BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, November 26, 2011

Pulangkan...

Salam..

Entry kali ini, saya nak kongsi sedikit suka duka menjadi seorang yang bermurah hati.
Pernah tak korang menjadi seorang yang sungguh pemurah dan budiman?
Kalau saya, banyak kali kot....Hahaha...Bukan nak bangga sangatlah......tapi benda macam ni, kalau orang puji memang la bangga tapi kalau yang ambil kesempatan, dah jadi macam orang kena cucuk kat hati je.

Ok, tak salah kalau nak jadi seorang yang pemurah. Perbuatan ini sangatlah menambat hati mana-mana orang.
Tapi bila bab yang baik-baik ni memang ada je risikonya. Sampaikan satu tahap rasa nak jadi orang kedekut.
Sebenarnya, besar ganjaran bagi sesiapa yang mengamalkan sifat bermurah hati. Begitu juga dengan kedekut, ada ganjarannya.
Kedekut ni, boleh la kalau nak kategorikan dalam kedekut baik dan kedekut jahat atau kedekut gilerrr... Kedekut biarlah kena pada tempatnya. Begitu juga dengan pemurah.
Pemurah bukan hanya kerana meminjamkan wang tapi dalam bentuk lain juga ada. Kadang-kadang bukan wang sahaja yang boleh jadi isu, barang lain juga boleh dikira sama. Contoh, buku...pakaian...dll. Tapi yang paling popular...wang!

Tak perlu nak bebel panjang-panjang, so straight to the point lah.

Suka duka seorang pemurah.
1) Bagi pinjam, tapi si peminjam buat tak tahu je bila sampai tempoh barang perlu dipulangkan.
2) Takut nak minta semula apa yang dipinjamkan, nanti kata tak sabar-sabar pulak....
3) Maniskan mulut degan kata-kata positif bila diberitahu hutang akan dibayar bulan depan. (sedangkan dah berbulan 'bulan depannya')
4) Kalau letak tempoh, nanti kata macam tak ikhlas pulak..
5) Bila tak dapat beri apa yang nak dipinjam, takut dilabel kedekut.
6) Kerap jadi penipu pada diri sendiri dan orang lain, bila kata "eh..takpe lah..tak kisah pun...bukan nak guna sangat pun.." Padahal........
7) Fobia bila dengar masalah orang yang mengalami krisis kewangan.
8) Otak diserang tension bila memikirkan barang yang dipinjam tak sampai ke tangan..(kalau berkurun?)
9) Main tarik tali dengan "nak halalkan ke...atau nak minta balik?"
10) Kerap men'psiko' kan diri sendiri..."kalau ada, rezeki aku..kalau tak da, bukanlah tu..."

Jadi, apa yang saya amalkan..adalah nombor 10...Itu je lah yang termampu....

p/s : macam ne plak anda dengan PTPTN?? gulp...!!

0 comments: