BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Sunday, April 10, 2011

Pedaslah!!!

Salam 1 Malaysia...

"Awak sepatutnya peka dengan tindak tanduk awak".
"Kenapa benda macam ni pun tak reti buat?"
"Buruk nya lukisan hang!".
"Ko masak tak sedap".
"Tulisan macam ni, baik guna kaki ayam je".
"Ko bawak kereta macam *&^4%# lah!!".

Komen...komen...kritik..kritik....bosanlah.
Budaya memberi komen terlampau dan kritikan pada  orang sering kali didengari di ceruk-ceruk bangunan dan alam. Pejabat, rumah, pusat membeli belah, sekolah, dan semua yang menyerupai bangunan serta diceruk-ceruk alam.
Saya nak cerita atau beri sedikit pendapat juga komen dan kritikan kepada mereka yang mengamalkan budaya yang tidak sihat macam ini.
Budaya tidak sihat yang melanda manusia sekarang ni sejak zaman dahulu kala adalah budaya mengkritik.
Inilah budaya yang diambil pakai dan masih diamalkan oleh sesetangah orang.

Mengkritik tidak salah kalau kena pada tempatnya. Sebab kritikan itu boleh membina. Malah sebenarnya kritikan juga boleh menaikkan semangat seseorang. Kritikan membina sangat diperlukan. Jangan lupa, kritikan juga wujud pada lawannya, iaitu kritikan yang menjatuhkan. Lain pula dengan kritikan yang menjatuhkan ini.
Ramai sangat orang suka beri kritikan yang menjatuhkan orang. Kenapa nak mengkritik kalau kritikan itu hanya menyakitkan hati orang dan melemahkan semangat orang? Buruk sangatkah peribadi seseorang itu sampai perlu dikritik hebat tanpa peluang untuk mempertahankan diri?

Sebenarnya, sikap orang yang mengkritik buruk tentang seseorang itu adalah dipengaruhi oleh kuasa luar dari otaknya. Contoh paling senang, kehadiran otak kedua. Otak kedua ni adalah otak orang kedua. Maknanya, kritikan itu bukan datang dari penilaian otak dia seorang, tetapi dipengaruhi oleh pendapat orang lain. Diapi-apikan oleh kata-kata orang lain. Jahatnya orang kedua tu....

Ada juga yang tidak perlu otak kedua. Orang macam ini sangat hebat sebab bergantung hanya pada kesedapan mulut dia sahaja. Sangat berdikari dalam memberi komen. Orang macam ini sebenarnya tunggang terbalik tubuh badannya. Sebab tiada hati perut. Dia tidak memerlukan hati dan perut sebab yang memberi komen hanya datang dari mulut dan otak dia sahaja. Orang macam ini mempunyai kuasa luar biasa.
Hati-hati dengan makhluk ini. Kita perlu ketahanan fizikal dan mental yang tegap untuk menepis dan menjadi perisai dengan serangan semburan air liur dia.

Apa yang suka sangat mengkritik ni?
Kadang-kadang benda yang tidak menjadi masalah besar pun nak juga dikritik hebat. Motivasilah sikit. Macam memberi kritikan itu sudah menjadi hobi buat diri dia.
Jadi bila diamalkan menjadi budayalah. Itu namanya budaya mengkritik.
Nak sebut pun macam tak sedap je bunyinya. KRITIK! Cuba sebut banyak kali, macam pelik bunyinya. Penat lidah naaa....

Bagus juga kalau sebut motivasi. Sebut banyak kali pun tak penat lidah...MOTIVASI...MOTIVASI...
Instead of beri kritikan, why not kita bagi motivasi kepada orang. Mengkritik itu lebih kepada memberi komen yang tidak menyenangkan. Kalau memotivasi itu lebih memberi kesedapan telinga untuk mendengarnya.

Ada ke orang diiktiraf dengan gelaran pakar kritik?
"Ya, dipersilakan pakar kritik kita Tuan Bla Bla Bla...."
Macam janggal dan sinis je bunyinya.
Kalau pakar motivasi...erm, thats way better than pakar kritik.

Saya tidak mengatakan bahawa memberi kritikan adalah perbuatan yang terlarang dan salah.
Sebenarnya kritikan itu juga perlu kalau boleh membimbing dan menaikkan semangat orang.
Kalau nak memberi kritikan, lihatlah pada keadaan yang seharusnya.
Kalau tidak perlu, lebihkan pada motivasi.

p/s: "Hari-hari saya mengkritik diri saya untuk jadi lebih baik"....
"Hari-hari saya memotivasi diri saya untuk jadi lebih baik"....
ANDA TENTUKAN.

0 comments: