BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Friday, November 18, 2011

Bukan saya yang pergi meminang....

Salam.
Sebelum sempat saya memberi tajuk untuk entry kali ini, saya rasa better saya cerita dulu apa yang telah tersimpan dekat neuron otak ni...sebab kalau lambat-lambat takut hilang idea.

So, entry kali ini saya nak cerita pasal kahwin...
Aha...iye, serius pasal kahwin. Tapi bukan perkahwinan...ia cuma kahwin.
Ok, last week saya ada attend satu majlis kahwin ex classmate. But the thing is, saya tak nak bercerita pasal kenduri kahwin orang tapi nak bercerita apa yang telah berlaku selepas itu.

Lepas balik dari kenduri (di Perak), suddenly my makcik started to ask me about the wedding...
Makcik : "Siapa kahwin...?" (hah, in a very nice tone)
Me       : "kawan sekolah...." 
Makcik : "ooo..sekolah sini lah? sebaya kamu?"
Me        : "Aah...sebaya. Die dah keje..kat kl..."
Makcik : "Ooo...kamu tak ada boyfriend ke ika?" (Hambik!! tetiba je..)
Me       : "Tak ada....kawan-kawan aje adalah..."

Then bla..bla..bla.yang special tak ada ke?? then bla...bla....bawak la jumpa mak...then bla..bla...
But in the middle of that BOHSAN conversation, my emak interrupted.
My Emak : "haha, mak pun tak tanya pasal ni Mak **** plak tanya-tanya" (lebih kurang mcm ni lah ayatnya).

Yes!! Ada jugak orang back up.
So, the thing is... Saya tak kisah if people nak tanya soalan yang tah hape-hape ni kan...but it kinda annoying. Really! Seriously! Even my family pun tak pernah nak tanya except my adik yang sangat penyibuk la..but it's okay la sebab she is my adik....Saya kongsi rahsia dengan my adik...my adik kandung lah.
Ok, fine she is my makcik. But, saya tak kongsi cerita peribadi dengan my makcik.

Jadi apa yang terbaik saya buat adalah, saya hanya senyum bila ditanya soalan macam itu.
Helllloooo...bukan saya tak mahu kahwin. And helllloo....tak ada boyfriend doesn't mean kita tak akan kahwin. Cuba fikir secara bijak. Kalau percaya pada Tuhan, so automatically pecaya jugalah pada takdir,jodoh, maut dan semua qada' and qadar yang Dia dah tetapkan.

Ok fine, after my future dot dot dot (what we call as bakal) dah habis belajar, I will ask him to pinang me..personally! Ya, saya sendiri minta. Bunyi macam tak malu...tapi kalau dah nak sangat kan....buatlah macam tak sabar-sabar.

Tapi saya tak akan buat tindakan yang sangat desperate macam tu. Kahwin muda atau lambat, it's up to jodoh and usaha seseorang tu.
Ada setengah kata kahwin muda untuk elak maksiat. For me thats nonsense...!!! If you kahwin muda pun banyak maksiat lain boleh terjadi.  Alasan macam tu sepatutnya tak boleh guna sebab maksiat tak akan terjadi kalau kita sendiri tidak mendekatinya.
That's why saya suka hubungan yang betul-betul pasti. Bukan menjalinkan hubungan yang tidak ada hala tuju atau membuat hubungan yang hanya sia-sia.

Dan oleh sebab itu, saya tangguhkan title "in a relationship" sehingga benar-benar pasti itu jodoh saya. Saya tak nak benda yang membazirkan, yang meletihkan dan mengecewakan berlaku dalam hidup.

Bila tiba masa, itulah masa itu. Kalau masih ada yang bertanya soalan macam itu, jawapan saya " bukan saya yang pergi meminang orang".

p/s: bila tiba masa itu, itulah masa saya...haha...apekebenda lah! oh, and makcik..sorry sebab bunyi macam marah je dekat makcik, but then i realized makcik yang pelihara I waktu I masuk asrama. Thank you Makcik. Nanti kahwin insyaAllah Makcik ada dekat majlis tu...:-)

2 comments:

indahhiasan said...

ko pon dah kena tanye soklan mcm ni?aku pun dah..tapi mak aku sporting..kakak aku je yang gedik suh aku kawin...

ika alwee said...

ahhaha..
sbb kakak2 ko dah kawen..sbb tu tny ko, turn ko mkot skang...hehhe.
aku abg x lepas lagi...so rilek jap..hahha