Kadang-kadang kita marah bila kehendak tidak dipenuhi.
Kadang-kadang kita hilang sabar bila sesuatu melewatkan kita.
Kadang-kadang kita kecewa bila kesusahan selalu mendekati kita.
Kadang-kadang kita sedih bila hidup tidak gembira.
Pernah sehingga satu ketika kita rasa hidup tidak pernah adil.
Pernah hingga satu tahap kita rasa hidup itu menyusahkan.
Pernah hingga satu peringkat kita seperti mengugut kebesaran-Nya.
Kita dalam tidak sedar...
Mencabar ditunjuk hikmah atas apa yang berlaku di depan mata,
Menyakinkan diri bahawa keajaiban itu tidak pernah ada,
Memaling muka apatah lagi menjeling seolah ingin Dia faham penderitaan itu.
Nyata kita sebenarnya leka,
Jelas kita sebenarnya lupa,
Bukti kita sebenarnya angkuh.....
Kenapa kita asyik mengeluh, sedih, bersoal jawab dengan hati tentang keadilan dalam kehidupan?
Bagaimana pula kita bila gembira, bahagia, dan kesenangan menyelinap dalam kehidupan?
Mengapa kita diuji?
Sesungguhnya manusia itu tidak akan diuji sekiranya dia tidak mampu untuk menempuhinya.
Dia tidak akan pernah menzalimi hamba-Nya....
Allah Maha Mengetahui.
Hidup kita kerana Dia.
Mati kita juga kerana Dia.
Redhalah dalam kehidupan,
Sabar dan tabah dalam ujian..
Kerana hikmahnya pasti ada.
Kerana juga, Allah sayangkan kita.
p/s: saya bukanlah yang sering menjadi kegemaran, apatah lagi kesalahan sering dituju kepada diri, tapi jika hikmahnya sangat indah, redhalah saya dalam apa yang telah ditetapkan....
Thursday, October 27, 2011
Sabar......Allah sayangkan kita..
Posted by ika alwee at 6:45 PM 0 comments
Wednesday, October 26, 2011
Wednesday, October 19, 2011
Wordless Wednesday...Apakah itu?
Salam...
Wordless Wednesday....serius, saya tidak pernah tahu apa maknanya di blog, sehingga saya tergerak nak tahu bila tengok ramai blogger post entry yang hanya ada gambar sahaja.
Sebenarnya saya sendiri tertanya-tanya apakah itu wordless Wednesday? Selalu kalau kita ada follow blog kawan-kawan, mesti ada entry bertajuk wordless Wednesday.
Dulu saya waktu mula-mula masuk ke alam blogger, saya sering tertanya-tanya apakah itu wordless Wednesday? Setiap hari rabu, kalau perasaan ada di antara blogger yang akan post sesuatu dengan tajuk wordless Wednesday.
Ya...saya agak ketinggalan sebab baru nak sedar kewujudan post sebegitu.
Wordless Wednesday adalah hari di mana all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Makna disebalik wordless itu sendiri telah menunjukkan bahawa tiada ayat yang perlu untuk menyatakan sesuatu dan gambar hanya memainkan peranan untuk ceritakan segala-galanya.
Jadi, itulah dia. Pada hari rabu, post sahaja apa-apa gambar tanpa ada sedikit penyataan. Senang cakap, "biar gambar menceritakan segalanya".....hehehe. Melalui gambar kita boleh tau apa yang berlaku pada hari itu.
So, saya kan mulakan pada hari ini....yeah!!
p/s: kalau hari-hari post gambar je, boleh buat cerita tak?
Posted by ika alwee at 2:36 PM 2 comments
Sunday, October 16, 2011
Mari Mengenal Diri...YEAH...!!!
Salam.
Mari kita mengenal diri.
Cukup kenalkah anda dengan diri anda?
Siapakah anda disebalik diri anda?
Adakah anda adalah seperti yang sering dinyatakan?
Atau, adakah anda menjadi diri anda sendiri?
Mari kita jawab persoalan tersebut dengan sedikit tip dari Dr Fadzilah Kamsah.
Tips ini saya dapat dari laman sesawang. Jadi saya pinjamkan ke blog saya untuk dikongsi kepada yang sudi membaca.
Credits....tq.
Mari mulakan.
1)Pemimpin
2)Lembut
3)Kemas (cerewet)
4)Rajin
5)Boleh berbincang
6)Angin
7)Patuh
8)Bisnes
9)Glamour
Caranya mudah sahaja.
Contoh: 16081987 <tarikh lahir saya.
Campur tarikh dahulu untuk dapat kotak pertama.
Contoh: 1+6 = 7
Jadi kotak pertama saya adalah 7.
Kemudian campurkan kesemua nombor tarikh lahir.
Contoh: 1+6+0+8+1+9+8+7 = 40
Hasil nombor yang lebih dari sembilan(9) dicampur lagi untuk dapatkan kotak kedua.
Contoh: 4+0 = 4
Jadi kotak kedua saya adalah 4.
Selepas itu kotak pertama akan dicampur dengan kotak kedua.
7+4 = 11
Sekiranya hasil campur lebih dari sembilan(9) sila campur lagi.
1+1 = 2
Maka kotak ketiga saya adalah 2.
Kesimpulannya....
7 - Patuh
4 - Rajin
2 - Lembut
Jadi, itulah diri saya.
Hahahha....boleh jadi betul boleh juga tidak.
Cubalah....
p/s: patut la asyik sentap je...patuh sangat....hhmmmpphhhh....
Posted by ika alwee at 12:40 AM 2 comments
Friday, October 7, 2011
Diari kanak-kanak perempuan??
Salam...
Kanak-kanak perempuan...terbayang muka budak-budak perempuan yg comel... Comel belako...hahaha.
Saya? Boleh la kot dalam kategori tu...hak3...Jeles!!
Sekarang dah besar hilang la sikit kecomelan yang ada.....Damn....
Kanak-kanak perempuan dulu suka sangat beli diari. Ala, buku yang cantik colour-colour tu... Kalau yang mahal sikit siap ada mangga lagi...kunci diari tu. Konon tak ada siapa boleh baca. Rahsia....
Nak lebih upgrade sikit dari orang lain, belilah yang ada bau wangi-wangi pulak... Kalau tak cukup wangi, tabur la bedak...hahaha.
Lepas tu, bawa pergi sekolah... Sebab kalau tinggal dekat rumah nanti ada orang lain baca..
Kalau tak nak bawa pergi sekolah sebab takut kena rampas, sorok la dekat mana-mana tempat yang strategik dalam bilik tu. Kalau bawa pergi sekolah, budak lelaki nampak mesti curious..nak tahu sangat ape yang ada dalam diari tu...mulalah proses rampas merampas, sorok menyorok barang orang. Sibuk je...
Nak tahu apa yang ada dalam diari budak perempuan ni?? Meh sini nak bongkar satu persatu...
Sebenarnya bukan ada benda penting sangat pun...
Benda yang wajib ada dalam diari tu....
Kadang-kadang bukannya seorang budak perempuan, satu diari... Boleh jadi, seorang budak perempuan memiliki lebih satu diari.. Diari kedua dibeli sebab nak buat sesi luahan perasaan dan cerita...
Tapi saya tak ada diari luahan perasaan ni, sebab saya jenis pendam... Diari pun tak boleh tahu perasaan saya.
So, saya bagi contoh diari luahan adik saya..
Belek punya belek, ada la luahan perasaan dia dekat kawan-kawan waktu sekolah dulu...
Tak boleh nak ingat sebijik-sebijik apa benda yang dia tulis sebab diari tu pun dah tak ada...
Antaranya..."I like.....(can't remember the name)...." lepas tu..."I hope he will like me..."
Whatsoever...macam-macam la...
Sebenarnya memang best kalau ada this kind of thing..sebab bila baca balik memang boleh tergelak.
Sekarang dah ada macam-macam teknologi...dalam handphone pun boleh luah kan perasaan...
Tapi kaedah yang dulu walau sudah kuno, tapi itu yang best....
p/s : "kaler ape biodata ko?"....carilah muka surat mana bioadata aku....ehehhe...
Posted by ika alwee at 2:18 PM 2 comments
Tuesday, October 4, 2011
Perhatian pemandu.....!!!
Salam.
Entry kali ini, saya nak cerita pasal penumpang dan pemandu.
Setelah sekian lama memendam idea dan pendapat baru sekarang dapat luahkan. Hahaha.
Ok...yup! Saya seorang pemandu. Saya mempunyai lesen memandu dan telah lama berkhidmat dengan kereta bermula pada tahun 2005. Jadi keseluruhannya telah 6 tahun saya bergelar pemandu. Sepanjang 6 tahun itulah saya telah mengalami macam-macam tekanan perasaan bergelar seorang pemandu. Sepanjang 6 tahun itu jugaklah saya telah menghamburkan kata-kata yang kurang enak bila sedang memandu. Uuuwww.....Hahaha.
Tapi semua tu bersebab, bukan saja-saja nak cakap **%$#@&&!!!
Kadang-kadang memandu ni memerlukan banyak kesabaran.
Banyak sebab kita terpaksa bersabar.
1) Sebab jalan sesak.
2) Sebab jalan yang mencabar.
3) Sebab masa yang laju meninggalkan kita.
4) Sebab pengguna jalan raya yang lain.
5) Sebab keadaan muka bumi yang sungguh unik.
Sebenarnya banyak lagi sebab musabab yang memerlukan kita bersabar ketika memandu.
Ketika memandu keadaan yang paling saya tidak berkenan adalah tentang pengguna jalan raya yang lain. Tetapi banyak juga keadaan yang kadang-kadang buat saya rimas untuk memandu dengan selesa.
Pemanduan secara solo adalah kebebasan tetapi sangat berisiko.
Pemanduan secara berduet adalah terbaik tetapi amat mendebarkan.
Pemanduan secara trio adalah sesuatu yang merimaskan.
Pemanduan secara ''full house" adalah sesuatu yang TERTEKAN!!!!!!
Jadi yang mana satu pilihan terbaik???
Pilihan yang pertama sangat berisiko sebab :
Kalau untuk layan perasaan ketika memandu memang syiok, tapi bila menghadapi saat-saat kesukaran, sangatlah menyedihkan...uw uw uw...banyak perkara yang tidak kita jangka boleh berlaku...
Pilihan yang kedua mendebarkan sebab :
Bila memandu ada orang dekat sebelah ni, kita kena lebih berhati-hati sebabnya kita tengah bawa dua nyawa sekaligus. Belum lagi ditambah nyawa-nyawa kiri kanan depan belakang kenderaan kita.....Nak-nak pulak yang penumpang ni banyak komen tentang pemanduan kita.
Pilihan yang ketiga merimaskan sebab :
Dah..tambah lagi satu nyawa. Pulak tu kalau yang duduk belakang tu suka duduk tengah-tengah sambil siku letak atas kerusi depan. Tambah pulak dengan kepala besar gedabak!!! Nak tengok rear-view mirror pun payah, nampak muka dia...lagi rimas. Hahaha.
Pilihan yang keempat tertekan sebab :
Dah berapa nyawa lak kita nak consider tu??? Lepas tu, tekan minyak banyak-banyak pun tetap sama je kelajuan....ditambah pula dengan huru-hara yang meriuhkan keadaan ruang tertutup tu....hhuuiii..meriah!!! So, keselesaan tu boleh jadi 30% je kot.....
Kadang-kadang tu, bila kita sebagai pemandu lebih berhati-hati pun tetap dapat komen penumpang disebelah.
Kalau slow...."apsal kau selllooowwww...sangat nih..."
Kalau laju..." wooi...fast n furious ape!!!"
Kalau lampu isyarat nak tukar merah...."jalan je...sempat..cepat.....!!!"
Kalau salah masuk garisan..."banyak nye side ko amik...."
Kalau brek mengejut...." pening aku nek kete dengan ko..."
Ha, tension tak? Kadang-kadang kita yang memandu pun pernah juga jadi penumpang...macam tu juga la kita bila tengok orang lain memandu. Ada je yang tak kena.
Jadi apa yang boleh kita lakukan adalah baca doa sebelum menaiki kenderaan...tak kisah la kereta ke, motor ke, keretapi ke, motoboat ke, ferry ke, kapal, kapal terbang mahupun roket. Semuanya memerlukan doa ketika kita menaikinya...
Selebihnya kita serahkan pada budi bicara masing-masing.....
Hehehe...
p/s: nak masuk simpang bagilah signal!!!!!
Posted by ika alwee at 4:14 PM 5 comments