Situasi pertama.
"Lama x nampak...rindu ko".
"Serius cantek la dress up ang.."
"Eh, saya senang la dengan awak..sape kata tipu?"
Pathetic!!
Kalau kata-kata atau pujian kat atas tu hanya lakonan semata-mata.
Come on lah....tak boleh ke jadi jujur?
Berpura-pura dengan cara itu boleh ke? Orang kita ke macam tu?
Orang kita memang suka cakap berpura-pura atau ada maksud disebaliknya?
Saya bagi contoh yang senang kita nampak.
Seseorang itu memuji temannya kerana tidak mahu kecilkan hati temannya itu.
Seseorang itu terpaksa menipu dan berselindung dengan kata-katanya kerana mahu menjaga hubungan yang sedang terjalin.
Perlu ke semua itu?
Ya, seriously memang diperlukan. Tapi bagaimana pula bagi pihak yang menerima? Tidakkah ia seperti penipuan di siang hari atau kepuraan dalam kesamaran? Hahha...
Saya sendiri pernah lakukan perkara yang sama. Orang kata, hubungan diplomatik itu penting untuk menjaga kepentingan masing-masing. Mungkin cara itu sangat diplomatik. Diplomatik dalam memberi pendapat.
Chop!! Bagaimana pula kalau seseorang itu hanya berpura-pura di depan orang itu tetapi disebaliknya dia memang tidak berminat langsung? Sakitkan kalau macam tu?
Bila diperlukan, bukan main....ceria je selalu....
Bila taknak, ada ke yang kisah?
Orang kita ke macam tu?
Situasi kedua.
Timah(bkn nama sebenar) pekerja yang sangat rajin. Dia sangat baik terhadap kawan-kawannya. Dia mampu melakukan semua tugasan dengan baik dan menuruti kehendak dengan patuh.
Timah(bkn nama sebenar) sangat sibuk dengan tugasan sehingga memerlukan bantuan. Namun tiada siapa yang membantu. Kalau ada pun, bantuan datang dengan rungutan. Timah(bkn nama sebenar) rasa hampa kerana dijadikan seperti kuli bawahan. Tetapi Timah(bkn nama sebenar) bersyukur kerana kerjanya masih halal.
Dari situasi di atas saya simpulkan:
Saya percaya dengan kata-kata "habis madu sepah dibuang". Pepatah ni bukan sahaja untuk orang yang sedang bermain perasaan, tapi boleh diguna pakai untuk orang yang gemar mempergunakan orang. Golongan yang suka mengambil kesempatan ke atas kebaikan orang lain.
Perbuatan macam ni sering berlaku. Dari zaman persekolahan sampai ke alam pekerjaan memang kita akan berdepan dengan situasi macam ni. Loser!! Ya, awak seorang loser!! Do it your own.
Cara orang kita ke yang suka melupakan seseorang itu dengan mudah?
Bukan ke orang selalu kata, "bila ada depan mata, tidak dihargai....bila hilang dari pandangan mulalah tercari-cari"..???? Kan? kan? Saya selalulah dengar orang cakap macam ni. Tapi kenapa saya tak nampak pula perbuatan macam ni berlaku?Adakah seseorang itu betul-betul senang dengan kita atau hanya 'ada dari tak ada'.
Cuma kita yang perlu positifkan diri setiap kali berhadapan dengan situasi macam ni. Lebih mudah kalau ambil kaedah 'tidak kisah' untuk mengharungi cabaran ni. Memang cabaran lah. Mencabar kesabaran betul.
p/s: awak gunakan saya?sebenarnya saya gunakan awak dulu.....:-P
Wednesday, April 13, 2011
Macam tu lah....sigh~
Posted by ika alwee at 3:52 PM
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
like
ehurm.
psl pujian tu...sumetime perlu tuk menjaga sesuatu hubungan diplomatik..then nilai balik tahap mana kepalsuan kepujian...kalo juz untuk sedapkan ati seseorang takpe kan...tp kene tgk gak la...berpada2 n biar kene pada tempat nye...
tu le...aku pon rase mcm tu..org dahagakan pujian....hehe
Post a Comment