Salam 1 Malaysia...
Hello...
Baca tajuk atas, dah macam tajuk lagu je kan?
Saya bukan nak buat entry pasal lagu...
Bukan lagu yang sempurnakanku....
Post kali ini pasal sesuatu yang menyempurnakan saya.
Sesuatu yang sempurnakan hidup saya...
Bukan cinta..no no no...
Lebih daripada itu, adalah keluarga saya.
Keluarga yang menyempurnakan saya.
Ahli keluarga saya cukup 5 orang.. Tidak perlu lebih, kurang janganlah!!
Nampak macam sikit, tapi sikit tu lah rahmat.
5 orang dah cukup nak buat rumah penuh. Macam-macam ragam ada.
Bila waktu siang time kerja, rumah sunyi sikitlah.
Tetapi ada tanda-tanda yang ditinggalkan untuk membuktikan kewujudan mereka. Hahhahaha.
Selain itu, tanda-tanda ni lah yang membuktikan mereka masih menghuni rumah ni. Hahaha...
Apa-apalah....
Kalau ikut gambar dekat atas ni, menandakan bahawa ketua keluarga ada di rumah...
Haha.. Lepas minum, di sinilah kedudukan cawan/gelas... Hehehe...
Tak apa...tak apa....sebab saya suka membasuh.
Ha, kalau ikut gambar yang ini pula, makna nya...big mama dah balik....hehehe.
Tak sempat nak simpan dalam rak, penat sangatlah tu. Hehehe....
Tak apa...tak apa..saya suka menyusun..
Perhati gambar ni elok-elok. Ada yang tak kena dengan susun atur di atas. Macam ada yang tak kena ni..
Songsang semacam....Keh3...
Ni nama nya orang kidal yang basuh pinggan. Tunggang terbalik jadi nya....Hahaha...
Petanda anak sulung berada di rumah... Rajinnya dia basuh pinggan...
Tak apa...tak apa..saya suka menyusun atur semula...
Kalau macam ni gayanya..tahu sangatlah siapa yang ada.
Dia ni lah peneman malam saya... Kalau nampak benda tak sepatutnya, dia lah yang buat tu.
Main mana dan....je. Sebab nanti nak pakai semula, nanti nak tidur semula juga.
Alasan bukan main ko ek... Ni membuktikan kewujudan anak manja di sisi.
Tak apa....tak apa...saya suka mengemas.
Yang ini lagi hebat. Kalau nampak keadaan pintu macam ni, maknanya saya ada di dalam. Nak cari, kalau tak nampak kelibat tu, dalam bilik lah.
Buat hal sendiri...sayalah tu.
Tak apa..tak apa..saya suka menyendiri. Haha.
Itulah petanda-petanda atau penunjuk yang dapat saya berikan untuk membuktikan kewujudan makhluk-makhluk nyata di rumah ini.
Baik atau buruk, merekalah yang menyempurnakan hidup saya.
Benda mcam nilah sebenarnya yang menjadi ingatan kepada seseorang.
Kalau tak berlaku keadaan macam ni, sangatlah janggal...
p/s: saya sayang semua....shhh.....
4 comments:
wahahahah tak boleh blah, rumah ko plak ko wat kajian ye hahahhahaa
tu name nye kajian tempatan....hehe
wahahaha KT!!! dh lme tinggeykn subjek itu hahahahahaa :DD
hahaha....silalah ulangkaji semula kalau rindu.hehee
Post a Comment