BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS

Wednesday, July 4, 2012

Apa yeee makna nya?

Salam

Heee...Hola.

Yes, entry untuk bulan Julai. Bulan Jun punya tak da sebab lupa ada bulan Jun. Acam ne tu? Apa yeee makna nya?

Susulan dari itu, ingin kira nya saya bercerita. Perihal mengenai sesuatu yang berlaku ke atas saya atau mungkin anda, anda dan anda yeee..anda di sana sehingga perihal itu kita sendiri tidak pasti akan kejadian nya... Apa yeee maknanya?

1) Saya, aku, kiter, I pernah masuk bilik air buka pili a.k.a paip lepas tu terus keluar (selepas selesai tangungjawab di toilet). Namun saya, aku, kiter , I tidak tutup pili a.k.a paip tersebut. Sehingga air melimpah-limpah keluar dari baldi....
-Jadi...apa yeee maknanya?

2) I kan...pernah nak bawak kete, lepas tu kan u all noe la kan lepas start enjin kete, I tunggu enjin panas sambil berangan-angan..and then kan...u all tau..ish3..tangan I automatik pegang kunci kete. Sejurus itu terdengar bunyi "eeekkkkk" ha...u all tau rupanya I nak start lagi enjin kete yang memang dah sedia start tu...Ha! betullll..iye... Terjadi dekat I tu..
-Jadi...apa yeee maknanya?

3) Aku kan pernah la..melakukan perkara ni. Sedang bawak kete auto..berhenti jap...pastu nak jalan balik boleh pulak kaki kiri ni tekan brek kuat2 konon nak masuk gear sebab aku fikirkan aku bawak kereta manual...
-Jadi...apa yeee maknanya?

4) Wa seorang yang skema...nerd. Wa pakai spec mata dalam rumah. Luar rumah wa pakai contact lens. Kadang-kadang bila balik ke rumah selepas berjam-jam di luar rumah, wa tak terus bukak contact lens... Ada satu masa wa raba-raba muka wa cari mana spec mata wa.... Rupanya wa pakai contact lens la..patut jelas semacam je pemandangan wa ni...
-Jadi....apa yeee maknanya?

5) Kite kan..kite kan...pernah tau nak minum air dekat dapur...Sampai je dekat dapur kita terus ambil cekelat...Bila dah masuk bilik baru ingat kite sebenarnya nak minum air...eiii...kite ni kan...!!!
-Jadi...apa yeee maknanya?

Ha...tu je lah antara perkara yang jarang-jarang sebenarnya berlaku. Tapi bila berlaku terus mengingat kan kita bahawa di dunia ni ada penyakit Alzheimer yang orang selalu kaitkan dengan orang-orang tua. Padahal penyakit ini bukanlah menyerang pada orang-orang yang berusia sahaja. Penyakit ini dikaitkan dengan pembentukan dan perubahan pada sel-sel saraf yang normal menjadi serat. Ha..paham-paham sendiri la korang. Namun punca sebenar penyakit ini tidaklah diketahui...

Yang pasti....ya...yang pasti, aku bukan dalam kategori penyakit tu...Pasti..tak percaya sudah.
Dan yang pasti apa yang berlaku pada aku bukanlah penyakit lupa diri.. Jadi....apa yeee....
Pelupa..biasa la tu...lupa kejap je..

p/s: penyakit lupa diri dikategorikan sebagai penyakit yang sangat kronik di mana penawar hanya ubat di tangan melalui nama saintifik "islapyoubaruyoutahulangittutinggiataurendah". erm, memang panjang nama nya mengikut kata Professor Apatahnamanya.

Friday, May 25, 2012

Pride

Salam.

Hello, hola, hallo, hoy, hei, bonjour, ciao, ola, halla...and wat ever.
Haha...Okay, Hello.
Many ways to greet people!!
My pleasure.

Direct to the topic.
Not much to say.
Just understand that everyone has their own pride.
We can't just simply say anything we want without even cares one's feeling.

When it comes to women, we should know that their heart is kinda like a glass.
FRAGILE.
There's one quote which i can relate to women's pride.
"Pride and dignity would belong to women if only men would leave them alone."


p/s : nahhh...if u want people to respect you, why don't u move your ass and respect others??

Wednesday, April 25, 2012

Meng'extreme'kan diri....ade bran??

Salam.
Hola...

First sekali nak buat terperanjat. Weh, apsal ni? Apsal lain...apsal...ape kes...apedehal weh....
Alahai...blogspot. Sejak bila la wat pembedahan plastik ni, sampai bertukar sangat wajahnya ni ha....

Dah tak reti aku nak guna ni ha.. Tetapi untuk tidak menunjukkan kebatakan aku kepada benda lama tapi baru ni, aku gagahkan la guna sebab aku nak cite la pasal keberanian aku di hari Sabtu lepas....

Apa terjadi pada aku dan rakan-rakan pada Sabtu lepas memang sangat hebat.
Kami telah mencabar diri untuk ke Taman Pertanian Bukit Cahaya di Shah Alam. Di situ ada sky-trek adventure...wallllaaahhhhhhhhh....... Marilah mencabar diri kalau anda memang berani.

Sky-trek ni ada peringkatnya tapi memandangkan cabaran Little Adventure dan Big Thrill telah habis di booking orang, maka dengan itu terpaksa la kami melanggar hukum fizik (apedehal kene mengena) dan mencuba Extreme punya.....Gilerrrr punyeee....

Aku malas nak cite lah. Korang tengok je la gambar kat bawah ni. Nak gambar lebih lagi, jumpa aku.
Segala persoalan korang diam je la. Nak tanya boleh tapi aku tak pasti boleh jawab dengan jujur ke tak.

-waktu memula sampai, kena la isi borang ye adik-adik.....-

- haissshhh....haiiishhhh... hahaha. isi borang pun lambat, mengeja ke hape.... -

  - ini adik aku Tya, excited la konon nak mencabarkan diri -

- nak pergi ke lokasi tu, kena naik shuttle bus...weeeee......best -


- nampak je cabaran depan mata, memang tipu kalo tak rasa cuak walau sikit pun.... -

           - okay, bergambar dulu....tenangkan diri -
- kitorang punya instructor Usher....ko ada?? -

- okay kelengkapan dah siap, tunggu time je nak mula -


 - ni salah satu gambar yang ada....xtreme tak? xtreme tak? extreeeeemmmmeeeeee tak?? -

- gambar ni waktu kitorang dah habis aktiviti. adalah dalam 1 jam gak menyelesaikan halangan-halangan mendatang tu....-

                - yeehhaa....muka tak boleh bla. -


Jadi, kesimpulan nya, kalau anda memang sukakan cabaran cubalah datang ke sini dan tengok tahap keberanian serta kekuatan mental fizikal anda. Anda pasti sukakan nya.

p/s : balik je, memang sakit satu badan.

Tuesday, March 27, 2012

Jejak OU tanpa sesat

Salam

Hola...
Korang tengok tajuk, ada dua kemungkinan dekat situ.
1) aku first time pergi..(shit!!!)
2) aku pergi selalu sesat...(damn!!!)

Salah, jawapannya tiada dalam senarai jawapan.
Aku dulu boleh kata sebulan sekali pergi sana atau pun paling sedih, 5 kali setahun. Hahaha.
Aku sendiri tak ingat la bape kali aku pernah pergi. Tapi aku dulu pergi sebab nak pergi date ngan best friend aku. Kalo aku pergi dengan dia, confirm aku ikut jalan lain sebab akan singgah rumah dia dulu.
Tapi kali ni aku pergi dengan kawan-kawan Putrajaya, so kira macam direct ke sana la. Jalan pun berbeza la, dan alhamdulillah, sekali percubaan je dah sampai.
Yang paling aku bangga sebab member-member aku cakap, "tak sia-sia duk kl...". Hah. Tapi jalan Putrajaya, aku agak blur sikit....boleh macam tu?? Sukati la kan.

Sampai sana macam-maca aktiviti kitorang buat, dan niat utama di One Utama hanya aku nak bawa kawan-kwan aku rasa makanan Korea ni. Apalagi kalau bukan Seoul Garden. Masalahnya, aku tak terpikir plak nak tangkap gambar depan kedai tu. Kalau tak boleh jadi kenangan jalan-jalan cari makan.

So, korang check it out la pictures dekat bawah ni sendiri.

 - memula sampai, kena tgk la directory kan....nak cari kedai...tipu lah kalau pergi tak guna melainkan memang korang terer jalan dekat dalam OU ni...wa salute la..!!!
 - ini Fadil a.k.a Dila dan Aliya...makan ape tuuuu???
 -aku memang tengah enjoy..dari pagi aku tak makan... kawan aku dari semalam tak makan..leh caya ke??
 -nampak macam tak menarik, sebab kitorg tak reti nak cantikkan benda yang akhirnya masuk mulut, dihadam2 ni...
 - aku dengan Bidi sibuk belajar cara pegang chopstik. Obviously, tak reti. So what??
 - ni la ABC rekaan aku dan kawan-kawan....hehhe
 - ni ABC dak Bidi....tak menarik langsung...bwahahaha.
 - rehat jap lepas makan.
 - erm...'kapal' star wars datang mendarat.
 - memang gilos...
 - aktiviti merapatkan silaturrahim....
- aku la yang last tu kan....kan..kan....

Kesimpulan nya, aku tak reti edit gamba bagi menarik, sebab kalo dah menarik wat pe nak menarikkan lagi kan??


p/s : insyaAllah de rezeki, jalan-jalan ikatan ukhwah lagi...

Thursday, March 22, 2012

Menyejukkan diri

Salam

Hola...
Como estas...??
Haha..tu je aku reti setakat ni.

Orang selalu kecoh Malaysia panas. Kalau dah memang terletak dekat garisan khatulistiwa, sedia maklum la negara kita ni memang panas. Tapi nasib baiklah panas nya masih lembab. Kalau dapat panas terik macam negara arab, ko mau?
Aku sebenarnya pun tak boleh panas-panas ni..haha. Nak wat macam ne, takkan nak langgar hukum alam mintak salji turun pulak kan. Nanti, lain plak jadi nya..Haaa....
Sebagai seorang yang telah di ajar ilmu geografi sewaktu di sekolah rendah, saya dengan rendah diri menerima hukum alam ini dengan penuh tabah dan sabar.
Apa salahnya panas...macam tak da tempat nak menyejukkan diri kan.
Kalau nak sejukkan badan, minum air sejuk, kunyah ais, pergi masuk shopping mall, masuk kereta bukak aircond, duduk rumah taruk penghawa dingin...(amboi).. pergi tempat yang sejuk....dan cara aku nak merasa sejuk (walaupun bukan semulajadi), aku pergi i-city snow walk.. Yeahhhhh....

Asalnya nak cerita pergi i-city je..
Jom check this out. Ini antara koleksi menarik aku sewaktu di i-city bersama rakan-rakan seperjuangan.

* Gambar-gambar ni aku pilih berdasarkan mana yang aku rasa sesuai tuk ditayangkan. Selebihnya, anda kena jumpe aku sendiri untuk tatapan peribadi.

 - waktu memula sampai..excited skit...-

 - masuk-masuk dah bergambar...-

- cam real plak...-

 - ni aurora...hahaha..macam kat antartica plak...-

 - ni antara gambar Bidi yang terbaik..haha-

 - dalam rumah aku..-

 - jom main bola...time ni aku cool je, walopun de budak sepak bola hampir nk kena aku...sib baik sejuk dalam tu...-

 - mai masuk igloo...-

 -kami dah ke i-city...anda bagaimana??-

Ni la gambar yang leh ditatap umum... Kalau korang perasan, gambar dak laki tu a.k.a Bidi, tak banyak dalam koleksi aku sebab gambar dia banyak yg kacak menawan. Demi menjaga privasi dia, aku tak leh nak publish banyak-banyak...Hahahhaha....

p/s : nanti pergi lagi..

Friday, March 16, 2012

Jumaat...ape kes?

Salam.

Hola..
Aku tak tahu nape, tapi rasa macam dah addicted ke hape...sebab idea ni mencurah-curah la plak kan.
Actually cerita la kan..idea tu tak da la sebab cerita aku ni bukan bernas sangat.
Aku rasa ini adalah akibat ponteng kerja semalam. Bila aku ponteng, aku banyak masa berfikir. So, itu pasal la timbul macam-macam cerita.
Nak cerita semalam macam x best la plak, sebab satu hari banyak-banyak entry. Tak masyuk langsung.

So, hari ini aku merajinkan diri ke office. Walaupun dalam kedaan berat hati. Aku tak tahu la nape, macam komitmen kali ini tidak se'gah' dulu. Dulu office lama, nak kata excited tak da la pun. Mungkin sebab tugasan akan pending kalau aku men ponteng-ponteng ni. Sekarang ni, office tak sibuk sangat. Lepas tu kerja dia kadang aku rasa macam, ishhh...perlu ke? Perlu ke buat? Ha macam tu la...memang la perlu, aku je ngada-ngada buat stress, sape suruh kan. Padahal kerja aku cukup relax...relax..serius relax..aku tak tipu. Tapi tu la, aku je suke bagi feel x best dekat diri. Salah aku la kan...

Hari ni hari Jumaat. Ape kes? Kes sekarang ni ada pesta belon panas kat Putrajaya ni. Pagi-pagi lagi time on the way pergi office aku nya fokus sudah hilang. Waktu menuju ke office dengan perasaan ragu-ragu (sebab tak percaya aku pergi kerja), pandangan aku dikacau oleh belon-belon panas yang sudah mula bergerak naik.. Aku dengan muka excited terus terkeluar "WOW..awesome". Hahaha.. Bukan jakun okay...tu namanye aku excited sebab benda ni setahun sekali. So, ape kes la kan kalau tak jakun macam tu.
Aku snap pic...tadaaaaa....



- belon sedang bergerak naik atas....yeeehhaaa..-

Hari ni hari Jumaat. Ape kes? Kes nya hari ni bersamaan hari lahir mak aku. Pagi-pagi lagi keluar bilik air aku dah, "What's up mommy...hapi besday.." !! Ha, tak de pasal la aku nak macam tu kan. Aku keluar je bilik air aku nyanyi la...Happy birthday to youuuuu....(nyanyi sampai habis la of course!!)
Dari semalam aku dah stress nak bagi hadiah apa. Sebab nya bajet aku dah lari. Nak wat surprise, aku karang yang ter 'surprise'... Alih-alih duit mak aku jugak aku pow karang beli hadiah dia. So, aku tak de la bagi ape...aku cadang nak bawak pergi i-City la...tak pun pergi tengok pesta belon panas. Hahhaa, ikhlas la tu kan...

Hari ni hari Jumaat. Ape kes? Kes nya sebab esok sabtu, aku kena pergi exercise. Semalam aku cadang nak pergi riadah, hajat aku tak tertunai. Hujan dengan guruh berdentum, kilat sambung menyambung...halilintar...dan bola api (cari pasal la kalau cakap macam tu kan)... Tak da la teruk sangat hujan nya.. Yang benar hanya ada guruh dan kilat je. Selebihnya siaran astro tu memang sedia maklum tak akan dapat la. Aku tukar aktiviti aku dari beriadah kepada amal jariah. Aku dengan senang nya melipat kain baju yang bertimbun. Aku rasa rajin sangat semalam sehingga aku buat kerja rumah dengan penuh dedikasi.

Hari ni hari Jumaat. Ape kes? Kes nya semalam hari Khamis. Hari yang penuh onar berlaku ke atas diri aku. Aku dilanda kemurungan. Tipu!! Aku dengan senang hati tidak hadirkan diri ke tempat kerja. Aku punya sebab. Walaupun sebab ku remeh, namun ia menyentap sanubari aku sehingga aku kena lakukan sesuatu untuk hilangkan kesentapan itu. Aku kalau stress ke, sentap ke...aku main gitar. Tetapi memandangkan dugaan semalam sangat hebat, aku tak main gitar sebab nanti aku akan menghamburkan perkataan yang boleh me'was-was'kan puasa aku. Yela, aku main gitar pun tunggang langgang kan, lagi aku stress kalau aku tak mencapai note yang seharusnya.
Aku kemas rumah...aku vacum, aku mop, aku lap kipas...ape lagi? Aku lap sume perabot siap frame-frame gambar...dan aku kemas bilik aku juga. Tapi sorry, aku tak sentuh bilik abang aku (hanya kipas je aku bersihkan) sebab aku rasa tak da motif untuk aku bersih bilik dia yang confirm tidak ada beza pun 'sebelum' atau 'selepas'. Bukan la aku pentingkan diri, tapi dalam situasi yang boleh memudaratkan muka aku, aku terpaksa berhenti membersih hingga bilik aku je. Hahaha...nanti korang jugak kata muka aku penuh jerawat..ape kes?

Hari ini hari Jumaat. Ape kes? Kes nya aku datang pakai baju lawa. Hahaha, hari jumaat memang aku pakai cantik-cantik sebab hari yang punya rehat yang panjang. Ape kes? Sukati la nak pakai pape pun.

p/s : ape kes merupakan tagline yang popular sejak keluar nya cerita "Laila Isabella"...So, ape kes dengan ape celup???

Thursday, March 15, 2012

Aku sendiri tak paham

Salam.

Hola..Como estas?
Ha...memang tergedik lagi la aku duk cakap spanish je kejenya... Itu je pun aku reti..hahaha.
Agak lama dah kot tak praktikkan bahasa ni..mau lebih 10tahun.

Al-kisah nya hari ni aku masih lagi selesa dengan penggunaan kata ganti nama diri pertama yang lain dari lain dengan post sebelum-sebelum ini..(tarik nafas panjang-panjang bila baca).
Que pasa?? Sebab aku rasa selesa kot macam ni...kalau ada cerita skema, baru la guna ganti nama yang skema.
Paham-paham sendiri la..

Entry untuk kali kedua pada hari yang sama (memandangkan aku banyak masa free), aku nak bebel sikit pasal benda yang kadang kita sendiri tak paham.
Contoh, tajuk entry aku "Aku sendiri tak paham", tapi jalan cerita nya aku terpesong sikit dari tajuk. So, aku sendiri pun tak paham.

Memula nak cerita pasal kata ganti nama diri ni la...
Aku dapat respon dari diri sendiri bahawa entry aku sebelum ni yang ada perkataan 'wa' tu macam agak ganas, tapi cool. Macam ne tu? Aku sendiri tak paham. Tapi apa yang aku paham, bahasa macam tu unik. Sebab ianya unik kerana, jarang-jarang la orang yang baik budi pekerti macam aku untuk guna kan nya. Dalam penulisan tak nampak janggal, tapi for sure kalau percakapan...awkward....!!!!
Selalu ayat macam 'wa-lu' 'bro-beb' 'bai' dan sewaktu dengan nya yang bunyi macam poyo-poyo tu, sebenarnya nampak janggal kalo orang yang tak biasa guna tetibe nak guna. Macam aku la. Hahha. Kadang-kadang bunyi cam nak gado pun ada...bergantung pada intonasi la sayang...
Tapi korang perasaan tak, bahasa gangster (aku rase gangster la bila gune macam tu kan) macam ni, kita je guna. Orang putih (orang barat sanalah!), dorang tak unik macam kita. Even gengster dorang pun tak guna ayat macam tu. Aku bagi contoh.

Orang kita : "Lu cakap bek-bek bai...skali gua hentak lu...*&&^%$%^&!!!"
Orang barat sana : "Hey man, watch yo mouth...or I'll kick yo ass...yo Mo^%$&F*ck#@!%!!!"

OK..contoh ye..contoh ye kawan-kawan. Ha, lebih kurang macam tu la. Perasan tak, dorang masih ada skema lagi kat situ.. Guna I-YOU... Kita kalau dah 'lu-gua' campur lak 'bai', tu memang dah aku rasa ganas la. Nampak tak, nampak? Kepelbagaian slang kita...hehehe. You know what im talking about...slang...slang.. it's all about slang man...

Tapi sebenarnya kalau nak guna slang tu lembut-lembut pun boleh..."Lu ni nape sayang...", "Bro..bro...gua sayang lu bro..." Boleh jugakkan....???
Aku sendiri tak paham.

Perkara kedua aku tak paham hingga wujud entry tak paham ni adalah tentang diri perempuan. Lelaki selalu kata susah nak faham perempuan. Perempuan seperti masalah matematik. Hello...aku yang perempuan ni pun susah nak faham perempuan, even diri aku sendiri...dan aku sendiri tak suka math. Dang.
Aku sendiri tak paham perempuan, maksudnya aku pun tak paham diri aku.
COntoh...aku suka bagi contoh.

Lelaki : U nak makan mane?
Girl  : Mana-mana je..tak kisah.
Lelaki : Jom makan sini....nak?
Girl : Tak nak la..ramai sgt orang...tempat lain la.
Lelaki : Ok..u plan nak makan ape? Kite cari tempat makan yang de feveret u..
Girl : Tak kisah..makan je sume...
Lelaki : Okayyy..Ha, sini..tak ramai orang...macam-macam de ni...nyum2..
Girl : Erm, tak nak la..tak ramai orang tak sedap la tu kot....
Lelaki : Ooookeeaayyy...U terpikir nak MAKAN APE?
Girl : Apa-apa je..tak kisah kan i cakap...
Lelaki : Okaaayyyy...jom pegi makan fast food. McD?
Girl : Tak nak la fast food..gemuk la..i diet kan...
Lelaki : Tadi kata...hurm..^%$&**%%&&*

Ha, contoh....contoh...korang paham sendiri la apa yang laki tu hamburkan.
Aku sendiri tak paham perempuan macam tu... dan yang lagi aku tak paham diri aku pun lebih kurang macam tu.
Laki : Ok..sori la..gurau kasar plak..
Aku : Tak pe..tak kisah pun la..kite alright je..cool..hehe
 Tapi dalam hati aku..huh. Jam tu jugak aku sebarkan dekat kawan aku..."Tah pape la die, nak gurau pun tak reti.. Marah tau".

Ha...memang la tak paham..

Yang ketiga aku tak paham..
Kenapa kalau guna traffic light perjalanan lancar daripada guna police traffic?
Sebab lampu isyarat orang leh men langgar je, kalau de polis agak sopan la sikit... Ye ke??
Aku sendiri tak paham..asalkan dapat jalan sudah..... No offence..


p/s: semua benda yang kita tidak faham mengajar kita untuk menjadi insan yang lebih memahami... Paham tak?Aku sendiri tak paham..

Aku boleh survive...!!!

Salam.

Hola..como estas?? Bien..muy bien.
Haha, ape ke jadah post kali ni nak main cakap spanish je. Asyik english je kan. Nak try jugak kepoyoan berbahasa spanish.

Untuk entry ni rasa macam tak nak guna kata ganti diri pertama yang sopan la. Nak guna yang cool sikit.
Entry ni sesuai kalau guna 'gua - lu'. Tapi bagi menjaga kesopanan sebagai seorang perempuan, ubah sikit 'gua' kepada 'wa'.Tapi nama aku tak ada sikit pun bunyi 'Wa'...nak kata huruf W pun tarak.. Aku saja nak cakap macam ni.
Hah, pengaruh filem...memang pengaruh betul la. Gara-gara wa tengok Adnan Sempit 2 la ni...
Wa tak salahkan filem, wa salahkan diri wa la yang cepat sangat terpengaruh. Ehehe.
Tapi bila guna perkataan 'wa' ni, wa rase macam cool la plak.. Lantak wa la kan nak rasa cool ke apa, blog wa, wa punya pasal la wa nak guna ganti diri yang macam mana kan...Hahha (makin terserlah la kepoyoan aku).
Wa rasa wa nak guna 'wa', wa guna..kalau tak wa cakap aku je. Rasa macam ganas la... jangan risau, wa tau batas-batas percakapan. Yeah.

Ce, korang baca tajuk atas tu. Dengan sukanya ingin aku translate kan ke english "I Can Survive". Lantak korang la nak nyanyi ke apa, tapi ni bukan tajuk lagu aku nak cite. Ni pasal aku nye awesomeness Thursday.
Secara rasminya, aku ponteng kerja hari ni. Yeah, memang tu yang aku hajatkan dan sekali Tuhan makbulkan. Cadangnya semalam lagi dah idea ponteng kerja ni, hari ni termakbul.
Meh sini teman nak cerita...

Di waktu subuh yang hening, wa bangun sebab wa nak sahur...maklumlah, wa nak berpuasa pada hari khamis ni...puasa yang bukan sebarang puasa tetapi dengan berniat untuk ganti puasa Ramadhan tahun lepas... Baik kan wa.. Wa tau. Wa dengan senang hati bangun tanpa masalah sebab wa dah tidur awal. Pukul 10.00 malam wa dah tidur...
Selesai wa sahur wa layan la tv kejap, nak biar proses penghadaman berlaku...Wa tertengok plak cerita korea kat tv ni ha....dekat salah satu siaran berbayar. Wa layan cam best je sampai la pukul 6.20pagi. Aiseyyyy...dah terlepas waktu wa nak tidur-tidur ayam sebab wa kena mandi pukul 6.30pagi. 10 minit tu bagi  wa macam kejap je nak main tido-tido ayam. Memang kejap pun, tup tap abang wa yang hensem dah kuar bilik air. Skang turn wa plak nak membersihkan diri untuk mengadap Tuhan Yang Maha Esa.

Tetiba lepas je bagi salam wa dah rasa macam malas nak pergi kerja...sebab wa dah menguap 3 kali. 3 kali tu menandakan bahawa wa memang perlukan tidur yang nyenyak. Tapi demi sesuap nasi wa gagahkan diri bersiap jugak la untuk ke tempat kerja. Dah siap-siap dalam kemalasan, wa pun turun la pergi dekat kereta. Nak pergi kerja... Huh...pertama sekali wa nampak, kereta wa yang bersemangat waja tu dah kotor macam budak pergi main lumpur. Tak pe, nanti weekend kita pergi mandi manda ye...pakai sabun.

Dah siap start enjin, dah panas pe sume...wa pun gerakla masuk gear satu, dua, tiga dan empat memecut ke tempat kerja. Tetiba wa rasa macam len je kereta wa ni. Macam ada tak kena. Wa memang suka berprasangka macam tu dari dulu lagi, tapi perasaan tu makin menjadi-jadi bila wa dengar bunyi 'kedek..keedeekk..'(macam tu la, nak wat bunyi sebijik2 wa bukan pakar bunyi). Wa tutup radio untuk mendapat pendengaran yang lebih jelas. Sah, ada yang tak kena. F*ck!! Terkeluar menda tu dari mulut wa. Agak kurang sopan rasanya memandangkan wa puasa hari ni. Tapi wa tak sedar pun yang wa keluarkan perkataan berbaur negatif pada saat wa puasa...Aiseehhh..Wa tetap gagahkan perasaan untuk menenangkan diri walaupun orang dalam kereta sebelah pandang wa lain macam. Keputusan bijak yang wa buat, wa pergi berhenti dekat stesen minyak berdekatan untuk melihat situasi yang terjadi saat itu. Di kala wa bukak pintu kereta, wa dapati tayar belakang kereta wa sudah kempis...ala sian nya...macam orang kebulur tak makan berbulan-bulan.

Wa apa lagi, dengan tenang wa call la bapak wa yang kerja dekat-dekat situ je. Duduk Putrajaya memang senang, kerja dekat-dekat je. Nak balik rumah pergi buang air pun senang...macam wa selalu buat. Hahaha. Bapak wa cakap, okay dia akan datang dengan segera... Dalam menunggu sesuatu yang pasti tu, tetibe rakan opis lama wa ketuk tingkap. Wa pun terkejut, seraya berkata "eh2...Is..." Wa pun dua kali pikir nak keluar ke tidak...akhirnya wa keluar la pergi jumpa mak dia, salam la kan. Macam tu la contoh menantu pilihan...(walaupun). Hahaha. Wa memang baik dengan orang-orang tua. Ehem. Wa chit chat kejap, pastu dia pun bla la, nak masuk opis kan..lagipun wa dah bagitau bapak wa akan datang bila-bila masa je. Tak perlu risau.

Wa malas la nak cerita satu-satu...wa pendekkan la ye. Lepas bapak wa datang, tukar tayar spare dengan pertolongan kakitangan pekerja stesen minyak, kereta wa boleh bergerak dah. Tapi yang ni wa nak cerita. Bapak wa bagi budak stesen minyak duit, biasalah duit kopi tak pun duit rokok kan...atas pertolongan dia. Mekaseh dik...tapi yang menjadi persoalan dekat wa,bapak wa tak bagi duit dekat wa pun tuk tukar tayar baru. Dia siap suruh wa pergi tukar tayar tu nanti bila senang... dari situ wa paham la, wa kena guna duit sendiri. Tak apa bapak, don't worry. Wa ade duit. wa akan pow mak sikit. Tu la, bapak aku bab bagi duit ni dia berat sikit la...aku tak tahu nape. Dekat abang aku siap hulur cenggitu je. Tak payah susah-susah nak mintak tebal-tebalkan muka. (kejap aku kejap wa..sukatila kan??) Aku cuba positifkan diri la...mungkin sebab aku dah kerja. Abang aku pun kan? Yela, sebab aku dapat elaun sara hidup dari mak aku. Hahaha, nah...no comment.

Cerita tayar wa kempis dan bocor, pecah macam-macam versi la akhirnya tersebar kat opis. Sebabnya wa yang sebarkan...sebab wa nak bagitau yang wa tak masuk kerja hari ni. Mak wa pun mula tak izin wa ponteng, siap offer diri tuk datang ambil dan hantar. Maklum la...duduk Putrajaya, opis dekat-dekat je. Wa kata dekat mak wa..."Tak pe mak, wa rasa nak ponteng hari ni". Tipulah wa cakap macam tu...Nama wa pun tak ada bunyi wa.. Bukan wahida, Wawa, Wani....so wadafak la wa kena cakap macam tu kan. (Oooppss, wa puasa la..puasa). Mak wa sekali lagi offer diri untuk teman wa pergi tukar tayar kat bengkel, wa cakap "Don't worry mama, i can survive". Memang tak ada la kan...wa cuma cakap wa nak duit je. ahaha. Mak wa yang dari dulu memang garang dan angin dengan wa, dengan bermurah hatinya suruh ambil sikit duit dia yang ada dia sorok..(tmpt rahsia). Tapi tong-tong la kan...tak pe wa tak kisah. Tengok!! Mak wa yang wa kadang-kadang anti tu jugak yang baik dengan wa. (wa anti bila dia lebih-lebihkan adik beradik wa yang lain je...hahaha.). Mak mana tak sayangkan anak kan...Mak wa sendiri panggil wa comel. Wa je yang sensitif lebih-lebih... Tapi wa tau syurga bawah tapak kaki ibu.. Wa tak lupa tu. (emosi la plak...).

Balik rumah wa kemas-kemas rumah dulu. Rumah wa berhabuk...duduk sini memang berhabuk la. Wa bukan cakap pakai pengalaman wa sorang je, tapi pengalaman member wa duduk di daerah ni jugak. Wa anti la habuk-habuk ni...muka wa nanti naik jerawat..walaupun sedia maklum memang ada. Wa memang suka kemas-kemas ni. Dengan tekun dan amanah nya wa mulakan tugas sebagai pengemas rumah untuk hari khamis ni. Dah tak kerja tu, ringan-ringan kan la tulang kan. Wa selesai kemas, wa terus siap untuk pergi Dengkil, memperbaiki apa yang tak sempurna dekat kereta wa tu. Berbekal kan duit yang mak wa offer, wa pergi sorang-sorang je. Bukan tak ada guy friend yang offer teman, tapi wa rasa...wa tak perlu kot laki-laki untuk situasi yang wa rasa wa boleh lakukan sendiri. Kalau terdesak baru wa mintak tolong guy friend wa. Wa tak nak la bergantung harapkan. Wa nak jadi girl yang boleh berdikari...eceh...ehhee. Betul la...wa boleh berdikari, benda tak susah pun kan. Pergi je bengkel...kena tipu tu nasib wa la kan... wa redha sume tu... Wa banyak duit, tak pe.(wa tipu, jangan percaya..wa dah over bajet untuk bulan ni). Hahaha. 

Tepat 12.30tgh hari, kereta wa settle... Sudah sempurna...wa pun happy walaupun duit wa terbang ratus-ratus.  Tak pe la, wa ikhlas dengan dugaan macam ni. Orang kata belajar dari pengalaman kan...so wa tengah belajar la ni. Berkat ajaran guy-guy friend wa, ada la wa tau sikit-sikit pasal kereta ni.


Alhamdulillah...wa dah settle urusan kereta wa, rumah wa pun dah kemas...cuma kain je wa tak lipat sebab wa tak sabar nak cerita dekat blog. Hari ni cuaca agak baik, wa ingat nak ambil kesempatan ni untuk beriadah di luar...hehehe.

* ni sedikit bukti yang menyebabkan wa ponteng. Wa dapat sikit je sebab wa segan lak nak snap-snap pic..hehe
 -Ini bukti wa sedang kemas rumah...wa tak tipu kan...-

 -Ini waktu tayar kereta wa sedang di tukar ganti-


- Ini kereta wa yang sedang dalam prosespembaikan-
p/s : wa kalau stress wa suka kuar perkataan bukan-bukan...macam f*ck...damn...sh*t...(ah sudah...wa lupa wa puasa hari ni...)

Tuesday, March 6, 2012

Paling kurang

Salam

Entry pertama untuk bulan Mac.
Yeah, berjaya tunaikan ikrar.. Satu bulan satu cerita.
Cerita kali ni bukan sebab nak tunaikan ikrar, rapi benar-benar terjadi tanpa dirancang rapi. Hahaha.

6 Mac 2012..
Saya telah membuat 'surprise' untuk kawan saya Chanie (bukan nama sebenar).
Ok..letak pic so biar picture bawah ni je terang segala-galanya.


Yeah, Chanie (bkn nama sebenar) telah mendapat surprise yang saya aturkan. Actually try jugak la nak cari rose kuning...friendship kan..tapi x de plak...
6 Mac 2012 bukan ada apa-apa yang istimewa pun pada tarikh tu. Not her birthday, not even her engagement day...or friendship day...atau apa-apa je lah. Serius tak ada makna pun pada tarikh tu. So, i think i don't have any specific reason why i did this to you lah!!! Tapi kena ada sebab jugaklah.

Reason why I did this event...
1) You're such a lovely person and indeed a good friend to be loved.
2) Because you're such an understanding person
3) Erm...you did a lot...a lot...seriously a lot my dear friend!!
4) Because I'm such a sweet person. Hahaha

Okay, sebenarnya sebab saya banyak mengabaikan tanggungjawab sebagai seorang kawan baik..erm, sahabat could be?? Yup, sahabat.

Kehadapan Chani(bkn nama sebenar),
Kita kongsi cerita, kita suka bergurau kasar, kita gelak giler ba**, kita buat benda tak masuk akal, kita suka perli satu sama lain...dan yang penting kita suka bagi nasihat tak guna. Ok, aku sorang je yang suka bagi nasihat tak guna kan??? hehhe..Pastu ko plak suka puji aku...(sebab aku paksa kan?) dan ko selalu sabar bila aku jadik singa..
(org x percaya aku garang weh...).Hahaha...
Erm, since the day you went to Makkah, buat umrah...aku rasa telefon aku kosong. Ok, betul aku kadang pernah lah marah sebab ko selalu sangat bz.... Aku tau ko kerja teruk. Bersabar okay..mesti ada ganjarannya.
Aku minta maaf sebab tak pergi hantar ke airport hari tu... Aku tak nak ko tengok aku nanges!!!! Hehehe..aku kan pemalu..dan sensitif..You know me rite...??? Kan? Kan? Aku tak nak ucap selamat jalan sungguh-sungguh sebab aku nak ko balik Malaysia semula, dan kita boleh pergi membazirkan duit lagi (jalan-jalan lah!!).
And the big reason why I acted that way because I really can't express my feelings. I don't really know a good way to say how much I appreciate you as my friend. Nak cakap atau tulis aku sayang ko pun payah sebenarnya. So, cara yang aku rasa paling ringkas adalah buat surprise macam tu.
Chop!! Jangan buat surprise dekat aku, sebab serius aku tak suka.okay!!
Hurm, okay Lulu..we don't need words to say how much we love each other, we don't need a voice to say how we care each other...because we can feel the feelings thru our heart. I can't tell it with any other language...
My english is suck, as you know...and get really suck as I'm speaking with you...
My malay is weird, as you know...and get really weird as I'm talking to you...
Okay, erm...bye-bye...hehe. Oh ya, dah 7 tahun lah kita berkawan... Nanti kahwin, aku taknak jadi pengapit tau. You know, i'm pemalu...kan? kan? kan?

p/s: I haven't seen you for a while, yet I often imagine all your expressions. I haven't spoken to you recently, but many times I hear your thoughts. Good friends must not always be together. It is the feeling of oneness, when the distant that proves a lasting.

Wednesday, February 29, 2012

Wordless Wednesday #5 - Saturday Freedom..!!!



p/s: Run without a destination, and you'll finally see, what freedom can be.

Saturday, February 18, 2012

Ikrar

SALAM

Satu bulan, satu entry.
Nak buat kempen ni pada diri sendiri.
Sebabnya dah agak lama tak update blog.
Untuk tidak mensia-siakan blog yang ada, dengan ini..saya membuat lafaz ikrar.

"Saya Atika (bukan nama sebenar) berikrar, akan post satu entry untuk satu bulan secara minimumnya tidak kira apa tajuk, masuk akal ataupun tidak, fakta ataupun auta, benar ataupun palsu, dikala rajin ataupun malas. Untuk tidak mensia-siakan blog yang ada, saya berikrar bahawasanya blog Monolog Akal dan Hati akan diupdate setiap bulan."

p/s : idea selalu datang bila berada dalam tandas...

Wednesday, January 11, 2012

Wordless Wednesday #4 - Lepaking nor working

Sunday, January 1, 2012

Ok..welcome 2012

Salam.

Selamat tahun baru 2012...
Entry pertama untuk tahun 2012...

Selamat melangkah ke tahun 2012.
Saya seperti orang-orang lain, mengharapkan tahun 2012 memberi rezeki yang barakah pada diri saya.
Tiada azam untuk tahun 2012. Ikut rentak hidup je.

Sebelum meninggalkan tahun 2011 yang penuh dengan suka duka, saya sempat mengabdikan sedikit kenangan dan sentuhan terakhir dari kamera handphone...hahaha.
Kenangan la SANGAT....!!!

9.00 p.m     -   menjamah kfc untuk tahun terakhir 2011.
10.00 p.m   -   layan fesbuk untuk tahun terakhir 2011
11.45 p.m   -   melangkah masuk ke toilet sebelum 2012 menjelma. Kalau tak keluar sebelum 11.59p.m , jawab nya keluar tahun depan laaaa.....hehehe.
11.50 p.m   -   jumpe arnab yang sombong, wish "jumpa tahun depan yeee..."

"arnab yang sombong takut dengan flash camera.."

00.00 a.m  -   bulan untuk tahun 2011 dah jadi bulan tahun 2012.



00.04 a.m   -   secara rasminya saya masuk tidur pada tahun 2012....



p/s: 2012...2012....apa nak rancang ye...