BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Monday, October 4, 2010

Tanaman dalam pinggan!!

Aha...kalau perhatikan tajuk macam mana rupa agaknya??
Tapi itulah hakikat, bila taugeh yang dibiarkan di dapur(tanpa simpan dalam peti ais) terus tumbuh segar.
Macam mana terjadi, aku pun kurang pasti. Waktu aku pergi kerja pagi tadi, elok je rupa taugeh tu. Alih-alih, balik je kerja petang tu, abang aku ajak pergi dapur tengok tanaman mak.. Katanya mak ada tanam taugeh. Sekali aku tengok...ape daaaa...taugeh bertunas dalam pinggan...hahaha.
Balik mak aku pulak, lagi la dia tergelak. Tak ada siapa nak makan. sebab takut, manalah tahu nanti tumbuh segar dalam perut pula. Heehehe....Boleh ke macam tu??
Jadi, untuk melengkapkan keraguan yang sedia ada, aku semakin tertanya macam mana la taugeh ni boleh bertunas dengan segar bugar dalam pinggan ni. Kalau dulu waktu sekolah buat eksperimen kacang hijau, ada guna kapas. Yang ini pakai pinggan kaca. Pelik dan pelik...Memandangkan  sains tidak berapa nak hebat, jadi aku pun 'search' la diinternet...Ini apa yang aku jumpa sekali gus memadam keraguan dan pertanyaan yang berlegar dalam kepala ber-otak ni...
"Tauge atau kecambah ialah biji kacang hijau yang sudah bertunas. Ia boleh ditunaskan dengan merendam kacang hijau di dalam air, menyalirkan air tersebut, dan kemudian membilasnya pada jarak waktu yang tetap sehingga kacang-kacang tersebut bercambah dan bertunas." 
Penunasan

"Lembapan, kehangatan, dan seringnya cahaya matahari yang tidak langsung diperlukan untuk penunasan. Tidak banyak masa, usaha, atau ruang yang diperlukan untuk menumbuhkan tauge.
Untuk menunaskan kacang hijau, kacang-kacang tersebut dibasahkan dan kemudian ditinggalkan pada suhu bilik dalam sebuah bekas. Banyak jenis bekas yang boleh digunakan, asalkan ia membenarkan penyaliran air kerana tauge yang direndam di dalam air reput dengan cepat. Kacang-kacang hijau akan menggembung dan mula bercambah dalam sehari atau dua."
-Sumber dari blog Taugeh Segar dan Wikipedia-


Jadi bila dibaca berulang kali, barulah faham... sebenarnya tak susah nak tanam taugeh ni. Biar je beberapa hari kat dapur dengan suhu yang lembab, dah bertunas taugeh tu.
Nasib baik lah aku tak berapa gemar makan taugeh..
Agak-agak, dalam perut kita ada ke suhu yang membolehkan tauge untuk bertunas?? Takut pulak nak cuba-cuba makan...hahaha..
"Inilah taugeh yang bertunas elok dalam pinggan mak aku"

0 comments: