BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Saturday, October 30, 2010

Membela haiwan

Meow3...bunyi kucing.
Kokokokokkkk...bunyi ayam.
Erm...bunyi kura-kura tak tahu pulak macam mana.
Hahaha.

Becerita mengenai haiwan ni, memang terasa sebenarnya nak membela semula. Antara haiwan yang pernah saya bela adalah ikan(kategori haiwanla kan), ayam dan kura-kura. Itu sahaja. Sikit sangat.
Tapi kalau tanya orang, mesti ramai yang pernah membela kucing. Bestnya bela kucing. Saya tak boleh bela kucing sebab dulu saya tak berminat nak bela kucing. Macam susah je. Sekarang bila dah suka kucing (akibat kucing-kucing comel dirumah Wani) tetap tak boleh bela juga. Sebabnya kawasan kejiranan saya tidak diizinkan untuk membela binatang seperti itu. Tapi ada je yang bela. Boleh pulak? Sorok-sorok la tuuu...huhuh.

Waktu kecik-kecik dulu, saya bela ikan. Ikan puyu, ikan laga..pastu ikan kecik-kecik tu(ape tah namanye). Sekarang dah tak ada semua ikan dulu..Kebanyakkan nya mati. Tangan saya bukan tangan untuk membela haiwan seperti itu kot. Hahaha. Dulu jenuh jugak la kalau nak tukar air ikan tu. Malas je kadang-kadang. Lecehla... Tapi kalau tak tukar, busuklah jawabnya akuarium kecil tu... Pastu tiap masa kene tengok keadaan ikan tu pulak.. Kene selalu alert untuk bagi ikan tu makan. Kalau tak, dah kurus kering ikan tu. Hehe.
Kadang-kadang terlebih bagi makanan dan akhirnya membuatkan air ikan tu jadi kotor. Kene la tukar..nanti busuk.
Kadang-kadang saya suka laga-lagakan ikan tu. Caranya dekatkan balang ikan tu. Ikan laga la paling best kalau nak lagakan...Sebab tu ikan laga tak boleh letak dalam satu tempat yang sama. Mati kang salah sekor. Tak pasal-pasal.

Ha, saya pernah bela ayam. Ayam katik. Kecil sahaja. Dalam dua ekor. Datang dari kampung. Ayam ni takut nak pegang. Nanti dia kejar, main patuk-patuk. Ayam ni comel sebab kecil. Tak macam ayam bandar lain. Ayam ni pernah bertelur..Ayam ni selalu sangat pergi terbang ke rumah jiran. Mentang-mentang dah boleh terbang. Pagar belakang rumah pun boleh lepas. Hahaha. Waktu ayam ni bertelur tak sempat nak tengok telur-telurnya menetas. Sebab kami sekeluarga berpindah dan serahkan hak penjagaan ayam kepada jiran. Dengar cerita membiak banyak ayam-ayam katik ni.hehhehe.

Lepas dah puas bela ikan dan ayam, saya tak bela apa-apa dah. Hampir 4-5 tahun jugak la. Bila dah start belajar semula, saya sepakat dengan kawan-kawan untuk membela seekor kura-kura. Hampeh, ni semua gara-gara housemate saya yang gila membeli kura-kura. Dah jadi macam musim kura-kura. Demam kura-kura pun boleh.Hehe.

So, apalagi. Kitorg pun pegi la beli kura-kura.. Memula seekor. Lepas tu tengok sunyi je kura-kura sekor ni, belilah lagi satu. Yang kecil sedikit. Tapi tak ingat la apa nama kura-kura tu. Ingat yang seekor je. Lulu namanya. Sebab namanya sama macam nama samaran kawan saya (dak Wani tuh la sapa lagi).
Lama juga lah membela kura-kura ni. Kalau musim cuti sem, kami bawa pulang kura-kura ni. Kalau tinggal kan tak ada siapa nak jaga, bagi makan...kesian. Bawak balik rumah, kene la juga selalu bersihkan tempat tinggal nya tu. Kura-kura kene selalu cuci, sebab kalau tidak badannya akan jadi berlumut..
Mula-mula tu geli jugak nak pegang. Sebab kakinya tu. Asyik gerak-gerak.Heheh. Tapi bila dah lama-lama, sudah biasa...Akuariumnya, kitorg hias cantik-cantik. Siap ada jambatan lagi.Hehee.

Saya dan kawan baik saya (Wani Lulu), bela kura-kura tu sampai kura-kura dua ekor tu besar. Besar mana tah, tapi memang besar la pada pandangan mata kitorg.
Sampailah satu hari tu, kesian tengok binatang ni tak bebas. Sebab dah besar, tak ada ruang untuk kura-kura ni bermain atau meneroka..Jadi kami ambil keputusan untuk melepaskan dua ekor kura-kura ni ke tempat yang sepatutnya.

Mula-mula sedih, sebab walaupun binatang ni macam tak sesuai di buat manja-manja, tapi kalau dah bela lama memang sedih la nak lepaskan. Berat juga nak buat keputusan. At last, kami bebaskan juga. Kami ambil keputusan lepaskan kura-kura ni ke FRIM. Dekat situ ada kolam kura-kura. Boleh la kura-kura ni jumpa kawan-kawan depa kat situ..eheheh.

Nak bawa masuk ke FRIM sorok-sorok, sebab lepaskan binatang tanpa izin.Shhh...
Kami bawa guna kain. Lepas tu dah sampai, kami bagi la ucapan terakhir buat kura-kura ni.Hehee. Dan kami pun campak la dalam air (nak lepaskan slow-slow takut lari tah kemana). Lepas tu tengok la kura-kura tu berenang ke sana ke mari..Bebas..Kolam besar. Jumpa kawan-kawan baru..Best je.

Tapi betul lah kata sesetengah orang. Haiwan yang dibela(tidak kisahla haiwan apa), mereka kenal tuan mereka. Kami pergi ke sebelah sana, kura-kura tu datang jengah kepalanya ke luar air. Best je, kura-kura ni kenal tuan nya. Setiap petang kami datang melawat. Lama-lama dah tak datang sebab sibuk belajar. Tak apalah, pandai-pandailah haiwan ni berdikari. Jumpa kawan-kawannya. Bebas.

Sekarang ni, saya suka tengok kucing belaan Wani Lulu ni. Comel sangat. Sebab masih kecil. Dah besar mesti tak comel dah. Hahaaha.
Main-main dengan kucing. Best je lepak rumah kawan berbanding rumah sendiri. Rumah sendiri bosan sebab tak ada apa yang boleh dibuat untuk hiburkan hati. Kawan pun tak ada. Kawan jauh-jauh. Saya sanggup bawa kereta jauh-jauh untuk pergi rumah kawan saya untuk gembirakan hati. Hati rasa bebas bila tak ingat apa-apa masalah.

Haiwan juga perlukan kebebasan seperti mana manusia.
Bebas bermain, bebas meneroka....

p/s : abg saya pernah bela kura-kura. Katanya sampai kura-kura tu besar..besar sangat dan akhirnya lepaskan juga di FRIM. Dia pernah buat racing dengan kura-kuranya. Ada ke patut..ish3...Baik buat racing antara arnab dan kura-kura. Heheh.

Friday, October 29, 2010

Sesekali terkenang, apa salahnya..

Yeehhaa...
Bukan kerana saya gembira yang menyebabkan saya bermula dengan perkataan "YEEHHAA", tetapi itu adalah salah satu sorakan yang lazim disorakkan oleh seorang yang bergelar kanak-kanak. Seringkali bila gembira pasti terselit perkataan "Yeehhaa.." Saya dulu watu kecil pun macam tu juga. Sekarang pun saya rasa, masih macam tu juga. Sekarang dah remaja dan mungkin setengah orang dah anggap sebagai orang dewasa. Tetapi saya lebih suka kalau digelar sebagai remaja. Sebab saya takut nak menghadapi alam dewasa tu. Sudah 6 tahun saya meninggalkan alam persekolahan dan sememangnya layak digelar sebagai orang dewasa. Tapi, secara jujur fikiran saya kadangkala macam kanak-kanak dan kadangkala bertindak sebagai remaja.. Sebab saya belum matang dalam berfikir. Saya sebenarnya takut nak dianggap dewasa. Berat tanggungjawab sebagai seorang yang dewasa.

Hurm, dalam dua bulan lagi akan masuk tahun baru. Dalam dua bulan lagi umur saya meningkat(secara teknikalnya). Sediakah saya menghadapi hari-hari mendatang dan melangkah ke alam dewasa?? TIDAK!! Saya masih perlukan masa untuk bergembira sebagai seorang remaja. Saya tak nak jadi 'orang besar'!!!!

Bila dah dewasa, saya pasti rindu zaman kanak-kanak saya. Zaman kanak-kanak antara zaman yang paling seronok!! Bagi saya, menjadi kanak-kanak adalah hadiah yang cukup sentimental dari Allah. Saya bersyukur sebab saya dapat menempuhi zaman kanak-kanak dengan seronok sekali. Cuma tidak berapa cemerlang je..Hehehe.

Satu hari, dengan tiba-tiba sahaja fikiran saya terbayang waktu saya menghabiskan masa kanak-kanak bersama family. Lebih-lebih lagi dengan adik saya. Satu-satunya 'disaster' yang saya ada. Hahaha. Dialah racun, dialah penawar. Hye Tya!! How u doin'??hehe.
Saya ingat lagi, dulu waktu 'kecik-kecik', kami suka bermain benda yang orang dewasa selalu buat. Apa benda ya?? Kami suka main kerja-kerja. Lebih best kalau disebut dalam bahasa saya "main office-office". Hehehe...Kalau time cuti sekolah memang syiok ah main permainan ni...Cara-cara bermain;
1) Memula cari port dalam rumah sebagai office kitorg
2) Dah ada port, get ready cari equipment untuk office masing-masing. Cth: telefon,meja dan beg bimbit.
3) Bila dah cukup ready, lantik salah sorang untuk jadi Boss. (kami suka main watak pekerja biasa manakala Boss adalah "Boss ghaib"-pura2 ada).
4) Permainan dah boleh dimulakan bila semua dah ready.

Hahha..macam tu lah kiranya cara bermain. Tapi, normally kami main dalam jangka waktu yang agak singkat. 15-30 minit. Paling singkat 5 minit, sebab secara logiknya permainan ini agak bosan. Antara penyebab kebosanan, adalah kerana kekurangan pekerja. Ang ngadap aku, aku ngadap ang. Bosan.

Selain dari main "office-office", kami selalu juga main sekolah-sekolah. Haha..macam-macam. Main sekolah-sekolah paling best kot... Sebab permainannya mudah. Macam kita pergi sekolah. Cuma kami suka pakai pakaian berlainan jantina. Dah puas pergi sekolah pakai baju kurung. Apa lagi, time main-mainlah dapat merasa pakaian sekolah lelaki. Salah satu cara untuk dapat pakaian lelaki, dengan merembat baju-baju teruna di rumah kami iaitu baju abang kami lah!!! Semua pakaian dia, kami rembat. Baju melayu, kemeja...singlet..seluar..semualah.Hahahahaha...
Kadang-kadang bila agak bosan, ada lagi permainan yang kami sempat ciptakan. Main "jual-jual". Yang ni lagilah kelakar. Cara bermain memerlukan kami untuk berada di dapur. Sebabnya barang-brang jualan adalah berasaskan barang-barang dapur seperti kuali, periuk, pinggan plastik, penimbang, beras dan yang seangkatan dengannya. Sebelum bermula kena juga ada persediaan. Cari port, buka kedai. Ha, paling best permainan ni memerlukan anda bermain dengan duit dan kalkulator. Duitnya tak perlu besar. Buat duit sendiri sudah. Nak lagi real, ambil duit "Jutaria". (Dulu Monopoly mahal nak beli). Apa lagi...mainlah.. Salah sorang jadi penjual atau pembeli. Tapi kami tetap mahu jadi penjual dan pembelinya, macam biasa "Pembeli Ghaib"..hahaha. Budak-budak kalau cakap sorang-sorang tak pelik pun...hehehe.

Selain dari adik saya, ada juga pengalaman saya bermain dengan abang saya yang seorang ni...Kami 3 beradik kalau berkumpul time cuti sekolah (sebab abang dulu duduk asrama), pasti akan bermain....PERANG-PERANG!!!!!! Permainan selamat..sebab hanya dalam rumah sahaja.

Dulu hidup tidak berapa mewah(sekarang pun bersederhana juga), ada kerusi kayu. Kerusi yang guna kusyen tu...kami tak ada sofa. Dengan kusyen yang ada tu lah kami buat kubu. Kira tempat perlindunganlah. Permainan ni tak ada geng. Nasiblah berjuang sorang-sorang. Tapi kadang-kadang kesian, saya dan adik akan jadi geng. Sebab saya sangat lemah, dan abang beri peluang untuk saya ada geng dan berbalas serangan dengan dia yang konon terer untuk mempertahankan diri sorang-sorang. Berlagak tuuuhhh.... Tapi saya dah lupa kami serang pakai apa..hahaha. Tak berapa nak ingat dah..Nanti saya kena tanya diaorang semula.Hehe.
Permainan ni sebenarnya memerlukan kerajinan. Kerajinan untuk letak semula kusyen ke tempat asal sebelum 'Mam Besar' balik dari office...Kalau tidak..sediakan telinga anda dengan peluru yang memedihkan. Hehehe.
Biasalah..ibu mana yang tidak pernah berleter...Biarkan sahaja..suatu masa nanti dah tak ada pasti anda akan rindu. :-( ...

Kalau petang-petang pula, kami kadang-kadang suka main bola sepak. Dekat saje...depan rumah. Betul-betul depan rumah, masih dalam rumah..iaitu ditempat letak kereta. Itu pun nasib kalau ayah pergi kerja dengan kereta. Kalau tidak, main luar rumah dengan basikal pula. Macam-macam..sebab dulu tidak berapa bahaya kalau budak-budak main luar rumah tanpa orang dewasa. Kes dulu tak banyak...Sekarang?? Kanak-kanak harus lebih berwaspada. Sebab itu dulu seronok jadi kanak-kanak...

Sekarang semua sudah berubah. Masing-masing sudah dewasa. Mungkin tiada hati lagi nak bermain macam dulu...Duduk pun dah jauh-jauh..Masing-masing mengejar impian dan cita-cita...Macam mana agaknya bila semua dah berkahwin??Jarang sekali bersua muka..Mungkin hanya pada hari-hari penting sahaja. Selebihnya banyak dihabiskan dengan berbual di telefon atau hanya melihat perkembangan melalui 'muka buku (Facebook)' masing-masing. Tapi kami masih adik-beradik. Tetap berkongsi pinggan, cawan..dan duit. Hehe. Saya dah menjana pendapatan sendiri...Hulur-hulur sikit..Banyak kadang-kadang..

Bila terkenang zaman kanak-kanak atau alam budak-budak, membuatkan saya menjadi rindu untuk kembali ke zaman macam tu. Sesekali saya juga terasa sangat bersyukur sebab berpeluang melalui zaman tu. Walaupun ketika tu, hidup kami sekeluarga tidak lah sesenang sekarang, tapi masih cukup untuk membuat perkara-perkara yang mengembirakan. Masih berpeluang pergi berjalan-jalan...dan paling best dapat merasa kereta sendiri. Kereta kancil adalah kereta pertama yang parents saya beli. Waktu mula-mula kereta tu keluar..dah beli..Fuyyyo...bangga walaupun kereta kancil..ehehhe. Sekarang kancil tu dah tak ada..dah dijual waktu kami semua berpindah ke luar negara. Rezeki mak saya membuatkan kami sekarang hidup dalam keadaan yang serba kemampuan. Alhamdulillah. Boleh la kalau nak melaram sikit-sikit. Tapi kene tetap berjimat cermat. Masa akan datang tak siapa tahu kan?

Hidup perlu diteruskan. Tidak selamanya kita mahu jadi 'budak-budak'. Perlu melangkah lebih panjang, perlu berjalan lebih jauh, perlu melihat lebih ke depan, dan perlu berfikir lebih matang. Hidup sebenarnya indah, tidak kiralah di zaman apa pun. Sebab kita sebenarnya yang mengindahkan hidup itu sendiri. Jika kita mahukan pengakhiran yang indah, bermulalah dengan indah. Setiap saat buatkan sesuatu itu menjadi indah. Kadang juga, perjalanan tak semestinya lurus. Kadang-kala kita juga akan terpesong dari landasan asal namun bukan alasan untuk terus di situ. Berdiri semula dan cari kembali jalan yang seharusnya lurus itu. Pengakhiran belum nampak jika belum tiba masanya. Wallahualam...

*Bawah ni, sedikit tatapan untuk mereka yang aku sayang.."Air dicincang tak akan putus". I love both of you..











p/s: Hati mesti mau muda walau wajah sudah tua...

Wednesday, October 20, 2010

Rumah Manis Rumah

Salam..

Rumah manis rumah atau lebih berbahasa "Home Sweet Home"...
Isnin bersamaan 18-10-2010, saya telah selamat menjejak kaki ke bumi Malaysia semula.. Selama 10 hari di perantauan, memang tak sabar sebenarnya nak balik rumah semula. Bukan tidak seronok, tapi hujan batu tu lagi best rasanya..hehehe.
Banyak pengalaman di sana bercampur kenangan. Banyak hari dihabiskan dengan berjalan-jalan serta membuat lawatan sambil belajar. Belajar memahami budaya kehidupan orang di sana.
Cairo, bukanlah bandar yang menarik kalau nak ber-'shopping' buat girls especially... Sebab Cairo  penuh dengan sejarah. Paling popular kisah kehidupan Firaun dan juga kisah nabi-nabi Allah. Cairo sebuah tempat yang penuh dengan penceritaan sejarah kehidupan manusia dahulu kala dan paling tepat sesuai untuk mereka yang meminati sejarah!! Peminat-peminat kipas mati (die-hard fans) sejarah silalah jejakkan kaki anda di sana... :-)
Pembangunan di Cairo tidak sehebat Malaysia yang tersusun dan terancang. Kehidupan sana boleh digambarkan sebagai negara yang baru lepas perang!! Geeezz...dengan bangunan yang macam tak siap, kesesakan jalan raya yang macam sardin dan suasana seperti lepas dilanda ribut taufan. Bayangkan dengan jumlah penduduk menghampiri 2 juta dalam satu bandar sahaja. Fuhh...macam manalah dorang tadbir negara tu kan. Kalau dilihat dengan cara pemanduan orang di sana, kalah la mat-mat rempit dekat sini. Sana lagi hebatlah... Siap boleh buat racing lagi!! Tak hairanlah kalau nampak kereta-kereta mewah dekat sana yang kemik dan calar balar.. Orang dekat Malaysia ni, pakai kereta import dah berlagak. Apa la sangat. Nak dibandingkan dengan negara luar tu, dorang lagi stylo!! Kereta berhabuk, tuan ber-kot. Fulamak... Paling respect perempuan sanalah. Memang salute lah dorang berani bawa kereta dengan cara pemanduan yang sangat tidak berhemah(bak kata orang kita). Kalau saya, memang tak beranilah. Nak pula waktu nak mencelah tu...haiyakkk...!!!

Ha, lagi menarik adalah cerita tentang flight saya dari Kuwait ke Cairo. Pesawat telah menghadapi masalah. Dalam pada kelajuan untuk mececah udara, tetiba je terus slow dan akhirnya berhenti di tengah landasan. Sebab yang diberitahu oleh pilot tersebut adalah "Refuel".. WTH.. bukan ke sepatutnya isi minyak sebelum nak berlepas.. Memang ada yang tak kenalah dengan alasan macam tu. Ramai juga yang mengamuk dalam flight tu sebab tak boleh terima alasan macam tu. Paling kecoh ada seorang perempuan Arab ni. Haha...memang curi perhatian betul la cara dengan mengamuk dan lawan cakap dengan steward dalam flight tu. Hehehe... Apa-apa pun selamat juga mendarat di Cairo... Mungkin pilot tu tak nak bagi tahu perkara sebenar. Takut ada yang lagi cuak nanti. Mereka lagi pakar dan lebih tahu.

Sebelum pulang ada juga beli sedikit buah tangan untuk kawan-kawan di Malaysia. Kepada yang tidak dapat, maaflah. Mungkin ada sebab saya tak dapat bagi. Ada rezeki adalah... :-)

Yea...selamat juga tiba di Malaysia, dan akhir kata..."Rumah Manis Rumah"!!!!

 "Suasana dekat al-Khalily..pasar sinilah banyak barang untuk cenderamata.."

 "Makam Luqman al-Hakim dalam Masjid Daniel"

"Salah satu piramid yang dapat saya masuk..panas dalam ni..

   " salah satu piramid yang masih kukuh"

  " Tiga piramid yang masih kukuh"

" Dekat dengan Sphinx"

 " tugu pejuang Anuar Saddat"

"sebelum masuk ke muzium yang mengandungi macam-macam barang purba dari zaman Firaun..termasuk keranda dan mumia sekali!!!"

 "belakang saya adalah Sungai Nil !!"

  ''Dalam sebuah perpustakaan tertua di Benua Afrika"

p/s : itu sahaja gambar yang boleh saya upload..nak lebih, jumpa secara private. hehehe.... dan kalau ingin tahu lebih lanjut tentang apa yang ada di Cairo, silalah rajin-rajin search internet...Membacakan budaya yang baik....huhuhuh...malas nak cerita lebih..letih la... :-)

Thursday, October 7, 2010

Weirdo

Pelik!! Aneh!!
Haha...
Ada tingkah laku yang pelik? Ada tabiat yang aneh? Adakah anda lain dari sifat sebenar yang anda tonjolkan?
Saya seorang manusia biasa.  Macam-macm sifat yang ada dalam diri saya. Ada yang melihat saya sebagai seorang yang pendiam. Ada yang memandang saya sebagai seorang yang pemalu. Ada juga yang mendefinasikan saya sebagai seorang yang gemar berseloroh. Ada yang menganggap saya mudah dibawa berbincang dan lebih hebat senang untuk diperguna. Malah, tidak kurang juga yang menyifatkan saya sebagai seorang yang gemar membantah.
Saya tidak tetap dalam perwatakan yang saya bawa. Pada yang lebih mengenali saya, mereka tahu siapa saya dan sesekali akan menggeleng kepala jika saya menuruti kemahuan orang di sekeliling saya dengan mudah. Saya sendiri kurang pasti kenapa saya terlalu baik pada sesetengah orang yang kadang kala hanya mahu mengambil kesempatan atas apa yang ada pada saya. Pada saya mudah sahaja kerana saya anggap orang-orang seperti itu terlalu menyedihkan untuk hidup. Mereka bertindak tanpa berfikir, mereka memilih jalan pintas tanpa berfikir, mereka malas untuk berfikir.  Mereka tidak pandai berdikari dan lebih hebat lagi,mereka seperti jasad yang bernyawa tanpa otak!! How pathetic is that??
Oppps..terlampau emosi. Tapi itulah hakikat. Manusia yang mempergunakan atau memperkotak-katik kan kebaikan orang lain. Tapi, hidup kan karma. Allah Maha Mengetahui dan hidup itu sebenarnya adil.
Geezz...saya dah lari dari tajuk asal.
Niat hendak bercerita tentang peragai pelik yang mula timbul dalam diri saya. Saya gemar menari!! Ya, menari!! Tapi secara 'private'. Hehe. Ini bukanlah hobi saya, tapi mungkin menjadi kegemaran saya bila bersendirian. Buka saja radio, dengar pada lagu yang membolehkan saya menari mengikut rentak. Memalukan bila ada yang melihat.Hahahaha.
Saya sendiri tidak pasti bila tabiat sebegini wujud dalam diri saya. Tapi saya tidak boleh elakkan badan saya dari tidak bergoyang jika telinga saya disantap dengan lagu yang menjentik reaksi di otak saya untuk mengerakkan anggota badan saya mengikut rentak. Walaupun di tempat awam. Tapi masih boleh dikawal. Bagus!!
Saya rasa dengan menari(walaupun ntah apa2 punya tarian) , saya dapat hilangkan dan lupakan seketika masalah yang ada.
Jadi, apa yang menjadikan saya seorang yang pelik, adalah saya tidak mempraktikkan apa yang saya ada. Saya ada gitar, tapi tidak pandai bermain. Saya ada laptop, tapi jarang menggunakannya. Saya suka menari, tapi malu hendak tonjolkan. Mereka yang bernasib baik sahaja boleh lihat saya menari. Hahaha...saya sungguh pemalu. Memang pemalu. Teramat pemalu.
Elak dari memalukan diri sendiri. Heheh..!!

Wednesday, October 6, 2010

Menjadi kanak-kanak

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Menjadi si kerdil yang bermain tanah
Menjadi si kecil yang comot dengan aiskrim
Menjadi si pujaan hati orang-orang tua.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Yang naif tentang kehidupan
Yang tuli dengan leteran
Yang buta dengan peperangan.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Menangis ingin perhatian
Mengomel sendirian
Merajuk bila diabaikan.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Tidak mengerti hukum dunia
Tidak memahami cakap si tua
Tidak peduli lagak si bongkak.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Diam menonton tv
Leka bermain sendiri
Bising tatkala bercerita.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Tidak mengerti masalah kehidupan
Tidak mengerti pergaduhan si dewasa
Tidak mengerti permasalahan rumah tangga.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Penuh dengan persoalan
Tak henti dengan pertanyaan
Takjub dengan pembaharuan.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Sentiasa disayangi walau bersalah
Sentiasa dilindungi walau berjauhan
Sentiasa ditemani walau kesepian.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Diambil peduli
Dibelai lembut
Dipeluk erat.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Tanpa beban yang perlu dipikul
Tanpa masalah yang perlu difikir
Tanpa perasaan yang perlu dijaga.

Alangkah indah,
Jika aku masih kanak-kanak...
Tidak perlu beremosi
Tidak perlu memendam
Penuh dengan ketenangan.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Arggh..i just dont wanna grow up!!

Terbang kembali..

Salam..

Buat masa ni, sedang sibuk dengan urusan diri sendiri. Kembali rutin yang dah ditinggalkan lama dulu. Packing barang!! Malas betul. Tapi bila difikirkan, kalau malas tak dapat terbang la jawabnya...Hehehe.

Awal pagi Jumaat yang mulia, saya akan menaiki flight. Geeezz...senak je perut. Ke mana? Saya akan terbang ke bumi yang penuh sejarah pemerintahan Firaun iaitu Egypt. Saya akan berada di bumi Mesir!! 

Lama sudah rasanya tak naik kapal terbang untuk jangka penerbangan yang lama. Kali terakhir 2 tahun lepas.
Saya rasa cukup bertuah kerana Allah melimpahkan rezeki kepada saya dengan cara yang cukup berbeza berbanding orang lain. Saya telah melawat dan menjejak kaki di beberapa buah negara.

Saya telah pergi ke Argentina dan Oman. Dengan secara tidak sengaja telah menjejak kaki di Cape Town,Johannesburg,Dubai dan Abu Dhabi (semuanya atas tiket transit je). Tapi semua tu sangat menarik sekali.
Kali terakhir saya ke Muscat, Oman. Sejak dari itu, saya tidak pernah fikir akan ke luar negara lagi. Tapi rezeki untuk saya melawat dan melihat keindahan ciptaan Tuhan ada juga akhirnya. Alhamdulillah....

Peluang macam ni susah sekali untuk dapat. Alhamdulillah, abang saya berjaya menamatkan pengajiannya di sana dan atas kejayaannya itu, dapatlah saya ke sana untuk menyaksikan hari bersejarah kedua dia(selepas hari pertunangan dia)untuk menggenggam segulung ijazah. Kerana kejaayannya itu juga, dapatlah saya lengkapkan bingkai gambar kosong di rumah untuk diletakkan sebelah bingkai gambar saya yang tersenyum lebar menggenggam segulung diploma. Lepas tu, tunggu gambar adik bongsu pula. Lengkaplah nanti susun atur bingkai-bingkai kosong  di rumah ni...Hehehe.

Perasaan untuk ke sana macam biasa. Tapi tipulah kalau saya kata tak rasa apa-apa. Seronoknya sebab akan dapat melihat salah satu keajaiban dunia di sana. Terfikir juga, macam manalah keadaan di sana.
Semoga semuanya berjalan dengan sempurna sekali. InsyaAllah...

"Ya Allah, aku bersyukur di atas segala nikmat dan rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada keluargaku. Berkatilah segala rezeki ini. Tetapkanlah iman kami sepanjang perjalanan kami di sana agar tidak terpesong niat kami dari asalnya. Ya Allah, Engkau melimpahkan kami dengan rezeki yang tidak pernah hilang. Maka jauhilah kami dari sifat riak dan tamak. Ya Allah, lindungilah kami sepanjang perjalanan kami di sana. Permudahkanlah segala urusan kami di sana. Ya Allah, sesungguhnya kepada-Mu lah kami berlindung dan kepada-Mu jualah kami memohon perlindungan. Amin Ya Rabb, Amin Ya Rabb...Amin Ya Allah..."

Monday, October 4, 2010

Tanaman dalam pinggan!!

Aha...kalau perhatikan tajuk macam mana rupa agaknya??
Tapi itulah hakikat, bila taugeh yang dibiarkan di dapur(tanpa simpan dalam peti ais) terus tumbuh segar.
Macam mana terjadi, aku pun kurang pasti. Waktu aku pergi kerja pagi tadi, elok je rupa taugeh tu. Alih-alih, balik je kerja petang tu, abang aku ajak pergi dapur tengok tanaman mak.. Katanya mak ada tanam taugeh. Sekali aku tengok...ape daaaa...taugeh bertunas dalam pinggan...hahaha.
Balik mak aku pulak, lagi la dia tergelak. Tak ada siapa nak makan. sebab takut, manalah tahu nanti tumbuh segar dalam perut pula. Heehehe....Boleh ke macam tu??
Jadi, untuk melengkapkan keraguan yang sedia ada, aku semakin tertanya macam mana la taugeh ni boleh bertunas dengan segar bugar dalam pinggan ni. Kalau dulu waktu sekolah buat eksperimen kacang hijau, ada guna kapas. Yang ini pakai pinggan kaca. Pelik dan pelik...Memandangkan  sains tidak berapa nak hebat, jadi aku pun 'search' la diinternet...Ini apa yang aku jumpa sekali gus memadam keraguan dan pertanyaan yang berlegar dalam kepala ber-otak ni...
"Tauge atau kecambah ialah biji kacang hijau yang sudah bertunas. Ia boleh ditunaskan dengan merendam kacang hijau di dalam air, menyalirkan air tersebut, dan kemudian membilasnya pada jarak waktu yang tetap sehingga kacang-kacang tersebut bercambah dan bertunas." 
Penunasan

"Lembapan, kehangatan, dan seringnya cahaya matahari yang tidak langsung diperlukan untuk penunasan. Tidak banyak masa, usaha, atau ruang yang diperlukan untuk menumbuhkan tauge.
Untuk menunaskan kacang hijau, kacang-kacang tersebut dibasahkan dan kemudian ditinggalkan pada suhu bilik dalam sebuah bekas. Banyak jenis bekas yang boleh digunakan, asalkan ia membenarkan penyaliran air kerana tauge yang direndam di dalam air reput dengan cepat. Kacang-kacang hijau akan menggembung dan mula bercambah dalam sehari atau dua."
-Sumber dari blog Taugeh Segar dan Wikipedia-


Jadi bila dibaca berulang kali, barulah faham... sebenarnya tak susah nak tanam taugeh ni. Biar je beberapa hari kat dapur dengan suhu yang lembab, dah bertunas taugeh tu.
Nasib baik lah aku tak berapa gemar makan taugeh..
Agak-agak, dalam perut kita ada ke suhu yang membolehkan tauge untuk bertunas?? Takut pulak nak cuba-cuba makan...hahaha..
"Inilah taugeh yang bertunas elok dalam pinggan mak aku"

Sunday, October 3, 2010

Satu percubaan untuk permulaan..

Ehem3..
Bismillah...permulaan sesuatu kerja.
Mati akal??!! Tak tahu nak bermula macam mana..tapi tetap nak bercerita.
Blog. Sudah lama sebenarnya idea nak wujudkan satu blog untuk diri sendiri. Dulu sering kali post blog di laman sosial (Myspace). Kini, dah jarang. Langsung tak buka (senang cerita).
Mungkin tiada masa atau lebih tepat malas..!!
Tapi sekarang nak bermula semula. Apa yang mempengaruhi saya untuk wujudkan satu blog untuk diri sendiri, saya pun kurang pasti. Tiada jawapan yang tepat.
Yang pasti sejak dua menjak ni, memang ada saja idea timbul..Tak kira lah dekat mana. Waktu cuci bilik air pun boleh timbul idea untuk karangkan satu cerita.
sebelum niat kembali menebal, terfikir juga, apa sebenarnya blog? Ada ke orang nak baca? Ada ke masa untuk bercerita? Bila difikirkan semula, tak perlu semua tu. Kepuasan diri untuk meluahkan apa sahaja lebih bermakna dari fikir benda yang ragu-ragu.
"Monolog hati dan akal"... Kenapa saya pilih ayat ni sebagai tajuk blog saya? Senang. Sebab hati dan akal saya sering bermonolog bila saya bersendirian. Apa yang saya karangkan dekat sini pun, hasil monolog hati ataupun akal saya.
Bagi saya, akal sesuatu yang wajib ada dalam diri bergelar manusia. Di situlah pertimbangan bermula. Hati sebagai pendorong. Kalau di baca kisah permulaan hidup manusia, hati di jadikan dari satu tempat yang suci. Nabi Adam a.s telah dijadikan Allah dengan 12 jenis tanah (dr apa yg saya baca). Hati nya dari tanah syurga Firdaus. Manakala kepala tempat letaknya akal adalah dari tanah Baitul-Muqaddis.
Jadi, bila akal dan hati bersatu sempurna lah diri seorang manusia itu. Selebih nya dikawal oleh akal dan hati tersebut.
Kalau hendak diceritakan tentang kejadian Adam, adalah sangat hebat dan tertarik bila dibaca. Panjang pulak lah permulaan saya nanti..hehe.
Bercerita mengenai blog, saya pernah tanya kepada seorang sahabat.(Wani, hai..sebut nama ko jap!!). saya tanya Wani, "Wani, ko x nk buat blog ke??"
Jawapan dari budak Wani, simple dan sangat perasan.haha. "Kenapa orang asyik suruh saya buat blog? Popular sangat ke saya?" Hahahaha...sangat lah hampeh jawapan macam tu.. Itulah Wani..jawapan tak pernah logik. Tapi saya suka dengar. Kalau nak ikutkan dia, katanya saya lagi kelakar..Lantak pi la Wani..hehe.
Apa-apa pun, saya sudah memiliki satu blog..Anda??
Bagi saya, blog yang saya wujudkan adalah untuk tatapan mata saya kala saya bermonolog. Hasilnya saya unjurkan dari hujung jari sahaja.
Eherm..terima kasih pada yang sudi membaca. Sekadar berkongsi cerita...