Pelik!! Aneh!!
Haha...
Ada tingkah laku yang pelik? Ada tabiat yang aneh? Adakah anda lain dari sifat sebenar yang anda tonjolkan?
Saya seorang manusia biasa. Macam-macm sifat yang ada dalam diri saya. Ada yang melihat saya sebagai seorang yang pendiam. Ada yang memandang saya sebagai seorang yang pemalu. Ada juga yang mendefinasikan saya sebagai seorang yang gemar berseloroh. Ada yang menganggap saya mudah dibawa berbincang dan lebih hebat senang untuk diperguna. Malah, tidak kurang juga yang menyifatkan saya sebagai seorang yang gemar membantah.
Saya tidak tetap dalam perwatakan yang saya bawa. Pada yang lebih mengenali saya, mereka tahu siapa saya dan sesekali akan menggeleng kepala jika saya menuruti kemahuan orang di sekeliling saya dengan mudah. Saya sendiri kurang pasti kenapa saya terlalu baik pada sesetengah orang yang kadang kala hanya mahu mengambil kesempatan atas apa yang ada pada saya. Pada saya mudah sahaja kerana saya anggap orang-orang seperti itu terlalu menyedihkan untuk hidup. Mereka bertindak tanpa berfikir, mereka memilih jalan pintas tanpa berfikir, mereka malas untuk berfikir. Mereka tidak pandai berdikari dan lebih hebat lagi,mereka seperti jasad yang bernyawa tanpa otak!! How pathetic is that??
Oppps..terlampau emosi. Tapi itulah hakikat. Manusia yang mempergunakan atau memperkotak-katik kan kebaikan orang lain. Tapi, hidup kan karma. Allah Maha Mengetahui dan hidup itu sebenarnya adil.
Geezz...saya dah lari dari tajuk asal.
Niat hendak bercerita tentang peragai pelik yang mula timbul dalam diri saya. Saya gemar menari!! Ya, menari!! Tapi secara 'private'. Hehe. Ini bukanlah hobi saya, tapi mungkin menjadi kegemaran saya bila bersendirian. Buka saja radio, dengar pada lagu yang membolehkan saya menari mengikut rentak. Memalukan bila ada yang melihat.Hahahaha.
Saya sendiri tidak pasti bila tabiat sebegini wujud dalam diri saya. Tapi saya tidak boleh elakkan badan saya dari tidak bergoyang jika telinga saya disantap dengan lagu yang menjentik reaksi di otak saya untuk mengerakkan anggota badan saya mengikut rentak. Walaupun di tempat awam. Tapi masih boleh dikawal. Bagus!!
Saya rasa dengan menari(walaupun ntah apa2 punya tarian) , saya dapat hilangkan dan lupakan seketika masalah yang ada.
Jadi, apa yang menjadikan saya seorang yang pelik, adalah saya tidak mempraktikkan apa yang saya ada. Saya ada gitar, tapi tidak pandai bermain. Saya ada laptop, tapi jarang menggunakannya. Saya suka menari, tapi malu hendak tonjolkan. Mereka yang bernasib baik sahaja boleh lihat saya menari. Hahaha...saya sungguh pemalu. Memang pemalu. Teramat pemalu.
Elak dari memalukan diri sendiri. Heheh..!!
Thursday, October 7, 2010
Weirdo
Posted by ika alwee at 3:41 PM
Labels: awesome specky
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment