan jerung membuka mulut dalam tempoh masa yang lama, ia 
   akan mati lemas kerana air akan masuk ke dalam mulutnya. 

8) Lelaki enam kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita.

9)Lembu adalah haiwan yang buta warna; oleh itu ia akan mengejar apa saja yang dikibarkan di depan matanya oleh matador samada kain merah atau kuning. 

10)Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu 
mengurangkan berat badan.

p/s : so aku nk try yang no 10..

Thursday, December 15, 2011

Gagal lagi

Salam

Ok, kali ni...kali keberapa ratus saya gagal lagi.
Bukan gagal dalam hidup..noop.
Gagal dalam mem'plucking'kan gitar...


Bila gagal tu dah macam rasa nak campak je gitar.


Seriously, memang tak ada langsung basic untuk main gitar.
Tapi sebab minat terhadap alat muzik meluap-luap sambil tahap membazir, apa pun boleh jadi. Dari tak ada sen nak beli hingga la mencapai usaha memenuhkan tabung, akhirnya berjaya gak memiliki dua alat muzik.
Gitar dan keyboard.
Tahniah, sebab dua-dua tu jadi barang antik kat bilik. Kalau bilik besaq lagi, confirm drum pun leh isi.

So, sekarang ni kena luangkan masa tuk hadap note-note gitar...
Hopefully, boleh la perform satu atau dua lagu kat depan orang...
Hah..berangan..!!!
Orang kata, tanpa angan-angan mimpi tidak jadi kenyataan...

p/s: erm.....mimpi main Ibanez la plak...

Wednesday, December 14, 2011

Diam kalau tidak sedap..

Salam

Anda sudah makan?
Suka masak sendiri ke suka tapau?
Saya tak kisah...makan je selagi tidak memudaratkan...



Mesti ada di antara kita yang agak cerewet pasal makanan kan?
Saya pun kadang-kadang cerewet jugak, tapi lebihnya kepada "TIDAK KISAH SANGAT"...
Kadang-kadang pernah juga terpacul keluar perkataan tidak sedap bila rasa makanan tu tidak kena dengan selera.

Sebenarnya, kalau ikutkan tidak berapa nak elok sangatlah kalau suka sangat 'mengomen' pasal makanan yang tidak sedap. Sebabnya, makanan itu rezeki dari Allah. Jadi seeloknya kita perlulah bersyukur kerana diberi nikmat makanan dan juga deria rasa yang masih elok.

Ada sesetengah orang suka sangat mencela makanan bila tidak kena dengan selera.
Memang kita tak boleh nak elak bila dapat makanan yang tidak kena pada selera kita. Lumrah la tu...
Seeloknya, jika makanan itu tidak sedap atau tidak kena dengan selera...diam sahajalah. Lebih baik lagi kalau tidak makan.


"Apabila sesuatu makanan yang dihidangkan itu tidak disukai, tidak sedap atau tidak menyelerakan, maka janganlah makanan itu dicela, cukuplah sekadar diam ataupun tidak memakannya"

-Imam al-Ghazali (dlm kitab Ihya’ Ulumiddin)


Elakkan diri dari memberi komen kepada makanan yang dimakan kerana kita tidak tahu perasaan siapa yang akan terguris bila kita komen pada makanan tu..
Mungkin satu hari nanti, boleh terkena pada batang hidung kita pula???


p/s: siapa sebenarnya yang kita salahkan kalau makanan itu tidak sedap?? Tepuk dada, tanya selera.

Wordless Wednesday #3 - Enjoy the free time b4...??



p/s: before its over...

Wednesday, December 7, 2011

Dolu kala

Salam.

Sekarang kita dah menjejaki bulan Disember, dan secara tak langsung akan menghampiri Januari 2012. Ha??
2012....
Tak yah nak terkejut sangatlah....
Bila dah mula dekat 2012 ni, ramailah yang dah berkira-kira duk ingat balik cerita 2012. Semua tu sudah ditetapkan. So tak perlulah nak buat apa-apa tafsiran.

Entry kali ini lebih berminat nak cerita apa yang telah kita tinggalkan selama kita hidup.
Sekarang saya berumur 24tahun. So, next year 25tahun. Wow... Tapi masih nak dengan gelaran BELIA.
YEah..

Waktu sedang chit-chat dengan member thru YM, tetiba terbuka topik pasal permainan dulu-dulu. Ala, waktu kita kecik-kecik dulu...
Sekarang ni dah menempuh arus kemodenan, dengan macam-macam teknologi yang ada secara tidak sengaja permainan dulu-dulu dah dilupakan.

Dulu kalau waktu kanak-kanak, popular sangat permainan bermusim. Permainan bermusim ni, ia wujud bila musim tu ramai orang main.

BADMINTON
Main badminton dulu waktu dekat kawasan perumahan saya, ada musimnya. Bila dua tiga empat orang dah start main, yang lain-lain pun mulalah sibuk tunjuk raket..buat geng main dekat jalan tar depan rumah tu.
Tamat musim badminton, masuk pulak musim roller blade.

ROLLER BLADE
Main roller blade bila kawan-kawan ajak. Tengok ramai orang main, join sekali. Ada yang pakai roller blade 4 roda. Kalau siapa yang main roller blade yang banyak roda tu, kira macam terer la.. Memang semua pandang. Hahha, lepas tu roller blade jenis macam tu mahal. Kalau dapat beli, memang banggalah!! lagi bangga kalau dapat main sambil turun bukit...hahah, memang dah macam professional lah.

BALING SELIPAR
Musim baling selipar sangat popular dikalangan budak-budak lelaki. Tapi budak perempuan pun join sekali gak. Nak main game ni kena cari ramai orang baru seronok sebabnya dapat kumpul banyak selipar. Lepas time nak serang orang yang jatuhkan selipar-selipar tu memang EPIC lah. Kecoh la kawasan tu kalau bab main baling selipar ni.

So, saya rasa itulah permainan alam realiti yang meninggalkan kesan.
Permainan alam maya dulu-dulu pun best jugak.
Paling ingat...


DIGIMON
Game ni boleh didapatkan dengan harga yang agak mahal juga la time tu. Siapa ada, semua nak tengok. Game ni seronok kalau kawna pun ada sebab boleh cantumkan lepas tu buat battle. Game ni macam kita membela. Membela? Kita membela haiwan...huyyyooo..secara 2D. (yeke?)... Kena bagi makan...pastu bagi vitamin la...bagai-bagai la...haha..Kalau mati tak apa, boleh reset balik. Hahaha. Game yang paling addicted sampai malam-malam bangun tengok, kot-kot lapar.


GAME MARIO
Uncle mario ni memang popular, sampaikan ada wujud ceritanya di tv. Seorang pendek, seorang lagi panjang, tinggi. HEhehe, game ni wujud dalam bentuk tape yg empat segi tu. Kalau nak glamer, pakai game boy. Lagu game yang glamer time tu lagu game mario la. Tenet teng teng tedeng teng. Macam tu lah lebih kurang. Pastu mulalah main kutip cendawan la, siling emas la...elak kura-kura....masuk cerobong asap....

GAME STREET FIGHTER
Game ni popular di kalangan budak lelaki. Saya pun tak faham lah apa yang best game ni, dan tak reti nak explain permainannya macam mane. Yang tahu, tendang, tumbuk bagi fire dekat musuh. Dah...

GAME TEMBAK BURUNG
Game ni kena main pakai pistol dan memerlukan tv. Letak tape empat segi tu lepas tu tembak la burung-burung gagak yang ada tu...kumpul la mata...simple je game ni.

Sebenarnya banyak lagi permainan dulu-dulu yang kita pernah main, dan sekarang jarang dimainkan.







Sekarang ni, dah macam-macam permainan yang wujud.
Orang sekarang main guna PSP atau pun nak popular lagi guna iPAD...Handphone pun boleh....




Lepas tu, banyak juga benda yang kita dah tinggalkan bila dunia semakin maju.
Permainan-permainan yang dulu dah kurang orang main.
Sedar tak sedar banyak juga benda-benda yang dulu hanya tinggal cerita je...

p/s: ANGRY BIRD game paling menarik perhatian...

Sunday, December 4, 2011

Rokok 5 sen sebatang??!!

Salam.



Anda perokok?
Anda dikelilingi oleh perokok?

Anda suka bau rokok?
Anda benci akan rokok?

Tak kisah apa pun jawapan yang anda berikan, itu hak anda.
Kita diberi hak masing-masing. Gunakan hak anda.

Tapi betulkah perokok juga ada hak?
Okay, ini apa yang saya dapat dari surat khabar.


Jadi, dari situ saya sendiri tidak pasti adakah betul atau tidak.
Tapi sekurang-kurangnya kita tahu yang rokok sememangnya dibayar cukai, malah cukainya tidak pernah diturunkan.

Apa alasan perokok jika melihat ini? Bagaimana reaksi mereka?
Pasti tidak ada apa-apa kesan pun sedangkan gambar yang mengerikan, menyedihkan dan amaran di kotak rokok tidak pernah memberi kesan apatah lagi cetakan kata-kata di helaian kertas buruk ini.


Saya pernah katakan pada seorang rakan yang menjadi perokok tegar sejak tamat persekolahan (mungkin sudah bermula ketika dibangku sekolah) yang rokok ni membahayakan kesihatan...aha, agak klise. Percayalah, ia memang tidak memberi kesan pun.

Bagi mereka benda macam ni tidak boleh tinggal. Ibarat nyawa, sangatlah bernilai.
Malahan rokok juga sering kali dijadikan alasan untuk melepaskan tekanan.
Seriously, ia tidak beri kesan pun pada tekanan. Sebenarnya otak kita telah ter'set' dengan kata-kata "rokok dapat hilang tension". Ada cara lain yang lebih hebat untuk hilang tekanan. Cuma kita yang malas nak cuba.
Kenapa kita sering mencuba perkara tidak bijak untuk melepaskan tekanan?

Saya pernah cuba. Ya, pernah cuba merokok. Sebab saya nak tahu apa rasanya. Sebagai remaja, perasaan ingin tahu sangat menebal. Saya cuba, dan apa yang saya dapat hanya batuk. Itulah reaksi pertama bila kali pertama kita menghisap rokok. Siapa-siapa pun.
Jadi saya rasa ia tidak menghilangkan tekanan malah hanya menambahkan tekanan bila memikirkan saya sudah cemarkan paru-paru saya yang dulunya bersih.

Merokok memudaratkan kesihatan
Tapi kata orang, sakit dan mati semuanya di tangan Tuhan.
Jadi, jangan wujudkan alasan rokok boleh membawa mati.
Ok, tahniah bila berfikiran macam itu.
Sedar atau tidak, kesan merokok itu boleh juga mematikan orang-orang disekeliling kita dan lebih hebat orang yang rapat dengan kita.
Penghidu asap rokok lebih terjejas jika dibandingkan dengan perokok.

Saya tak halang orang merokok, saya juga tidak benci perokok.
Saya hanya kasihan kepada perokok.

p/s: saya elak mendekati .....seorang PEROKOK..

Ombak rindu...nanges!!!

Salam..

Hai kawan-kawan...haha.
Post kali ni nak cerita pasal movie. Movie apa? Movie Ombak Rindu la...hahaha.

Ok, 1st sekali nak ucap thanks dekat Faa..sebab belanja tengok Ombak Rindu...yeeahhhaa..dan belanja makan sekali...oh yeahhh....

Terima Kasih...Thank You...(aku nak cakap jugak faa)..!!!

Jom cakap pasal Ombak Rindu.




Ombak Rindu..??
Okay, terus terang tak ada niat nak tengok pun. Novel Ombak Rindu pun tak ingat pernah baca atau tidak.
Sekali datang pulak rezeki orang nak belanja tengok wayang...so on je lah.

Sebelum pergi tengok, adalah terbaca komen kawan-kawan dekat fb yang dah pergi tengok. Rata-rata kata best lah! Ada jugak kawan yang kata tah hape-hape babak dalam cerita tu...
So, saya pun menjangkakan yang mungkin akan kata tah hape-hape jugak..
Lepas pertengahan cerita, bergenang.. Haha, serius weh..bergenang.. Tak nanges pun. Betul dan tidak tipu. Hanya bergenang.

Bukti? Tak ada, lagi pun dalam panggung kan gelap. Ok, hidung berair..sebab tahan nanges!!! Kesimpulannya, hanya bergenang...bergenang air mata...bukan menitis!!
Rasa macam first time pulak tengok wayang dalam keadaan sedih...
Ok, saya tipu. Kali kedua kalau tak silap tengok wayang sedih. Kali pertama masa tengok Nur Kasih The Movie. Itu pun bergenang.. Percayalah.

Overall, cerita ni telah menyentuh hati saya. So, saya kata tahniah la. Bukan senang nak buat saya bergenang air mata ni. Hahaha.

p/s: baca novel pun leh bergenang...apatah lagi benda nampak depan mata. Haisehhh...