Salam..
Buat masa ni, sedang sibuk dengan urusan diri sendiri. Kembali rutin yang dah ditinggalkan lama dulu. Packing barang!! Malas betul. Tapi bila difikirkan, kalau malas tak dapat terbang la jawabnya...Hehehe.
Awal pagi Jumaat yang mulia, saya akan menaiki flight. Geeezz...senak je perut. Ke mana? Saya akan terbang ke bumi yang penuh sejarah pemerintahan Firaun iaitu Egypt. Saya akan berada di bumi Mesir!!
Lama sudah rasanya tak naik kapal terbang untuk jangka penerbangan yang lama. Kali terakhir 2 tahun lepas.
Saya rasa cukup bertuah kerana Allah melimpahkan rezeki kepada saya dengan cara yang cukup berbeza berbanding orang lain. Saya telah melawat dan menjejak kaki di beberapa buah negara.
Saya telah pergi ke Argentina dan Oman. Dengan secara tidak sengaja telah menjejak kaki di Cape Town,Johannesburg,Dubai dan Abu Dhabi (semuanya atas tiket transit je). Tapi semua tu sangat menarik sekali.
Kali terakhir saya ke Muscat, Oman. Sejak dari itu, saya tidak pernah fikir akan ke luar negara lagi. Tapi rezeki untuk saya melawat dan melihat keindahan ciptaan Tuhan ada juga akhirnya. Alhamdulillah....
Peluang macam ni susah sekali untuk dapat. Alhamdulillah, abang saya berjaya menamatkan pengajiannya di sana dan atas kejayaannya itu, dapatlah saya ke sana untuk menyaksikan hari bersejarah kedua dia(selepas hari pertunangan dia)untuk menggenggam segulung ijazah. Kerana kejaayannya itu juga, dapatlah saya lengkapkan bingkai gambar kosong di rumah untuk diletakkan sebelah bingkai gambar saya yang tersenyum lebar menggenggam segulung diploma. Lepas tu, tunggu gambar adik bongsu pula. Lengkaplah nanti susun atur bingkai-bingkai kosong di rumah ni...Hehehe.
Perasaan untuk ke sana macam biasa. Tapi tipulah kalau saya kata tak rasa apa-apa. Seronoknya sebab akan dapat melihat salah satu keajaiban dunia di sana. Terfikir juga, macam manalah keadaan di sana.
Semoga semuanya berjalan dengan sempurna sekali. InsyaAllah...
"Ya Allah, aku bersyukur di atas segala nikmat dan rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada keluargaku. Berkatilah segala rezeki ini. Tetapkanlah iman kami sepanjang perjalanan kami di sana agar tidak terpesong niat kami dari asalnya. Ya Allah, Engkau melimpahkan kami dengan rezeki yang tidak pernah hilang. Maka jauhilah kami dari sifat riak dan tamak. Ya Allah, lindungilah kami sepanjang perjalanan kami di sana. Permudahkanlah segala urusan kami di sana. Ya Allah, sesungguhnya kepada-Mu lah kami berlindung dan kepada-Mu jualah kami memohon perlindungan. Amin Ya Rabb, Amin Ya Rabb...Amin Ya Allah..."
0 comments:
Post a Comment