BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, December 29, 2010

Penutup 2010

Salam...dan selamat sejahtera.
Post untuk kali ini sangat istimewa kerana ia penutup segala post bagi tahun 2010...
Wah..semakin menghampiri 2011...Excited? Adalah sedikit...dan mungkin rasa takut juga..
Semakin menghampiri 2011 bermakna saya juga semakin menginjak umur ke 24 tahun (secara teknikalnya).
Selamat tinggal 23 tahun....

Kalau orang lain sibuk bercerita pasal azam untuk tahun baru yang semakin menghampiri, saya ingin bersifat terbuka untuk bercerita apa yang telah saya lalui pada tahun 2010 ini. Saya juga nak mengimbas kembali apa yang telah saya hadapi, apa yang telah saya lakukan dan apa yang telah saya capai sepanjang tahun 2010.

Hahhaa!!! Sebenarnya tak ada apa yang hebat sangat berlaku pada diri saya sepanjang tahun 2010. Semua nya dengan kehidupan yang normal. Tiada apa yang istimewa... Jadi mungkin cerita saya agak membosankan. Tapi saya sangat hargai apa yang telah saya lalui..tidak kisah sedih atau gembira. Sebab saya berjaya menjaga diri saya dengan baik sehingga ke saat ini dan bersyukur kerana diberi peluang bernafas hinga ke saat ini.

Saya akan ceritakan satu persatu apa yang telah saya capai dan apa yang saya lalui sepanjang 2010. Tanpa susunan yang tepat (sebab dah lupa sekitar bulan berapa semua peristiwa ini berlaku). Mana yang saya ingat saya aturkanlah di bawah ini.... Mengikut kategori yang saya rasa sesuai untuk diletakkan...
Pertama sekali saya ceritakan moment yang gembira, kemudian moment yang tidak disangka, dan akhir sekali moment yang menyentuh perasaan...

SAAT YANG MENGEMBIRAKAN:
1) Saya rasa yang paling mengembirakan saya sepanjang tahun 2010 ini, adalah saat saya kembali menghirup udara luar dari Malaysia. Saya rasa pengalaman saya ke luar negara adalah perkara yang mengembirakan. Saya dapat lagi jejak kaki ke luar negara, iaitu ke Cairo.....Yeaaa.....terima kasih kepada abang saya yang berjaya menamatkan pengajiannya, dan secara tidak langsung saya juga dapat bercuti-cuti riang ria memegang batu piramid..!!!!!

2) Saya berjaya memiliki apa yang saya inginkan. Yes!! Saya berjaya untuk membeli keyboard... hehehe. Satu lagi instrument di rumah bertambah, instead of guitar. Saya sangat happy sebab saya dapat memiliki dengan duit titik peluh saya sendiri. Sangat best rupanya bila dapat beli barang yang kita inginkan dengan hasil kita sendiri. Puas tidak terkata....

3) Abang saya berjaya menamatkan pengajian nya(berkurun tunggu).... Saya sangat happy sebab abang saya berjaya menjadi seorang graduan. Hehehhe... Nanti dia akan habiskan masa dia di Malaysia pula... Senang family saya nak berkumpul...Boleh hang out together, makan-makan...jalan-jalan paling syok. Cukup ahli.

4) Adik saya dapat membuat latihan praktikalnya di Kuala Lumpur. Memang cukuplah!! Cukup semua ahli nanti...Tak adalah saya sunyi berada dirumah. Nak pula bab tidur malam. Takdalah sorang-sorang lagi. Cukup bulan, ada duit, pergi tengok movie..pastuh makan-makan, habiskan duit dekat dia sorang... Saya sendiri tak pasti, gembira ke atau saat yang membosankan. Hahaha...

5) Tahun ni, dapat sambut raya dengan semua family saya. Abang saya dapat beraya dengan kami secara tidak sengaja. Kenapa? Nanti..ceritanya di saat yang menyedihkan. Kira dua dalam satu punya moment...haha.

6) Saya sangat gembira kerana saya masih berkawan baik dengan sahabat saya... Kami masih berhubung, keluar bersama...dan berkongsi cerita. Saya senang bersama kawan baik saya ni... Saya menjadi diri saya yang sebenarnya bila bersama dia. Dia sangat memahami saya... Terima kasih Wanik(bukan nama sebenar). Hahha... Dia kata saya giler.... Saya tak kisah sebab dia sudi kawan dengan saya..

SAAT YANG TIDAK DIJANGKAKAN:
1) Tempat pertama saya letakkan untuk 'saat yang tidak dijangkakan' adalah saat saya pergi membeli binatang/haiwan untuk dijadikan haiwan peliharaan. Saya telah membeli arnab!! Bukan satu, tapi dua terus......  Macam manalah.... Cemerlang betul. Arnab. Sangat tidak disangkakan. Semua nya telah lama saya fikirkan. Tapi saya fikirkan seekor kucing. Yang berlaku adalah, arnab..!! Nama arnab-arnab saya adalah ARNAB dan RABBIT. Tetapi mak saya suka panggil Abu sebab badan seekor arnab tu warna kelabu. Kenapa nama Arnab dan Rabbit? Sebab ia dari golongan mamalia yang berspesis arnab atau dalam bahasa inggeris, rabbit. Senang.

2) Saya sangat tidak menjangkakan yang saya akan belajar untuk bermain keyboard!! Macam manalah...gitar pun tak pass lagi...berangan nak main keyboard. Hahaha. Tapi saya sangat sukakan alat muzik. Saya masih dalam proses belajar. Saya yakin saya boleh. Saya kena usaha untuk menjadikan ia bukanlah perkara yang sia-sia.... Walaupun sangat susah, tapi kalau saya rajin belajar..boleh je..... Fighting!!

3) Ha!! Ini sangat menarik. Sepanjang tahun 2010 ni, perkara yang saya rasa sangat tidak dijangkakan adalah  apabila ada orang meluahkan perasaan dia dekat saya... Hahaa...sangat kelakar dan sangat pelik. Apa yang kelakar? Kelakar sebab saya rasa itu tidak dijangkakan. Sangat pelik sebab saya rasa ia tidak dijangkakan. Semuanya berakhir dengan ikatan kawan...dan terus berkawan...dan ada yang tidak berhubung dah... Apa yang tidak saya jangkakan, adalah...salah seorang dari mereka-mereka telah selamat mendirikan masjid...Tahniah...Nyata awak bukanlah untuk saya.... Kepada yang lain-lain....hurm,hahhaha... Saya rasa 2010, bukan waktu yang sesuai untuk saya membuka ruang pada sesiapa walaupun saya pernah buka untuk seseorang. Tapi orang tu tak faham atau buat-buat tak faham. Nah, sekarang waktu nak bermain tarik tali, saya terus tak nak tarik dah. Nanti-nantilah.....

SAAT YANG MENYEDIHKAN;
1) Apa yang telah buat saya sedih sepanjang 2010 ini? Saya rasa apabila ada berlaku pergolakan perasaan dalam kehidupan keluarga saya. Saya tak mahu nyatakan, tapi ia sangat menyedihkan. Malah meninggalkan kesan sampai bila-bila. Saya tidak pernah terfikir benda macam ini akan berlaku. Tapi saya yakin, ada hikmah disebalik apa yang berlaku itu. Perkara ini buat saya sedar betapa penting menjaga ikatan kekeluargaan. Saya tahu apa gunanya ada adik beradik...dan sangat menghargai peluang bila dapat berkongsi masalah dengan mereka. Kami mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan buat keluarga kami. Allah yang menentukan, kami berdoa kearah kebaikan. Sedangkan lidah lagi tergigit.

2) Ha!! Saya tak tahu nak kata ia perasaan sedih atau marah. Saya rasa lebih kepada marah kemudian baru sedih. Kereta saya tanpa disangka, telah dicacatkan oleh orang tidak bertanggungjawab. Semuanya berlaku tanpa sedar. Jahat!!!!!!!!!!! Habis kemik tepi kereta saya. Sudahlah langgar, lepas tu tak tinggal nota minta maaf. Ada ke patut...!! Sampai sekarang tak ketuk-ketuk lagi. Tunggu cukup bajet, cat yang baru...Yeepeee..

3) Saya sangat gembira bila kami semua dapat merayakan Aidilfitri dengan semua ahli keluarga. Tetapi saya sangat sedih kerana terpaksa merayakan hari gembira itu di hospital. Adooooii... Abang saya kena tahan wad sebab demam kuning. Tak dapat kami sekeluarga pulang beraya dikampung. Menjadi warga KL yang menyambut raya di Putrajaya. Walaupun bunyi macam tak best, tapi sama juga meriah suasananya dengan di kampung. Pagi-pagi lagi siap pergi hantar rendang kat hospital. Hahahha...Lepas tu terus bergerak raya ke rumah sanak saudara yang ada di KL... Boleh lah happy sikit..berjalan juga.... Sila jaga kesihatan, nak-nak pula kalau dekat-dekat Hari Raya....hehehe.

Hurm..jadi, begitulah antara moment indah dan tidak best yang berlaku kepada saya sepanjang tahun 2010. Semua yang saya ceritakan adalah saat yang saya ingat dan yang boleh saya kategorikan sebagai yang terbaik dan terburuk pernah berlaku. Semuanya pada 2010. Takkan itu je? Mungkin ada perkara lain, tapi saya rasa itu yang meninggalkan kesan. Sebab yang lain, macam tak ada feel sangat lah...hehehhe. Kalau ada pun, saya simpan sendirilah.

Saya akan meningalkan tahun 2010 ini dengan senyuman manis dan pahit.. BITTERSWEET!! Heheh. Semoga ia tetap dikenang. Tahun 2010, sangat unik nombornya seunik pengalaman yang saya lalui. Macam biasa, saya akan kemas dan ikat...letak ditempat yang selayaknya..dan kekal sebagai kenangan sepanjang hidup saya. Tanpa perlu membelek semula...tetapi harus dinilai....dititik beratkan mana yang kurang...kembali melangkah...pandang kehadapan...sesekali tidak salah kalau ingin menoleh kebelakang andai ia mampu menjadi petunjuk.. Semoga tidak berlaku perkara yang sama... Semoga saya kekal menjadi yang seadanya...
Selamat tinggal 2010....!!! Sama rindu seperti tahun yang sebelumnya....

                           SEKITAR 2010

a) Cuba berjinak-jinak dengan sukan tennis....hehehe


b) Menjinakkan diri dengan alat muzik pulak....


c) Semakin berani mencuba....


d) Yes!! Dapat juga....akhirnya..!!


e) Apa ini??!!! Huh....


f) Nah!!! Raya dekat hospital..ehehhe...best je...


g) Bersama Wanik(bukan nama sebenar)...Hahaa..bukan muka sebenar jugak... Jom makan besar!!


h) Arnab dan Rabbit yang sangat agresif...Terlebih vitamin ke...???

Tuesday, November 23, 2010

Akulah tu...

Permulaan blog untuk kali ini, aku bahasakan  diriku sebagai 'AKU'. Kalau anda/korang perasan, dalam post-post aku sebelum ni, aku bahasakan diri aku 'SAYA'.. Kali ni, aku jadi diriku sebenar... Sebab post kali ni, aku rasa selesa untuk gunakan perkataan 'AKU'. Merujuk kepada siapa aku..

Sekarang adalah waktu yang bosan dalam hidup aku. Dikebosanan ini, aku mengambil kesempatan untuk senaraikan sedikit tentang diri aku yang orang tidak pernah tahu, atau tahu tetapi kurang fahami...Ada juga yang tidak mahu tahu, pastu buat-buat tak tahu. Aku tak suka orang yang buat-buat tak tahu ni.. Apa yang dia tahu, aku pun tak tahu...Hohoho.

Oklah, bawah ni aku senaraikan serba sedikit tentang aku. Selebihnya adalah rahsia.. Sebab hidup jadi tak best tanpa rahsia. Rahsia diri kita, kita dan Tuhan sahaja yang tahu. Yang rahsia tu, biarlah rahsia. Demi maruah aku sebagai manusia di muka bumi ni....
Anda terima atau tidak, terpulanglah. This is me...The true colour of me...Persepsi anda, hak anda.

Apa yang 30 perkara yang korang tak tahu;

1) Orang selalu ingat nama aku Shafiqah bila aku kenalkan diri sebagai Ika. Nama Ika tu, sesuai untuk orang yang mempunyai nama Syafiqah ke? Sebab tu, aku sekarang lebih gemar perkenalkan diri aku sebagai Atiqah.


2) Nama aku orang selalu salah eja. ATIKAH < bukan ejaan sebenar. ATIQAH > ejaan dalam surat beranak. Bila dah bosan sangat, aku iyakan saja... Last-last dekat fesbuk aku pun, aku gelarkan diri aku dengan ejaan ATIKA. Identiti aku lebih terjaga kot kalau macam ni...hhehehe.


3) Aku tak sombonglah! Ramai yang tak kenal aku, anggap aku sombong. Sebab dorang kata muka aku, ala-ala muka orang sombong. Aku tak reti le nak buat muka tak sombong. Sebab nanti muka aku jadi tak tulen. Hahaha. 


4) Kebanyakkan yang kenal aku, akan kata aku lemah lembut. Cheh!! Aku kasar jugak la.. Garang tau tak. Napelah dorang tak nampak sisi garang aku... Sebab tu aku jadi idaman orang-orang tua kot...huhuuuhu.


5) Orang yang mengenali aku dengan rapat akan kata aku gila, otak senget, merepek lebih, kelakar tak hingat, dan loyar buruk. Paling best, buat aksi spontan secara tiba-tiba. Aksi spontan? Aku suka tiru gaya patung dekat shopping complex. Tanpa paksaan.


6) Orang-orang tua lihat aku sebagai seorang yang sopan, kawan-kawan layan aku sebagai seorang yang gila, orang sekeliling aku nampak aku sebagai seorang yang pendiam dan kawan baik aku terima aku seadanya.... Aku penyeri tahu tak??


7) Aku dikategorikan sebagai orang yang tak banyak cakap. Tapi kalau sekali aku dah syok cakap, aku akan merapu.Aku sukalah bercakap. Tapi ceritalah topik best sikit...


8) Aku sensitif sebenarnya. Aku ada baca banyak artikel dan kaji selidik bahawasanya, orang yang lahir bulan Ogos berbintang Leo macam aku, lebih bersifat sensitif. Aku sensitif, cuma orang tak perasan je. Aku boleh jadi riang tahap maksima dan tetiba boleh down tanpa disangka-sangka. Macam penyakit bipolar pulak..hahaha. Perasaan aku tak berapa nak stabil...


9) Aku tersentuh tengok orang-orang tua yang melarat dan orang kurang bernasib baik. Boleh sebak, pastu menangis. Sebab tu aku tak suka tengok cerita Bersamamu dekat tv3 tu... Aku memang sensitif!! Eh, air mata aku mahal tau. Dalam purata 1000 manusia, 1 je yang betul-betul boleh nampak aku menangis. Beruntunglah. Ego aku tinggi...walaupun aku perempuan, airmata bukan lah jualan.


10) Aku boleh lah dianggap romantik..Hehehe. Serius. Tak percaya sudah. Aku romantik. Aku tahulah...


11) Aku sebenarnya penyayang.. Aku sayang orang yang rapat dengan aku. Orang yang mempunyai hubungan rasmi dengan aku. Tak kiralah kawan, family (of course) atau pun kenalan tepi jalan. Tapi sifat penyayang aku kurang menonjol... Sebab aku malu nak tunjuk. Aku pemalu...Pulak...


12) Aku mempunyai tingkah laku yang sukar dijangka. Kadang-kadang aku suka orang tu, nanti tetiba aku leh meluat pulak tengok dia. Sebab tu, kene jaga tingkah laku kalau korang berdepan dengan aku. Sebab aku suka buat tafsiran aku sendiri..


13) Aku selalu fikir benda-benda buruk akan menimpa aku. Contoh, aku akan mati waktu tidur... Aku dibenci ahli keluarga...Aku dipinggir rakan-rakan... Apa-apa ntah. Aku pun tak tahu kenapa aku suka fikir benda-benda negatif macam tu... Tak baik untuk otak.


14) Aku pernah bercinta ok!! Aku tahu, ada yang fikir aku tak pernah couple. Aku ada keinginan dekat lelaki..OK!!


15) Aku masih single (waktu benda ni ditaip). Aku lebih selesa untuk menjadi single sehingga lah pada waktu yang sesuai untuk aku bercouple semula. Aku pernah menjalinkan hubungan jarak jauh dengan seorang mamat. Ex-schoolmate aku. Sampailah satu hari tu, aku tahu keadaan sebenar... Dia tidak layak untuk perempuan melayu seperti aku... Dan dia sudah bertunang selepas tiga hari putus hubungan dengan aku. (kes kejap baik, gaduh, baik, gaduh). Sekarang, dia dah jadi laki orang!! Bagus...Tak menyempat. Hahaha. Kebanyakkan yang cuba dekati aku, dan beralih arah (sebab aku tak layan, aku mahal wooo..) akhirnya jumpa pasangan masing-masing. Ada yang nak bertunang dah, ada yang sedang mengenali seseorang. Jodoh kan ditangan Tuhan..bawak bersabar.


16) Aku kuat memendam. Aku diam je kalau orang pergunakan kelebihan yang aku ada. Aku redha je bila orang ambil kesempatan atas kebaikan aku. Sebab aku letakkan satu pemikiran untuk golongan seperti itu. Mereka tak manfaatkan otak!! Kebanyakkannya orang-orang disekeliling aku la yang buat macam ni... Dalam hal keluarga, aku memendam sebab aku rasa aku lemah. Aku lemah bila mereka-mereka yang aku sayangi bermasam muka dengan aku, kalau aku tak menurut perintah. Patik sedia menjunjung perintah!!


17) Aku rasa aku ada raut wajah yang bijak pandai dan aura tersendiri. Aura yang baik ok...Korang rasa?? Hurm...


18) Aku suka buat hal sendiri kalau aku malayan perasaan. Sebab tu aku kurang dapat perhatian dalam keluarga. Aku tersentap. Adeeehhh...


19) Aku kelam kabut. Anda sendiri nampak...


20) Aku sebenarnya panas baran.. Tapi sekarang aku banyak belajar bersabar.. Sebab aku tak nak kena serangan sakit jantung atau darah tinggi.. Aku nak mati tanpa sakit. Mati dalam tidur ke? Tengok, aku fikir lagi!! Uw uw uw uw....


21) Aku suka barang yang ada jenama. Nak kata aku berlagak? Cap Ayam pun jenama ape...Tapi aku tak pernah show off pun... Selagi aku berkemampuan, aku manfaatlah. Sekurang-kurang nya aku tak bergaya dengan duit pinjam dari orang...Hoohohoh... Aku jugak terima dan pakai je benda-benda yang murah..Sebab aku bukanlah memilih sangat. Aku anggap semua benda ada nilai tersendiri. Cuma aku lebih suka benda yang ada kualiti. Sebab aku teliti. Teliti itu adalah kualiti. Quality is better than quantity. Biar tak banyak tapi berkualiti. 


25) Aku paling tak suka orang yang cakap macam dia tu hebat sangat. Macamlah terror sangat.. Terbang tengok...boleh ke?? 


26) Aku suka tengok orang makan. Sebab tu kot aku suka belanja orang makan...hehehe. Tapi agak-agaklah kalau nak suruh belanja tu.. Jangan ikut sedap perut korang je... Bukan muka aku dekat duit tu...


27) Aku cerewet dalam sesetangah perkara. Sebab tu aku memilih dalam banyak soal. Semua aspek lah aku memilih. Sebab aku lebih utamakan keselesaan dan kesenangan aku. Aku nak yang terbaik. Aku bukan jenis yang main rembat.. Korang faham kan apa aku maksudkan... Aku percaya pada Tuhan. Kenapa aku tak dapat apa yang aku inginkan dan kenapa aku single sekarang.. Sebab aku akan menjadi seorang yang lalai kalau aku fokuskan pada satu-satu perkara. Aku diberi masa untuk memperbaiki diri dan belajar untuk lebih menghargai perasaan orang dari memenuhi keperluan orang itu sendiri.


28) Aku suka membeli buku. Berlambak buku aku beli, belum semua aku habis baca. Aku tak tahulah ini tabiat atau buang tebiat. Perkara pertama yang buat aku tertarik untuk beli sesebuah buku tu, adalah sebab tajuk dan sinopsis belakang buku tu. Kadang-kadang sebab covernya menarik pun aku boleh tertarik nak beli. Pokailah aku kalau hari-hari pergi MPH.


29) Aku kuat berangan. Sebelum tidur pun aku akan berangan. Sebab bila berangan, aku rasa masalah aku hilang. Aku dalam dunia aku sendiri....yeahhhhh...


30) Ini yang wajib korang tahu. Aku suka memasak. Ikut mood jugak..hahah. Sekarang aku dah pandai masak. Serius aku pandai. Aku masak pada orang yang tak cerewet je. Yang suka komen pasal makanan, korang masak lah sendiri. Takda masa aku nak jaga perut korang.


Tadaaa...banyak dan panjang huraiannya.
Kalau ikutkan fakta, banyak lagi yang aku nak beritahu. Tapi cukuplah setakat ni, sebab aku pun tak habis explore diri aku sebenarnya macam mana. 23 tahun, belum cukup untuk aku kenali diri sebenar aku...

"garang tak aku tengok makanan? Garangkan..tulah aku garang, tak percaya..."

Thursday, November 11, 2010

We All Satu Malaysia lah!!

Satu..Malaysia..!!
Satu..Malaysia..!!
Satu..Malaysia..!!

Biasakan dengar laungan macam ni...?? Hehe..dekat Malaysia je boleh dengar laungan macam ni...Sebab kitakan Malaysian...
Ya looo...Malaysian looo...

Apa yang saya nak kongsi dekat sini adalah pasal rakyat Malaysia yang berbilang kaum. Paling menarik sekali, bila Malaysia mempunyai rakyat yang boleh bercakap dalam pelbagai bahasa. Uniknya Malaysia sebab ada banyak budaya, pelbagai bangsa dan bermacam bahasa.
Bahagian yang paling unik, ada macam-macam loghat!! Macam-macam ada....hehhehe.

Saya tertarik nak bercerita pasal loghat yang ada kat Malaysia ni selepas tengok berita malam tadi. Sekarang ni, kita sibuk dengan masalah yang banjir yang telah melanda Utara dan Pantai timur tanah air kita. Banjir semakin reda, dan diharap tiada la gelombang kedua pula.

Malam tadi, sedang saya sibuk melayari internet...telinga sempat terdengar mangsa-mangsa banjir memberi aduan atau komen mereka dekat wartawan yang meninjau mangsa-mangsa di penempatan mangsa banjir.
Saya tertarik dengar komen seorang rakyat cina yang bercakap dalam bahasa melayu ditambah dengan loghat utaranya!!
Fuyyyoo...tersenyum pastu terus tergelak saya. Bukan sebab kelakar tapi macam...ntah. Tak tahu nak cakap.
Gilalah!! Cina cakap melayu siap ada loghat lagi..hehehe. Dekat Kuala Lumpur? Jangan nak berharap sangat lah...Tidak ramai yang reti berbahasa melayu... Sorry to say...but it's true.

Gaya orang cina tu cakap lebih kurang macam ni lah:
"Sekarang banjir dah elok sikit la...Depa ada bagi bantuan..legalah... Boleh la kalau nak pi mana-mana.. Harap air tak naik(gaya orang utara cakap) lagi la..."
Hehe..lebih kurang sikit macam tu lah...Itu loghat utara.
Beberapa hari lepas, saya ada dengar rakyat berbangsa cina juga cakap dalam loghat pantai timur. Lagi best...
"Hok tu sayo tok sir kome lah...Kito kalu bleh, mau yang terbaik aaaa...."

Tengok lah. Di Malaysia ni, memang banyak benda kalau nak buat kita terperanjat. Dengan loghat berlainan bangsa pun, dah boleh lihat betapa menariknya Malaysia tu...
Kalau bangsa lain boleh cakap bahasa melayu siap dengan loghat lagi, kenapa orang melayu sendiri tidak boleh belajar bahasa lain?? Bukan tidak boleh, malu sebenarnya. Malu mencuba..malu ditertawakan jika salah. Macam mana mahu belajar kalau tidak pernah salah...?? Haiyyaa...

Kalau ada orang melayu yang cuba cakap bahasa orang barat, ada yang mencebik...ada yang kata macam-macam. "Macam tak pernah makan belacan..."
Kenapa nak pandang bangsa sendiri sebegitu?
Kadang-kadang kita sendiri yang menyalahgunakan bahasa itu sendiri. Belajar bahasa lain, lepas tu siap kutuk-kutuk orang, konon orang tak faham la apa yang dicakapkan tu??? Apalah..ini orang pun ada ka??
Bila itu melayu mahu berubah??

Jangan suruh orang berubah, tetapi ajaklah diri sendiri berubah dahulu.
Jangan malu mencuba, sebab We All kan Satu Malaysia.....

Tuesday, November 9, 2010

Tension gila-gila..Gila-gila tension

Argghhh...
Haha..inilah salah satu cara orang buat kalau seseorang tu tension. Mesti ada perkataan "argghhhh.." di sebut mahupun ditaip(selalu status dekat YM la)...
Apa sebenarnya tension tu? Selalu tension dikaitkan dengan emosilah.
Tertekan...tegang...pressure...
Tapi selalu popular orang akan sebut TENSION..TENSION..TENSION.

Bagi saya, keadaan tension wujud di mana-mana sahaja. Banyak penyebab yang boleh buat seseorang itu menjadi tension. Saya selalu dengar orang tension di pejabat. Haha...nak-nak pula,ada kawan saya ni suka sangat tension. Saya pun tak tahu kenapa?? Apa yang tension sangat pun saya tak fahamlah. Saya pun kadang-kadang ada juga tension. Tapi saya masih ditahap yang boleh dikawal. Kadang-kadang saya diam, atau paling best saya tidur. Memang itulah cara yang terbaik bagi saya kot.

Bawah ni, saya cuba bagi sedikit cara-cara yang boleh dipraktikkan untuk hilangkan tension. Cara-cara ni lebih sesuai untuk hilangkan tension di pejabat, memandangkan kebanyakkan manusia selalu mengadu tension di pejabat.
Ada 10 cara(asyik-asyik 10)...Nak lebih, fikirlah sendiri. Mana boleh senang-senang bagi petua turun temurun macam tu saja.Haha.

LANGKAH-LANGKAH MENGHILANGKAN TENSION DI PEJABAT.

1) Setiap kali anda nak mula rasa tension, cepat-cepat tampar pipi kiri dan kanan anda sekuat hati. Cara ini akan menghilangkan rasa tension kerana ia akan mewujudkan rasa sakit. (At least, rasa tension tu hilanglah. Anda kena cari petua hilangkan rasa sakit pula lepas tu...).

2) Bila anda dah mula rasa tension dengan kerja-kerja kat office tu, anda campak semua barang-barang atas meja anda. Kalau tak ada barang, sepak kerusi atau meja anda. Kalau tak ada, sepak kerusi member anda. Kalau x de member, sepak kerusi yang berdekatan dengan ada. (Cara ini dapat memindahkan tension anda kepada orang disekeliling).

3) Kalau langkah kedua dianggap melampau, anda cari ruang yang terbuka dan luas. Anda depakan tangan dan tarik nafas..kemudian boom..Tidurlah, apa lagi. Minta jasa baik rakan anda untuk gerakkan anda apabila tamat waktu bekerja.

4) Anda juga boleh keluar dari ruang pejabat anda, dan terus melangkah ke toilet. Berboraklah dengan diri anda di depan cermin dalam toilet itu tanpa segan dan silu. Buat apa nak malu, anda bukan cakap sorang-sorang. Anda berbual dan meluahkan rasa dengan orang di dalam cermin tu juga. Berduakan lebih baik.

5) Kalau anda dah puas meluahkan perasaan pada orang dalam cermin itu, anda boleh teruskan meluahkan perasan tension itu dengan 'flush' kesemua mangkuk tandas yang ada dalam toilet.(Anggaplah tension anda berada dalam mangkuk tandas tu). Pastikan semua anda berjaya 'flush'. Kalau masih tidak hilang tension, pergi ke semua toilet yang ada dalam bangunan pejabat anda. Kemudian 'flush' la semua tandas sampai hilang tension dan balik semula bekerja dengan senyuman riang. Anda berjaya melaksanakan tugas sebagai orang yang mementingkan kebersihan.

6) Anda masih tension? Cari tingkap dalam pejabat anda, dan buka luas-luas kemudian teruslah menjerit meminta tolong. Ulang perbuatan ini sehingga orang disekeliling anda percaya yang anda benar-benar dalam kesusahan. Pastikan boss anda memberi anda cuti rehat seminggu di tempat peranginan yang anda inginkan.

7) Kalau anda penat dengan cara itu, anda boleh serlahkan tension anda dengan duduk di tangga pejabat sambil menyanyi lagu kegemaran anda juga sambil mengamit memori anda bersama yang tersayang.

8) Kalau anda tension dengan bebanan kerja atau kerana orang disekeliling tempat kerja anda, anda buanglah kerja itu dalam tong sampah. Buat apa simpan benda yang boleh buat kita tension?? Tension je kan... Anda juga boleh pergi dekat orang yang buat anda tension tu sambil meniru perbuatan dia. Jika dia menulis, anda menulis la juga. Kalau dia merenung anda, anda renunglah dia semula. Kalau dia kata anda ada masalah mental, anda teruslah berlalu sambil berkata "Terima kasih kerana menyedarkan saya".

9) Anda tension namun semua cara tidak berkesan. Anda teruslah berjumpa ketua majikan anda, dan luahkan kepada nya kenapa anda tension. Beritahulah dia bahawa hidup ini singkat. Tension boleh memendekkan umur anda. Anda minta supaya dibenarkan untuk tidak membuat kerja(makan gaji buta). Kalau majikan anda tidak setuju, anda katalah padanya "Sebenarnya, semua pekerja disini tidak menyukai Tuan/Puan. Eloklah Tuan/Puan insaf dari memendekkan umur orang". Kemudian keluarlah dari bilik majikan anda sambil ketawa sekuat hati.(bagi psycho skit...)

10) Langkah terakhir adalah langkah terbaik yang boleh anda lakukan. Berhenti sahaja kerja. (Lagi-lagi kalau ada praktikkan langkah ke-9). Bila dah berhenti kerja, hilanglah tension di pejabat. Anda boleh hadapi tension di luar pejabat pula.

Demikianlah antara langkah-langkah yang boleh dipraktikkan sekiranya anda menghadapi bebanan tugas di pejabat sehingga anda menjadi TENSION.
 Langkah yang terbaik adalah "Pergi ambil wudhuk, sembahyang ke..baca Quran ke...kan ke lebih afdhal..." Dari buat perkara yang tercabut otak macam tu...
Selamat Mencuba!!

Sunday, November 7, 2010

Kenapa begitu?

Salam.

1, 2, 3, terkira-kira untuk letak tajuk yang sesuai buat cerita saya kali ni.
4, 5, 6, masih lagi terfikir-fikir apakah tajuk yang sangat sesuai untuk cerita kali ini.
7, 8, 9, 10...akhirnya, saya putuskan setelah tamat sahaja cerita saya nanti, barulah muncul TAJUK yang menjadi tajuk cerita saya kali ini. What ever.

Apa yang ingin saya kongsikan di sini adalah perkara yang sering saya fikirkan akhir-akhir ini.
Saya pun pelik, kenapalah baru sekarang saya terfikir. Tapi baguslah, sebelum terlambat.
Apa yang sering terfikir?
Saya terfikir, kenapa seseorang tu boleh buat kesilapan atau kesalahan ataupun dosa walaupun dia cukup dengan amalan sebagai seorang muslim? Solat, puasa, zakat dan sebagainya. Cukup kata, lengkaplah sebagai seorang muslim yang mengamalkan 5 Rukun Islam dan mempercayai 6 Rukun Iman.

Sebenarnya, jawapan kepada persoalan saya ini telah lama terjawab. Saya menemui jawapannya lebih kurang  2-3 bulan lepas. Pada bulan Ramadhan, di mana telah ada ceramah sempena bulan Ramadhan di tempat saya bekerja. Waktu tu selepas bacaan Yasin. Penerangan jawapan kepada soalan ini telah disampaikan oleh seorang penceramah yang dijemput dari salah satu kementerian. Malangnya saya tidak ingat nama penceramah ini dan dari mana. Apalah leka sangat...addooiii...

Jawapan dari hamba Allah ini mudah dan sangat boleh diterima pakai oleh otak saya. Ringkas, mudah, dan bijaksana. Iaitu...SOLAT. Soalan kepada jawapan, jawapan kepada soalan. Hubung kait yang sangat jelas. 
Walaupun kusyuk bersolat, tapi penyebabnya tetap solat juga.

Solat itu tiang agama. Seperti tiang kepada setiap rumah. Hendak membina rumah, perlukan banyak tiang. Selebihnya pula memerlukan bahan-bahan asas yang lain. Banyak jenis solat yang boleh dilakukan, bukan hanya bergantung pada yang fardhu sahaja. Bahan asas yang lain, menyeliputi fardhu kifayah. Amalan seharian, bersedekah, mengaji, belajar agama, berjihad  dan macam-macam boleh dibentuk untuk mencipta bahan asas itu.

Kenapa rumah sudah siap, tetapi tetap ada kerosakan nya? Masih ada cacat celanya? Boleh dijadikan penyebab adalah pada bahan-bahan yang digunakan. Mungkin tiada kualiti, mungkin tidak teliti, atau sebenarnya tiada perancangan yang teratur? Hendak salahkan siapa? Bahan-bahan, arkiteknya, atau pada pembina yang membinanya?
Tepuk dada, tanya selera.

Sebagai seorang muslim, ramai yang mengaku mereka bersolat. Ramai yang berlumba-lumba buat amal jariah.
Tapi, sebenarnya semakin mereka asyik membina pahala, semakin banyak dosa yang mengejar. Kenapa begitu? Pendapat saya, ianya kerana niat. Niat seseorang itu, tak siapa pun yang tahu melainkan Allah s.w.t. Kerana Dia Maha Mengetahui apa yang tersirat itu. Seikhlas mana seseorang itu membuat amal, hanya Dia yang tetap Maha Mengetahui.
Tidak layak untuk saya mempersoalkan niat seseorang hamba itu. 

Manusia tidak lepas dari melakukan kesilapan. Ramai yang sering berkata begitu. Adakah itu penjelasan atau hanya alasan dalam kepura-puraan untuk menyorok dari kenyataan? Memang benar, tetapi kenapa harus jadikan itu jawapan. Kenapa kita tidak melihat apa sebenarnya yang telah kita lakukan, dan tidakkah kita seharusnya berfikir sebelum melakukan sesuatu perkara? Lupa dan alpa. Itulah hakikat sebenarnya diri manusia itu. Kita lupa untuk berfikir dan kita juga alpa dengan nikmat.
Kenapa kita masih dicurahkan rezeki yang berlimpah ruah, dan nikmat yang tidak ada hentinya sedangkan kita hanya senyum gembira tatkala senang, tunduk ke bumi bila rebah dan mendongak sombong bila berjaya? Kenapa kita hanya duduk,tunduk dan menangis sambil menadah tangan tatkala ditimpa musibah? Tidakkah kita sebenarnya boleh senyum gembira, tunduk takut dan mendongak sambil menadah tangan memanjat kesyukuran? Kenapa perlu tunggu saat-saat yang hiba? Adakah kita hanya ingat pada-Nya tatkala susah dan lupa pada-Nya tatkala senang? Adilkah begitu? 

Sebenarnya perkara sebegini bukan sahaja berlaku kepada mereka yang alpa tetapi tetap juga berlaku kepada setiap hamba Allah yang masih bernafas di dunia pinjaman-Nya ini.
Sekali lagi ditegaskan, solat juga penyebabnya. Tetap juga solat. Solat dan solat. Andai manusia itu tidak bersolat, padanlah dia ditimpa kesusahan. Tetapi bagi yang bersolat, kenapa masih ditimpa bebanan juga? Juga, kenapa yang tidak bersolat tetap diberikan nikmat? Allah Maha Mengetahui. Tiada Dia jadikan sesuatu itu tanpa sesuatu disebaliknya. Dan tidaklah Dia jadikan sesuatu itu dengan sia-sia. Manusia sering diuji. Bila saatnya, Dia juga yang Maha Mengetahui.

Jangan salah tafsirkan apa yang cuba saya jelaskan. Bagi saya, orang yang cukup amalan nya sebenarnya ada kurangnya. Saya sendiri tertanya, kenapa saya bersolat tapi saya tetap melakukan kesilapan? Adakah sebab saya tahu, kalau kita bersolat kita boleh minta ampun. Hah!! Semudah itu. Itu kata-kata dari hati yang jahil. Adakah sebab saya yakin Allah Maha Pengampun? Hahhh!!! Semudah kata-kata. Itu pendapat yang sombong. Kenapa perlu saya mengharapkan pengampunan tanpa sebarang balasan yang perlu diterima. Takut!! Begitulah manusia, takut menerima balasan tetap berani dan tidak tahu malu pula meminta-minta.

Saya kembali berfikir kepada jawapan dari penceramah itu. "Mereka yang bersolat namun melakukan kesalahan, apakah puncanya?". Jawapannya "....there's something wrong with their solat..."
Ya, ada sesuatu yang tidak kena dengan solatnya. Maka ada sesuatu yang tidak kena dengan solat saya.
Apa yang tidak kena? Saya boleh katakan, mungkin kerana kita bersolat kerana perintah agama, kita bersolat kerana ibu bapa, kita bersolat kerana diri kita, kita bersolat kerana kita perlu bersolat atau kita bersolat kerana "i'm muslim"!! Jadi wajib untuk saya bersolat. Begitu??? Itu bukan jawapan, itu alasan.

Kenapa kita tidak kata ianya kerana Allah? Lupakah kita pada-Nya?? Apakah kerana Dia tidak menjelma di depan mata kita maka kita lupa pada-Nya??
Saya bersolat kerana Allah. Ya, itu jawapan yang akan saya berikan andai hati saya masih lagi bertanya. Kerana saya ingin berterima kasih kepada-Nya, kerana saya ingin berjumpa dengan-Nya, kerana saya ingin bercakap dengan-Nya dan kerana saya ingin mengadu kepada-Nya.

Bila kita bersedia untuk menjadi hamba-Nya yang taat, bukanlah masa yang tentukan. Masa itu tetap berjalan. Tidak akan berhenti. Kita sebenarnya yang akan tentukan. Bukan masa. Kita juga sebenarnya yang tentukan masa itu. Kenapa perlu beri jawapan yang cliche sedangkan jawapan yang tepat datang dari akal dan hati kita? Tepuk dada, tanyalah iman sekarang.

Jangan biarkan kita dihimpit dengan perkataan "ada yang tidak kena dengan solat anda" dalam diri kita.
Biarkan rumah yang kita bina itu, lengkap dan sentiasa teguh walau ditimpa badai. 
Pastikan bahan-bahan asas kita cukup dan berkualiti untuk rumah yang kita binakan itu.
Jangan jadikan alasan sebagai jawapan sebaliknya carilah penjelasan bagi persoalan yang datang.



Perlukah saya selitkan ini? Sedikit kekeliruan yang perlukan kepastian....
Saya sering tertanya, "betulkah wujud 'Karma' dalam hidup setiap manusia?" "bolehkah perkataan 'What goes around comes around' diterima pakai?" dan "benarkah kata orang 'buat baik dibalas baik, buat jahat dibalas jahat'...?"
Ketiga-tiga terma tu saya pernah lihat ianya terjadi. Tapi kebanyakkan hanya dalam televisyen, atau melalui pembacaan dan juga dari penceritaan orang disekeliling saya. Mungkin saya boleh mengaku juga, ianya ada juga terjadi dalam kehidupan saya. No comment. Haha.
Semua ini perjalanan kehidupan... :-)

Saturday, October 30, 2010

Membela haiwan

Meow3...bunyi kucing.
Kokokokokkkk...bunyi ayam.
Erm...bunyi kura-kura tak tahu pulak macam mana.
Hahaha.

Becerita mengenai haiwan ni, memang terasa sebenarnya nak membela semula. Antara haiwan yang pernah saya bela adalah ikan(kategori haiwanla kan), ayam dan kura-kura. Itu sahaja. Sikit sangat.
Tapi kalau tanya orang, mesti ramai yang pernah membela kucing. Bestnya bela kucing. Saya tak boleh bela kucing sebab dulu saya tak berminat nak bela kucing. Macam susah je. Sekarang bila dah suka kucing (akibat kucing-kucing comel dirumah Wani) tetap tak boleh bela juga. Sebabnya kawasan kejiranan saya tidak diizinkan untuk membela binatang seperti itu. Tapi ada je yang bela. Boleh pulak? Sorok-sorok la tuuu...huhuh.

Waktu kecik-kecik dulu, saya bela ikan. Ikan puyu, ikan laga..pastu ikan kecik-kecik tu(ape tah namanye). Sekarang dah tak ada semua ikan dulu..Kebanyakkan nya mati. Tangan saya bukan tangan untuk membela haiwan seperti itu kot. Hahaha. Dulu jenuh jugak la kalau nak tukar air ikan tu. Malas je kadang-kadang. Lecehla... Tapi kalau tak tukar, busuklah jawabnya akuarium kecil tu... Pastu tiap masa kene tengok keadaan ikan tu pulak.. Kene selalu alert untuk bagi ikan tu makan. Kalau tak, dah kurus kering ikan tu. Hehe.
Kadang-kadang terlebih bagi makanan dan akhirnya membuatkan air ikan tu jadi kotor. Kene la tukar..nanti busuk.
Kadang-kadang saya suka laga-lagakan ikan tu. Caranya dekatkan balang ikan tu. Ikan laga la paling best kalau nak lagakan...Sebab tu ikan laga tak boleh letak dalam satu tempat yang sama. Mati kang salah sekor. Tak pasal-pasal.

Ha, saya pernah bela ayam. Ayam katik. Kecil sahaja. Dalam dua ekor. Datang dari kampung. Ayam ni takut nak pegang. Nanti dia kejar, main patuk-patuk. Ayam ni comel sebab kecil. Tak macam ayam bandar lain. Ayam ni pernah bertelur..Ayam ni selalu sangat pergi terbang ke rumah jiran. Mentang-mentang dah boleh terbang. Pagar belakang rumah pun boleh lepas. Hahaha. Waktu ayam ni bertelur tak sempat nak tengok telur-telurnya menetas. Sebab kami sekeluarga berpindah dan serahkan hak penjagaan ayam kepada jiran. Dengar cerita membiak banyak ayam-ayam katik ni.hehhehe.

Lepas dah puas bela ikan dan ayam, saya tak bela apa-apa dah. Hampir 4-5 tahun jugak la. Bila dah start belajar semula, saya sepakat dengan kawan-kawan untuk membela seekor kura-kura. Hampeh, ni semua gara-gara housemate saya yang gila membeli kura-kura. Dah jadi macam musim kura-kura. Demam kura-kura pun boleh.Hehe.

So, apalagi. Kitorg pun pegi la beli kura-kura.. Memula seekor. Lepas tu tengok sunyi je kura-kura sekor ni, belilah lagi satu. Yang kecil sedikit. Tapi tak ingat la apa nama kura-kura tu. Ingat yang seekor je. Lulu namanya. Sebab namanya sama macam nama samaran kawan saya (dak Wani tuh la sapa lagi).
Lama juga lah membela kura-kura ni. Kalau musim cuti sem, kami bawa pulang kura-kura ni. Kalau tinggal kan tak ada siapa nak jaga, bagi makan...kesian. Bawak balik rumah, kene la juga selalu bersihkan tempat tinggal nya tu. Kura-kura kene selalu cuci, sebab kalau tidak badannya akan jadi berlumut..
Mula-mula tu geli jugak nak pegang. Sebab kakinya tu. Asyik gerak-gerak.Heheh. Tapi bila dah lama-lama, sudah biasa...Akuariumnya, kitorg hias cantik-cantik. Siap ada jambatan lagi.Hehee.

Saya dan kawan baik saya (Wani Lulu), bela kura-kura tu sampai kura-kura dua ekor tu besar. Besar mana tah, tapi memang besar la pada pandangan mata kitorg.
Sampailah satu hari tu, kesian tengok binatang ni tak bebas. Sebab dah besar, tak ada ruang untuk kura-kura ni bermain atau meneroka..Jadi kami ambil keputusan untuk melepaskan dua ekor kura-kura ni ke tempat yang sepatutnya.

Mula-mula sedih, sebab walaupun binatang ni macam tak sesuai di buat manja-manja, tapi kalau dah bela lama memang sedih la nak lepaskan. Berat juga nak buat keputusan. At last, kami bebaskan juga. Kami ambil keputusan lepaskan kura-kura ni ke FRIM. Dekat situ ada kolam kura-kura. Boleh la kura-kura ni jumpa kawan-kawan depa kat situ..eheheh.

Nak bawa masuk ke FRIM sorok-sorok, sebab lepaskan binatang tanpa izin.Shhh...
Kami bawa guna kain. Lepas tu dah sampai, kami bagi la ucapan terakhir buat kura-kura ni.Hehee. Dan kami pun campak la dalam air (nak lepaskan slow-slow takut lari tah kemana). Lepas tu tengok la kura-kura tu berenang ke sana ke mari..Bebas..Kolam besar. Jumpa kawan-kawan baru..Best je.

Tapi betul lah kata sesetengah orang. Haiwan yang dibela(tidak kisahla haiwan apa), mereka kenal tuan mereka. Kami pergi ke sebelah sana, kura-kura tu datang jengah kepalanya ke luar air. Best je, kura-kura ni kenal tuan nya. Setiap petang kami datang melawat. Lama-lama dah tak datang sebab sibuk belajar. Tak apalah, pandai-pandailah haiwan ni berdikari. Jumpa kawan-kawannya. Bebas.

Sekarang ni, saya suka tengok kucing belaan Wani Lulu ni. Comel sangat. Sebab masih kecil. Dah besar mesti tak comel dah. Hahaaha.
Main-main dengan kucing. Best je lepak rumah kawan berbanding rumah sendiri. Rumah sendiri bosan sebab tak ada apa yang boleh dibuat untuk hiburkan hati. Kawan pun tak ada. Kawan jauh-jauh. Saya sanggup bawa kereta jauh-jauh untuk pergi rumah kawan saya untuk gembirakan hati. Hati rasa bebas bila tak ingat apa-apa masalah.

Haiwan juga perlukan kebebasan seperti mana manusia.
Bebas bermain, bebas meneroka....

p/s : abg saya pernah bela kura-kura. Katanya sampai kura-kura tu besar..besar sangat dan akhirnya lepaskan juga di FRIM. Dia pernah buat racing dengan kura-kuranya. Ada ke patut..ish3...Baik buat racing antara arnab dan kura-kura. Heheh.

Friday, October 29, 2010

Sesekali terkenang, apa salahnya..

Yeehhaa...
Bukan kerana saya gembira yang menyebabkan saya bermula dengan perkataan "YEEHHAA", tetapi itu adalah salah satu sorakan yang lazim disorakkan oleh seorang yang bergelar kanak-kanak. Seringkali bila gembira pasti terselit perkataan "Yeehhaa.." Saya dulu watu kecil pun macam tu juga. Sekarang pun saya rasa, masih macam tu juga. Sekarang dah remaja dan mungkin setengah orang dah anggap sebagai orang dewasa. Tetapi saya lebih suka kalau digelar sebagai remaja. Sebab saya takut nak menghadapi alam dewasa tu. Sudah 6 tahun saya meninggalkan alam persekolahan dan sememangnya layak digelar sebagai orang dewasa. Tapi, secara jujur fikiran saya kadangkala macam kanak-kanak dan kadangkala bertindak sebagai remaja.. Sebab saya belum matang dalam berfikir. Saya sebenarnya takut nak dianggap dewasa. Berat tanggungjawab sebagai seorang yang dewasa.

Hurm, dalam dua bulan lagi akan masuk tahun baru. Dalam dua bulan lagi umur saya meningkat(secara teknikalnya). Sediakah saya menghadapi hari-hari mendatang dan melangkah ke alam dewasa?? TIDAK!! Saya masih perlukan masa untuk bergembira sebagai seorang remaja. Saya tak nak jadi 'orang besar'!!!!

Bila dah dewasa, saya pasti rindu zaman kanak-kanak saya. Zaman kanak-kanak antara zaman yang paling seronok!! Bagi saya, menjadi kanak-kanak adalah hadiah yang cukup sentimental dari Allah. Saya bersyukur sebab saya dapat menempuhi zaman kanak-kanak dengan seronok sekali. Cuma tidak berapa cemerlang je..Hehehe.

Satu hari, dengan tiba-tiba sahaja fikiran saya terbayang waktu saya menghabiskan masa kanak-kanak bersama family. Lebih-lebih lagi dengan adik saya. Satu-satunya 'disaster' yang saya ada. Hahaha. Dialah racun, dialah penawar. Hye Tya!! How u doin'??hehe.
Saya ingat lagi, dulu waktu 'kecik-kecik', kami suka bermain benda yang orang dewasa selalu buat. Apa benda ya?? Kami suka main kerja-kerja. Lebih best kalau disebut dalam bahasa saya "main office-office". Hehehe...Kalau time cuti sekolah memang syiok ah main permainan ni...Cara-cara bermain;
1) Memula cari port dalam rumah sebagai office kitorg
2) Dah ada port, get ready cari equipment untuk office masing-masing. Cth: telefon,meja dan beg bimbit.
3) Bila dah cukup ready, lantik salah sorang untuk jadi Boss. (kami suka main watak pekerja biasa manakala Boss adalah "Boss ghaib"-pura2 ada).
4) Permainan dah boleh dimulakan bila semua dah ready.

Hahha..macam tu lah kiranya cara bermain. Tapi, normally kami main dalam jangka waktu yang agak singkat. 15-30 minit. Paling singkat 5 minit, sebab secara logiknya permainan ini agak bosan. Antara penyebab kebosanan, adalah kerana kekurangan pekerja. Ang ngadap aku, aku ngadap ang. Bosan.

Selain dari main "office-office", kami selalu juga main sekolah-sekolah. Haha..macam-macam. Main sekolah-sekolah paling best kot... Sebab permainannya mudah. Macam kita pergi sekolah. Cuma kami suka pakai pakaian berlainan jantina. Dah puas pergi sekolah pakai baju kurung. Apa lagi, time main-mainlah dapat merasa pakaian sekolah lelaki. Salah satu cara untuk dapat pakaian lelaki, dengan merembat baju-baju teruna di rumah kami iaitu baju abang kami lah!!! Semua pakaian dia, kami rembat. Baju melayu, kemeja...singlet..seluar..semualah.Hahahahaha...
Kadang-kadang bila agak bosan, ada lagi permainan yang kami sempat ciptakan. Main "jual-jual". Yang ni lagilah kelakar. Cara bermain memerlukan kami untuk berada di dapur. Sebabnya barang-brang jualan adalah berasaskan barang-barang dapur seperti kuali, periuk, pinggan plastik, penimbang, beras dan yang seangkatan dengannya. Sebelum bermula kena juga ada persediaan. Cari port, buka kedai. Ha, paling best permainan ni memerlukan anda bermain dengan duit dan kalkulator. Duitnya tak perlu besar. Buat duit sendiri sudah. Nak lagi real, ambil duit "Jutaria". (Dulu Monopoly mahal nak beli). Apa lagi...mainlah.. Salah sorang jadi penjual atau pembeli. Tapi kami tetap mahu jadi penjual dan pembelinya, macam biasa "Pembeli Ghaib"..hahaha. Budak-budak kalau cakap sorang-sorang tak pelik pun...hehehe.

Selain dari adik saya, ada juga pengalaman saya bermain dengan abang saya yang seorang ni...Kami 3 beradik kalau berkumpul time cuti sekolah (sebab abang dulu duduk asrama), pasti akan bermain....PERANG-PERANG!!!!!! Permainan selamat..sebab hanya dalam rumah sahaja.

Dulu hidup tidak berapa mewah(sekarang pun bersederhana juga), ada kerusi kayu. Kerusi yang guna kusyen tu...kami tak ada sofa. Dengan kusyen yang ada tu lah kami buat kubu. Kira tempat perlindunganlah. Permainan ni tak ada geng. Nasiblah berjuang sorang-sorang. Tapi kadang-kadang kesian, saya dan adik akan jadi geng. Sebab saya sangat lemah, dan abang beri peluang untuk saya ada geng dan berbalas serangan dengan dia yang konon terer untuk mempertahankan diri sorang-sorang. Berlagak tuuuhhh.... Tapi saya dah lupa kami serang pakai apa..hahaha. Tak berapa nak ingat dah..Nanti saya kena tanya diaorang semula.Hehe.
Permainan ni sebenarnya memerlukan kerajinan. Kerajinan untuk letak semula kusyen ke tempat asal sebelum 'Mam Besar' balik dari office...Kalau tidak..sediakan telinga anda dengan peluru yang memedihkan. Hehehe.
Biasalah..ibu mana yang tidak pernah berleter...Biarkan sahaja..suatu masa nanti dah tak ada pasti anda akan rindu. :-( ...

Kalau petang-petang pula, kami kadang-kadang suka main bola sepak. Dekat saje...depan rumah. Betul-betul depan rumah, masih dalam rumah..iaitu ditempat letak kereta. Itu pun nasib kalau ayah pergi kerja dengan kereta. Kalau tidak, main luar rumah dengan basikal pula. Macam-macam..sebab dulu tidak berapa bahaya kalau budak-budak main luar rumah tanpa orang dewasa. Kes dulu tak banyak...Sekarang?? Kanak-kanak harus lebih berwaspada. Sebab itu dulu seronok jadi kanak-kanak...

Sekarang semua sudah berubah. Masing-masing sudah dewasa. Mungkin tiada hati lagi nak bermain macam dulu...Duduk pun dah jauh-jauh..Masing-masing mengejar impian dan cita-cita...Macam mana agaknya bila semua dah berkahwin??Jarang sekali bersua muka..Mungkin hanya pada hari-hari penting sahaja. Selebihnya banyak dihabiskan dengan berbual di telefon atau hanya melihat perkembangan melalui 'muka buku (Facebook)' masing-masing. Tapi kami masih adik-beradik. Tetap berkongsi pinggan, cawan..dan duit. Hehe. Saya dah menjana pendapatan sendiri...Hulur-hulur sikit..Banyak kadang-kadang..

Bila terkenang zaman kanak-kanak atau alam budak-budak, membuatkan saya menjadi rindu untuk kembali ke zaman macam tu. Sesekali saya juga terasa sangat bersyukur sebab berpeluang melalui zaman tu. Walaupun ketika tu, hidup kami sekeluarga tidak lah sesenang sekarang, tapi masih cukup untuk membuat perkara-perkara yang mengembirakan. Masih berpeluang pergi berjalan-jalan...dan paling best dapat merasa kereta sendiri. Kereta kancil adalah kereta pertama yang parents saya beli. Waktu mula-mula kereta tu keluar..dah beli..Fuyyyo...bangga walaupun kereta kancil..ehehhe. Sekarang kancil tu dah tak ada..dah dijual waktu kami semua berpindah ke luar negara. Rezeki mak saya membuatkan kami sekarang hidup dalam keadaan yang serba kemampuan. Alhamdulillah. Boleh la kalau nak melaram sikit-sikit. Tapi kene tetap berjimat cermat. Masa akan datang tak siapa tahu kan?

Hidup perlu diteruskan. Tidak selamanya kita mahu jadi 'budak-budak'. Perlu melangkah lebih panjang, perlu berjalan lebih jauh, perlu melihat lebih ke depan, dan perlu berfikir lebih matang. Hidup sebenarnya indah, tidak kiralah di zaman apa pun. Sebab kita sebenarnya yang mengindahkan hidup itu sendiri. Jika kita mahukan pengakhiran yang indah, bermulalah dengan indah. Setiap saat buatkan sesuatu itu menjadi indah. Kadang juga, perjalanan tak semestinya lurus. Kadang-kala kita juga akan terpesong dari landasan asal namun bukan alasan untuk terus di situ. Berdiri semula dan cari kembali jalan yang seharusnya lurus itu. Pengakhiran belum nampak jika belum tiba masanya. Wallahualam...

*Bawah ni, sedikit tatapan untuk mereka yang aku sayang.."Air dicincang tak akan putus". I love both of you..











p/s: Hati mesti mau muda walau wajah sudah tua...

Wednesday, October 20, 2010

Rumah Manis Rumah

Salam..

Rumah manis rumah atau lebih berbahasa "Home Sweet Home"...
Isnin bersamaan 18-10-2010, saya telah selamat menjejak kaki ke bumi Malaysia semula.. Selama 10 hari di perantauan, memang tak sabar sebenarnya nak balik rumah semula. Bukan tidak seronok, tapi hujan batu tu lagi best rasanya..hehehe.
Banyak pengalaman di sana bercampur kenangan. Banyak hari dihabiskan dengan berjalan-jalan serta membuat lawatan sambil belajar. Belajar memahami budaya kehidupan orang di sana.
Cairo, bukanlah bandar yang menarik kalau nak ber-'shopping' buat girls especially... Sebab Cairo  penuh dengan sejarah. Paling popular kisah kehidupan Firaun dan juga kisah nabi-nabi Allah. Cairo sebuah tempat yang penuh dengan penceritaan sejarah kehidupan manusia dahulu kala dan paling tepat sesuai untuk mereka yang meminati sejarah!! Peminat-peminat kipas mati (die-hard fans) sejarah silalah jejakkan kaki anda di sana... :-)
Pembangunan di Cairo tidak sehebat Malaysia yang tersusun dan terancang. Kehidupan sana boleh digambarkan sebagai negara yang baru lepas perang!! Geeezz...dengan bangunan yang macam tak siap, kesesakan jalan raya yang macam sardin dan suasana seperti lepas dilanda ribut taufan. Bayangkan dengan jumlah penduduk menghampiri 2 juta dalam satu bandar sahaja. Fuhh...macam manalah dorang tadbir negara tu kan. Kalau dilihat dengan cara pemanduan orang di sana, kalah la mat-mat rempit dekat sini. Sana lagi hebatlah... Siap boleh buat racing lagi!! Tak hairanlah kalau nampak kereta-kereta mewah dekat sana yang kemik dan calar balar.. Orang dekat Malaysia ni, pakai kereta import dah berlagak. Apa la sangat. Nak dibandingkan dengan negara luar tu, dorang lagi stylo!! Kereta berhabuk, tuan ber-kot. Fulamak... Paling respect perempuan sanalah. Memang salute lah dorang berani bawa kereta dengan cara pemanduan yang sangat tidak berhemah(bak kata orang kita). Kalau saya, memang tak beranilah. Nak pula waktu nak mencelah tu...haiyakkk...!!!

Ha, lagi menarik adalah cerita tentang flight saya dari Kuwait ke Cairo. Pesawat telah menghadapi masalah. Dalam pada kelajuan untuk mececah udara, tetiba je terus slow dan akhirnya berhenti di tengah landasan. Sebab yang diberitahu oleh pilot tersebut adalah "Refuel".. WTH.. bukan ke sepatutnya isi minyak sebelum nak berlepas.. Memang ada yang tak kenalah dengan alasan macam tu. Ramai juga yang mengamuk dalam flight tu sebab tak boleh terima alasan macam tu. Paling kecoh ada seorang perempuan Arab ni. Haha...memang curi perhatian betul la cara dengan mengamuk dan lawan cakap dengan steward dalam flight tu. Hehehe... Apa-apa pun selamat juga mendarat di Cairo... Mungkin pilot tu tak nak bagi tahu perkara sebenar. Takut ada yang lagi cuak nanti. Mereka lagi pakar dan lebih tahu.

Sebelum pulang ada juga beli sedikit buah tangan untuk kawan-kawan di Malaysia. Kepada yang tidak dapat, maaflah. Mungkin ada sebab saya tak dapat bagi. Ada rezeki adalah... :-)

Yea...selamat juga tiba di Malaysia, dan akhir kata..."Rumah Manis Rumah"!!!!

 "Suasana dekat al-Khalily..pasar sinilah banyak barang untuk cenderamata.."

 "Makam Luqman al-Hakim dalam Masjid Daniel"

"Salah satu piramid yang dapat saya masuk..panas dalam ni..

   " salah satu piramid yang masih kukuh"

  " Tiga piramid yang masih kukuh"

" Dekat dengan Sphinx"

 " tugu pejuang Anuar Saddat"

"sebelum masuk ke muzium yang mengandungi macam-macam barang purba dari zaman Firaun..termasuk keranda dan mumia sekali!!!"

 "belakang saya adalah Sungai Nil !!"

  ''Dalam sebuah perpustakaan tertua di Benua Afrika"

p/s : itu sahaja gambar yang boleh saya upload..nak lebih, jumpa secara private. hehehe.... dan kalau ingin tahu lebih lanjut tentang apa yang ada di Cairo, silalah rajin-rajin search internet...Membacakan budaya yang baik....huhuhuh...malas nak cerita lebih..letih la... :-)

Thursday, October 7, 2010

Weirdo

Pelik!! Aneh!!
Haha...
Ada tingkah laku yang pelik? Ada tabiat yang aneh? Adakah anda lain dari sifat sebenar yang anda tonjolkan?
Saya seorang manusia biasa.  Macam-macm sifat yang ada dalam diri saya. Ada yang melihat saya sebagai seorang yang pendiam. Ada yang memandang saya sebagai seorang yang pemalu. Ada juga yang mendefinasikan saya sebagai seorang yang gemar berseloroh. Ada yang menganggap saya mudah dibawa berbincang dan lebih hebat senang untuk diperguna. Malah, tidak kurang juga yang menyifatkan saya sebagai seorang yang gemar membantah.
Saya tidak tetap dalam perwatakan yang saya bawa. Pada yang lebih mengenali saya, mereka tahu siapa saya dan sesekali akan menggeleng kepala jika saya menuruti kemahuan orang di sekeliling saya dengan mudah. Saya sendiri kurang pasti kenapa saya terlalu baik pada sesetengah orang yang kadang kala hanya mahu mengambil kesempatan atas apa yang ada pada saya. Pada saya mudah sahaja kerana saya anggap orang-orang seperti itu terlalu menyedihkan untuk hidup. Mereka bertindak tanpa berfikir, mereka memilih jalan pintas tanpa berfikir, mereka malas untuk berfikir.  Mereka tidak pandai berdikari dan lebih hebat lagi,mereka seperti jasad yang bernyawa tanpa otak!! How pathetic is that??
Oppps..terlampau emosi. Tapi itulah hakikat. Manusia yang mempergunakan atau memperkotak-katik kan kebaikan orang lain. Tapi, hidup kan karma. Allah Maha Mengetahui dan hidup itu sebenarnya adil.
Geezz...saya dah lari dari tajuk asal.
Niat hendak bercerita tentang peragai pelik yang mula timbul dalam diri saya. Saya gemar menari!! Ya, menari!! Tapi secara 'private'. Hehe. Ini bukanlah hobi saya, tapi mungkin menjadi kegemaran saya bila bersendirian. Buka saja radio, dengar pada lagu yang membolehkan saya menari mengikut rentak. Memalukan bila ada yang melihat.Hahahaha.
Saya sendiri tidak pasti bila tabiat sebegini wujud dalam diri saya. Tapi saya tidak boleh elakkan badan saya dari tidak bergoyang jika telinga saya disantap dengan lagu yang menjentik reaksi di otak saya untuk mengerakkan anggota badan saya mengikut rentak. Walaupun di tempat awam. Tapi masih boleh dikawal. Bagus!!
Saya rasa dengan menari(walaupun ntah apa2 punya tarian) , saya dapat hilangkan dan lupakan seketika masalah yang ada.
Jadi, apa yang menjadikan saya seorang yang pelik, adalah saya tidak mempraktikkan apa yang saya ada. Saya ada gitar, tapi tidak pandai bermain. Saya ada laptop, tapi jarang menggunakannya. Saya suka menari, tapi malu hendak tonjolkan. Mereka yang bernasib baik sahaja boleh lihat saya menari. Hahaha...saya sungguh pemalu. Memang pemalu. Teramat pemalu.
Elak dari memalukan diri sendiri. Heheh..!!

Wednesday, October 6, 2010

Menjadi kanak-kanak

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Menjadi si kerdil yang bermain tanah
Menjadi si kecil yang comot dengan aiskrim
Menjadi si pujaan hati orang-orang tua.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Yang naif tentang kehidupan
Yang tuli dengan leteran
Yang buta dengan peperangan.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Menangis ingin perhatian
Mengomel sendirian
Merajuk bila diabaikan.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Tidak mengerti hukum dunia
Tidak memahami cakap si tua
Tidak peduli lagak si bongkak.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Diam menonton tv
Leka bermain sendiri
Bising tatkala bercerita.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Tidak mengerti masalah kehidupan
Tidak mengerti pergaduhan si dewasa
Tidak mengerti permasalahan rumah tangga.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Penuh dengan persoalan
Tak henti dengan pertanyaan
Takjub dengan pembaharuan.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Sentiasa disayangi walau bersalah
Sentiasa dilindungi walau berjauhan
Sentiasa ditemani walau kesepian.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Diambil peduli
Dibelai lembut
Dipeluk erat.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Tanpa beban yang perlu dipikul
Tanpa masalah yang perlu difikir
Tanpa perasaan yang perlu dijaga.

Alangkah indah,
Jika aku masih kanak-kanak...
Tidak perlu beremosi
Tidak perlu memendam
Penuh dengan ketenangan.

Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Alangkah indah,
Jika diri ini masih kanak-kanak...
Arggh..i just dont wanna grow up!!

Terbang kembali..

Salam..

Buat masa ni, sedang sibuk dengan urusan diri sendiri. Kembali rutin yang dah ditinggalkan lama dulu. Packing barang!! Malas betul. Tapi bila difikirkan, kalau malas tak dapat terbang la jawabnya...Hehehe.

Awal pagi Jumaat yang mulia, saya akan menaiki flight. Geeezz...senak je perut. Ke mana? Saya akan terbang ke bumi yang penuh sejarah pemerintahan Firaun iaitu Egypt. Saya akan berada di bumi Mesir!! 

Lama sudah rasanya tak naik kapal terbang untuk jangka penerbangan yang lama. Kali terakhir 2 tahun lepas.
Saya rasa cukup bertuah kerana Allah melimpahkan rezeki kepada saya dengan cara yang cukup berbeza berbanding orang lain. Saya telah melawat dan menjejak kaki di beberapa buah negara.

Saya telah pergi ke Argentina dan Oman. Dengan secara tidak sengaja telah menjejak kaki di Cape Town,Johannesburg,Dubai dan Abu Dhabi (semuanya atas tiket transit je). Tapi semua tu sangat menarik sekali.
Kali terakhir saya ke Muscat, Oman. Sejak dari itu, saya tidak pernah fikir akan ke luar negara lagi. Tapi rezeki untuk saya melawat dan melihat keindahan ciptaan Tuhan ada juga akhirnya. Alhamdulillah....

Peluang macam ni susah sekali untuk dapat. Alhamdulillah, abang saya berjaya menamatkan pengajiannya di sana dan atas kejayaannya itu, dapatlah saya ke sana untuk menyaksikan hari bersejarah kedua dia(selepas hari pertunangan dia)untuk menggenggam segulung ijazah. Kerana kejaayannya itu juga, dapatlah saya lengkapkan bingkai gambar kosong di rumah untuk diletakkan sebelah bingkai gambar saya yang tersenyum lebar menggenggam segulung diploma. Lepas tu, tunggu gambar adik bongsu pula. Lengkaplah nanti susun atur bingkai-bingkai kosong  di rumah ni...Hehehe.

Perasaan untuk ke sana macam biasa. Tapi tipulah kalau saya kata tak rasa apa-apa. Seronoknya sebab akan dapat melihat salah satu keajaiban dunia di sana. Terfikir juga, macam manalah keadaan di sana.
Semoga semuanya berjalan dengan sempurna sekali. InsyaAllah...

"Ya Allah, aku bersyukur di atas segala nikmat dan rezeki yang telah Engkau limpahkan kepada keluargaku. Berkatilah segala rezeki ini. Tetapkanlah iman kami sepanjang perjalanan kami di sana agar tidak terpesong niat kami dari asalnya. Ya Allah, Engkau melimpahkan kami dengan rezeki yang tidak pernah hilang. Maka jauhilah kami dari sifat riak dan tamak. Ya Allah, lindungilah kami sepanjang perjalanan kami di sana. Permudahkanlah segala urusan kami di sana. Ya Allah, sesungguhnya kepada-Mu lah kami berlindung dan kepada-Mu jualah kami memohon perlindungan. Amin Ya Rabb, Amin Ya Rabb...Amin Ya Allah..."

Monday, October 4, 2010

Tanaman dalam pinggan!!

Aha...kalau perhatikan tajuk macam mana rupa agaknya??
Tapi itulah hakikat, bila taugeh yang dibiarkan di dapur(tanpa simpan dalam peti ais) terus tumbuh segar.
Macam mana terjadi, aku pun kurang pasti. Waktu aku pergi kerja pagi tadi, elok je rupa taugeh tu. Alih-alih, balik je kerja petang tu, abang aku ajak pergi dapur tengok tanaman mak.. Katanya mak ada tanam taugeh. Sekali aku tengok...ape daaaa...taugeh bertunas dalam pinggan...hahaha.
Balik mak aku pulak, lagi la dia tergelak. Tak ada siapa nak makan. sebab takut, manalah tahu nanti tumbuh segar dalam perut pula. Heehehe....Boleh ke macam tu??
Jadi, untuk melengkapkan keraguan yang sedia ada, aku semakin tertanya macam mana la taugeh ni boleh bertunas dengan segar bugar dalam pinggan ni. Kalau dulu waktu sekolah buat eksperimen kacang hijau, ada guna kapas. Yang ini pakai pinggan kaca. Pelik dan pelik...Memandangkan  sains tidak berapa nak hebat, jadi aku pun 'search' la diinternet...Ini apa yang aku jumpa sekali gus memadam keraguan dan pertanyaan yang berlegar dalam kepala ber-otak ni...
"Tauge atau kecambah ialah biji kacang hijau yang sudah bertunas. Ia boleh ditunaskan dengan merendam kacang hijau di dalam air, menyalirkan air tersebut, dan kemudian membilasnya pada jarak waktu yang tetap sehingga kacang-kacang tersebut bercambah dan bertunas." 
Penunasan

"Lembapan, kehangatan, dan seringnya cahaya matahari yang tidak langsung diperlukan untuk penunasan. Tidak banyak masa, usaha, atau ruang yang diperlukan untuk menumbuhkan tauge.
Untuk menunaskan kacang hijau, kacang-kacang tersebut dibasahkan dan kemudian ditinggalkan pada suhu bilik dalam sebuah bekas. Banyak jenis bekas yang boleh digunakan, asalkan ia membenarkan penyaliran air kerana tauge yang direndam di dalam air reput dengan cepat. Kacang-kacang hijau akan menggembung dan mula bercambah dalam sehari atau dua."
-Sumber dari blog Taugeh Segar dan Wikipedia-


Jadi bila dibaca berulang kali, barulah faham... sebenarnya tak susah nak tanam taugeh ni. Biar je beberapa hari kat dapur dengan suhu yang lembab, dah bertunas taugeh tu.
Nasib baik lah aku tak berapa gemar makan taugeh..
Agak-agak, dalam perut kita ada ke suhu yang membolehkan tauge untuk bertunas?? Takut pulak nak cuba-cuba makan...hahaha..
"Inilah taugeh yang bertunas elok dalam pinggan mak aku"

Sunday, October 3, 2010

Satu percubaan untuk permulaan..

Ehem3..
Bismillah...permulaan sesuatu kerja.
Mati akal??!! Tak tahu nak bermula macam mana..tapi tetap nak bercerita.
Blog. Sudah lama sebenarnya idea nak wujudkan satu blog untuk diri sendiri. Dulu sering kali post blog di laman sosial (Myspace). Kini, dah jarang. Langsung tak buka (senang cerita).
Mungkin tiada masa atau lebih tepat malas..!!
Tapi sekarang nak bermula semula. Apa yang mempengaruhi saya untuk wujudkan satu blog untuk diri sendiri, saya pun kurang pasti. Tiada jawapan yang tepat.
Yang pasti sejak dua menjak ni, memang ada saja idea timbul..Tak kira lah dekat mana. Waktu cuci bilik air pun boleh timbul idea untuk karangkan satu cerita.
sebelum niat kembali menebal, terfikir juga, apa sebenarnya blog? Ada ke orang nak baca? Ada ke masa untuk bercerita? Bila difikirkan semula, tak perlu semua tu. Kepuasan diri untuk meluahkan apa sahaja lebih bermakna dari fikir benda yang ragu-ragu.
"Monolog hati dan akal"... Kenapa saya pilih ayat ni sebagai tajuk blog saya? Senang. Sebab hati dan akal saya sering bermonolog bila saya bersendirian. Apa yang saya karangkan dekat sini pun, hasil monolog hati ataupun akal saya.
Bagi saya, akal sesuatu yang wajib ada dalam diri bergelar manusia. Di situlah pertimbangan bermula. Hati sebagai pendorong. Kalau di baca kisah permulaan hidup manusia, hati di jadikan dari satu tempat yang suci. Nabi Adam a.s telah dijadikan Allah dengan 12 jenis tanah (dr apa yg saya baca). Hati nya dari tanah syurga Firdaus. Manakala kepala tempat letaknya akal adalah dari tanah Baitul-Muqaddis.
Jadi, bila akal dan hati bersatu sempurna lah diri seorang manusia itu. Selebih nya dikawal oleh akal dan hati tersebut.
Kalau hendak diceritakan tentang kejadian Adam, adalah sangat hebat dan tertarik bila dibaca. Panjang pulak lah permulaan saya nanti..hehe.
Bercerita mengenai blog, saya pernah tanya kepada seorang sahabat.(Wani, hai..sebut nama ko jap!!). saya tanya Wani, "Wani, ko x nk buat blog ke??"
Jawapan dari budak Wani, simple dan sangat perasan.haha. "Kenapa orang asyik suruh saya buat blog? Popular sangat ke saya?" Hahahaha...sangat lah hampeh jawapan macam tu.. Itulah Wani..jawapan tak pernah logik. Tapi saya suka dengar. Kalau nak ikutkan dia, katanya saya lagi kelakar..Lantak pi la Wani..hehe.
Apa-apa pun, saya sudah memiliki satu blog..Anda??
Bagi saya, blog yang saya wujudkan adalah untuk tatapan mata saya kala saya bermonolog. Hasilnya saya unjurkan dari hujung jari sahaja.
Eherm..terima kasih pada yang sudi membaca. Sekadar berkongsi cerita...